Ads: (Please Click!)
Showing posts with label reviews. Show all posts
Showing posts with label reviews. Show all posts

Wednesday, October 12, 2011

Laman Sosial Dr Rozmey Sudah Dilancarkan! Anda Sudah Daftar?

dRBook.biz - Laman sosial Dr Rozmey

Salam.

"Wow! Boleh tahan!"

Itulah ungkapan yang terintas di dalam hati aku buat pertama kali aku singgah di laman sosial yang kononnya milik Dr Rozmey, Herba Prima Marketing. Anda kenal? Mustahil anda tidak kenal. Nama beliau cukup gah dan selalu menjadi bahan ejekan suatu masa dahulu.

Yalah. Kontroversi filemnya tu la. Aku pernah membuat artikel pasal beliau. Klik DI SINI untuk membaca.

Kesian. Memang ramai orang tidak suka dengan cara beliau yang 'bersifat' berlagak. Tapi walau apapun orang kata, aku memandang beliau dari sudut yang berbeza. Aku bangga dengan beliau yang mana anak tempatan yang berjaya menempa nama mencipta produk kesihatan yang memberi seribu kebaikan kepada pengguna. Anak Melayu pula tu. Tak bangga ke?

Dahulu, beliau menimbulkan beberapa kontroversi yang menyebabkan ramai orang tidak suka dengan beliau, termasuk kebanyakan wartawan media cetak dan hiburan. Selain dari filem yang bertajuk '2 Alam', kontroversi selanjutnya yang cuba ditimbulkan oleh beliau adalah kewujudan laman sosial yang dijangka menandingi Facebook!

Pada awalnya, aku ketawa. Serius aku ketawa. Jadi aku ke alamat laman sosial tersebut. Kalau tidak silap, laman pertama yang didaftar adalah dengan menggunakan URL www.drbook.com. Waktu itu, terdapat satu tarikh pelancaran laman sosial tersebut berupa 'countdown clock'. Namun, menjelang tarikh tersebut dan hari-hari berikutnya, laman sosial tersebut tidak juga dilancarkan. Langsung ramai orang bercakap-cakap di Facebook bahawa Dr Rozmey hanya mengarut dan berangan-angan Mat Jenin semata-mata. Ada juga yang mengatakan beliau sebagai 'orang gila'.

Realitinya sekarang, laman sosial tersebut akhirnya wujud. Aku tidak tahu bila sebenarnya laman sosial beliau ini dilancarkan. Sedar-sedar, dah wujud dah pun! Dan kini jumlah pengguna laman sosial beliau itu telah mencecah 1,600 orang! Hmmm.. Not bad la kan? Hehe.

Apa URL laman sosial beliau tu?

Jika anda berminat, anda boleh ke URL ini dan selanjutnya daftar satu akaun: www.dRBook.biz

Rasakan kelainnya sendiri!

Thursday, September 01, 2011

Blogger Dashboard Updated 2011!

Salam.

Blogger dah bertukar! Fewwwiittt..! Lawa siot!

Memang sebelum ni aku dah dengar dan lihat dari blog blogger-blogger yang review fasal benda ni. Tapi pihak Blogger.com masih belum release layout baru ni. Hanya pada beta test.

Sekarang masih di peringkat beta test. Tapi sekejap tadi, lebih kurang dalam pukul 4 pagi, aku dah boleh revert layout Dashboard Blogger ni kepada layout terkini. Sila tengok print screen review kat bawah. Rasanya mungkin korang dah guna sekarang kan? Hehe.

Ni layout kat Dashboard. Mak ai. Sempoi!

Ni plak Editor. Ala... tempat yang korang tulis-tulis entry tuuuu..

Nak letak label. Pun sempoi!

Kat sini korang leh set. Nak publish sekarang ke (auto) atau korang leh set masa auto publish. Sempoi!

Yang ni sedia ada. Leh mapping entry korang tu kat mana. Blog restoran review ok ler.

Yang ni aku teruja. Mak ai. Nak upload sekarang tak susah-susah dah. Pop-up je window ni. Walla!

Bleh upload banyak mana gambar yang korang mahu. Bleh pilih lagi gambar mana nak upload dulu. Sempoi!
Boleh dikatakan layout Dashboard Blogger yang baru ni sangat-sangat memudahkan. Kalau sebelum ni.. hmmm.. macam lambat sikit la. Tengok la untuk entry ni. Aku start guna dari pukul 4. Start taip rtikel ni dari pukul 5.20 pagi. Sekarang 5.37 pagi dah siap. 17 minit je beb!

Korang nak tahu dengan lebih detail, korang leh guna sendiri. Guna la dalam 30 minit ke sejam. Boleh la korang rasakan kelainan dan kemudahan yang ditonjolkan oleh Blogger.com. Bagi aku, layout ni lebih selesa dan mudah berbanding Blogger In Draft atau Dashboard Blogger yang lama.

4 bintang!

Sunday, January 16, 2011

Fakta Terbaru Facebook : Kita Terlalu Obses?


Salam.

Semalam sedang aku berputar di segelinap ruang internet, aku telah menemui satu artikel menarik. Ia berkenaan Facebook. Di mana, ia adalah fakta terbaru yang telah dibuat kajian oleh pihak OnlineSchools.org. Mereka telah menyifatkan bahawa kebanyakkan masyarakat dunia telah terlalu obses dengan Facebook.

Read more/less..

Benarkah kenyataan ini? Mari kita saksikan infografik ini.

Klik SINI (OnlineSchools.org) untuk gambar yang lebih besar dan menyerlah.

Mungkin benar, mungkin tidak. Bila aku membaca infografik ini, aku cuba cerminkan pada diri sendiri. Benarkah diri aku begitu obses dengan Facebook?

Jawapannya, ya!

Sebelum ini, aku pernah tutup (deactivated) akaun Facebook aku. Namun, tidak sampai dua bulan, aku aktifkan ia balik. Kenapa? Alasannya satu; rindu pada kawan-kawan di Facebook. Apa yang aku perasan pada situasi aku ini, aku lebih ramai kawan di internet berbanding di luar sana!

Melalui infografik ini juga, banyak perkara yang aku baru tahu. Contohnya; Relationship Statuses 2010, Liking 'drugs' is up 1131.9%, dan sebagainya.

Ada yang kena pada batang hidung sendiri! About 28% checked their Facebook on their smart phones before getting out of bed. Demmit!

Aku tanya pula kepada anda. Anda obses pada Facebook?

Aduka: Macam mana nak kata aku tak obses? Tengok sajalah blog aku ni.. rupa pun dah macam Facebook.. LOL!

Friday, December 31, 2010

Artikel Top 10 Blog Aduka 2010

Salam.

Hari ini adalah hari penghujung 2010. Pejam celik, pejam celik, akhirnya melabuhlah tirai peristiwa sepanjang 2010. Banyak kisah pahit dan manis selama berkecimpung di dalam dunia blogging ini sebenarnya. Walau bagaimanapun, ia sedikit sebanyak mengajar kita erti kematangan, bukan sahaja di blog malah kehidupan harian kita.

Read more/less..

Untuk mengakhiri tahun 2010, di sini ingin dikongsi bersama senarai 10 artikel yang memperolehi jumlah bacaan (pageview) tertinggi yang pernah direkodkan.



10) Tutorial: Cara Mudah Elak Gambar Anda Dicuri (509 pageviews)

Tidak disangka artikel ini adalah di antara artikel tutorial yang mendapat pageview yang tertinggi. Ia telah mengatasi segala tutorial-tutorial hebat yang lain seperti Facebook Like Button, blogger spoiler, dan sebagainya. Namun, ia masih menjadi tanda tanya oleh pelbagai pihak kerana tutorial ini hanya berfungsi baik pada sesetengah browser sahaja. Aku pernah membuat sedikit research bagaimana mahu mengatasi masalah ini. Namun, belum lagi menemui jalan yang terbaik antara yang terbaik.


9) Free Mobile Internet Access For Maxis And DiGi (515 pageviews)

Ini adalah entry plagiat. Haha. Jangan terkejut, okey. Aku plagiat secara professional, di mana backlink telah disertakan sekali. Cara atau langkah-langkah aku tidak tuliskan di dalam artikel ini. Namun tidak sampai seminggu, artikel pada blog asal yang telah di'backlink' mengalami 'broken link'. Artikel ini mendapat pageview yang tinggi kebanyakkannya melalui keyword dari search engine.


8) Maxis Or Hotlink Free Mobile Internet Trick! (668 pageviews)

Oleh sebab link source dalam artikel asal (no 9) mengalami 'broken link', dan atas permintaan ramai, aku membuat artikel ini sebagai pengganti. Namun disebabkan aku hanya memakai telefon bimbit jenama Sony Ericsson, maka telah membataskan cara trick bagi telefon bimbit jenama lain seperti Nokia, Samsung, dan sebagainya. Artikel ini juga mendapat pageview tertinggi hasil dari referrer keyword dan share link di Facebook.


7) Rokok (932 pageviews)

Aku sendiri tidak menyangka artikel ini menjadi salah satu artikel yang popular. Adakah disebabkan gambar ini?


Jika ya, ingin aku memohon maaf. Mungkin di atas kejahilan atau kecuaian aku sendiri (tidak menapis/cencor) telah menjatuhkan maruah budak sekolah ini. Artikel ini masih di'view' walaupun melihat pada tarikhnya adalah diterbitkan pada bulan April 2009. Mungkin sebab kempen 'Katakan Tidak Pada Merokok' telah menjulang pageview tinggi bagi artikel ini.


6) Cikgu Shida Jadi Gila Sebab Putus Tunang (957 pageviews)

Ini antara artikel yang pertama kali menjadi kontroversi di blog aku. Masakan tidak, dalam ribuan yang meminati Cikgu Shida ini, aku di antara yang membidasnya pula. Aku telah melontarkan beberapa kerat ayat yang pedih sehinggakan mendapat komen seperti ini.


Sebenarnya perkataan 'stupid' telah di'strike'kan. Memang aku sengaja membuat begitu supaya pembaca berfikir secara normal dan logik. Ramai yang menilai hanya pada potongan ayat yang terakhir itu sahaja. Tidak menilai pada keseluruhan artikel yang aku tulis.

Kepada Zala Wajik, aku tidak mempersalahkan kamu. Mungkin kamu di antara peminat Cikgu Shida. Okey, aku faham. Mungkin 'Cikgu Shida' menjadi bahan entertainment baru dan terkini di internet, kan?
Oh ya, aku link blog kamu secara percuma. Berkongsi populariti sepertimana Cikgu Shida berkongsi 'populariti'nya kepada semua penonton di YouTube. Haha.


5) Melayan Kegersangan (1,715 pageviews)

Hah! Aku sebenarnya sudah dapat mengagak bahawa artikel 'sengal' inilah yang membuatkan blog aku hit. Keyword entah apa-apa bila diperiksa pada Stats Blogger. Kadang-kadang sampai tepuk dahi melihat keyword yang ditaip/dicari oleh pengguna di internet. Last-last, artikel ini juga yang korang semua klik! Aduhai.

Artikel ini juga adalah artikel lama. Diterbitkan pada April 2009, lebih setahun yang lalu. Kalau tidak silap, jumlah follower pada waktu itu tidak sampai 500 orang! Haha. Salah satu artikel tertinggi pageview dari sumber keyword.


4) Sathya Sai Baba: Kebangkitan Antara 30 Dajjal? (5,160 pageviews)


Ini artikel adalah artikel 'forward' di e-mail oleh adik aku sendiri. Artikel ini mendapat pageview tertinggi hasil daripada keyword dan share link di Facebook. Khabarnya terdapat blogger yang membangkang artikel ini dengan mengeluarkan fakta-fakta yang di'research' sendiri di internet. Walaupun begitu, aku tidak mahu mempersetujui atau mengesahkan mana yang betul dan mana yang palsu. Mungkin cerita Sathya ini hanya propaganda atau rekaan semata-mata, yakni cerita palsu. Pada awalan artikel telah aku maklumkan bahawa mempercayai atau tidak, itu adalah hak masing-masing. Terpulang.


3) Awek terlampau masa kini (5,287 pageviews)

Antara artikel paling lama di dalam senarai 10! Ia diterbitkan pada Februari 2009. Hampir 2 tahun, tapi masih mendapat pageview yang tertinggi. Anda semua sememangnya dapat mengagak kenapa artikel ini mendapat pageview tertinggi, kan? 18SX? Lucah? Haaa yalah. Lebih kuranglah tu. Tapi jangan terkejut. Artikel ini tidak lucah mana pun. Cuma keyword itu menjadi tarikan utama pembaca di internet.

Kepada blogger baru (newbie), harap anda sudah 'mention' perkara ini. Rata-rata sibuk menggunakan keyword untuk meningkatkan trafik. Bukannya artikel yang bermutu. Pelik. Anda semua gila 'glamour' ke? Tak apalah. Hak masing-masing.

Yang pasti, blog aku bukan blog lucah, okey! Haha.


2) Cemburu Dan Kemaluan (6,255 pageviews)

Artikel 'lucah' lagi. Haha. Sebenarnya tidak! Artikel ini sebenarnya artikel pandangan atau luahan aku terhadap penganiayaan lelaki terhadap wanita. Gambar di artikel ini telah di'backlink' kepada pemilik asal, dan gambar tidak diubah 'watermark'nya. Ini bagi menjaga originaliti penulisnya. Pageview kebanyakkannya hasil dari keyword.

'Mention' lagi kepada blogger newbie. Mahu plagiat, guna cara seperti di artikel ini!


