salam semua.. anda mungkin tertanya-tanya, bukan? apa makna tajuk entry aku kali ni agaknya..? pelik bunyinya.. nanti saya ceritakan apa makna semuanya itu.. sebentar tadi, saya baca entry di blog
cik ixora yang bertajuk
"apa da..pendol culut".. cukup kelakar.. selepas membaca entry tersebut, saya kembali mengimbau satu peristiwa yang sehingga kini saya tidak dapat lupakan.. peristiwa itu berlaku pada tahun 2001.. sewaktu itu, kami, pengawas perpustakaan sekolah mengadakan lawatan sambil belajar di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, dan Melaka.. aku salah seorang antara pelajar yang menyertai lawatan tersebut..
*********
selepas seharian kami melawat Pulau Pinang, kini kami bertolak ke Kuala Lumpur pula.. kami tiba di Kuala Lumpur agak lewat.. mengikut perancangan, kami sepatutnya perlu tiba sebelum mentari melabuhkan tirainya.. namun malangnya, bas yang kami naiki mengalami kerosakan di tengah perjalanan.. hampir 3 jam.. maka disebabkan itu, kami tiba di Kuala Lumpur kira-kira dalam pukul 10 malam.. kami berhenti singgah di gerai makan di tepi jalan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.. kami duduk satu meja secara beramai-ramai.. lelaki semuanya.. kaum hawa tidak turut bersama kami sebaliknya ke shopping complex berdekatan.. biasalah, kaum hawa..
Klik sini untuk meneruskan bacaan..
PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!
"Din! kenapa diam? apa barang.. jom la sembang.. kita sekarang jadi orang 'KL' beb! lu pehal beb?!", tanya aku sambil tergelak..
"dok baik mung sound kawang mung gitu, latip.. siang ke die.. (terjemah: tak baik la kau tegur kawan kau macam tu, latip.. kesian dia..)", sampuk kawan aku, Hafiz..
"eh! kita kan ada kat KL.. sempoi la beb!", jawab aku lantas gelak lagi.. si Din hanya terdiam sambil tersengeh-sengeh macam kerang busuk..
"kawe bukey toksey kecek.. tapi kawe ore klate.. dok laco mano nok kecek KL ni.. toksey ah kawe! (terjemah: aku bukan tak mahu bercakap.. tapi aku orang Kelantan.. tak fasih nak bercakap loghat KL.. tak mahu lah!)", balas Din..
kami ketawa sama-sama.. Din terkulat-kulat.. mukanya merah padam kerana kami beramai-ramai dengan tanpa belas kasihan menyakat dia pada malam itu.. cikgu kami menegur kami agar sudah-sudah menyakat Din.. kami berhenti gelak.. kami akhirnya tertumpu kepada topik perbualan berkenaan jadual lawatan kami.. cikgu kami menyatakan bahawa lawatan ke Melaka terpaksa dibatalkan.. kami semua sudah tersimpang dari jadual yang ditetapkan.. kami betul-betul kecewa..
setelah hampir 1 jam kami bersembang, kami mengambil keputusan untuk pulang ke hotel saja.. pada waktu itu, aku memandang kepada Din.. dan aku perasan..
"eh, Din! bakpe mung dok habiskan air mung? (terjemah: kenapa kau tak habiskan air minuman kau?)", tanya aku..
"kawe nok bukuh ah.. (terjemah: aku nak bungkus..)", balas Din..
aku dan kawan-kawan yang lain hanya memandang Din.. Din bermasam muka.. mungkin merajuk dengan kami.. Din bingkas bangun dan membawa segelas air milonya.. dia menghulurkan air milonya itu kepada makcik di situ..
"makcik.. bungkus ek air ni!"..
aku berbisik kepada cikgu aku, "pandai plak Din cakap dalam loghat KL!".. cikgu aku hanya tersengeh.. kami kembali memerhatikan Din..
"makcik.. 'jabey' ade tak?", tanya Din kepada makcik tadi..
"hah?! 'jabey'???", tanya makcik tu kembali.. muka makcik itu berkerut..
"er.. 'supik', makcik.. ada?"
"hah?! 'supik'???"
"er.. ahhh.. errrr..".. Din menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.. aku dan kawan-kawan aku yang lain sudah tergelak besar.. aku menekan-nekan perut aku sambil ketawa..
"er.. 'gajuk' la, makcik!", kata Din seakan menjerit.. aku lihat makcik tu turut menggarukan kepalanya.. muka makcik tu berkerut.. kami semakin galak ketawa.. kawan-kawan yang lain ketawa berdekah-dekah.. air mata aku mengalir keluar kerana ketawa sangat-sangat.. aku lihat Din terkulat-kulat..
"oi, Din! 'plastic bag' lah!", jerit cikgu aku, lantas ketawa berdekah-dekah.. kami pun sambung ketawa..
"er.. ya, makcik.. 'plastic bag'..!", beritahu Din kepada makcik tadi.. makcik tadi menekup mulutnya, menahan ketawa.. Din menundukkan mukanya.. malu.. beberapa ketika kemudian, makcik itu menghulurkan satu bungkusan..
"nah.. 'plastic bag' kamu..", kata makcik itu sambil ketawa kecil.. Din menyambut tanpa berkata sepatah pun.. kami ketawa lagi.. sepanjang malam itu, kami asyik ketawa.. Din bercakap saja, kami ketawa.. apa saja Din buat, kami ketawa juga.. peristiwa lucu itu tidak dapat kami lupakan..
untuk pengetahuan semua, perkataan 'supik', 'jabey', dan 'gajuk' mempunyai maksud yang sama.. iaitu 'plastic bag'.. ia adalah salah satu loghat orang pantai timur, samada Kelantan atau Terengganu..
bunyi sebutannya sangat lucu.. itulah sebahagian dari perkataan orang pantai timur selalu gunakan..