Loading...
Insanity vs Stupidity: "Nanti masuk lalat!"

"Nanti masuk lalat!"

Wednesday, June 24, 2009

dua hari yang lepas, aku tengok satu cerita arahan dan lakonan seniman agung Tan Sri P Ramlee di televisyen yang bertajuk 'Pendekar Bujang Lapok'.. cerita ni memang 'evergreen'.. tengok berapa kali pun aku tidak akan puas.. semasa aku tukar ke channel 108 Prima, babak Bujang Lapok di dalam kelas baru saja bermula.. di babak tersebut, 3 orang tua sedang mengeja perkataan jawi 'ayam' dan 'burung'.. tetapi ejanya betul, bunyinya saja yang lain.. selepas itu, cikgu menegur Pak Mat, "Pak Mat, tutupnya mulut tu sedikit.. nanti masuk lalat!"

kerana babak dari cerita Pendekar Bujang Lapok itu, aku teringat kejadian sewaktu di kolej beberapa tahun yang lalu..

**********

pukul 2 petang..

kelas terakhir aku sewaktu itu adalah kelas English Communication.. kebiasaannya kelas terakhir inilah yang membuatkan aku dan rakan-rakan sekelas agak bebal dan sifat malas serta mengantuk menerpa.. namun pada petang tersebut, kami seolah-olah mendapat tenaga baru kerana pensyarah wanitanya berpakaian yang agak menarik, bagi kami.. berkebaya sendat, ketat, dan nipis.. kaum lelaki di dalam kelas yang mana 'kaki tidur', 'kaki sembang' hanya memerhati pensyarah tersebut dengan mata membulat.. mujur tiada air liur yang meleleh..

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

aku? tidak terkecuali.. walaupun begitu, kantuk aku kerana tidur lewat pada malam sebelumnya tetap ada.. rakan-rakan sekelas selalu perli aku.. 'Latip kantuk yang power!'.. power apa aku pun tak mengerti..

sesudah tamat kelas akhir tersebut, kami seolah-olah berat meninggalkan kelas kerana pensyarah tadi.. kebiasaannya, kami dahulu yang tinggalkan kelas dan pensyarah sendirian.. tetapi kali itu adalah sebaliknya.. kami rela tunggu dan lihat segala gerak geri pensyarah wanita tersebut sehinggalah dia melangkah kaki memasuki keretanya.. bukan aku yang 'power' tetapi pensyarah wanita itu yang 'power' sebenarnya!

aku, dan beberapa orang lagi rakan melangkah longlai ke gerai makan Kak Ngah.. ditambah dengan perut yang lapar, aku dan rakan aku, P (nama dirahsiakan), asyik menguap..

"kau berdua ni tidur pukul berapa semalam?", tanya Adi..

aku mengisyaratkan dengan empat batang jari..

"mak ai.. addict korang ni dengan game! tapi tadi dalam kelas segar bugar je aku tengok! mata dah terbeliak.. kalah mata kucing hutan!", sambung Adi disertai dengan gelak..

"mana tak segarnya.. Cik *** tadi pakai seksi sangat! bagus betul, kan? tau tau je student dia ni semuanya bebal dalam kelas..!", sampuk Muz sambil tersengeh..

"aiii.. kau pun 'join', Muz?!", tanya Adi seolah memperli.. kami gelak serentak..

dengan tidak semena-mena P terbatuk-batuk kuat.. matanya berair kerana terlalu kuat batuk-batuk.. aku terperanjat.. aku menepuk-nepuk belakangnya..

"apahal kau ni? awek sebut nama ke?", tanya aku..

tiba-tiba..

"ptuiiihh!! celaka punya lalat!", kata P diserta dengan kata carut marut..

"lalat?!", kata Adi..

"ha'a.. aku menguap tadi.. tiba-tiba je lalat 'landing' masuk kerongkong aku!", jawab P selamba..

kami gelak serentak memecahkan suasana gerai Kak Ngah masa itu..

**********

balik di hostel, aku mengalami sakit perut.. P menegur, "ha.. tu la kau.. tadi gelakkan aku sangat.. padan muka kau terkena tulah aku!"

"ni bukan tulah la P!", kata aku..

"habis?"

"aku pun tak tahu.. aku agak aku tertelan lalat la!", balas aku sambil tergelak..

"celaka!"

Comments

20 Responses to “"Nanti masuk lalat!"”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

iKa said...

hahaha..
pas2 pkcik p toilet kuarkn lalat tu jgk ea?
klakar la..
btw..besh..cmtulah keadn skrg..
=)

June 24, 2009 3:19 PM
miss izan said...

hahahaaa...
silap2.lalat tu singgah kat mane2 dulu b4 landing masuk lam mulut p

;P

June 24, 2009 4:00 PM
Ivy Metaga said...

haha..adeh tak dapat imagine lalat tu landing kat dalam mulut dia, macam mana rasa nya erk...:p

June 24, 2009 4:07 PM
hasni said...

erm
dia tu aduka ker???
huhu

June 24, 2009 4:12 PM
dee said...

haha..
lwak seh.
btw
pe gak2 rase lalat ea?
d tawar2 masam x?
haha

June 24, 2009 4:28 PM
SyafiQ said...

ha3..
inie petanda filem super hero mlaysia mlangkah maJU stapak la..
lalatman...wakaka

June 24, 2009 4:36 PM
faNna jiEha said...

ngeh3~
hape naseb la lalat tu singgah salah tmpat. huhu~

June 24, 2009 6:42 PM
DilOt said...

haha...kesian lalat yg tak bersalah tu..tersalah landing daaa~~~

June 24, 2009 7:37 PM
ZARA 札拉 said...

aduhai...

lalat itu sungguh kasihan..tapi dia juga famous..hehehe~

June 24, 2009 8:14 PM
Monkey D Luffy said...

adeh

lalat mabuk sampai eksiden tu

June 24, 2009 11:11 PM

yer.. lalat tu sblum ntah landing kat mana dulu! huhu..
aiyak..jijik! tingt cita drag me to hel.. pon lalat masuk gak! hahaha

June 24, 2009 11:26 PM
MISZ NaNa said...

wah baek punye landing lalat tu!

June 25, 2009 12:16 AM
azizan4444 said...

aduyai..P tu mulut raksasa ke smpai lalat pon boleh masuk..muakkaa..

June 25, 2009 1:28 AM
babymiLosh said...

eiyuuuu~~ apala rasa lalat tu kan?? eeeeee... (membayangkannn)

June 25, 2009 10:00 AM
cik nana~ said...

ngerinyeeee lalat masuk mulut.
errrrkkkkkkkkk

June 25, 2009 12:17 PM

gile punye lalat.. ape rasa lalat tu ek?? masam masam manis ke?? hehehe

June 25, 2009 7:33 PM
haruan tasek said...

aku rasa kawa ko tu cicak man..... ha..ha...ha

June 25, 2009 8:41 PM

hehe adik aku pon penah tertelan laalat gak time die syok main PS ahahahahahahah lawak gile

June 25, 2009 10:46 PM
Eyda Chan said...

bolenya sampai x perasan ada lalat masuk dlm mulut dia kan.. kes naya..

June 26, 2009 11:39 AM