Ads: (Please Click!)

Saturday, May 02, 2009

Cinta si Jijie


suatu petang, kelihatan Pak Hamid duduk bersantai di halaman rumahnya bersama isteri tercinta.. di hadapannya kelihatan anak bongsunya, Kimi, berseronok mandi di dalam kolam renang.. di satu sudut yang lain, Faris sedang membasuh motosikal kesayangannya.. Pak Hamid hanya memerhatikan anak saudara isterinya, Jijie, bermain-main bersama Kimi.. seronok benar mereka berdua..

"baik-baik mandi tu Kimi.. jaga Jijie elok-elok..!", tempik Mak Gayah..

"yelah, mak!"

Pak Hamid dan isteri, hanya tersenyum melihat telatah anak-anak kecil itu.. sejurus kemudian Jijie berlari mendapatkan Pak Hamid..

"Pak Long! Pak Long!", Jijie memanggil..

"ye, Jie sayang.. ada apa? sudah puas mandi?"

"belum.. Jijie nak tanya Pak Long boleh?"

"boleh.. apa dia, nak?"

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

"cinta tu apa, Pak Long? boleh makan tak?", tanya Jijie.. dia menyapu air yang jatuh mengalir di mukanya..

"cinta? hish..! cinta tu mana boleh makan Jijjie.. bukannya macam biskut kesukaan Jijie tu..!", jawab Pak Hamid..

"kenapa?", lanjut Jijie..

"sebab.. cinta tu bukannya makanan.. cinta tu..", jawab Pak Hamid.. dia tidak menghabiskan kata-katanya.. dia menoleh ke arah isterinya.. isterinya hanya tersenyum..

"nanti dulu.. kenapa tiba-tiba Jijie tanya soalan ni? Jijie dengar dari siapa?", tanya Pak Hamid..

"Abang Kimi cakap..!", jawab Jijie..

"dia cakap apa?"

"dia cakap, Abang Faris ada cinta.. cinta wanita.. apa tu Pak Long?"

Pak Hamid ketawa, seraya berkata, "pada usia Jijie ni tak perlu lagi tahu pasal cinta tau.. tak sesuai.."

"kenapa? kenapa Abang Kimi boleh? kenapa Abang Faris boleh? kenapa Jijie pulak tak boleh?", tanya Jijie ingin tahu..

"aduh, Jijie.. kalau Pak Long terang sampai esok pagi pun belum tentu Jijie faham, tau?", kata Pak Hamid.. isteri di sebelah ketawa melihat telatah Jijie.. Jijie terkebil-kebil.. ditenungnya mata Pak Hamid, menantikan jawapan..

"Pak Long tak tahuuuu.. cikgu Jijie kat tadika sayangggggg Jijie tauuu.."

"dahtu? kenapa plak dengan cikgu Jijie tu?", tanya Pak Hamid..

"sebab Jijie pandai lah! Jijie selalu dapat nombor 1 dalam kelas! budak-budak perempuan semuaaaa sayang Jijie! cikgu pun! nama cikgu tu, cikgu Sofea.. canttiikkkk..!"

"hish! budak ni.. pandai sangat.."

"iye ke Jijie dapat nombor satu? mama Jijie tak cakap pun..!", sampuk Mak Gayah..

"betul la, Mak Long.. tak caya? tak caya tanya mama Jijie..!"

"habis tu, apa kena mengena dengan Jijie dapat nombor 1 plak?", tanya Pak Hamid..

"sebab Jijie pandai lah! Pak Long bagitau je Jijie.. apa tu 'cinta'?", jawab Jijie sambil tersengeh.. jelas kelihatan giginya yang rongak di depan..

"oh, jadi Jijie tetap nak tahu la ya?", tanya Pak Hamid sambil menggosok-gosok kepala Jijie.. Jijie memaut lengan Pak Hamid, manja..

"okaylah.. cinta tu ada dan lahir dalam hati seseorang.. cinta tu macam perasaan.. kalau Jijie sayang mama Jijie, tu cinta Jijie pada mama.. kalau Jijie sayang kat Pak Long, tu cinta Jijie pada Pak Long.. haa.. macam tu la..", kata Pak Hamid sambil tersengeh..

"oh, macam tu!", balas Jijie.. matanya terbeliak.. dia mengangguk laju.. Jijie bersorak, "yahooooo!!!".. lalu Jijie pergi mendapatkan Kimi yang masih berenang di dalam kolam..

"eh, Jijie! kenapa seronok pula?", teriak Pak Hamid..

Jijie berdiri di pinggir kolam dan memalingkan mukanya kepada Pak Hamid.. lalu dia berkata, "kalau macam tu, Jijie dah jatuh cinta dengan Cikgu Sofea!!!"

Pak Hamid menepuk dahi.. isterinya tergelak besar..

"abang ni.. tu la ajar sangat pasal benda ni.. kan dah salah paham budak tu!", kata Mak Gayah lalu ketawa berdekah-dekah..

"budak-budak...", jawab Pak Hamid sambil mencucuh rokok di mulutnya..

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
9 Comments


9 Orang Kentut Madu:

Kapten Luffy said... [Reply]

aku jatuh cinta ler ni

;p

Milimilo said... [Reply]

kesian dak kecik tu,susa nak phm..hhoho

~miszirdawaty~ said... [Reply]

jijie dan chenta...
haha~

:: eyeNa :: said... [Reply]

aduyaiii..heehe

hasni said... [Reply]

ermmm

Sofia Nin said... [Reply]

ngahahahaha.
budak kecil betul.

:P

Faizul said... [Reply]

cinta?...hohoho

OREOO said... [Reply]

letih nak mnerangkan..
suh die tdo je la..
dok diam2..hehe

gee said... [Reply]

nickname ku jie.hahaha :D
tp sy bkn dak kecik. haha

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger