Ads: (Please Click!)

About Me


pengarang blog

Q: Bila start berkecimpung dalam bidang blogging ni?
A: Bermula pada akhir tahun 2006. Kalau tak silap dalam bulan Ogos atau September. Tapi dulu hanya buat sebagai e-diary. Tak serius sangat dalam blogging2 ni. Start serius pada awal tahun 2008. Jadi, sesiapa yang mahu cari artikel lama, jangan harap boleh jumpa. Sebabnya, aku sudah delete kesemuanya kerana terlalu peribadi (privacy).

Q: Tujuan berblogging?
A: Hanya sekadar hobi. Dan adakalanya nak duit gak. Takpe la dapat sikit pun. Asalkan ada. Lagipun aku suka mengarang. Tujuannya, nak ajak pembaca blog aku kepada amalan suka membaca. That's why kalau aku mengarang, ayat mesti panjang2. Tengok. Jawapan bagi soalan ni pun dah nak panjang. Kehkehkeh.

Q: Apa makna blogging bagi anda?
A: Berblogging sama juga menulis surat rasmi atau akhbar. Ia adalah suatu platform 'menyampaikan sesuatu'. Blogging pula mesti ada panduan dan protokol. Blog ada banyak kategori. Terserah kepada seseorang blogger untuk 'cipta satu motif' bagi blog mereka sendiri. Samada personal, politik, isu semasa, artis, teknologi, agama, dan sebagainya. Walaupun berbeza 'motif' blog, namun penulis2 blog dibataskan dengan beberapa aturan yang perlu dipatuhi, seperti; perbuatan plagiarisme, hasutan, keagamaan, sosial, isu perkauman dan sensitiviti masyarakat, dan sebagainya. Blog aku, lebih suka sentuh banyak perkara. Bukan personal semata-mata. Tapi aku cukup tak suka sentuh bab politik.

Q: Kenapa guna nama 'Aduka' sebagai nama pena/samaran?
A: Nama pena/samaran 'Aduka' sebenarnya baru saja digunakan. Dahulu guna nama sendiri. Nama 'Aduka' digunapakai pada awal tahun 2008, yang diberi oleh rakan sendiri.

Q: Tadi ada sebut fasal panduan dan protokol ketika berblogging. Boleh terangkan?
A: Benar. Jika mahu menjadi blogger yang berhemah dan professional, perlu mengikut panduan dan protokol. Antara perkara yang serius ialah; PLAGIARISME/PLAGIAT (plagiat: mencuri, mengubah, menokok tambah, atau salah satu di antaranya - karya blogger lain untuk blog sendiri). Aktiviti PLAGIAT adalah satu aktiviti yang sangat dibenci oleh blogger, termasuk aku. Ia seolah-olah 'mencuri' idea, hasil nukilan, dan pandangan orang. Orang yang suka PLAGIAT sebenarnya orang yang tidak bermaruah dan tidak bermoral.

Q: Sekarang ada fenomena 'U Follow, I Follow', 'U Comment, I Comment, I Follow', dan macam-macam lagi. Apa ulasan anda?
A: Ya, memang macam-macam adaaa..! Fenomena ni tak pernah berlaku sewaktu aku mula-mula berkecimpung dalam dunia blogging. Sebab dulu blog kurang popular. Sekarang mungkin tidak lagi. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Rancak dan kian popular. Malah ada blogger sanggup berhenti kerja untuk menjadi blogger sepenuh masa sebagai kerjaya. Namun, untuk berjaya atau menjadi blogger yang dikenali, bukan sesuatu perkara yang mudah. Perlu berusaha keras. Perlu buat 'promosi'. Samada promosi diri sendiri (kemampuan atau bakat kita) mahupun promosi blog (content, gaya penulisan, dsb). Apa yang disoal tadi adalah antara salah satu 'cara promosi' blog. Bagi aku, ia tidak salah. Ia strategi masing-masing bagaimana mahu buat blog 'laku'.

Q: Berapa kerapkah anda update blog?
A: Tak tentu. Rasa nak update, aku update je. Tapi amat jarang aku update blog lebih 1 entry sehari. Paling kerap 1 entry 1 hari sahaja.

Q: Apakah prinsip anda dalam berblogging?
A: Mesra dan interaksi. Dua perkara ini adalah yang paling utama. Mesra bermaksud cara kita melayan sesiapa saja yang ada hubungkait dengan blog kita seperti pembaca setia, follower, silent reader, blogwalker, pengomen dan lain-lain. Interaksi pula bermaksud komunikasi dan saling capaian antara kita dan blogger lain samada di ruangan komen mahupun di ruangan chatbox. Oleh kerana itu, bagi aku chatbox adalah elemen penting bagi sesebuah blog. Dan, saling balas membalas di ruangan komen menunjukkan satu 'interaksi' antara pemilik blog dengan pembaca terjalin. Oleh sebab itu, aku mengutamakan pembaca blog aku untuk meninggalkan link blog mereka. Mudahlah bagi aku untuk menjenguk ke blog mereka dan membaca artikel baru mereka, seterusnya komen diturunkan pada artikel tersebut. Ini adalah suatu aktiviti yang sihat.

Q: Kalau ada blogger-blogger baru yang ingin belajar berblogging, apa nasihat atau tips-tips dari anda?
A: Sebenarnya taklah hebat sangat nak bagi tunjuk ajar ni. Tapi anggaplah ini satu teguran sahaja ya. Pertama, kita kena ingat bahawa bila berblogging, kita seolah-olah masuk dalam dunia yang kita tidak kenali. Dunia maya. Bukan seorang dua atau sepuluh dua kita akan jumpa dengan 'manusia yang tidak berwajah' ni. Tapi berpuluh-puluh malah beratus-ratus juta orang, yakni blogger yang sama di dalam dunia internet ini. Satu sahaja perlu kita serap dan tanam dalam diri kita selaku blogger. HORMAT. Hormatilah 'manusia-manusia yang tidak berwajah' ini seperti mana anda keluar bersosial secara nyata. Bukan sesuka hati anda nak 'kurang ajar' dan tidak menghormati sesama blogger. Jauhi aktiviti PLAGIAT. Ini perbuatan yang tidak dapat dimaafkan. Jangan terlalu sombong. Ada sesetengah blogger, baru saja berkecimpung dalam dunia blogging, terus popular dan dikenali ramai. Waktu ini anda berada di kemuncak. Ingat. Jangan memperkecilkan blogger-blogger samada yang follow anda, mahupun yang tidak follow anda. Mana tahu kalau-kalau anda memperkecil 'blogger lama', yakni blogger yang paling dahulu 'makan asam garam' dalam dunia blogging. Jangan ingat anda dah terlalu best, glamor, anda boleh buat sesuka hati di internet. Tidak! Jangan serlahkan atau tonjolkan KEJAHILAN dan KEBODOHAN anda di internet. Ya, benar. Dunia internet tiada batasan. Dunia internet kita tidak kenal wajah dan diri masing-masing. Tapi kita akan 'dikenali' dan 'dinilai' dari sifat dan perangai yang kita tonjolkan di ruangan internet. Tanamkan sifat ingin tahu dan rajin belajar. Dunia internet terdapat jutaan ilmu. Jadi, belajarlah. Tidak usah malu untuk bertanya.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger