Ads: (Please Click!)

Nuffnang Ads


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Di sini ingin saya meminta maaf sekiranya tutorial ini terlalu ringkas. Mungkin ada di antara anda agak keliru serba sedikit kenapa langkah-langkah saya tunjukkan selepas ini akan berlainan sedikit daripada langkah-langkah yang disyorkan oleh pihak Nuffnang. Jangan risau. Langkah-langkah ini telah pun dicuba dan diguna pakai oleh ramai orang, termasuklah diri saya sendiri. Ingin saya mengumumkan bahawa, tutorial yang akan ditunjukkan adalah menggunakan pelayar (browser) Mozilla Firefox versi 3. Selain daripada browser itu, saya percaya langkah-langkahnya tetap sama.

1) Daftar (register) satu akaun anda dengan Nuffnang.

Alamat URLnya adalah www.nuffnang.com.my atau klik DI SINI.


Klik pada 'sign up as blogger'. Borang akan terpapar di browser anda sepertimana yang ditunjukkan pada imej di bawah.


Sila isi maklumat lengkap tentang diri anda. Pastikan segala maklumat itu adalah benar dan sah. Sila periksa maklumat yang anda isi itu berulang kali hingga anda benar-benar yakin bagi mengelakkan kesukaran di kemudian hari. Setelah itu, klik butang 'Sign me up'.


Sesudah itu, browser anda akan memaparkan 'Account Activation' sepertimana yang ditunjukkan imej di atas. Pada peringkat ini, pihak Nuffnang akan memastikan kewujudan diri dan e-mail anda. Oleh yang demikian, e-mail yang sah, yakni valid amatlah PENTING. Setelah itu, tutup browser anda.

2) Buka e-mail anda.

Seperti e-mail yang didaftarkan dengan Nuffnang, buka e-mail anda untuk langkah seterusnya. Mesej seperti di bawah akan diterima oleh anda.


Jika tiada, sila tunggu beberapa minit. Jika tiada juga, sila update akaun Nuffnang anda. Pada peringkat ini, harap anda bersabar kerana ia agak memakan masa sedikit untuk menghantar mesej dari pihak Nuffnang ke inbox e-mail anda. Seterusnya, sila klik link seperti yang telah dibulatkan (merah) pada imej di atas. Browser anda akan automatik membuka URL yang diklik tadi.


Browser anda akan memapar seperti imej di atas. Pada peringkat ini, pendaftaran akaun anda dengan Nuffnang telah berjaya! Tahniah untuk anda! Seterusnya, klik 'click here'.

3) Daftar blog anda dengan Nuffnang

Setelah itu, browser anda akan memaparkan halaman sepertimana ditunjukkan oleh imej di bawah.


Sila isikan tentang maklumat blog anda. Pada Blog Name, anda dinasihatkan meletakkan tajuk blog anda. Contohnya; blog saya bernama 'Stupidity vs Insanity', maka begitu juga saya isi pada Blog Name Nuffnang saya. Pada ruang Blog URL, sila isikan alamat blog anda. Jika anda menggunakan blog enjin blogger, sila abaikan www. blog anda. Seterusnya, klik butang 'Add New Blog'.

Browser anda akan memapar seperti imej di bawah.

Pada peringkat ini, Nuffnang memerlukan anda untuk mengisi borang survey. Sila isi borang tersebut. Sesudah itu, klik butang 'Submit'.

Setelah itu, browser anda akan memapar sepertimana imej di bawah.


Seterusnya, sila klik 'here' seperti di dalam bulatan imej di atas.

4) Cara meletak ads di dalam blog.

Pada peringkat ini, ia telah pun melibatkan blog anda. Walaupun begitu, jangan tutup dahulu browser Nuffnang anda. Buka blog anda pada browser web ATAU tab browser anda yang baru. Pada 'dashboard' blog anda, sila klik Layout seperti yang ditunjukkan pada imej di bawah.

Setelah itu, klik 'Edit HTML'.


Seterusnya, sila tandakan (tick) pada 'Expand Widget Templates' seperti yang ditunjukkan pada imej di bawah.


Ini adalah PENTING. Jika tidak, anda tidak akan dapat mengikuti langkah-langkah yang seterusnya. Pada peringkat ini, editor akan memaparkan juga kod-kod bagi gadget yang anda guna beserta kod HTML blog anda. Jika anda tiada sebarang pengetahuan tentang kod HTML, sila jangan ubah kod-kod asal selain daripada langkah tutorial ini.

Sila berbalik kembali kepada browser Nuffnang yang belum ditutup tadi. Salin (copy) kod untuk Leaderboard Nuffnang anda.


Seterusnya, letakkan (paste) kod yang telah anda copy tadi ke dalam editor blogger. Rujuk imej yang ditunjukkan di bawah.


Seterusnya, sila gunakan carian browser anda. Sila cari "navigation". Jika anda menggunakan Mozilla Firefox, buat carian dengan menekan ctrl+F. Seterusnya browser akan terpapar seperti imej di bawah.


Seterusnya, sila copy kod Large Rectangle Nuffnang anda.


Sila letakkan kod itu berdasarkan imej yang ditunjukkan di bawah. Pada peringkat ini, sila berhati-hati. Pastikan kedudukan kod tersebut sama seperti yang ditunjukkan.


Akhir sekali, klik butang 'SAVE TEMPLATE'. Pada peringkat ini, anda baru sahaja selesai menetapkan ads Nuffnang bagi banner dan tengah. Masih tinggal satu sahaja lagi iaitu sidebar ads. Jangan risau. Seterusnya, sila klik 'Page Elements'.


Pada peringkat ini, blogger akan memaparkan elemen-elemen yang anda gunakan di dalam blog anda. Untuk Skyscrapper Nuffnang, anda bebas untuk meletakkannya samada di posisi kiri atau kanan blog anda.


Klik 'Add a Gadget' sidebar blog anda. Paparan di bawah menunjukkan bahawa blog saya menggunakan sidebar di posisi kanan. Jika anda menggunakan di posisi kiri, langkah juga adalah sama. Setelah anda klik 'Add a Gadget', paparan browser gadget akan terpapar. Sila pilih gadget 'HTML/Javascript'.


Seterusnya, copy kod Skyscrapper Nuffnang anda dan paste di dalam editor gadget tadi. Dan klik butang 'SAVE'. Sila rujuk imej di bawah.


5) Pra-tonton (preview) blog anda.


Akhir sekali, klik 'SAVE' blog template anda. Jika anda sampai di peringkat ini, maka anda sudah selesai dengan jayanya! Akan tetapi, sila preview blog anda jika ini melihat hasilnya.

PERHATIAN! Ads Nuffnang anda mungkin belum terpapar dengan sempurna jika anda baru sahaja register akaun Nuffnang anda. Beri ruang selama 24 jam untuk pihak Nuffnang meninjau blog anda dan mengaktifkan blog anda.

AMARAN! Tutorial ini adalah berdasarkan daripada pengalaman penulis sendiri. Diminta tidak meniru apa-apa jua kandungan di blog ini tanpa kebenaran penulis. Jika ingin berkongsi kandungan di blog ini, sila sebarkan HANYA alamat blog/web ini. Sila hormati hak dan originality karangan penulis. Segala kerjasama anda dibalas dengan ucapan terima kasih.

Selamat mencuba!

Sumber dipetik dari blog Nuffnang Tutorial. KLIK SINI.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger