Pagi tadi (sebenarnya sejak semalam) kecoh di Facebook tentang beberapa video di Facebook yang berbaur politik termasuklah salah satu video darinya yang ada unsur penghinaan hukum Allah (hudud), termasuklah beberapa orang pemimpin. Video tersebut sebenarnya di'embed' dari laman YouTube mengisarkan lakonan semula perbualan antara orang muda dan tua, lelaki dan perempuan, termasuk beberapa orang lelaki cina, india, dan sikh. Kononnya dilakonkan sebagai simbolik 1Malaysia.
Walau bagaimanapun, video ini terlalu ekstrem menghentam dan mencerca serta memperlekeh hukum yang termaktub di dalam al-Quran (iaitu hudud) dengan mengaitkan beberapa kes berat yang berlaku di Kelantan yang tidak pasti kesahihannya, termasuklah penghinaan kepada beberapa pemimpin yang kebanyakkannya dari pihak pembangkang.
Jom saksikan, dan anda nilailah sendiri.
Kecewa, amat kecewa. Bukannya apa. Orang kristian, orang hindu, atau mana-mana agama penganut agama selain Islam pun tiada langsung menghina agamanya sendiri. Orang Islam negara kita? Macam mana? Bukankah hukum Allah (hudud) itu salah satu dalam termaktub di dalam al-Quran? Tetapi orang Islam kita langsung tidak ada perasaan malu apabila menghina dan mempersendakan hukum Islam mereka itu sendiri. Seolah-olah maruah Islam dirobek-robek oleh orang Islam itu sendiri!
Jika anda lihat video di atas, mereka seolah-olah merendah-rendahkan hukum Allah ini dengan menyatakan ramai penghidap AIDS, ibu tunggal tidak mendapat nafkah, masalah wanita bekerja di tempat-tempat maksiat dan sebagainya berlaku di Kelantan. Angka mereka meningkat walaupun diperintah oleh pemimpin Islam. Makna kata, jika hudud dilaksanakan sekalipun, atau pemimpin Islam memerintah sekalipun, kes jenayah berat tetap berlaku!
Seorang rakan telah menegur saya setelah beberapa status dan artikel (termasuk video) telah saya buat di Facebook. Dia menyatakan, "Tak perlu marahlah. Biar saja mereka. Mereka ini sudah tergolong di dalam kaum-kaum dan bangsa-bangsa yang mereka tampilkan dalam video itu."
Saya bertanya, "Kaum dan bangsa? Apa maksudnya?"
Rakan saya menjawab, "Itulah cina, india, sikh, dan apa jua kaum dan bangsa yang ada di dalam video itu, termasuk lelaki tua yang berkopiah."
Saya masih tidak faham, lalu bertanya lagi, "Kenapa berkata begitu?"
Dengan tenang rakan saya menjawab, "Mereka sebenar-benarnya telah KAFIR kerana mempersenda, bahkan pula menghina agamanya sendiri!"
Daripada perbualan di Facebook itu, saya telah merujuk beberapa orang rakan termasuk seorang ustaz yang amat tersohor masa kini iaitu Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus. Kemudian saya ditemukan dengan satu video ceramah dari ustaz. Di bawah ini adalah video yang boleh membidas video 'Sembang Rakyat' itu. Saksikan.
Astaghfirullah.
Bukanlah ada hak bagi kita untuk mengkafirkan seseorang. Akan tetapi jika dirujuk mana-mana kitab sekalipun, termeterai sudah bahawa jika sebesar zarah pun kita menolak hukum Allah dan mengi'tiqadnya pula maka kafirlah ia dari agamanya.
Maka memang benarlah apa yang diperkatakan oleh rakan saya itu. Kenapa perlu Islam diperlekeh sedemikian rupa semata-mata kepentingan sesebuah parti politik? Tertarik dengan dialog lelaki tua (berkopiah tapi bodoh) itu, "Dah dekat pilihanraya ni, mula lah lagu-lagu hudud dia tu!"
Saya mendapat balasan dari rakan pembangkang, "Dah dekat pilihanraya ni, mula lah fitnah-fitnah dan video-video lucah dia tu!"
Lucu pula. Haha!
Aduka: Sokong parti yang benar-benar menyokong Islam secara total. Bukan ambil sekerat-sekerat! Kembalilah kita kepada Islam yang hakiki dan suci!
Nak menunjuk-nunjuk sikit nih! Nampak tak? Nampak tak? Ni la Buffered Earning (BE) aku yang latest. Nampak tak weh? Hahahahahaha! Baru dapat satu BE dah kecoh-kecoh kan?