1) Waja Lancer 2.0? (7,366 pageviews)

Artikel yang mendapat pageview tertinggi sepanjang 2010. Artikel ini telah mengatasi semua artikel yang lain. Pageview kebanyakkannya hasil dari keyword, share link di Facebook, dan backlink.

Di dalam kesibukan orang mencari fakta dan berita sebenar tentang Waja Lancer 2.0, aku telah membuat sedikit kajian mengenai kebenaran kewujudan kereta ini. Walaupun maklumat yang aku buat tidak berapa lengkap, artikel ini telah mendapat 'like/share' tertinggi di antara 10 artikel yang popular 2010.

Hampir sebulan menjadi tanda tanya di kalangan peminat kereta, akhirnya Proton telah mengeluarkan nama modelnya yang sebenar. Anda semua sudah maklum. Ia dikenali sebagai Proton Inspira!


Sekian sahaja artikel laporan 'Artikel Top 10 Blog Aduka 2010'.

Azam tahun baru? Kenapa asalkan tahun baru perlu ada azam? Kenapa Awal Muharram dahulu tidak ditanya 'Apakah azam baru kamu sempena seorang umat Islam?'. Renung-renungkanlah.

Aduka: Tahun Baru pasti berseri dengan pertunjukan bunga api dan... pertunjukan 'aktiviti' maksiat di televisyen saban tahun!


Korang nak tingkatkan trafik blog korang? Sila klik SINI dan BACA. Terima kasih.

Wednesday, November 24, 2010

Google: I'm Feeling Lucky!

Salam.

Siapa tak kenal Google? Tipu la siapa yang cakap tak pernah guna atau tak kenal langsung, kan? Boleh dikatakan hampir 99% pengguna internet tahu apa itu Google.

Read more/less..

Kenapa aku bercakap fasal Google?

Satunya, ia antara salah satu enjin carian yang paling aku suka guna. Laju berbanding enjin carian yang lain. Tak percaya? Cubalah korang compare sendiri dengan Yahoo! atau AOL (eh ada lagi ke?). Ini antara sebab kenapa aku rasa lucky (bertuah) guna Google.

Yang aku rasa lucky lagi sebab Google sudah boleh detect blog aku. Cuba korang taip 'aduka' dalam carian Google. Tengok list yang ke berapa. Tadi aku buat carian kata kunci 'aduka', blog aku tersenarai antara tempat pertama, kedua, dan ketiga. Hebat tak? Rasa teruja pula. Hehe.

Google! I'm Feeling Lucky!

Kalau korang perasan, logo Google selalu berubah-ubah, kan? Lebih-labih lagi kalau ada suatu sambutan atau perayaan. Memang menarik logo mereka buat. Aku rasa lucky dengan Google sebab logonya yang dinamik. Siap boleh eksploitasi lagi. Google takkan marah punya.. Tak percaya?

KLIK SINI!


Hahahahahaha..!


Sunday, September 05, 2010

Penawar Duka


Salam sejahtera semua. Haip, haip! Penawar duka ya. Bukan penawar aduka! Haha.

Sejak akhir bulan Ogos sampai sekarang aku dihimpit beberapa tekanan dan dugaan yang sedikit sebanyak mencuit emosi aku. Dugaan bulan mulia bulan Ramadhan. Diharap ada hikmah disebalik dugaan-dugaan ini. Oleh yang demikian, aku seperti sedikit kehilangan idea dan mood untuk update blog. Gaya penulisan sebelum ini pun macam tidak berapa betul. Mujurlah pada malam ini, aku sedikit ceria dan gembira. Seterusnya membangkitkan sedikit semangat mahu berblogging. Alhamdulillah.

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

Okey. Artikel kali ini tidaklah begitu panjang. Cuma artikel kali ini membawa anda semua kepada artikel-artikel yang 'panjang'. Hehe. Artikel kali ini adalah untuk follower baru serta lama blog aku khasnya, dan pembaca-pembaca serta pelawat-pelawat blog aku amnya. Artikel kali ini mengajak anda semua membaca artikel-artikel lama dari blog aku.

Aku akan membahagi-bahagikan setiap satu artikel kepada satu kategori. Okey. Kali ini aku akan review balik artikel-artikel lama dalam kategori yang boleh dikatakan lawak. Aku tidak mengajak anda membaca kesemua artikel. Pilih. Anda pilih sendiri tajuk mana yang dirasakan menarik. Maaflah kalau cerita-cerita yang tersenarai tidak menepati kehendak. Semua link yang aku senarai di bawah akan auto open new window.

Kata pujangga, ketawa pengubat duka lara yang terpendam di hati.. *Senyum!*

Sekian.
Jangan lupa klik Nuffnang aku juga ya. Apa yang penting? KERJASAMA..!


Thursday, September 02, 2010

Blogger Stats

Salam sejahtera.

Hari ini baru aku perasan. Ada kelainan pada Blogger Dashboard. Padahal malam semalam aku online dan masuk ke Blogger Dashboard tiada pun menda alah ni. Tidak perasan, dan memang aku yakin butang baru ini tiada pun! Sungguh! Hari ini agak tertarik dengan fungsi baru di Dashboard, maka aku buat satu artikel review untuk fungsi baru ini. Ia dinamakan Blogger Stats.

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

Jika anda perasan, fungsi Blogger Stats ini berada pada hujung Dashboard anda. Lihat pada gambar di atas.

Di luar sana, maksud aku, di internet banyak laman sesawang yang menyediakan stats trafik percuma, sebagai contoh e-referrer. Dan aku juga pernah meletakkan widget ini di blog.

Namun widget ini tidaklah sesempurna mana. Hanya mampu merekod unik ID dalam satu-satu masa tertentu.

Sebenarnya sudah lama aku mencari satu stats yang sempurna, mudah digunapakai, dan mesra pengguna (user friendly). Bila Blogger memperkenalkan fungsi Blogger Stats ini, aku jadi tertarik. Antaramukanya pun mudah. Aku cuba menggunakan Blogger Stats ini dalam masa 1 jam. Aku explore apa fungsi dan kelebihan yang ada pada Blogger Stats ini. Yang pertama aku perasan, ia laju. Klik satu-satu butang, ia akan memaparkan keputusan (results) dalam sekelip mata sahaja! Untuk pengguna broadband, aku tidak pasti. Mungkin kelajuannya lebih lambat daripada biasa.

Okey. Aku ada 'print screen' beberapa paparan berkenaan Blogger Stats ini. Jom kita lihat.

Ini adalah muka hadapan atau lebih tepat menu keseluruhan/ringkasan pada Blogger Stats ini. Pada 'Overview' ia memaparkan ringkasan trafik, unik id, addressing, jumlah page yang di-view, dan sebagainya. Ia disertakan sekali dengan gambarajah graf dan peta pelawat yang melawat blog anda. Cantik dan menarik. Melihat gambar di atas, ringkasan boleh dibuat mengikut pembahagian yang telah dibuat. Mingguan (week), harian (day), Keseluruhan masa (all time), serta yang terkini (now). Uniknya, stats dari Blogger ini adalah salah satu stats yang pertama kali aku lihat mempunyai overview 'masa terkini' (now). Berbanding dengan stats dari laman sesawang lain, ia mungkin jarang kita lihat. Kalau ada pun mungkin tidak banyak dan mungkin dari servis laman berbayar.

Okey. Untuk memudahkan review ini, aku menggunakan butang overview 'masa sekarang' (now). Kemudian aku klik pada 'Posts'. Lihat gambar di atas, ia menunjukkan keputusan jumlah satu-satu artikel yang telah di review dalam sela masa 2 jam sebelumnya dari masa aku online. Aku online pada pukul 5.15 pm. Jadi melihat pada gambar, keputusan yang sepatutnya adalah dari pukul 3.15 pm hingga 5.15 pm. Lebih kurang saja, bukan? Blogger Stats akan memaparkan apa dan berapakah jumlah pelawat unik dalam masa 2 jam tersebut. Jika mahu melihat keputusan pada masa hari ini, anda hanya perlu klik pada butang 'Day'.

Fungsi-fungsi butang ini adalah sama. Samada pada Posts, Traffic Sources, dan Audience.

Ini pula Traffic Sources. Di sini ia memaparkan unik ID, address dan keyword yang dicari oleh pelawat blog anda. Susah sebenarnya mahu terangkan bab ini. Jika anda biasa bermain dengan trafik, mungkin anda faham apakah maksud graf di atas. Graf ini juga amat sesuai kepada blogger yang mahu buat contest top referrer. Hehe.

Bahagian ini paling menarik. Jika di Nuffnang ia memaparkan dari mana dan negara mana yang melawat dan membaca artikel blog anda. Di Blogger Stats pula, fungsinya di tambah. Siap boleh view statistik pengguna browser beb! Teruja! Mungkin ini adalah kali pertama aku melihat stats sedemikian rupa, maka aku teruja.

Cukuplah review aku serba sedikit dan serba ringkas pada kali ini. Hendak terang secara detail pun susah sebenarnya. Jika mahu lebih pemahaman, lakukan research di internet dan bertanya kepada blogger yang biasa bermain dengan trafik, SEO dan yang berkaitan dengan referrer.

Aku berterima kasih kepada Blogger kerana telah menyediakan perkhidmatan sebegini rupa. Pada awal bulan lepas, aku cuba mencari stats yang lebih efisyen. Tidak sangka pada bulan ini, Blogger menyediakan terus perkhidmatan stats ini. Macam tahu-tahu pula keinginan aku. Maka tidak perlulah aku menggunakan perkhidmatan dari laman sesawang lain. Blogger Stats best!

Terima kasih, Blogger!

Sunday, August 22, 2010

Blog Facebook Fan Page


Hari ini aku rasa terbuka hati mahu buat satu Facebook Fan Page untuk blog aku ini. Melalui bacaan dari artikel blogger-blogger otai, Facebook Fan Page juga menjadi salah satu cara meningkatkan trafik blog kita. Tiba-tiba rasa minat mahu cuba timbul. Terus, aku buat satu Facebook Fan Page untuk blog aku ini pada petang tadi, beberapa jam sebelum waktu berbuka puasa.

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

Pada peringkat permulaan, mungkin nampak biasa-biasa saja. Tidak mengapalah.

Tujuan aku buat satu Fan Page ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara blogger-blogger yang aktif berinteraksi melalui blog atau Facebook aku. Yang selalu komen blog aku, yang selalu share artikel blog aku, dan beserta yang selalu like artikel blog aku di blog juga di ambil kira. Yang tidak di ambil kira hanya yang meninggalkan jejak di chatbox.

Sebenarnya aku tidak mahu diskriminasi. Fan Page, Facebook, hatta blog aku pun tiada sebarang halangan atau had-had tertentu untuk kita sama-sama berkongsi artikel dan saling berinteraksi. Samada di komen mahupun di chatbox. Aku suka sebenarnya. Cuma aku cukup anti iklan berbentuk MLM! Di Facebook Fan Page, aku buka kepada sesiapa saja yang mahu terbitkan (publish / post) artikel di sana. Tiada sebarang sekatan (filter) yang aku buat.

Diharapkan kalian dapat menyokong blog aku dan Facebook Fan Page blog aku ini.

Oh ya. Di sini aku ingin memberitahu bahawa Facebook Like/Recommend Button for Blogger ada sedikit update. Klik di sini.

Sekian, terima kasih.
Ayat akhir itu rasa macam menulis surat pula! Haha.

Friday, April 30, 2010

Mark Zuckerberg: Aku Mahu Jadi Macam Dia!


Tengok gambar di atas. Anda kenal siapa?

Jika anda mengatakan "tak kenal", anda memang 'buta'. Jika anda ada Facebook, baik anda buang atau batalkan terus akaun Facebook anda tu. Sia-sia je ada Facebook. Kalau anda semua nak tahu, inilah dia founder atau CEO sesawang social network terpopular, Facebook. Namanya Mark Zuckerberg, berusia 26 tahun pada 14 Mei ini. Mak oi! Sama baya dengan aku tuuu..!

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

Kenapa aku buat artikel fasal budak ni? Adakah disebabkan dia handsome? Adakah disebabkan aku ingin jadikan dia 'pasangan' aku? Oh, tidak tidak! Aku lelaki normal, okey.

Aku tidak mahu bercakap fasal imej atau personaliti dia. Handsome ke kacak ke bergaya ke.. tidak! Apa yang aku mahu ceritakan ialah dia adalah salah seorang pemuda terkaya di dunia! Masakan tidak, awal tahun 2010 (selepas 6 tahun Facebook dilancarkan) Mark Zuckerberg telah diisytiharkan memiliki aset sebanyak lebih US$4 billion! Bapak punya la kaya! Kawan aku buka bisnes dekat 6 tahun pun belum tentu ada RM 1 billion, tau.

Sebenarnya, aku cukup-cukup admire dengan dia. Ehem ehem! Bukan 'admire' benda lain, okey. Jangan fikir yang bukan-bukan! Aku admire dengan bakatnya yang luar biasa. Boleh mencipta satu idea dengan mengaplikasikan pada sebuah laman sesawang. Dengan idea yang cukup simple maka termasyhurlah Facebook di serata dunia. Bukan senang mahu popularkan aplikasi sesawang, tau. Seluruh dunia pakai, tau. Macam mana mahu bikin? Untuk pengetahuan anda lagi, sesawang Facebook adalah salah satu sesawang social network yang paling popular berbanding sesawang social network yang lain. Pada akhir tahun 2009 sahaja, Facebook telah berjaya memiliki lebih 350 juta pengguna, dan seramai purata 50 juta pengguna melayari Facebook di dalam masa satu jam sehari! Hebat, bukan?