Alaaa.. aku bukannya blogger popular pun. Aku berblogging ni pun sekadar suka-suka. Walaupun begitu, alang-alang berblogging, mahu juga la ada side income kan? Jadi tak salah sekiranya aku join mana-mana pengelola pengiklanan ni. Dalam banyak-banyak, aku lebih suka Nuffnang. Sebab? Nuffnang ni komuniti pengiklanan terbesar dan paling popular di kalangan blogger di Malaysia. Syarikat pula syarikat tempatan. Jadi kalau di'compare'kan di antara syarikat pengelola iklan yang lain dengan Nuffnang ni, aku lebih selesa dan sarankan korang turut serta bersama Nuffnang. Satu lagi alasan; dulu ada kes malware serang kepada banyak pengelola iklan. Kebanyakkan blog 'dijangkiti' malware yang masuk melalui algoritma iklan itu sendiri. Waktu itu, hanya iklan daripada Nuffnang yang satu-satunya tidak dijangkiti! Jadi, itu juga satu sebab kenapa aku masih setia dengan Nuffnang sampailah sekarang.
Di sini, aku ingin berkongsi sedikit tips bagaimana nak dapatkan BE dari Nuffnang. Artikel ini adalah daripada artikel dari Blog Ceera.
Untuk mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings" anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPM. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut : -
- Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh Advertisers kami.
- Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.
Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.
- Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.
- Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.
Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!
Good luck dan selamat berblogging!
Thara Sofian
Talent Manager
Untuk bacaan selebihnya, anda boleh baca di blog Ceera. Klik DI SINI (klik!)
Ramai antara kita sangat marah dengan Israel. Apatah lagi apabila kita sedia maklum tentera-tentera Israel melakukan kekejaman terhadap rakyat negara Palestin. Justeru itu, kita berkempen dan berpakat menolak dan memboikot barangan buatan Israel malah membenci Israel itu sendiri.
Dahulu sewaktu hangatnya kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin, kita digesa untuk memboikot barangan import seperti produk makanan, jenama, dan produk yang berkaitan Israel. Sebahagian besar rakyat kita menyokong kempen boikot tersebut. Baguslah. Ini memungkinkan keuntungan produk eksport barangan atau produk Israel (dan sekutu) jatuh merundum. Biarlah sedikit pun, tidak mengapa. Sekurang-kurangnya, kita sudah memboikot. Kita orang Islam memang sangat prihatin.
Di Facebook pula ada banyak tersebarnya gambar-gambar kekejaman Israel dan propaganda Israel terhadap orang Islam di Palestin mahupun seluruh penduduk dunia. Dan kita sememangnya sedia maklum bahawa sebenarnya Israel (Zionis) telah pun 'menjajah' hampir keseluruhan aspek di dunia, termasuk ekonomi, media, pelajaran, psikologi, dan sebagainya. Langkah bijak kita menyebarkan fakta-fakta tersebut bagi menyedarkan umat Islam kepada masyarakat di negara kita khususnya. Kita orang Islam memang sangat prihatin.
Walau bagaimanapun, sejauh mana relevannya kempen, boikot, benci, dan marah kita terhadap propaganda Yahudi Zionis Israel ini?
Ini adalah fakta penting yang perlu kita ketahui tentang hal yang sebenar terjadi di negara kita sendiri. Dan seterusnya perlu kita tolak secara habis-habisan jika benar 'kita prihatin' dan menolak propaganda Israel Zionis laknatullah ini.
Lihat imej di bawah.
Jadual di atas adalah menunjukkan tiga jenis urusan jual beli atau dagangan negara kita dengan negara Israel, iaitu penukaran (trade), import, dan eksport untuk penggal tahun 2010. (Sumber)
Gambar di bawah pula menunjukkan salah satu halaman dalam majalah promosi perdagangan Israel.
Apa yang boleh saya kata adalah sebenarnya negara kita menjadi antara 20 negara-negara terpenting bagi Israel. Dan dalam tahun 2010, Malaysia hampir mencatat antara 10 negara pengeksport terbanyak kepada negara Israel.
Kesimpulan yang boleh saya cakap adalah; kita mati-matian membenci Israel dengan memboikot sana sini, berkempen sana sini. Tanda menunjuk kita benci kepada Israel. Walhal tanpa kita sedari sebenarnya ada udang di sebalik batu yang dilakukan oleh 'pihak-pihak yang berkuasa dari kita' dengan menjalin usahasama dagangan dengan negara yang kita benci selama ini (Israel)! (Sumber)
Ya, kita orang Melayu beragama Islam sangat prihatin. Tetapi kita sebenarnya 'buta' dan 'dibutakan'. Kita menolak dagangan dengan Iran. Salah satu negara Islam yang rata-rata berpenganut Islam. Sebaliknya kita menerima dagangan dengan negara Zionis laknatullah atas nasihat Amerika -- negara bersekutu kuat Israel Zionis! Atas nama syiah, kita tolak habis-habisan dagangan dengan Iran. Tetapi atas nama zionis kita terima dagangan dengan Israel dengan 'hati terbuka'.
Aduka: Kita mengutuk negara yang ada hubungan dua hala dengan Israel tetapi sebenarnya 'kita' dua kali lima sama saja!
Penunggang motosikal professional Itali, Marco Simoncelli, 24, telah terbunuh dalam tragedi kemalangan dalam acara Moto GP Sepang Malaysia hari ini (semalam). Perkara ini telah disahkan oleh pihak penganjur.
Penunggang Gresini Honda ini dipercayai hilang kawalan pada pusingan kedua litar di Sepang dan kemudian dilanggar oleh Colin Edwards dan diikuti pula Valentino Rossi dari arah belakang menyebabkan helmet Marco Simoncelli tertanggal menyebabkan kecederaan parah di beberapa bahagian badan terutama di bahagian kepala. Bendera merah dikibarkan dan perlumbaan dihentikan serta merta.
Lihat foto di bawah (klik foto untuk paparan yang lebih besar dan jelas).
Waktu ini Marco Simoncelli hilang kawalan dan rebah merapati jalan (terseret) dalam beberapa meter tanpa melepaskan motosikalnya.
Foto ini menunjukkan helmet yang dipakai oleh Marco sudah tertanggal dan mukanya diseret atau tersembam di atas trek litar.
Helmet yang dipakai Marco (dalam bulatan).
Banyak faktor yang menyebabkan kematian Marco. Gambar-gambar di atas adalah susulan selepas pelanggaran atau kemalangan tersebut. Gambar di bawah pula adalah satu shoot SEMASA Marco dilanggar oleh Colin Edwards dan Valentino Rossi dalam jarak yang lebih dekat.
#1 - Tangan kanan Marco dilanggar dan digilis oleh motosikal milik Rossi.
#2 - Tayar hadapan motosikal Rossi melanggar kuat di kepala dan memungkinkan leher Marco patah dan cedera. Pelanggaran ini juga membuatkan helmet Marco tertanggal.
#3 - Kemungkinan Marco mengalami pendarahan dalaman bahagian dada atau tulang rusuk patah.
#4 - Kaki Marco bengkok memungkinkan kecederaan lutut, atau patah tulang, atau kecederaan penuh pada kaki.
#5 - Pelanggaran kuat oleh tayar hadapan motosikal milik Colin memungkinkan bahagian tulang belakang atau pinggang Marco retak atau patah.
Ini pula petikan berita dari akhbar online:
The unconscious rider was taken to the medical centre at the track in Sepang for treatment, but his injuries to the chest, head and neck were too serious for him to be saved. The CPR continued at the medical centre for 45 minutes but Simoncelli was declared dead at 4.56 pm local time.
Sila lihat video kemalangan di bawah secara teliti.
Jangan kata penunggang motosikal besar, penunggang motosikal bersaiz kecil pun 95% berisiko hilang nyawa atau mati jika helmet yang dipakai tertanggal!
Lewis Hamilton mengucap takziah @twitter :
Untuk membaca berita penuh tentang kemalangan ini, sila klik DI SINI (klik!).
Benarkah sejarah mengenai Mat Indera ini menyatakan bahawa beliau komunis? Walau bagaimanapun, kini isu sejarah Mat Indera hangat diperkatakan oleh ahli-ahli politik tentang kebenarannya. Fakta sebenar sejarah Mat Indera sebenarnya adalah pejuang. Mana satu yang benar? Jom kita sama-sama baca, berfikir, berdiskusi, dan bagi pendapat.
Kita baca dahulu sejarah siapa sebenarnya Mat Indera @ Mad Indera @ Mat Indra @ Ahmad Bin Indera ini.
Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.
Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.
Seorang hafiz al-quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.
Menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di parit setongkat, muar. Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan inggeris.
Menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad, dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API), atau dikenali sebagai Angkatan Pembunuh Inggeris oleh golongan pemuda fanatik.
Mat Indera telah masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Indonesia menentang Belanda, dan bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Satu-satunya gerila di hutan ialah kumpulan orang-orang cina dikenali sebagai Bintang Tiga.
Mahu atau tidak, Mat Indera perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza, lalu Mat Indera dicop sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. Mat Indera menjadi ketua komunis melayu bagi daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka.
Dikaitkan dengan peristiwa serangan balai polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak menyerang, sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis.
Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam tahun baru cina, sebaliknya orang-orang cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.
Inggeris ambil kesempatan untuk mengukuhkan dakwaan keganasan Mat Indera, lalu menawarkan $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.
Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 orang lagi bernama Beladang dan Misban. Bersetuju menerima tawaran setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.
Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera diajak ke sebuah perjumpaan di Kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dengan kecubung, menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk, maka segala tangkal dicabut dan beliau ditewaskan. Tangan diikat dgn lalang dan dibawa ke balai polis Seri Medan. Dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebal.
Mat Indera dipamerkan. Ada yang suka, ada yang sedih. Beliau dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Dalam penjara didera. Akhirnya hukuman gantung sampai mati dilaksanakan pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Keesokan hari, Mat Indera dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.
Dan marilah kita saksikan pula video ini. Kepada siapakah penghormatan diberikan? Kepada askar Melayu yang menegakkan keadilan atau askar British yang benar-benar 'bernama' British?
Dan yang paling pelik, kalaulah Mat Indera @ Mat Indra ini seorang musuh negara, kenap beliau di iktiraf perjuangannya oleh Kerajaan Negeri Johor dan namanya tercatit di dalam buku 'Tokoh Terbilang'? Pelik, bukan?
Teks di atas menulis: "Justeru mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan petualang"!
Dan yang paling lucu dan kelakarnya tatkala Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, yang dikenali sebagai tokoh sejarah terkemuka tanah air mengeluarkan fakta yang sangat memalukan. Beliau yang sepatutnya ahli sejarah perlulah mengeluarkan fakta sejarah. Bukan fakta putar belit sejarah.
Kata beliau, "Dia (Mat Indera) berasal dari Indonesia, bukan rakyat jajahan takluk kesultanan Melayu. Mat Indera atau nama penuhnya Ahmad bin Indera bukan seorang pejuang kemerdekaan yang menentang British. Sejarah diputar belit oleh ahli politik dari kedua – dua belah gabungan politik. Mereka tidak memahami sejarah."
Itu kata Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mengenai sejarah Mat Indera, aku tak tahu sumber rujukannya dari mana punya buku sejarah. Adakah benar apa yang dinyatakan oleh Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim itu bahawa Mat Indera adalah orang seberang (Indonesia)?
Jom kita kaji. Baca artikel di bawah pula.
Menurut Pak Johan (gambar), atau nama sebenar Johan bin Indera, mereka mempunyai 8 orang adik-beradik. Mat Indera, atau nama penuhnya Ahmad bin Indera merupakan anak kedua dan Pak Johan adalah anak yang bongsu.
Salasilah keluarganya ialah Ahmad bin Indera bin Salleh bin Husin. Husin inilah yang dikatakan dari keturunan Datuk Bentara Husin Lela, Pahlawan Siak Seri Inderapura yang pernah menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.
Beliau (Mat Indera) dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor.
Bagaimanapun kerana anak yang pertama sudah meninggal dunia ketika masih kecil, Mat Indera seolah-olah sudah menjadi anak sulung dan memegang tanggungjawab menjaga 6 adik-beradiknya yang masih kecil. Ibu mereka meninggal dunia ketika Mat Indera berusia 18 tahun, Pak Johan pula baru berusia 2 tahun.
Mat Indera pernah berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim. Menurut Pak Johan, disebabkan Mat Indera pernah menjadi anak murid kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan inilah yang menjadikan faktor mengapa Sultan Ibrahim enggan menandatangani surat hukuman gantungnya selepas Mat Indera dituduh bersalah.
Mat Indera dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor menurut adik Allahyarham Mat Indera sendiri. Dan kata Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, Mat Indera adalah orang seberang.
Jadi siapa yang memutar belit sejarah untuk kepentingan peribadi sekarang?
Persoalannya: Siapakah yang benar? Apakah fakta sebenar sejarah?
Sejarah buku teks dikarang oleh pihak tertentu. Namun, siapa yang menapisnya sebelum teks sejarah diterbitkan? Jika benar ia 'sejarah', kenapa perlu masuk proses tapisan? Dan yang paling utama, benarkah input sejarah yang masuk ke dalam kepala otak (minda) kita selama ini?
Kenapa baru sekarang isu ini timbul oleh sesetengah ahli politik?