Tergerak juga dihati untuk mencipta fenomena baru di dunia internet. Tapi ilmu kejuruteraan komputer aku belum tentu boleh menandingi Mark Zuckerberg. Mimpilah! Kalau boleh pun, aplikasi sesawang apa mahu aku cipta? Buttbook, kot! Haha.

(credit to wikipedia)

Posing handsome dari beliau. Aku suka. Bukan saja nampak poyo dan simple, tapi bergaya juga. Lagipun kaya tu! Oh, I like!

Me: "Mark"

Mark: "Yes?"

Me: "Can I worth US$4 billion just like you?"

Mark: "Yeah, sure!" *smiling with a nerdy face*

Me: "... but how?"

Mark: "Fight like a man!"

Me: "Fight like a man? Whuddya mean?"

Mark: "Fight me and my 'Facebook' then"

Me: "Sure?"

Mark: "Yeah, sure. But your credibility, discipline and stamina must be stronger than me. Then I'm pretty sure you can make it! Show me. Whatcya got?"

Me: "Nothing.."

Mark: "Wh.. what?"

Me: "Nothing!"

Mark: "You got nothing, but you wanna 'fight' with me and get worth in same level as me?"

Me: "Yes!"

Mark: "How come?"

Me: "..."

Mark: *whutha hell he's thinkin' about?*

Me: *looking to Mark's pant above with a lustful eyes* Hehehehehe..

Mark: "Whutha.. heck.. homo.. ... .. . f**k!"

Wednesday, April 28, 2010

GengBlogger

Lambat!

Itu yang sepatutnya perkataan yang sesuai untuk aku. Sudah berkurun para blogger di luar sana menyertai GengBlogger (GB) sedangkan aku masih terhegeh-hegeh di laman sesawang GB tersebut. Hendak mendaftar pun terkapai-kapai. Semalam, hampir 15 minit, barulah aku dapat mendaftar di GB. Tersedar bahawa perlu berdaftar di Facebook terlebih dahulu. Mujurlah aku sudah ada akaun Facebook.

Ini profile aku.

Terus terang aku cakap, aku tidak tahu bagaimana fungsi GB. Haha. Tengok orang ramai join, aku pun join juga. Yang aku perasan, banyak artikel dan member-member di sana. Cik Lolly kita pun ada!

Hari pertama pun sudah dapat banyak komen. Tapi kepala aku masih lagi pening. Tambahan pula dengan internet yang lambat macam siput! Aku tidak tahu apa masalah internet P1 sekarang ini. Dulu laju, sekarang lembab dan lambat! Alahai P1.. kau pun sama macam aku.

Excuse me, mahu tanya.. artikel yang lepas-lepas tak boleh ke terbit balik kat GB? *Tunjuk ajarku sifu!*
Aku tak tau kenapa aku tak puas-puas baca Si Gadis Kecil. Betul-betul terkenang zaman dulu. Yang berada di Labis, jangan cemburu tau! :)

Monday, April 19, 2010

Whutha Heck?!

Keywords search by: Today!

Keywords search by: This Week!

Whutha heck?! Terkejut beruk aku. Takde bende lain ke korang nak search, hah?! Aiyoyoyooo.. Salah satu petanda akhlak masyarakat kita yang dah down! Haha.

Sunday, July 05, 2009

Zemanta: enhancing your blogging style!

beberapa minit tadi, aku bosan tahap tapir.. nasib baik tapir lebih kacak dari aku.. kalau tidak, sudah tentu wanita-wanita mengerumuni aku.. haha.. *ayat tak boleh blah!* sedang aku syok klik situ sana sini, aku terjumpa satu buzz mesej dari Google pasal Zemanta..

apa sebenarnya Zemanta ni?

klik imej untuk full view.. (auto open new window)

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

kalau sebelum ini, aku ada post pasal Blogger in Draft, di mana Google menyediakan satu platform editor blogger yang lain yang lebih tampak elegan dan mudah berbanding editor biasa kita gunakan.. namun pokoknya Zemanta bukanlah salah satu tools atau utiliti yang disediakan khas oleh Google..
Zemanta is a revolutionary new platform for accelerating on-line content production for any web user. Zemanta then combs the web for the most relevant images, smart links, keywords and text, instantly serving these results to the user to enrich and inform their content.
apa yang aku faham di sini, sesuatu elemen dari entry aku seperti link, gambar, dan katakunci akan di-link ke web lain.. sebagai contoh, di dalam entry aku itu terdapat satu gambar bertajuk 'bicycle', dan satu katakunci 'Bob Dylan'.. kedua-dua elemen ini akan di-link terus kepada web-web berkaitan di serata dunia seperti Amazon, Wikipedia MovieDB, dan sebagainya.. selain itu, Zemanta juga akan 'mengesyorkan' tag atau label yang berkaitan dengan entry aku.. manakala elemen gambar pula akan di-link kepada gambar yang berkaitan dengan 'bicycle' samada pada Wikipedia, Flikr, dan sebagainya..

mungkin penerangan saya agak kabur dan kurang jelas.. anda boleh jalankan demo secara langsung pada link Zemanta.. klik SINI untuk terus ke web demo tersebut..

tapi aku rasa mungkin penulis blog bahasa melayu kurang berminat dengan addon ini memandangkan ia semua auto-generated dengan bahasa inggeris.. sebaliknya menjadi satu kelebihan kepada penulis blog berbahasa inggeris.. aku tidak pasti samada Zemanta ini generated dengan web-web bahasa melayu yang lain.. aku tidak mencuba.. namun, anda boleh mencubanya sendiri.. klik SINI untuk memuat turun addon ini bergantung kepada jenis browser yang anda gunakan.. anda boleh gunakan entry INI dengan copy dua perenggan dan paste ke dalam editor Zemanta tersebut.. kemudian, cuba preview.. akan akan melihat hasilnya.. (maaflah.. aku tiada masa sangat nak buat tutorial.. entry ini hanya untuk review aku, bukannya tutorial! harap maklum..)

berita baiknya, Zemanta ini bukan sahaja addon untuk Blogger, malah pengguna Wordpress, Typepad, dan pelbagai platform lagi!

aku bagi 4 star untuk Zemanta! *wink!*

Wednesday, July 01, 2009

kau YUNA tapi aku LA LUNA

siapa minat artis yang membawa rentak jazz, dan suara mirip Norah Jones yang bernama YUNA? sila angkat kaki..!

sejak virus selsema babi Yuna ini mula tersebar meluas sehingga memasuki corong-corong radio dan televisyen, suara gadis shawl ini semakin digemari dan langsung melebarkan sayap hingga tercalon di dalam beberapa acara berprestij yang memungkinkan dia menjulang beberapa anugerah.. dan kini lagunya tersebar di handphone sebagai ringtone..

apa pun, maaflah.. aku tidak minat muzik jazz! *ada maksud tersirat sebenarnya..*

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

sedang manusia sibuk memuat turun lagu Yuna ke dalam handphone mereka, membuat ringtone, membuat permintaan di radio, membaca profile di MySpace, aku antara manusia yang bukan di dalam kalangannya itu sedang sibuk melayan artis indonesia bernama 'La Luna'.. tapi, mereka bukan artis membawa muzik jazz!

mesti ada yang marah..

"apa la kau ni sokong artis luar! artis tempatan kau tak mahu support!"

jawapan aku..

"suka hati akulah!"

**********

sebenarnya, antara Yuna dan La Luna tiada kaitan sangat pun.. saja aku nak timbulkan konspirasi kontroversi kat sini.. tiada niat nak condemn pun.. haha.. lantak korang lah nak layan siapa pun.. hak masing-masing, minat masing-masing kan?

entah ada orang kenal atau tidak La Luna ni.. nama pun pelik.. namun muzik dan liriknya best! di bawah ini aku sertakan dua video klip dari La Luna yang aku suka.. jom layan sama-sama.. harap korang terhibur..


La Luna - Sesali Tak Sejak Dulu (Download)


La Luna - Tetap Setia

aku suka lagu Sesali Tak Sejak Dulu tu.. macam lagu kanak-kanak rebina kan? hahaha.. :P

Sunday, May 03, 2009

Blogger In Draft

salam semua..

semalam, saya masih di kampung halaman saya.. pukul 11 malam, saya sempat berkunjung (lepak) di Cyber Cafe, tempat kerja lama saya dahulu.. seperti kebiasaan balik pada hari minggu, di situlah tempak lepak saya.. bila ada masa terluang dan bosan, saya akan berjumpa dengan kawan-kawan saya yang bekerja di situ.. saya juga sempat online walaupun sekejap..

sewaktu saya online, saya terjumpa salah satu laman weblog iaitu Blogger In Draft.. pada mulanya saya keliru.. apa beza Blogger Dashboard biasa dengan Blogger In Draft? setelah saya membaca dan mencuba.. wow! saya teruja! apa yang mengujakan saya? lihat imej di bawah..


imej di atas adalah contoh antaramuka (interface) dashboard bagi Blogger In Draft.. nampak mungkin tiada beza sangat kan? cuma logo, warna, dan menu saja yang sedikit berbeza.. tidak mengapa.. tengok imej di bawah pula..

anda kenal imej di atas, bukan? inilah ruangan anda menulis apa jua jenis entry yang anda suka.. dan di sinilah segala karangan, penulisan untuk blog anda bermula.. apa yang menarik, posting menu sedikit berlainan.. ia tampak lebih menarik berbanding Blogger Dashboard biasa.. saya tertarik bila Blogger In Draft ini menyediakan butang fungsi untuk menambah peta (Google Map) ke dalam posting anda! tidak percaya?


sesetengah blogger suka menambahkan imej ke dalam entry mereka, bukan? anda salah seorang? bagus.. lihat imej di atas.. antaramuka di atas menunjukkan tetingkap (popup window) untuk upload imej.. lain? ya.. sangat berbeza! ia lebih menarik daripada sebelumnya.. saya tidak mahu komen pasal ini.. sebabnya? saya sangat teruja! haha..

dulu, saya pernah menggunakan browser Safari.. browser Safari adalah salah satu browser terpantas yang pernah saya guna.. oleh kerana masih banyak kelemahan dari segi function, saya kembali kepada Mozilla Firefox.. apa yang saya ingin cerita di sini adalah, browser Safari mempunyai keupayaan untuk mengubah saiz kekotak input (input form).. anda mungkin tidak faham.. lihat imej di bawah..


ini adalah konsol karangan saya.. selepas itu, saya mengubah..


ah.. kecil sedikit... apa yang anda faham? ya.. saya boleh ubah saiz konsol karangan saya!

sebenarnya, ada banyak lagi function yang belum saya terokai.. saya menulis setakat ini saja.. kalau anda ingin tahu secara lebih lanjut, anda patut mencuba! klik saja DI SINI untuk ke Blogger In Draft anda sendiri.. pada mulanya, agak kekok sedikit.. saya percaya, lama kelamaan semuanya akan jadi tegal biasa..

selamat mencuba!

Sunday, March 15, 2009

Wayang di Mid Valley #2

penat betul aku hari ni.. oleh kerana semalam aku seharian bersama Norway, hari ni aku penat gile.. pagi aku bangun trus pegi Mid Valley (Mid).. awalnya aku segar bugar.. menghala ke petang, aku mengantuk tahap kronik peringkat cipan.. cipan pun tak mengantuk cam aku.. planning nak 'berkampung' lagi di Mid (ntah ape menarik sangat Mid agaknya..) sampai ke waktu maghrib.. tapi aku btol2 dah tak larat sangat nak buka mata aku..

ops! aku bukannya nak bercerita pasal mengantuk, ok? ehem2.. hari ni sebenarnya aku pegi tengok wayang.. serik dah tengok cerita melayu.. so hari ini, aku choose cerita english plak.. apakah??? ya.. english movie.. iaitu.. Street Fighter: The Legend of Chun-Li! wahuuuu..! best siot cerita ni..! so tak rugi la aku tengok cerita ni.. nak plak cerita gaduh-gaduh, lawan-lawan.. memang aku suka la..

pada awalnya, aku nak tengok cerita Dragonball Evolution, tapi kebetulan seat tak berapa nak best.. seat kat belakang semua dah ditempah orang.. dammit.. takkan nak amik seat depan.. tak suka la aku.. sakit tengkuk aku nak mendongak.. kalu korang pun sure pilih seat belakang kan..? baru thrill nak tengok wayang, betul tak?

ok, aku nak review sikit pasal citer ni.. berdasarkan tajuk, ia berkisar tentang kisah salah satu watak dalam game Capcom terkenal sewaktu masa dulu, iaitu Street Fighter.. siapa tak kenal game konsol Street Fighter? bila sebut Street Fighter, semua orang yang lahir tahun 80-an tahu akan game ni.. jika sebelum ini, movie Street Fighter dilakonkan dan di-'life-action'kan oleh Jean Claude Van Damme.. cerita tersebut memang mengikuti watak game Street Fighter, berbanding movie Lagend of Chun-Li ni.. jalan ceritanya pula amat berbeza.. untuk movie Legend of Chun-Li ini, ia berlatarkan kisah awal (pra-cerita) Chun-Li, iaitu salah satu watak di dalam game Street Fighter.. nak dikatakan penglibatan awal pun, tak juga.. sebab pada ending cerita baru diceritakan jemputan Gen (watak Ken di dalam game) ke arena Street Fighter kepada Chun-Li.. movie ni lebih menceritakan bagaimana Chun-Li menjadi seorang jaguh jalanan apabila bapanya diculik Bison dengan bermotifkan memperguna bapanya untuk kepentingan Bison sendiri.. walaupun sejak kecil Chun-Li diberi kepercayaan penuh oleh bapanya untuk menjadi pemain piano terkenal..

bermula pada penculikkan bapanya, Chun-Li mula menjejak bapanya apabila mendapat skrol yang tidak diketahui dari mana datangnya dan siapa yang menghantarkan kepadanya.. setelah disiasat dan mencari, Chun-Li dibawa ke Bangkok, Thailand dan bertemu dengan Gen.. setelah bertemu dengan Gen, Gen telah mendedahkan Chun-Li kepada asal usul pertubuhan Shadaloo dan siapakah muka-muka tertinggi di dalam pertubuhan tersebut.. salah seorangnya adalah tidak lain dan tidak bukan adalah Bison..

disamping itu, cerita ini juga memperkenalkan beberapa watak baru bagi memperkuatkan jalan ceritanya, iaitu Nash dan Maya.. Nash adalah salah seorang anggota polis interpol yang sekian lama cuba menjejaki dalam usaha memberkas Bison.. tetapi 14 kali cubaan, dan 14 kali jugalah menemui jalan buntu dan gagal.. dengan bantuan Chun-Li, Nash dan Maya berjaya mengesan kedudukan Bison, di mana sewaktu itu Bison membuat cubaan menyeludup masuk White Rose, yang dianggap amat penting bagi Bison..

dalam perjalanan mencari bapanya, pelbagai rintangan dan cabaran telah dihadapi oleh Chun-Li sehinggalah Chun-Li ditangkap oleh Bison.. walaupun dapat bertemu dengan bapanya dalam jangka waktu yang amat singkat, akhirnya bapa Chun-Li dibunuh juga oleh Bison di depan matanya sendiri.. begitupun, Chun-Li dapat memperboloskan diri.. dengan tunjuk ajar Gen, Chun-Li dapat mengalahkan salah seorang 'orang kuat' Bison, iaitu Vega.. dan pengakhiran cerita Chun-Li juga dapat membunuh Bison walaupun Gen sendiri kalah ditangan Bison..

masih kasar kan cerita aku? nak tahu lebih lanjut? baca sinopsis DI SINI.. tak faham? pegi tengok sendiri.. hahaha.. aku bleh bagi 3 1/2 bintang untuk cerita ni.. best! tak rugi la kalu korang tengok..

Saturday, January 10, 2009

Nokia 5800 Xpressmusic = RM 1,499!


The much anticipated Nokia 5800 XpressMusic was launched at the Night of Mayhem celebration at the Pavilion shopping mall in the heart of Kuala Lumpur, yesterday.

The Nokia 5800 XpressMusic is ‘mass market’ device retailed at RM 1,499. The touchscreen phone has is powered by the S60 Touch Interface and has a myriad of connectivity from quad-band GSM (850 / 900 / 1800 / 1900), Wi-Fi to 3.6 HSDPA data connection.

Ultimately, the 5800 is a music-centric device which comes bundled with 1,000 DRM-free songs. The device comes with 8GB microSD card and 81MB internal memory. The microSD memory slot goes up to 16GB as well. 5800 XpressMusic offers all the music essentials including a graphic equalizer, 8GB memory for up to 6000 tracks and support for all main digital music formats, and a 3.5mm jack.

The 5800 also has a 3.2 megapixel camera powered with a Carl Zeiss Tessar lens with a dual-LED flash. The device also comes with an accelerometer, so expect auto-rotation for horizontal functionality. The 5800 also has built-in GPS receiver and supports A-GPS. The phone’s Media Bar is a drop down menu that provides direct access to music, a direct link to the Web and to online sharing (Ovi). The device supports Flash content, individuals can surf web and enjoy Youtube as well.

The Nokia 5800 is available now!

Thursday, January 08, 2009

Preview : Nokia E63


The Nokia E63, designed for people who need to manage their business and personal lives equally well. Building on the success of the Nokia E71, the company's flagship messaging device, the Nokia E63 brings the QWERTY keyboard form factor to a broader audience at a great price.

Whilst appealing to a new group of consumers with a design that feels great in the hand and has two new colors, the Nokia E63 is still very much a member of the E-Series family.

The Nokia E63 also has the ability to switch modes with a single key press, switching from a view of corporate mail, appointments and intranet data, to a personal mode with a picture of friends, personal email and shortcuts to favorite hobby blogs or websites. Petersen adds, "The amazing response we have seen to the Nokia E71, which has very quickly become the best selling model in its category, let us know that we are heading in the right direction. People want a rich experience when using messaging, social networks and the Internet. With the Nokia E63 you can enjoy the web, update your status and work meaningfully with multiple email accounts."

The Nokia E63 also includes Files on Ovi, a service where people can get remote access to their PC files even when their computer is offline. Anyone buying the handset will have access to 1GB of online file storage for free.

The Nokia E63 is available in ruby red or ultramarine blue with a range of multimedia features. Record and view images and videos with the digital camera and bright landscape display, listen to music downloaded from the Nokia Music Store, or a number of other sources, via the standard 3,5 mm audio jack or customize the device through the thousands of applications available for download.

Saturday, January 03, 2009

Let's use Digsby! =)

Beberapa jam tadi aku ada donlod dan install satu software IM.. Digsby nama software tu.. So far aku guna software ni, very very nice la.. software ni leh gabung beberapa ID instant messaging kita.. Contohnya, aku ada ID Google Talk dan Yahoo! Messenger.. Aku leh log srentak guna Digsby tanpa buka kedua-dua software yg diorg provide serentak.. Aku just buka Digsby, then aku set up ID instant messaging aku then.. you are online! Marvelous!


Gambo kat atas ni adalah contoh snapshot window dia.. bulatan kat atas skali tu adalah status kita.. Aku choose 'I'm listening to...' utk status aku.. Status ni akan brubah2 stiap kali winamp aku shuffle ke lagu2 yg ada dlm playlist aku! Wow..! Great! Xyah kita nak ubah2 sendri status kita.. Dah auto.. Bulatan kat bawah tu plak menunjukkan aku online 2 akaun IM aku serentak, iaitu YM ngan Google Talk! Caya lahhhh..


Gambo yg ni plak adalah chat window aku.. Yg ni berlainan sket dari YM.. Biasanya YM separate window chat kita bila kita chat dgn laen2 ID friend kita.. Digsby tidak.. Satu window, bleh buka byk2 ID friend.. best kan? Tp ada kelemahan la.. Kot la kita tersilap chat ngan ramai org, kita nak tutup satu je window.. Tup2 tersilap close smua.. Tp jgn risau.. Dia akan prompt kalu kita tertutup multichat.. Interface paparan chat pn berlainan.. nampak lebih cool! Ada banyak lagi skin dia.. ni salah satu aku nak tunjuk aje la..