Kita selalu diserap dengan semangat patriotik oleh kerajaan. Bila disebutkan patriotik, sejarah PASTI menjadi hubung kait. Sejarah enjadi pemangkin kepada semangat kita untuk berkobar-kobar menyayangi negara. Jadi, kena tahu fakta sejarah sebelum semangat patriotik ada dalam diri kita.
Tapi..
Kenapa sejarah negara sengaja diputar belit? Kenapa mahu menipu dalam fakta sejarah?
Kerana kepentingan sesebuah parti politik?
Kerana menjaga imej sesetengah individu?
Tepuk dada, tanya selera!
P/S: Jika anda ada link atau fakta sejarah yang kukuh, sila kongsikan bersama untuk pendedahan dan perbincangan.
UPDATE! (7 September 2011)
Berita Sinar dedah!!!
Penjelasan Baharom Shah Indera yang merupakan adik Mat Indera. Berasal dari Bakri, Muar Johor. Beliau tampil di pejabat PAS pusat pada 7 September 2011 memberi penjelasan mengenai abangnya Mat Indera.
Walau bagaimanapun, hari ini (7 September 2011), Menteri Besar Johor telah menukar pendiriannya setelah mengatakan Mat Indera sebagai Tokoh Terbilang suatu ketika dulu. Apakah tujuan MB Johor menukar pendirian? Apakah MB Johor ini ditekan oleh Umno Johor kerana kerisauan Johor juga bakal tumbang jika sejarah sebenar terungkai ?
Merujuk kepada kenyataan MB Johor dalam portal bernama;
Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.
Beliau berkata berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM), sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.
"Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan.
"Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).
Anda mempunyai mata, telinga, hati, dan otak. Gunakanlah dengan sebaik-baiknya anugerah pemberian Allah s.w.t. itu kepada anda. Lihatlah siapa sebenarnya yang patut dicop 'pencacai'.
Ini baru sejarah Mat Indera. Bagaimana pula dengan sejarah tokoh-tokoh yang lain? Adakah mereka juga mengalami nasib yang serupa?
Jadi, anda nilailah sendiri!
UPDATE! (9 September 2011)
Artikel aku ini bukanlah berniat untuk menghasut. Hanya mengajak pembaca berhenti sejenak dan berfikir secara positif. Janganlah terlalu taksub kepada sesetengah pihak atau sebelah pehak sahaja. Fikirlah secara rasional dan professional. Ya, anda berhak menurunkan sebarang komen di blog ini memandangkan blog ini tidak memilih sesiapa untuk menurunkan komen. Anda boleh menyamar sebagai Anonymous. Tapi ingatlah bahawa komen yang anda turunkan itu sebenarnya lahir dari hati dan sanubari anda.
Baca artikel di bawah yang terus dipaut dari Blog Milo Suam.
Angka korban gempa bumi yang melanda New Zealand kini meningkat kepada 65 orang, mengikut laporan pada 22 Februari 2011! Angka ini dijangka terus meningkat berikutan ratusan lagi mangsa lain dipercayai masih terperangkap di bawah timbunan runtuhan.
Gempa berukuran 6.3 pada Skala Richter telah menggegarkan bandar Christchurch yang mempunyai populasi 350 ribu penduduk. Pusat gempa yang dikesan hampir dengan kawasan bandar dan hanya pada kedalaman 4 kilometer mengakibatkan Christchurch mengalami kesan teruk. Ia disusuli dua gempa susulan dengan kekuatan 5.6 dan 5.5. Beberapa bangunan roboh dengan kesan merekah teruk di jalan raya.
Ayuh, saksikan video bencana gempa bumi di Christchurch, New Zealand ini!
Bagaimanakah pula nasib rakyat Malaysia di sana?
Menurut laporan berita yang lain, tiada rekod rakyat Malaysia terlibat dalam bencana itu dicatatkan. Syukur, alhamdulillah. Dengan harapan benarlah laporan ini. Sama-samalah kita berdoa agar tiada rakyat Malaysia kita yang terbunuh atau yang tercedera dalam bencana itu.
Di bawah antara gambar-gambar yang di ambil dari internet. Klik untuk perbesarkan (auto open new tab)
Tags: Earthquake in Christchurh, New Zealand!
Aduka: Terdetik rasa kasihan sebenarnya tengok wanita menangis dan wanita cedera tu..
Penulis seorang yang addicted dengan internet. Kalau boleh semua perkara yang best dan cool di internet mahu dicuba. Penulis juga suka perkara yang lucu dan kelakar. Kalau boleh, semua perkara yang lucu hendak ditulisnya. Kerana bagi penulis, ketawa adalah penawar duka dan ia perlu dikongsi bersama. "U BW, I BW. U Komen, I Komen. That's it."
Saya Bina Pembantu AI Sendiri Dalam Telegram
-
Pengalaman Fahim setup Hermes Agent di Tencent Cloud sehingga boleh berbual
dan mendapatkan idea kandungan melalui bot Telegram sendiri.The post
%%post_url...
PMX Kata Felda Jual Hotel Di London 160 Juta?
-
Bhai/DeeDee semua... Kelmarin PMX kata, pengurusan Felda datang pada dia
untuk dapat kelulusan penjualan hotel di London. Dia kata Felda nak jual
hotel pad...
Just, tired
-
Aku ni tak adalah baik sangat tapi kenapa eh, kadang-kadang aku rasa orang
sekeliling aku ni suka sangat cakap lepas, cakap suka-suka hati sampaikan
aku...
Apa itu Ruqyah
-
Bismillah. Assalamualaikum semua!
Sure korang pun pernah dengar terma perkataan yang dinamakan Ruqyah?
Ianya adalah suatu perkataan yang membawa makna pemb...
Terima kasih
-
Terima Kasih
Terima kasih kerana hari-hari mendengar kisah saya
Sehari-hari serasa jauh dari sunyi dan kesedihan maka saya tenang
Walaupun mungkin saat-saa...
Makan tengahari di HAY YAN HU DA Opah's Kitchen
-
Asssalamualaikum dan salam sejahtera semua. Disebabkan hari ni aku
mempunyai masa lapang. So nak cerita sikit la pengalaman makan di Hay Yan
Hu Da Opah's...
Cara buat tengkorak yang mudah dan jimat
-
Tada!!!!!Hari ni aku tunjukkan cara buat tengkorak pulak ye. Tengkorak
ni team rumah hantu aku buat sempena Karnival 3K bulan Julai lalu.Adalah
dalam...
Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
-
Yayyyy dah dapat blue tick!! ✅
Ni lah satu-satu nya blue tick yang menggembirakan dan tak menyakitkan
hati. Haha.
Tengah dok scroll notification int...
Persinggahan
-
Assalamualaikum.. Hye..
(*Wa'alaikumussalam*)
Suatu hari aku pergi ke rumah Abah dan kebetulan pada waktu tu abah dan
ummi sedang marking kertas soala...
Terlalu lama menyepi...
-
Teknologi sekarang ni kalah zaman dulu2 nak blogging pon malas...setahun 1
post?dulu mampu jer hari2 post bukan susah buat jer aotu publish tapi skang
semu...
I'm married
-
Dear blog,
I am now a wife to my best friend.
So awkward nak tulis ni. Okay. Aku selamat kawen 20 January 2017. Majlis
sebelah Penang pulak 21 January da...
2017
-
Assalamualikum w.b.t,
Segala post2 yang agas2 mak dah padam.Almaklumla dah jadi mak2 ni kena la
matang sikit.Cewah!!This year alhamdulillah bertambah tamba...
Jom Bercuti di Penang
-
*Salam. *
*Hai korang.. ^__^*
Air Asia banyak membuat promosi tambang murah di serata tempat. Jadi saya
telah membeli tiket penerbangan yang murah tu ke Pu...
Habuk 2
-
Assalamualaikum
Tetiba aku buka blog ni, and ternampak posting aku zaman dahulu kala...
pada zaman dahulu (nyanyi sikit).. Tajuk post tu Habuk.. Oh aku ma...
KERJA KE 6, 3 DALAM RESUME
-
Assalamualaikum wbt..
Hai yuwollll.. hahahha
*I am back! *
*Good news, I am no longer at TH Hotel & Convention Centre Terengganu.*
Heeheee..
So Muni k...
DUA SATU KOSONG ENAM.
-
Assalamualaikum and Hi !
I don't know if there is still reader reading my blog coz it has been so
long since my last post.
I miss blogging, ranting my fee...
Mussels with Creamy Sauce
-
[image: miela-tahril-mussels-with-creamy-sauce-food]
Good morning friends ... this time it looks like the weekend will be
noticeably cooler, because since...
Oh Tuhan Dia Umpama Bidadari Vol 2
-
1386 hari. Begitulah jarak antara entry terakhir aku dengan entry yang aku
tengah karang sekarang ni. Dan kalau dulu aku cuba bandingkan sifat yang
aku suk...
Air (2015)
-
Free Streaming Air in High Definition FormatNow you can see Air in high
definition format with duration 94 Min and has been launched in 2015-08-14
with MP...
Santa's Little Helper ()
-
Full Streaming Santa's Little Helper in High Definition FormatNow you can play
full Santa's Little Helper in HD video with duration 120 Min and has been
a...
Permudahkan Urusan Kami
-
Dah masuk minggu yang ke tiga kalau tak silap lepas permohonan yang
dihantar hari tu.. hari ni rasa macam tak sedap hati..
YA ALLAH.. AKU MEMOHON KEPADAMU....
Gambar Pemandangan Menarik di UNIMAS
-
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang terletak di Kota Samarahan,
merupakan antara universiti terbaik di Malaysia. Seringkali disalah erti
sebagai seb...
Janji yang pasti
-
Kalau dapat dilukis hati ni,
aku bayangkan
gambar langit yang mendung dan kelam serta hujan yang renyai renyai.
Satu sudut, seorang hamba yang kerdil, berdir...
Kerana cinta itu di dalam hati
-
“Hi girl, you are not in your country, do you still wear headscarf?”,
sambil menunjukkan jari telunjuknya kea rah tudungku.
“Yes, why not? I do not wea...
Neurogain untuk ibu mengandung
-
Neurogain ni dah famous kalau dikalangan ibu mengandung. Siapa takpernah
dengar tu agak pelik la sebab this supplement is the best one, untuk
kecerdasan/ke...
Selamat tahun baru 2015!
-
Assalammualaikum wbt...
Selamat tahun baru 2015 semua pengunjung blog jivebumz. Syukur
alhamdulillah masih bernafas dibumi Allah yang fana ini. Syukur ...
Selamat Menyambut 2015
-
*Alhamdulillah.. masih diberi nafas untuk merasai tarikh 01.01.2015. Tahun
2014 terlalu banyak kenangan pahit yang datang samaada pada diri sendiri
ataupu...
do you have a dream?
-
i have a dream to run a cafe.... my big dream. my future. i need someone to
help me. im not brave enough to make a first step. right now my little step
...
ANDAINYA HATIKU BERSUARA~~~
-
Oh Tuhan, berikanlah aku,
Kekuatan menempuhi dugaanMu,
Aku percaya ada hikmahnya,
Di setiap dugaan yang ku terima.
Andainya hatiku bersuara,
Pastinya ia ak...
Salam Kosong-Kosong :)
-
Assalamualaikum.
Aicewah~ Tajuk macam poyo je. Hehe. Salam. Apa khabar kengkawans? Lama
sungguh tidak jalan-jalan sini. Banyak sungguh update yang Nanad...
Stop Saying "I Wish" , Start Saying "I Will"
-
*Bismillahirrahmanirrahim...*
Think BIG !
Believe BIG !
Act BIG !
and the result will be BIG !
Anyone berminat nak cari side income dengan #bizka...
Jimat Minyak (Bio Energy Sticker)
-
Assalamualaikum..
akhirnya dapat jugak bukak blog ni..
untuk blog baru, Http://www.kenyitancomel.blogspot.com tu aku guna "sha"
sebagai
kata ganti nama. heh...
Bila hati sunyi.... PENAWARNYA??
-
Sepi.....kadang-kadang kita akan berasa sepi di tengah-tengah
keriuhan. Dengan tidak semena-mena dan tidak tahu punca, hati rasa sepi.
Sepi b...
Agen Topup Eload - Langkah Bijak Untuk Bisnes Anda
-
Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera..
Mahu mencuba berniaga topup secara sambilan atau sepenuh masa? Kami
sediakan kemudahan untuk anda dengan modal s...
XPDC SETERUSNYA.......
-
★Coming soon★
Jejak Kembara G7 bersama Gerak Wanis GB4B Kawasan Alor Gajah ★★Program
Kursus Bina Insan dan Jati Diri
★★Anjuran Gerak Wanis GB4B kawasan ...
Pre Come Back ~
-
*Assalamualaikum wbt ~*
ohh maii ,
after almost setahun lebih baru hari ini menjenguk ke sini kembali . (^-^)
inshaAllah, akan berblogging kembali .
tapi...
3rd convocation in my life
-
26 October 2013...syukur alhamdulillah selesai manjlis konvokesyen di
unisel...thank you mama & adek2 dtg utk celebrate convo along & thank jgk
utk semua ...
Sarapan Pagi di Serata Dunia
-
Setiap negara pasti ada sarapan pagi tradisional negara masing-masing. Jom
kita tengok bagaimana orang di negara luar bersarapan pagi.
1. English Breakfast...
Mehnah
-
Assalamualaikum..
Mehnah maksud dari arab itu ujian..ujian itu banyak dan seksaan berat kalau
diuji oleh setiap manusia dengan bala. Ujian ini ada banyak j...
SEDIH :(
-
bace lah kisah ini sampai habis sedih dan mampu mengeluarkan air mata anda
semua
"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kena...
Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian......
-
19July2013 10.52PM
Assalamualaikum kepada sahabat2 bundle sekalian.....di sini saya memohon
maaf jika pernah ada terkasar bahasa dan tersalah selama mana s...
Gambit Saifullah Kemalangan Kereta
-
Pelakon yang sering dihimpit kontroversi, Gambit Saifullah agak menyepi
sejak kebelakangan ini selepas penampilannya di dalam rancangan realtiti TV
Fear Fa...
Harap maklum!!
-
Assalamualaikum.ramai yang bertanyakan mengenai handphone blackberry torch
saya.harap maaf,handphone tersebut sudah pon dijual tahun lepas.terima
kasih.
...
Harga Blackberry Gemini Terbaru 2012
-
*Harga Blackberry Gemini *Terbaru 2012 sobat sedang mencari blackberry ya.
kali ini akan berbagai *harga blackberry* gemini. bb memang sangat di
gemari sem...
Kisah Kucing - Tragedi Oktober
-
Sekitar Oktober 2010 saya mula membela kucing di rumah. Bukan tak nak bela
sebelum ni, tapi tak sanggup nak cuci diorg punya najis kalau ter'yak dlm
rumah....
PRE-ORDER BAWAL SULAM MANIK
-
Assalamualaikum and hye everyone!
It has been 3 months or more without any update in here!
So sorry dear lovely blog.
And today, i wanna update about my new...
Selamanya Team Malaysia! ;
-
Assalamualaikum wbt.
&& Hye :)
First of all, aku sure malam tadi satu Malaysia tengok match Dato' Lee
Chong Wei vs. Lin Dan. Rating match tu pun aku rasa...
Thanks My Beloved Friends !
-
Assalammualaikum...
Hye you olss..
Seronok sangat hari ni ! Malam tadi raikan birthday aku dan sorang lagi
bff, Azly. ^^
Thanks kawan kawan yang sudi b...
-
*28 January 2012, 11.10am*
(Macam biasa tarikh & masa dalam blog I ni tak betul. kadang2 lah)
Nak tulis apa dulu ni hrummm.... beberapa minit menatap screen...
Azam Baru 2012
-
Hai kenkawang blogger..dah lama rasanya dah tidak meng'update blog ni..
betul2 takde masa, idea nak bercerita, xde tenet..hehe Now 2012 Tahun baru
azam b...
Update blog pertama untuk tahun 2012
-
Lama gila aku biar blog ni hilang arah.Bukan malas nak menaip,tapi saja nak
uji blog ni power tak kalo lama tak perkena entry baru.
kah kah kah kah.
So az...
November dah datang. Yeayyyyy !
-
taraaaaa lama aii menghilang kan kan? Bajet semua orang cari kan perahsannn
betul *puih*
sempena nak naikkan balik semangat berbelog, makanya aku nak koran...
Book Review - Imperial Life in The Emerald City
-
Hasil Big Bad Wolf
Minggu lalu berlakunya festival buku jualan pukal di Serdang anjuran
Serigala Besar Jahat. Book sale mega ini mengakibatkan aku yang ta...
..GIM~
-
G.I.M
[G]emuk [i]tu [m]enarik
title buku ini sungguh amat memerlikan diriku.. dush3.. takpe2,, ada lori
ada bas,, ade hari,, mila kurus.. hahahahaa *menta...
TEKA TEKI YANG BUAT AKU BENGANG
-
Permainan teka teki agak popular ketika zaman aku sekolah rendah. Aku ingat
ada satu teka teki dari kawan aku,Iylia Syazwanie, yang tak boleh aku
lupakan s...
Kerja ?!
-
Aku telah bekerja selama hampir 3 bulan . Yelah lepas SPM nak buat ape
lagi kan .. sebab aku bukan jenis yang suke duduk kat rumah tanpa melakukan
ape2...
Ayuh, saksikan video bencana gempa bumi di Christchurch, New Zealand ini!
Bagaimanakah pula nasib rakyat Malaysia di sana?
Menurut laporan berita yang lain, tiada rekod rakyat Malaysia terlibat dalam bencana itu dicatatkan. Syukur, alhamdulillah. Dengan harapan benarlah laporan ini. Sama-samalah kita berdoa agar tiada rakyat Malaysia kita yang terbunuh atau yang tercedera dalam bencana itu.
Di bawah antara gambar-gambar yang di ambil dari internet. Klik untuk perbesarkan (auto open new tab)
Tags: Earthquake in Christchurh, New Zealand!