Yg ni adalah yg paling cool.. Ni chat notification dia.. Cam YM gak, Digsby bekalkan kita notification alert jika ada org send teks kat kita, jika pada masa tersebut anda tgh wat keje laen.. Nampak x icon Yahoo!Mail ngan Google Mail kat tray aku? Yg tu pn Digsby provide gak.. Maknanya, jika ada new email masuk Digsby akan alert kat kita.. Cun gila.. Korg leh set sendri ID korg kat Preference dia.. Kat bawah ni aku post explaination secara ringkas..
Digsby, IM, email and Social networks in one easy to use application.

Instant Messaging - digsby is a multiprotocol IM client that lets you chat with all your friends on AIM, MSN, Yahoo, ICQ, Google Talk, and Jabber with one simple to manage buddy list.

Email Notifications - digsby is an email notification tool that alerts you of new email and lets you perform actions such as 'Delete' or 'Report Spam' with just one click.

Social Networking - digsby is a social networking tool that alerts you of events like new messages and gives you a live Newsfeed of what your friends are up to.

Version 38 onwards is a stub installer that includes numerous toolbars etc., we recommend you do not install these. - Source: FileHippo.com

Overall aku guna software ni, ok la.. Biasa la.. Software baru sure ada pro dan kontranya kan? First time aku guna, aku rasa ada byk lg la kelemahan dia.. Walopun interfacenya bagus, tetapi ada lg beberapa komponen yg maseh lg lemah.. Antaranya;
  • Emoticon x byk macam YM..
  • Addition utk ID, Social Network still kureng..
  • Kadang2 email notification ada sket bugs dan prob..
  • Voice chat ngan Webcam ade sket bug walopun still bleh guna..
  • Transfering file ok berbanding YM tp agak slow..
So, komentar aku utk software ni adalah; VERY NICE! Walopun maseh beta version, x rugi la kalu kita guna.. Utk pengetahuan smua, aku guna Digsby Beta (build 45).. Korg nak try test? Jom download..

Nokia N97 vs Nokia N96

Prior to the expected deluge of new devices in the coming trade shows during the first quarter of 2009, let us take a quick look at December’s Nokia N97, and compare it against the preceding N96 device.

Only the Nokia N97 is a touch screen device. The n97 is about a centimetre longer than the N96, and is 25 grams heavier. Other than that, the devices are pretty similar except that the N97 slides open at a different plane to the keypad whereas the N96 simply slides out on the same plane as that of the keypad.

Both devices are quad-band capable, and run fine on the GSM 850/900/1800/1900 bands. The N97 is further capable of working on the WCDMA 900 / 1900 /2100 bands. Both are HSDPA-capable and the N96 also supports UMTS.

The N97 has the larger 3.5 inch screen with a resolution of 640 x 360 pixels, while the N96 has the smaller 2.8 inch screen rated at 240 x 320 pixels. Both screens are 16 million colour TFT screens.


Internals

Both the N96 and N97 are Series-60 type Symbian devices. They both support Java and WAP, and come with built-in browsers.

GPS and Nokia Maps are included in both devices. Of course, we already know that the N97 has an internal capacity of 32 GB while the N96 tops out at 16 GBs of internal storage, which by the way, is the same as that of the Apple iPhone 3G.

Both are Bluetooth-capable devices, but only the N96 supports infrared. EDGE, 3G and GPRS are supported and both devices are compatible with Wi-Fi 802.11b/g networks.


Camera/Radio

Both the Nokia N97 and the N96 come with a 5 megapixel camera that for all intents and purposes, appears to be the same camera except for some differences with the pixel resolution specification. In other words, the height and width are different by just a fraction, but not enough to change the specification.

Both devices come with flash, night-mode and autofocus and both also shoot video at 30 frames per second.

Battery

The Nokia N97 is slated to have an 1500 mAh battery while the N96 is specified with a 950 mAh battery.

Current Price

The N96 is retailed at an estimated price of RM 2,500 meanwhile the N97 is sold at an estimated retail price of EUR 550 (around RM 2,600) before taxes or subsidies.

Key Differences

The Nokia N97 has a larger screen and more storage than the Nokia N96. Therefore, the larger battery of the N97 may not translate into more standby time as it serves to reason that the larger screen will consume more power than the smaller one. Of course, there are a variety of other factors but potential buyers are advised not to take the battery ratings at face value.

Wednesday, December 24, 2008

Nokia N79 - The Great Comes From Nokia

Despite Nokia’s recent “dual-slide” design trend, it has still been dedicated to producing quality candybar phones. This particular model surprised me in ways no candybar had for a long time. It is different in ways both large and subtle. The first thing you will notice about the N79 is the white frontal outline. I found this to be a very aesthetically pleasing feature as it reflects light more gently than silver or black outlines.

The keypad comprises of all-flat depressed buttons save for four rice-like keys and the N-series trademark silver media button. The navigation wheel is more squarish but performs both the wheel and cursor functions very effectively depending on the context of usage. In the middle of the navgiation wheel there is a sufficiently large “execute” button which seems to massage the tips of your fingers.

The rice-like keys take some getting used to though, especially if you have nails that are anything but short. From time to time, I did slide off the limited surface area to accidentally push a flat key next to it, which was a little annoying at first. My favourite part of the design is the sliding lock/unlock button at the top of the phone. It makes locking and unlocking so more quicker and easier with just one swift move required. You do not see this feature often outside of slider phones.

Media matters

The camera on the N79 is really good. The focus time is about one second and the dual-LED flash is magnificently bright. The picture and video quality is excellent with very few pictures coming out blurry or dark. Nokia provides a USB cable so you can upload your media to your PC. Four gigabyte of memory is not considered massive these days but it is more than enough if you are consistent in uploading your content. For music lovers such as myself, 4GB is not a world of space.

The speakers on this model are decent. It is much more enjoyable, however, to listen to music using the earphones/handsfree set provided. I had a little trouble with transferring the music. The manual says to use Windows Media Player 11 but that does not really work so well since some of my synchronised files went missing in the phone.

What the booklet does not tell you is that you can actually use Nokia Music to sync the files. Even with Nokia Music, it took a few tries before all my music was where it should be.

N-gage me

I must say, getting a free activation code for LucasArt’s mobile version of Star Wars: Force Unleashed was really great. I think it is the first mobile game I got really engrossed in and was impressed with the detail of the graphics and the complexity of the gameplay. I am generally not much of a mobile gamer but I found this particular game to be challenging and very entertaining.

Conclusion

I have to admit this phone really impressed me. It is elegantly designed and its features are mostly top of the line. Its price tag is significantly lower than many of its N-series counterparts and it has almost all the same features, albeit reduced in some areas.

Pros: Stylish design; good response time; excellent camera features; cool covers; fun games.

Cons: Rice-like keys are difficult to use; loose camera cover; limited memory; file synchronisation is troublesome.
 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger