Ads: (Please Click!)

Friday, December 31, 2010

Artikel Top 10 Blog Aduka 2010

Salam.

Hari ini adalah hari penghujung 2010. Pejam celik, pejam celik, akhirnya melabuhlah tirai peristiwa sepanjang 2010. Banyak kisah pahit dan manis selama berkecimpung di dalam dunia blogging ini sebenarnya. Walau bagaimanapun, ia sedikit sebanyak mengajar kita erti kematangan, bukan sahaja di blog malah kehidupan harian kita.

Read more/less..

Untuk mengakhiri tahun 2010, di sini ingin dikongsi bersama senarai 10 artikel yang memperolehi jumlah bacaan (pageview) tertinggi yang pernah direkodkan.



10) Tutorial: Cara Mudah Elak Gambar Anda Dicuri (509 pageviews)

Tidak disangka artikel ini adalah di antara artikel tutorial yang mendapat pageview yang tertinggi. Ia telah mengatasi segala tutorial-tutorial hebat yang lain seperti Facebook Like Button, blogger spoiler, dan sebagainya. Namun, ia masih menjadi tanda tanya oleh pelbagai pihak kerana tutorial ini hanya berfungsi baik pada sesetengah browser sahaja. Aku pernah membuat sedikit research bagaimana mahu mengatasi masalah ini. Namun, belum lagi menemui jalan yang terbaik antara yang terbaik.


9) Free Mobile Internet Access For Maxis And DiGi (515 pageviews)

Ini adalah entry plagiat. Haha. Jangan terkejut, okey. Aku plagiat secara professional, di mana backlink telah disertakan sekali. Cara atau langkah-langkah aku tidak tuliskan di dalam artikel ini. Namun tidak sampai seminggu, artikel pada blog asal yang telah di'backlink' mengalami 'broken link'. Artikel ini mendapat pageview yang tinggi kebanyakkannya melalui keyword dari search engine.


8) Maxis Or Hotlink Free Mobile Internet Trick! (668 pageviews)

Oleh sebab link source dalam artikel asal (no 9) mengalami 'broken link', dan atas permintaan ramai, aku membuat artikel ini sebagai pengganti. Namun disebabkan aku hanya memakai telefon bimbit jenama Sony Ericsson, maka telah membataskan cara trick bagi telefon bimbit jenama lain seperti Nokia, Samsung, dan sebagainya. Artikel ini juga mendapat pageview tertinggi hasil dari referrer keyword dan share link di Facebook.


7) Rokok (932 pageviews)

Aku sendiri tidak menyangka artikel ini menjadi salah satu artikel yang popular. Adakah disebabkan gambar ini?


Jika ya, ingin aku memohon maaf. Mungkin di atas kejahilan atau kecuaian aku sendiri (tidak menapis/cencor) telah menjatuhkan maruah budak sekolah ini. Artikel ini masih di'view' walaupun melihat pada tarikhnya adalah diterbitkan pada bulan April 2009. Mungkin sebab kempen 'Katakan Tidak Pada Merokok' telah menjulang pageview tinggi bagi artikel ini.


6) Cikgu Shida Jadi Gila Sebab Putus Tunang (957 pageviews)

Ini antara artikel yang pertama kali menjadi kontroversi di blog aku. Masakan tidak, dalam ribuan yang meminati Cikgu Shida ini, aku di antara yang membidasnya pula. Aku telah melontarkan beberapa kerat ayat yang pedih sehinggakan mendapat komen seperti ini.


Sebenarnya perkataan 'stupid' telah di'strike'kan. Memang aku sengaja membuat begitu supaya pembaca berfikir secara normal dan logik. Ramai yang menilai hanya pada potongan ayat yang terakhir itu sahaja. Tidak menilai pada keseluruhan artikel yang aku tulis.

Kepada Zala Wajik, aku tidak mempersalahkan kamu. Mungkin kamu di antara peminat Cikgu Shida. Okey, aku faham. Mungkin 'Cikgu Shida' menjadi bahan entertainment baru dan terkini di internet, kan?
Oh ya, aku link blog kamu secara percuma. Berkongsi populariti sepertimana Cikgu Shida berkongsi 'populariti'nya kepada semua penonton di YouTube. Haha.


5) Melayan Kegersangan (1,715 pageviews)

Hah! Aku sebenarnya sudah dapat mengagak bahawa artikel 'sengal' inilah yang membuatkan blog aku hit. Keyword entah apa-apa bila diperiksa pada Stats Blogger. Kadang-kadang sampai tepuk dahi melihat keyword yang ditaip/dicari oleh pengguna di internet. Last-last, artikel ini juga yang korang semua klik! Aduhai.

Artikel ini juga adalah artikel lama. Diterbitkan pada April 2009, lebih setahun yang lalu. Kalau tidak silap, jumlah follower pada waktu itu tidak sampai 500 orang! Haha. Salah satu artikel tertinggi pageview dari sumber keyword.


4) Sathya Sai Baba: Kebangkitan Antara 30 Dajjal? (5,160 pageviews)


Ini artikel adalah artikel 'forward' di e-mail oleh adik aku sendiri. Artikel ini mendapat pageview tertinggi hasil daripada keyword dan share link di Facebook. Khabarnya terdapat blogger yang membangkang artikel ini dengan mengeluarkan fakta-fakta yang di'research' sendiri di internet. Walaupun begitu, aku tidak mahu mempersetujui atau mengesahkan mana yang betul dan mana yang palsu. Mungkin cerita Sathya ini hanya propaganda atau rekaan semata-mata, yakni cerita palsu. Pada awalan artikel telah aku maklumkan bahawa mempercayai atau tidak, itu adalah hak masing-masing. Terpulang.


3) Awek terlampau masa kini (5,287 pageviews)

Antara artikel paling lama di dalam senarai 10! Ia diterbitkan pada Februari 2009. Hampir 2 tahun, tapi masih mendapat pageview yang tertinggi. Anda semua sememangnya dapat mengagak kenapa artikel ini mendapat pageview tertinggi, kan? 18SX? Lucah? Haaa yalah. Lebih kuranglah tu. Tapi jangan terkejut. Artikel ini tidak lucah mana pun. Cuma keyword itu menjadi tarikan utama pembaca di internet.

Kepada blogger baru (newbie), harap anda sudah 'mention' perkara ini. Rata-rata sibuk menggunakan keyword untuk meningkatkan trafik. Bukannya artikel yang bermutu. Pelik. Anda semua gila 'glamour' ke? Tak apalah. Hak masing-masing.

Yang pasti, blog aku bukan blog lucah, okey! Haha.


2) Cemburu Dan Kemaluan (6,255 pageviews)

Artikel 'lucah' lagi. Haha. Sebenarnya tidak! Artikel ini sebenarnya artikel pandangan atau luahan aku terhadap penganiayaan lelaki terhadap wanita. Gambar di artikel ini telah di'backlink' kepada pemilik asal, dan gambar tidak diubah 'watermark'nya. Ini bagi menjaga originaliti penulisnya. Pageview kebanyakkannya hasil dari keyword.

'Mention' lagi kepada blogger newbie. Mahu plagiat, guna cara seperti di artikel ini!


1) Waja Lancer 2.0? (7,366 pageviews)

Artikel yang mendapat pageview tertinggi sepanjang 2010. Artikel ini telah mengatasi semua artikel yang lain. Pageview kebanyakkannya hasil dari keyword, share link di Facebook, dan backlink.

Di dalam kesibukan orang mencari fakta dan berita sebenar tentang Waja Lancer 2.0, aku telah membuat sedikit kajian mengenai kebenaran kewujudan kereta ini. Walaupun maklumat yang aku buat tidak berapa lengkap, artikel ini telah mendapat 'like/share' tertinggi di antara 10 artikel yang popular 2010.

Hampir sebulan menjadi tanda tanya di kalangan peminat kereta, akhirnya Proton telah mengeluarkan nama modelnya yang sebenar. Anda semua sudah maklum. Ia dikenali sebagai Proton Inspira!


Sekian sahaja artikel laporan 'Artikel Top 10 Blog Aduka 2010'.

Azam tahun baru? Kenapa asalkan tahun baru perlu ada azam? Kenapa Awal Muharram dahulu tidak ditanya 'Apakah azam baru kamu sempena seorang umat Islam?'. Renung-renungkanlah.

Aduka: Tahun Baru pasti berseri dengan pertunjukan bunga api dan... pertunjukan 'aktiviti' maksiat di televisyen saban tahun!


Korang nak tingkatkan trafik blog korang? Sila klik SINI dan BACA. Terima kasih.

Saturday, December 25, 2010

Facebook : Blogger Auto Ping

Salam.

Beberapa hari yang lepas, aku tertarik dengan pembaharuan baru di Facebook. Entah bila perkara ini bermula. Ia dinamakan Auto Ping di blog. Oleh kerana tertarik, aku juga membuka satu group komuniti blogger di Facebook.

Kepada sesiapa yang berminat untuk ping URL blog, sila submit DI SINI(klik!). Group yang aku buka adalah bebas. Ajaklah kawan-kawan blogger anda juga ya.

Tempat di mana blogger-blogger Malaysia, Indonesia, dan Singapura bebas berkongsi artikel dan berkumpul bersama tanpa mengira usia, bangsa, agama, pangkat, dan latar belakang.

Kenapa 'Auto Ping'?
Anda tidak lagi perlu bersusah payah post link di Wall komuniti secara manual. Jika blog anda di-update sahaja, artikel anda di-post secara automatik di Wall.

Cara-caranya:
Hanya dengan TIGA langkah yang mudah
1- Like komuniti.
2- Post URL feed blog di Wall komuniti (HANYA SEKALI).
3- Suggest komuniti kepada rakan-rakan anda.

Friday, December 24, 2010

Maxis Or Hotlink Free Mobile Internet Trick

maxis and celcom internet mobile trick latest
Salam.

Mungkin pada artikel aku mengenai perkara ini pada seminggu yang sudah telah menyukarkan anda semua. Ini adalah kerana terdapat link yang telah hilang, yakni 'broken link'. Oleh yang demikian, artikel kali ini akan menunjukkan bagaimana cara alternatif (pengganti artikel lama) bagi membuat telefon bimbit (handphone) anda berupaya mengakses internet secara PERCUMA tanpa sebarang caj daripada provider seperti Maxis atau Hotlink.

Read more/less..

Bagi pengguna rangkaian mudah alih DiGi, aku memohon maaf kerana aku sudah lupa bagaimana langkah dan caranya. Artikel ini mungkin kurang sesuai buat anda.

Mari aku tunjukkan bagaimana caranya.


Tukarkan pelan Hotlink anda kepada pelan Internet Prepaid Broadband

1 - Taip *100#.
2 - Pilih 7 (Internet dan Tetapan).
3 - Pilih 3 (Prepaid Broadband).
4 - Cari Service Switching. Memandangkan Maxis sentiasa mengubah sistem *100#-nya, nombor ini sentiasa akan berubah-ubah. Terkini, pilih 7 (Service Switching).
5 - Pilih 2 (Switch to Prepaid Broadband).
6 - Pilih 1 (Proceed).
7 - Anda akan menerima SMS pengesahan daripada provider.


Setting Proxy Telefon Bimbit (Sony Ericsson C902)

Aku pengguna telefon bimbit Sony Ericsson. Mungkin bagi telefon bimbit yang lain amat berbeza. Oleh yang demikian, anda perlu explore sendiri setting yang sama seperti di atas.

1 - Pilih 'Settings' dan pergi ke 'Internet Settings'.
2 - Setkan 'Connect Using' kepada Maxis 3G Internet. Jika sesetengah model mempunyai 'Allow Local Connection', pilih 'Off' bagi mengelakkan browser mengakses internet yang alternatif yang memungkinkan baki akaun menjadi RM 0!
3 - Pilih 'Connect Using', kemudian pilih 'Options' dan pilih 'Edit'.
4 - Pilih 'Proxy Settings'. Setkan Proxy kepada 'On', 'Same for all servers' kepada 'On'.
5 - Pilih 'Proxy Servers'. Pada 'Proxy Address', letakkan nombor IP ini: 174.132.035.122 dan pada 'Port' letakkan nombor port: 80. Ruang yang lain, tinggalkan kosong.
6 - Jika anda ditanya untuk memilih samada HTTP, Proxy atau sebagainya, anda hanya perlu pilih HTTP.


Download Bolt Browser

Sila download fail instalasi browser DI SINI, kemudian install di telefon bimbit anda.


Set Proxy Pada Bolt Browser

1 - Install Bolt Browser setelah anda selesai download.
2 - Selesai install, ia akan memaparkan 'Network Settings'. Pada ruangan 'Proxy Type', pilih HTTP.
3 - Isikan ruang 'Proxy Server' dengan: www.hotlink.com.my
4 - Pilih 'Options' dan pilih 'Ok'.

Selesai! Anda kini boleh mengakses ke internet menggunakan telefon mudah alih anda tanpa sebarang caj! Sebarang pertanyaan dan keraguan, sila tinggalkan komen anda.

Bagi mengelakkan keraguan, sila periksa baki anda terlebih dahulu sebelum mengakses internet. Ingat baki, kemudian cuba akses mana-mana web. Minimize browser, dan periksa kembali baki anda. Jika berkurang, bermakna setting anda tidak betul!

Segala aktiviti menghantar dan menerima MMS akan terjejas setelah mengikuti trick ini. Untuk mengaktifkan kembali, sila tukarkan kembali pelan anda kepada 'Pelan Hotlink'.

AMARAN: Trick ini perlulah dilaksanakan mengikut risiko dan tanggungjawab anda sendiri. Sebarang kerugian dan kerosakan, anda perlu menanggungnya sendiri.

UPDATE! 5 September 2011.

Harap maaf. Trick dengan menggunakan browser Bolt ini sudah tidak dapat digunakan lagi. Oleh itu, sila guna Opera Mini. Klik DI SINI untuk membaca artikel yang lain.

Selamat mencuba!

Wednesday, December 22, 2010

Aku Kembali Di Facebook!


Salam.

Sudah sebulan aku quit dari Facebook angkara masalah dalaman. Sekarang aku kembali aktifkan akaun Facebook aku. Aku rindu kawan-kawan di Facebook. Rata-rata semua rapat dengan aku.

Read more/less..

Oleh kerana akaun Facebook integrate dengan blog aku, maka rata-rata komen di 'Facebook Comment Box' blog juga berubah. Kepada sesiapa yang pernah komen, semua komen korang hilang. Maaflah ya.

Jadi, kepada semua blogger yang ingin add aku sebagai kawan di Facebook, KLIK SINI. Tetapi tinggalkan mesej yang menyatakan korang tu blogger. Kalau tidak, aku payah nak accept.

Thursday, December 16, 2010

Kontest Blog Terkemas

Salam.

Wah wah. Dah lama sebenarnya tak join kontes. Artikel-artikel sebelum ni pun banyak cam skema je kan. Bosan. So artikel kali ni guna bahasa pasar sikit. Tak rasa skema dan bosan sangat kan. Hehe.

Read more/less..

Okey. Kontes ini aku pick dari GengBlogger sebenarnya. Takde dari sape-sape. So nak cerita panjang pun tak guna kan. Sikit-sikit sudah.

Berdasarkan tajuk, kontes ini dianjurkan oleh Cik Hana. Umur beliau 17 tahun (eh, budak skolah lagi rupa-rupanya). I wish a goodluck for your SPM! Blogging tu blogging juga. Jangan sampai exam tu terganggu sudah la ye. Eh, sempat lagi bagi nasihat kan? Yelah. Tak nak la tengok dia buat entry yang berbunyi 'sesal' nanti. Hehe.

Bab hadiah ni la yang suspens sikit. Misteri, katanya. Tak apalah. Bagus juga misteri. Kontes yang beliau buat ni mungkin mencari blog antara yang terkemas dalam ramai-ramai peserta yang menyertai. Hm, okey juga kan kontes macam ni. Unik. So itu antara sebab aku join kontes. Sebab yang lain, dia tak wajibkan sesiapa follow blog dia. Yang ini aku suka. Tiada unsur paksaan. Hehe. Cuma satu aje aku alergi. Kena tag 3 orang plak. Aduh!

Nak tak nak, kena buat juga. Aku tag:

- Yatre Hayati
- Leesa
- Cik Yana

Orang lain yang nak join kontes ni pun boleh. Sila, sila. Klik DI SINI ataupun boleh klik banner kat atas ni. Aku dah siap-siap buat link auto open new window/tab plak tuh.

Harapnya, blog aku shortlisted yang terkemas. Hehe. Menang ke tak, terserah kepada judges.

Wednesday, December 15, 2010

Cicak Tokek : Halal Atau Haram?

Salam.

Dewasa ini, terlalu banyak rumor @ cakap-cakap yang mengatakan seekor haiwan hutan yang dinamakan cicak tokek atau pokke atau gecko boleh mendatangkan kemewahan kepada seseorang penjual mahupun pembela. Perkara ini lebih menggemparkan lagi apabila keluarnya berita mengenai cicak bersaiz besar ini memberi pulangan lumayan kepada seorang pemuda di Sabah suatu ketika dahulu. Namun pada hakikatnya, berita tersebut sebenarnya adalah tidak benar dan cicak tersebut adalah palsu semata-mata.

Read more/less..

Hatta palsu sekalipun berita tersebut, cicak tokek ini masih dicari-cari oleh kebanyakan orang di Malaysia kerana harganya yang tinggi. Kononnya bahagian-bahagian tertentu dari tubuh cicak tokek ini dapat menyembuhkan penyakit berjangkit yang paling merbahaya dan tiada penawar di abad ini, iaitu HIV dan AIDS. Khabarnya air liur cicak tokek ini dapat menghasilkan penawar dalam satu-satu tempoh matangnya. Oleh kerana sukar untuk diperolehi memandangkan habitatnya hanya di hutan dan di pulau sesetengahnya, permintaan dan harganya melambung tinggi. Sehinggakan nilai seekor cicak tokek ini boleh mencapai jutaan ringgit mengikut berat gram tertentu.


Ini adalah beberapa cerita yang pernah di dengari. Beberapa bulan yang lalu, terdapat dua orang pemuda di Kemaman menjadi jutawan segera hasil penjualan cicak tokek tersebut. Mereka berjaya menjualnya dengan harga RM2 juta! Dan baru-baru ini pula mendapat khabar berita tentang urusniaga cicak tokek seberat 700 gram dengan nilaian RM20 juta seekor!

Daripada semua cerita di atas, adakah benar cicak tokek ini boleh menyembuhkan penyakit HIV dan AIDS seperti yang didakwa? Adakah sah di sisi undang-undang menjual atau membela cicak tokek ini? Bagaimana pula dari sudut pandangan Islam tentang penjualan atau pemakanan sebahagian daripada cicak tokek ini? Adakah ia sah, halal, atau haram? Jom kita bincangkan.

Air liur. Najis? Haram?

Menyentuh kepada isu cicak tokek, di mana air liurnya di ambil untuk dijadikan ubat. Ada cakap-cakap yang mengatakan air liur itu najis. Seperti burung layang-layang atau burung walid, sarangnya dikatakan najis dan haram dimakan oleh seseorang Muslim.

Walaupun begitu, terdapat fakta yang boleh menyanggah dakwaan ini.

Air liur atau sering disebut dengan ludah, secara hukumnya suci. Baik air liur manusia mahupun haiwan, kecuali air liur anjing. Tiada dalil yang menunjukkannya sebagai benda najis. Jangankan air liur orang yang beragama Islam, bahkan air liur orang yang bukan Islam sekalipun tetap suci hukumnya.

Dari Aisyah ra berkata, 'Aku minum dalam keadaan haid lalu aku berikan minuman ku itu kepada Rasulullah SAW. Beliau meletakkan mulutnya pada bekas mulutku.' (HR Muslim)

Dahulu orang-orang kafir yang datang kepada Rasulullah SAW bercampur baur dengan umat Islam. Bahkan ada yang masuk ke dalam masjid. Namun Rasulullah SAW tidak pernah memerintahkan untuk membersihkan bekas sisa orang kafir.

Rasulullah SAW diberikan susu lalu beliau meminumnya sebahagian, lalu diberikan sisanya itu kepada a'rabi (kafir) yang ada di sebelah kanannya dan dia meminumnya, lalu diberikan pula kepada Abu Bakar dan beliau pun meminumnya (dari bekas yang sama) lalu beliau berkata, 'Ke kanan dan ke kanan'. (HR Bukhari)


Air liur cicak tokek sama dengan air liur burung walid.

Memandangkan salah pemahaman tentang air liur, maka dikatakan air liur cicak tokek dikatakan najis dan haram. Bahkan juga disamakan sarang burung layang-layang atau burung walid yang dijadikan daripada air liur.

Dari sudut feqah, tiada apa-apa sebab yang mengharamkan makan sarang burung layang-layang atau burung walid kerana ia diperbuat daripada air liurnya, dan air liurnya adalah suci. Maka kembali kepada kaedah asas syarak. Asal kepada sesuatu perkara adalah HALAL, kecuali ada nas yang mengharamnya, dan kaedah yang lebih terperinci ialah; asal kepada benda yang bermanfaat adalah HALAL, dan asal kepada benda yang memudaratkan adalah HARAM.

Berdasarkan kaedah ini juga, sarang burung layang-layang hukumnya halal, kerana ia adalah makanan yg terbukti tidak membawa mudarat, malahan membawa manfaat kepada tubuh badan.

Firman Allah Taala: "Katakan: Tiada aku dapati dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan ke atas orang yang mahu memakannya, kecuali makanan itu ialah bangkai, darah yang mengalir, atau daging babi." (Al-An'aam: 145)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (Bil. 8/79/2007) telah menfatwakan bahawa: "Hukum memakan sarang burung layang-layang adalah harus."

Maka bolehlah disimpulkan bahawa memakan atau memanfaatkan air liur (tidak kira apa pun binatang, kecuali binatang haram) adalah tidak haram dan dibolehkan. Bahkan daripada cicak tokek sekalipun.

Jual beli atau membela cicak tokek.

Cicak tokek adalah salah satu spesis dalam satu keluarga cicak yang haram dimakan. Bahkan cicak tokek bukanlah golongan haiwan yang diwajibkan disembelih (untuk dimakan).

Menurut Ustaz Azhar Idrus iaitu salah seorang ulama feqah popular di Terengganu, katanya; "Harus jual binatang yg haram dimakan jika dengan tujuan bukan untuk dimakan seperti menjual tikus untuk dipelihara. Jika untuk dimakan maka haram jual beli melainkan untuk perubatan dan disahkan olih pakar perubatan Islam." [Sumber]

Fakta dari perbahasan yang lebih meyakinkan kita:

Tokek hukumnya haram, kerana terdapat nas-nas yang memerintahkan membunuhnya. Adanya perintah membunuh suatu binatang adalah dalil haramnya binatang itu. Sebab membunuh binatang tanpa menyembelihnya akan membuat binatang itu menjadi bangkai. Padahal bangkai hukumnya haram.

Imam Syaukani telah membuat bab khusus dalam kitabnya, Nailul Authar dengan judul 'Bab Mengenai Binatang Yang Pengharamannya Difahami dari Perintah Membunuhnya atau Larangan Membunuhnya' (Bab Maa Ustufiida Tahriimuhu min Al-Amri bi-Qatlihi aw An-Nahyi ‘an Qatlihi). (Imam Syaukani, Nailul Authar, 12/484).

Dalam bab itu ada beberapa hadis, antara lain riwayat Saad bin Abi Waqqash RA bahawa: "Rasulullah SAW telah memerintahkan untuk membunuh cicak dan baginda menamainya fusaiq (binatang kecil yang fasik/tidak taat)." (HR Ahmad dan Muslim).

"Rasulullah SAW telah memerintahkan membunuh cicak dan beliau bersabda, dulu cicak pernah meniup-niup (api) kepada Ibrahim AS." (Ibnu Hajar Al-Asqalani, Fathul Bari : 3109).

Dalil-dalil hadis di atas menunjukkan adanya perintah syarak untuk membunuh cicak. Perintah syarak untuk membunuh cicak adalah dalil bahawa cicak itu hukumnya haram.

Imam Syaukani berkata, "Tokek adalah salah satu jenis cicak dan merupakan cicak besar." (Imam Syaukani, Nailul Authar, 12/487).

Dan jika suatu binatang haram dimakan, maka menjual belinya juga adalah haram.

"Segala sesuatu yang sudah diharamkan atas hamba, menjual belinya haram juga." (Imam Taqiyuddin an-Nabhani, Al-Syakhshiyah Al-Islamiyah, Juz 2/288).

Akan tetapi jika tokek itu akan dijadikan ubat, maka menjual belinya boleh dan tidak mengapa. Sebab berubat dengan sesuatu yang haram hukumnya makruh, tidak haram.

Rasulullah SAW pernah mengizinkan Abdurrahman bin Auf RA dan Zubair bin Al-Awwam RA untuk berubat dengan sesuatu yang haram, iaitu mengenakan sutera kerana mereka terkena penyakit gatal-gatal. Padahal sutera haram dipakai oleh kaum lelaki.

Maka mafhum dari kaedah feqah di atas dengan sendirinya menerangkan bahawa kalau sesuatu itu tidak diharamkan, maka menjual belinya juga tidak diharamkan.

Oleh yang demikian, dapatlah kita simpulkan bahawa menjual atau membela cicak tokek bagi tujuan perubatan adalah dibolehkan dan hukumnya harus. Jika menjual atau membelanya bagi tujuan makanan adalah tidak boleh dan hukumnya haram.

Akta bagi menjual dan membela cicak tokek.

Ada desas desus yang mengatakan bahawa cicak tokek adalah sejenis haiwan atau spesis yang dilindungi oleh Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Dan desas desus ini ternyata benar. Cicak tokek atau nama saintifiknya Gekkonidae menjadi salah satu spesis cicak yang dilindungi oleh Perhilitan yang tersenarai di bawah Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES), di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76). Sila rujuk DI SINI bagi senarai reptilia yang dilindungi. Sila rujuk juga bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan.

Ubat bagi penyakit HIV dan AIDS.

Inilah yang masih menjadi tanda tanya oleh semua pihak. Tiada fakta atau bukti kukuh yang menyatakan dengan kesahihan bahawa cicak tokek boleh menyembuhkan penyakit merbahaya itu. Walaupun pelbagai dakwaan yang telah dibuat oleh sesetengah pihak, namun tiada langsung bukti kukuh samada dalam bentuk notis, berita, atau maklumat sahih yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO).

Mungkin perkara ini masih dalam kajian memandangkan beberapa negara seperti Holland, Australia, dan beberapa negara luar lain pernah membeli cicak tokek ini.

UPDATE!

Untuk memperjelaskan lagi isu Halal dan Haram jual beli cicak tokek ini, sila lihat penjelasan ustaz tersohor di pantai timur, Ustaz Azhar Idrus.


Aduka: Mahu bela cicak tokek! Mana tahu boleh beli kereta Porsche dan boleh buat rumah banglo 5 tingkat! Haha.

Monday, December 13, 2010

Free Mobile Internet Access For Maxis And DiGi

Salam.

Maaf sebab lambat update blog. Sibuk memanjang. Bukan senang nak cari duit sekarang, kan? Hehe.

Hari ini aku buat aktiviti biasa. Bila online, aku buka blog dan web ping service seperti Innit, GengBlogger dan sebagainya macam biasa. Hanya satu sebab. Mencari sumber-sumber menarik yang boleh dijadikan bahan bacaan.

Read more/less..

Dahulunya memang cukup kecoh apabila ramai pengguna talian pra-bayar dapat mengakses internet dengan percuma (tanpa bayaran), termasuk aku. Namun, setelah beberapa bulan kemudian, cara (trick) tersebut telah disekat (block) oleh pembekal (provider) talian pra-bayar seperti Maxis, DiGi, dan Celcom.

Tiba-tiba aku terjumpa satu artikel menarik mengenai penggunaan internet percuma untuk telefon bimbit bagi pengguna Maxis di web Innit. Wah, menarik! Kerana tertarik, lantas tanpa memikirkan risiko, aku terus mengikuti langkah demi langkah cara membuatnya. Di artikel tersebut memberitahu bahawa cara yang dibuat adalah dengan menggunakan telefon bimbit Nokia. Malangnya, aku pengguna Sony Ericsson. Walaupun begitu, aku mencuba. Nah, hasilnya sungguh memuaskan hati aku.

Kini aku boleh mengakses di internet dengan menggunakan telefon bimbit tanpa sebarang bayaran atau caj!

Di sana juga ada menerangkan bagi pengguna DiGi! Ops. Jangan salah anggap. Cara-cara demikian hanya untuk pengguna pra-bayar Maxis dan DiGi sahaja.

Klik DI SINI untuk pengguna Maxis.
Klik DI SINI untuk pengguna DiGi.

UPDATE! 5 September 2011.

Harap maaf. Pengguna DiGi tidak lagi dapat menggunakan trick internet percuma ini. HANYA Maxis sahaja yang boleh. Klik DI SINI untuk trick internet percuma Maxis.


Selamat mencuba!

Friday, December 10, 2010

Facebook Like Button With Open Graph (For Regular Sites)

Kepada kaki plagiat, sila minta izin jika mahu copy-edit-and-paste.


Salam.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya dan tercari-cari bagaimana mahu meletakkan aplikasi Facebook Like Button pada laman web (website) biasa yang bukan menggunakan platform berasaskan blog (blogger/wordpress).

Read more/less..

Di sini aku ingin berkongsi ilmu kepada pembangun-pembangun website tentang bagaimana mengaplikasikan Facebook Like Button dengan Open Graph. Kenapa Open Graph? Banyak kepentingannya. Klik DI SINI untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai Open Graph.

Sebelum memulakan tutorial, ingin aku menerangkan secara kasar mengapa pada platform blogger aku TIDAK menggunakan Open Graph sepertimana di artikel yang pernah diterbitkan sebelum ini. Sudah sedia maklum, blogger adalah satu platform khas untuk blog. Ia agak terhad kepada pengguna platform ini untuk edit satu laman. Aku pernah mencuba Open Graph pada platform blogger. Namun, hasilnya tetap sama. Untuk tutorial kali ini, penggunaan Open Graph amatlah sesuai, lebih-lebih lagi kepada pengguna yang mempunyai domain sendiri.

Okey. Cukuplah membebel. Terus sahaja kepada tutorial. Seperti biasa, aku akan buatkan tutorial ini secara ringkas mengikut turutan.

1 - Sila ikuti langkah 1 hingga 7 di ARTIKEL INI. Perhatian: Pada langkah yang ke 4 lain sedikit berbanding blogger. Sila isi URL website anda tanpa http://www. pada ruang 'Site Domain'. Manakala pada ruang 'Site URL', isi penuh URL website anda dengan akhiran / (slash).

2 - Jika anda pernah mengaplikasikan Facebook Like Button dengan cara lama, sila buang beberapa kod seperti yang dinyatakan di bawah.

<script type="text/javascript" src="http://static.ak.connect.facebook.com/js/api_lib/v0.4/FeatureLoader.js.php"></script>

<script type="text/javascript">
FB.init("123456789000000000","/xd_receiver.htm");
</script>

3 - Tambah kod xmlns:fb="http://www.facebook.com/2008/fbml" dan xmlns:og="http://opengraphprotocol.org/schema/" pada tag <html> anda. Sebagai contoh:

<html xmlns="http://www.w3.org/1999/xhtml" xmlns:fb="http://www.facebook.com/2008/fbml" xmlns:og="http://opengraphprotocol.org/schema/" xml:lang="en" lang="en">

4 - Letakkan kod ini selepas tag <body> (baris di bawah).

<div id="fb-root"></div>
<script>
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : 'APPLICATION-ID-ANDA',
status : true, cookie : true, xfbml : true
});
};

(function() {
var e = document.createElement('script');
e.src = document.location.protocol + '//connect.facebook.net/en_US/all.js';
e.async = true;
document.getElementById('fb-root').appendChild(e);
}());
</script>

Gantikan APPLICATION-ID-ANDA dengan Application ID yang telah anda copy pada langkah 6 di ARTIKEL INI.

5 - Letakkan kod <fb:like> anda di tempat yang anda mahukan di laman anda. Cuma, seharusnya kod ini perlulah 'selepas' kod langkah 4. Bukan 'sebelum'. Kod <fb:like> boleh anda cipta dengan gaya sendiri di LAMAN INI.

Meta Tag Open Graph

Untuk membuat Like Button yang dapat memaparkan kandungan laman anda (salah satu yang pengunjung suka dengan menekan butang Like), anda perlu menambah beberapa Facebook Meta Tag baru yang disebut Open Graph.

Aku cuba-cuba membuat seperti contoh di laman utama Open Graph tersebut. Ia di ambil dari filem The Rock (1996) sebagai sampel eksperimentasi. Aku cipta satu artikel mengenai filem tersebut, dan letakkan satu butang Like di bawah artikelnya. Setting Meta Tag adalah seperti berikut:

<html xmlns="http://www.w3.org/1999/xhtml"
xmlns:og="http://opengraphprotocol.org/schema/"
xmlns:fb="http://www.facebook.com/2008/fbml">
<head>
<title>The Rock (1996)</title>
<meta property="og:title" content="The Rock"/>
<meta property="og:type" content="movie"/>
<meta property="og:url" content="http://www.imdb.com/title/tt0117500/"/>
<meta property="og:image" content="http://ia.media-imdb.com/rock.jpg"/>
<meta property="og:site_name" content="IMDb"/>
<meta property="og:description" content="A group of U.S. Marines, under command of a renegade general, take over Alcatraz and threaten San Francisco Bay with biological weapons."/>
...
</head>
...
</html>

Bukannya suatu kemestian, anda juga boleh menambah 2 tag untuk membenarkan anda menjadi admin, iaitu:

<meta property="fb:app_id" content="APPLICATION-ID-ANDA"/>
<meta property="fb:admins" content="FACEBOOK-PROFILE-ID-ANDA"/>

Untuk lebih memahami bagaimana Open Graph dan Like Button berfungsi bagi satu-satu laman website, anda perlu membuat beberapa artikel lain selain dari contoh yang aku buat di atas. Anda boleh mencuba bagaimana Open Graph dan Like Button bertindak pada hanya satu keratan artikel di dalam satu perenggan. Cuma ia memerlukan satu konsentrasi yang lebih.

Selamat mencuba. Semoga berjaya!
Aduka: Tutorial ni sesuai kot kepada peminat Joomla!

Monday, December 06, 2010

Dr Rozmey : Datuk Yang Dikutuk 24 Jam!


Salam.

Siapa yang tak kenal dengan Dr Rozmey? Dialah pemilik Herba Prima Marketing (HPM) dan pengasas kepada salah satu produk terkenal, Jus Mate 5. Populariti Dr Rozmey sudah melampau-lampau malah sama taraf dengan artis tempatan kita. Cuma landasan Dr Rozmey berlainan sedikit. Berbanding artis yang kita sedia maklum adalah di medan seni manakala Dr Rozmey pula di medan usahawan pemasaran ubat-ubatan kesihatan dan kedoktoran. Beleklah di mana-mana muka akhbar. Pasti ada halaman mengenai produknya. Dan tidak kurang mengenai filemnya yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

Read more/less..

Rupa-rupanya, populariti dan 'cakap-cakap' mengenai Dr Rozmey ini bukan sahaja 'panas' di media cetak. Malah di media massa, termasuk internet. Salah satunya di Facebook, dan blog. Ada yang tidak suka Dr Rozmey dan begitu juga sebaliknya. Rata-rata ramai yang tidak berpuas hati dengan Dr Rozmey.

Sedarkah kita bahawa Dr Rozmey dikutuk, dihina, dan dimaki hampir setiap hari di internet? Apakah sebab dan alasannya?

Di bawah adalah beberapa petikan dari Facebook yang 'tidak suka' dengan Dr Rozmey.




Dan tidak kurang juga yang mengutuk dan menghina rupa dan fizikal Dr Rozmey.




Lihatlah. Tanpa mengira jantina dan usia, hampir setiap hari malah setiap jam Dr Rozmey dikutuk, dan dihina! Petikan ini belum termasuk lagi gambar-gambar amatur yang telah di-edit dengan niat menghina rupa fizikal Dr Rozmey. Kerana terlampau banyak, aku tidak sertakan gambar-gambar tersebut. Cukuplah dengan petikan di atas sahaja.

Apa sebabnya? Satu jawapan.

Tidak suka dengan Dr Rozmey yang angkuh!

Agak terperanjat sebenarnya dengan bilangan yang 'suka' (Like) dengan halaman anti Dr Rozmey ini. Lebih 18 ribu peminat! Dan bilangan ini bertambah setiap hari.

Sepanjang tempoh aku selidik, ada juga yang tidak berpuas hati dengan Dr Rozmey kerana produknya. Khabarnya, produk Jus Mate 5 itu kurang memuaskan hati sesetengah pihak. Ada yang berbulan-bulan berusaha tetapi tidak membuahkan hasil. Sehinggakan Dr Rozmey sendiri telah mengeluarkan fakta bahawa terdapat produk tiruan di pasaran.

Samada produk itu sendiri yang gagal, atau pembeli sendiri yang cuai, wallahua'lam. Aku pernah melihat satu temubual di televisyen bersama Dr Rozmey. Kata beliau, HPM tidak pernah melantik wakil atau pengedar untuk memasarkan produk Jus Mate 5. Kebanyakan produk yang ada di toko-toko mahupun pengedar adalah palsu! Yang mana sebetulnya tulen? Kata beliau, hanya pembeli yang membeli terus produk itu dari HPM atau membuat belian secara online sahaja yang asli!

Lihat video DI SINI.

Berbalik pula kepada filem. Memang aku tidak nafikan bahawa eksperimentasi Dr Rozmey bagi seni perfileman adalah gagal. Hanya omong kosong. Walhal, hakikatnya tidaklah mencapai target yang diingini dan yang diuar-uarkan oleh Dr Rozmey sendiri. Semalam aku mendengar di siaran berita di radio menkhabarkan bahawa hanya lebih kurang RM 230 ribu sahaja nilai kutipan selama satu minggu tayangan file '2 Alam'. Peratusan target yang terlalu sedikit jika dibandingkan dengan target sebenar beliau. Fakta sebenar dan terkini, mungkin lebih. Kemudian, dikaitkan pula dengan pengambilan pelakon seksi dan lucah terkenal, Pamela Anderson, bagi filem beliau yang seterusnya.

Ramai yang kecewa. Kecewa dengan filem yang 'ntah-apa-apa', tak best, serta omong kosong Dr Rozmey sendiri berkaitan filemnya. Tidak hairanlah ramai yang mengutuk Dr Rozmey.

Walau apapun kutukan dan penghinaan yang diberikan kepada Dr Rozmey, sebenarnya ada juga kebaikan yang boleh kita contohi dari beliau sendiri. Cuma kita perlulah bukakan mata dan minda luas-luas. Sentiasa ambil perkara yang positif dan yang negatif. Antaranya;

Skill Pemasaran

Lihatlah cara pemasaran Dr Rozmey. Boleh dikatakan gempak! Memang. Marketing saja gempak tapi hasilnya hampeh: mungkin ini yang anda kutuk untuk promosi filemnya. Tapi bagaimana pula dengan produk Jus Mate 5? Lihat dengan teliti. Sudah berapa ramai usahawan sah yang berkecimpung dalam pemasaran Jus Mate 5 yang sudah kaya-raya? Sudah setahap mana kaya Dr Rozmey sendiri? Anda? Apa ada? Tepuk dada, tanya selera.

Keberanian

Aku sendiri sebenarnya salute spring dengan Dr Rozmey. Sifat 'bodoh beraninya' itu berjaya mencipta fenomena di Malaysia. Bukan sahaja di dalam industri pemasaran kesihatan, malah di dalam industri perfileman! Berani menceburi pelbagai bidang walau tahu akan risikonya.

Berpandangan jauh

Diri kita sendiri pasti ada misi dan visi dalam hidup. Begitu juga dengan Dr Rozmey. Sedarkah kita bahawa Dr Rozmey berjaya mencipta satu rangkaian seumpama 'multilevel marketing (MLM)' dalam hidupnya? Antara benar atau tidak, sebenarnya aku menyedari satu perkara. Memperkembangkan produk kesihatannya melalui media yang berbeza, iaitu perfileman! Platform yang mungkin menjayakan dan memperkembangkan lagi nama Dr Rozmey dan HPM itu sendiri di mata luar Malaysia. Selepas ini apa lagi? Anda dapat bayangkan?

Yalah. Sehebat mana pun kita, sepopular mana pun kita, sekaya mana pun kita, pasti ada orang yang tidak suka, kan? Pasti ada orang yang dengki dan busuk hati. Maka wujudlah golongan-golongan yang berpandangan dan berfikiran negatif ini dalam masyarakat kita. Bahkan sesama agama, bangsa, dan kaum sekalipun. Pelik sungguh.

Sudah-sudahlah mengutuk, menghina, dan cubaan menjatuhkan maruah Dr Rozmey. Anda bukannya dapat apa pun jika bertindak sedemikian. Dapat dosa adalah. Cuba kita ambil sikap dan sifat yang positif. Jadikan beliau sebagai model, sekurang-kurangnya. Contohi beliau. Tengok beliau sendiri. Kaya-raya. Anda? Rasulullah sendiri pernah menyarankan bahawa umatnya mengejar kekayaan di dunia. Agar kaum yang selain Islam akan lebih hormat dan mengagumi Islam yang kaya-raya. Namun begitu, jangan pula lalai dan asyik dengan duniawi sampaikan perihal akhirat nanti terabai.

Aduka: Rata-rata yang mengutuk Dr Rozmey di Facebook adalah di kalangan remaja! Melayu dan Islam kebanyakannya. Sedih dan sadis.

Update 10 Dec 2010: Setelah beberapa jam artikel ini terbit, page anti Dr Rozmey di Facebook yang mempunyai puluhan ribu peminat telah ditutup.

Friday, December 03, 2010

Pahlawan Melaka Bakal Berada Di Jalanraya Pula! Ini Semua Idea Proton

Salam.

Tajuk mau gempak, kan? Haha. Sebenarnya aku baru saja tahu tentang berita ni. Baguslah kalau sudah ada penampakan perubahan drastik dari Proton ni. Kalau dulunya, cam tuttt je produksi Proton berbanding Perodua. Selepas banyak hentaman yang Proton dapat (selepas boomnya MyVi dari Perodua), barulah Proton berusaha lebih gigih dalam penghasilan kereta yang lebih cun melecun tahap gedebabom!

Read more/less..

Mungkin tahun 2012, negara kita bakal dikejutkan lagi dengan beberapa lagi model terbaru dari Proton. Modelnya.. fullamak! Aku tengok pun terpegun. Boleh menggugat reputasi Perodua pula lepas ini. Harap-haraplah. Hehe. Kali ini Proton mahu menonjol model pahlawan di jalanraya. Ia dinamakan Proton Pahlawan Series. Cam gempak je kan namanya? Masakan tidak, setiap model dinamakan dengan nama pahlawan Melayu Melaka dahulu kala.

Jom kita usha bentuk-bentuk model yang 'direka' khas oleh produksi Proton. Jom!

Pahlawan Melayu pertama di jalanraya: Tuah!



Pahlawan Melayu kedua di jalanraya: Jebat!



Pahlawan Melayu ketiga di jalanraya: Lekir!



Pahlawan Melayu ke empat di jalanraya: Lekiu!



Dan.. Pahlawan Melayu terakhir di jalanraya: Kasturi!



Wah, cukup kelima-lima pahlawan zaman Melayu Melaka dulu-dulu, kan? Walaupun begitu, terdapat dua model yang masih menggunakan prototaip yang sama seperti model kereta yang telah dilancarkan sebelum ini iaitu Proton Inspira (Jebat) dan Proton Saga (Kasturi). Cuma mungkin terdapat modifikasi kepada rekabentuk dalaman model-model tersebut. Model-model yang lain adalah prototaip yang baru.

Apa ekspresi aku buat kali pandangan pertama? Of course takjub. Wow, cantik! Cun!

Walau bagaimanapun, masih ada satu model yang betul-betul membuat aku lebih dari takjub. Namun, model ini bukanlah dari pengeluaran Proton. Of course. Siapa lagi bukan pesaing Proton iaitu Perodua. Ada-adak saja Perodua ni kan? Mahu potong jalan Proton aja!

Nama model dari Perodua ini adalah.. Bezza! Bukan si Jimmy Shanley Yezza tu, okey! Ini model kereta. Bezza! Bukan banzai! Sebut betul-betul.. Bezza!




Fuh fuh fuuuuhhh..! Boleh tahan designer dari Malaysia, kan? Walau bagaimanapun, tahun pelancaran masih lagi kabur-kabur, dan tidak pasti model manakah yang keluar dulu di pasaran. Tunggu dan lihat saja.

Sumber : PaulTan.org

Aduka: Tiba-tiba takjub dan tertarik dengan kereta buatan Malaysia. Hm.. Jadi ke tak ni nak ambil kereta buatan Jepun ni ye? Confuse!

Thursday, December 02, 2010

Elak Wireless Anda Dicuri Oleh Pihak Luar

Salam.

Mungkin tak ramai yang tahu bahawa internet adalah salah satu medium yang mudah untuk mencuri data-data dan maklumat yang dilindungi. Terutamanya bila internet mudah diakses di mana-mana sekarang dengan kemudahan internet wireless.

Read more/less..

Tapi tahukah anda bahawa, selain dari mengunci akses modem wireless dengan katakunci (password), ada cara yang lebih berkesan lagi untuk mengelakkan akses tidak dikenali dari luar?

Bagaimana caranya?

Klik sini kalau nak tahu..


Hahahahahaha! Anda sedang mengakses wireless FBI! Mau mati ka? Hahahahahaha!

Kenangan Sekolah Rendah (Bahagian 1)

Salam.

Sudah lama sebenarnya aku tak bercerita tentang sejarah hidup aku dulu-dulu, kan? Beberapa minggu yang lepas, aku ada buat scanning gambar-gambar lama, termasuklah sewaktu di sekolah rendah dan menengah. Ada juga gambar ketika aku masih bayi. Oh, aku sangat comel aku dulu jika dibandingkan sekarang. Sekarang tak comel. Tapi hensem kot. Haha!

Read more/less..

Cerita ini adalah cerita zaman sekolah rendah. Seingat aku, aku dalam darjah satu, tahun 1991. Darjah 1 Dahlia.

Dari pertengahan darjah satu hingga darjah enam, aku ke sekolah dengan menaiki bas sekolah. Seawal 5.30 pagi aku sudah bangkit dari tidur kerana bas sekolah itu selalunya mengambil budak-budak seawal dari pukul 6 pagi. Jika bangun lewat, tak ke sekolahlah aku jawabnya. Jika berjalan kaki, mahu tercabut kepala lutut. Jauh. Biasanya akulah orang pertama yang di ambil oleh pemandu bas sekolah memandangkan rumah aku berada di pusat bandar.

Ada seorang budak perempuan ni satu kelas dengan aku juga menaiki satu bas sekolah dengan aku. Sudah lupa namanya. Biarlah aku namakan dia Fatin. Cuma Fatin ni dalam trip kedua ke sekolah. Hanya pulang dari sekolah saja sekali dengan aku. Maka, waktu pulang dia biasanya duduk di sebelah aku. Maklumlah, classmate. Hehe. Walaupun Fatin ke sekolah pada trip kedua, dia juga bangun awal pagi seperti aku. Maka, biasanya waktu pulang dari sekolah dia selalu saja mengantuk.

Kebetulan, sepupu aku menaiki bas sekolah yang sama. Perempuan. Cuma aku jarang sangat bercakap dengan dia. Lagipun dia seorang yang pendiam.

Di dalam bas, aku dan Fatin bersembang. Banyak perkara kami sembangkan. Tiada perasaan malu waktu itu. Yalah, masih budak-budak. Setiap hari kami bersembang namun tidak lama. Fatin akan menguap dan memberitahu aku dia mengantuk. Aku mengangguk. Fatin akan terus pejamkan mata dan tidur. Aku hanya membiarkan saja dia tidur. Waktu tidur itulah kepalanya selalu melentok ke kanan, ke kiri. Akhirnya jatuh di atas bahu aku. Oleh kerana kasihan dan atas dasar sifat kawan, aku biarkan saja dia tidur di atas bahuku. Dan tiap-tiap harilah dia begitu. Selalu saja mengantuk dan tidur di atas bahuku.

Seronok. Itulah perasaan yang ada dalam hati aku walaupun pada waktu itu tak kenal dan tak tahu apa makna sayang, cinta, dan kasih. Yang aku tahu, seorang yang berlainan jantina yang comel telah tidur di atas bahuku. Haha.

Pada suatu hari, aku telah kantoi. Fatin mengadu yang dia sangat mengantuk. Walhal kami baru saja melabuhkan punggung di atas kerusi bas sekolah. Kami tidak bersembang dahulu seperti kebiasaan. Tak apalah. Aku biarkan dia tidur. Seperti biasa, dia meletakkan kepalanya di atas bahu aku. Setelah bas sekolah bergerak, tiba-tiba aku berasa seperti ada orang yang memerhati. Aku memandang ke depan. Alamak! Sepupu aku merenung dengan mata yang bersinar. Muka yang mencuka. Namun, aku buat tak tahu saja. Aku tahu sepupu aku tu cemburu!

Begitulah setiap hari. Sepupu aku pasti akan memandang aku dengan muka yang... ntah. Tak dapat aku ungkap di sini. Nampak seperti jealous. Haha.

Sehinggalah pada suatu hari, aku tidak nampak kelibat Fatin. Pada mulanya, aku fikir... tak apa. Mungkin dia sakit demam. Mungkin esok, lusa, tulat adalah dia. Namun esok, lusa, tulat begitu juga. Kelibat Fatin tidak muncul-muncul. Hatta di dalam kelas, tak nampak pun batang hidung Fatin.

Ke mana perginya Fatin?

Pada petang itu, tergerak hati aku untuk bertanya kepada pemandu bas, Makcik Nab. Aku bertanya ke mana perginya Fatin setelah sekian lama tak jumpa. Agak terperanjat, Makcik Nab menkhabarkan bahawa Fatin telah berpindah sekolah. Entah kenapa aku tidak berasa sedih. Cuma hari-hari aku rasakan seperti ada sesuatu yang kurang. Sesuatu yang tidak kena. Adakah aku rindu pada Fatin?

Alahai. Tiada lagi budak perempuan comel tidur di atas bahuku.

Hari-hari berikutnya, aku lihat sepupuku tidak lagi menoleh ke belakang melihat aku 'bermesra' dengan Fatin. Seronok sangatlah tu!


Dalam bulatan ialah Fatin yang aku maksudkan. Sila teka, yang mana satu aku?

Wednesday, December 01, 2010

Cikgu Shida Jadi Gila Sebab Putus Tunang


Salam.

Mesti korang kenal sangat dengan nama Cikgu Shida atau Teacher Shida ni, kan? Kita lihat, dalam beberapa bulan yang lalu berapa ramai blogger-blogger di luar sana bercerita tentang Cikgu Shida ni. Tidak kurang yang mengutuk, dan tidak kurang juga yang sukakan 'kepala gila-gila' Cikgu Shida ni. Aku tidak nafikan bahawa aku pernah mendakwa bahawa Cikgu Shida ini seorang yang 'tidak normal', 'mengada-ngada' dan 'populariti murahan' terutama di ruangan komen artikel blog Joegrimjow - Dua video terbaru Cikgu Shida : Terhibur atau menyampah.

Read more/less..

Khabarnya baru-baru ini, keluar satu kenyataan bahawa Cikgu Shida ini sebenarnya putus tunang. Sebab itulah dia 'berperangai' sedemikian. Kononnya meraih simpati, dan melepaskan geram dengan membuat perkara-perkara yang tidak pernah dibuatnya sebelum ini. Hatta, pada hakikatnya Cikgu Shida bukanlah sepertimana kita lihat di internet. Dia seorang yang baik dan mengajar seperti cikgu-cikgu lain di sekolah. Dan, dia kelihatan normal!

Kenapa dia berubah? Subjeknya; dia putus tunang. Cerita benar atau tidak, wallahua'lam. Aku ada baca dari pelbagai sumber artikel, sesetengah blogger kasihan dengan apa yang dihadapi oleh Cikgu Shida, dan tidak kurang juga yang memberi sokongan dari segi mentaliti dengan memberi semangat untuk Cikgu Shida. Ok, fine. Itu cara yang betul. Bagi semangat.

Sebagai orang yang normal, putus cinta pun kita sudah 'frust menonggeng' kan? Inikan pula putus tunang. Ok, fine. Frust kerana putus tunang. Tetapi normalkah apa yang Cikgu Shida tu buat selama ini? Dan yang penting, tak malukah dia selaku cikgu, insan mulia memberikan ilmu kepada anak murid, jadi bahan ketawa di ruang internet?

Beberapa bulan yang lalu, aku pernah lihat satu forum di televisyen yang dikelola oleh Dr Fadzilah Kamsah. Dia ada membincangkan tentang normal dan tidak normal kepada insan yang membunuh diri. Pernah dia ajukan soalan kepada penonton yang berbunyi:

"Normal atau tidak seseorang manusia merosakkan dirinya dengan mematikan alam hidupnya dengan membunuh diri? Adakah boleh dikatakan seseorang merubah dirinya ke arah negatif adalah sebagai orang yang baik dan normal? Sebagai contoh pelajar cemerlang, tiba-tiba merosakkan dirinya dengan melibatkan diri dengan dadah dan bersosial oleh kerana kecewa dalam alam percintaan atau cita-cita. Adakah pelajar itu orang yang dikatakan normal? Apakah maksud 'normal' yang sebenarnya? Cuba kita renung-renungkan, dan fikir-fikirkan."

Daripada teks ucapan Dr Fadzilah ini dapatlah kita ungkap dan simpulkan bahawa tindakan seperti Cikgu Shida itu adalah tidak normal. Jika normal, dia tidak akan buat perkara yang memalukan dan menjatuhkan maruah diri di dalam internet yang boleh ditonton oleh jutaaan penonton yang tidak mengira usia, pangkat, kaum, bangsa, dan agama. Sedangkan Cikgu Shima itu adalah seorang cikgu, wanita, muslimat Islam (orang Islam), berbangsa Melayu, orang Malaysia! Terus terang aku berkata tentang ekspresi tatkala pertama kali aku lihat video Cikgu Shida ini, aku malu tengok dia seperti itu! Macam badut!

Terlebih dahulu aku ingin meminta maaf di atas ekspresi aku itu. Entahlah. Itu yang terlintas di dalam benakku. Macam badut. Ya Allah. Tidak malukah dia? Yang aku hairan, ramai pula yang suka dengan video cikgu itu. Sampaikan meminta-minta Cikgu Shida membuat lagi video 'tidak normalnya' itu.

Sekelumit di dalam hati, terdetik juga rasa kasihan dengan Cikgu Shida ini. Ini adalah kerana seperti tiada orang yang rapat dan dekat dengannya yang boleh membimbing dia ke arah jalan yang baik dan yang paling penting ke arah menjadi wanita yang normal.

Tulisan aku kali ini bukanlah mahu menjatuhkan maruah dan diri Cikgu Shida. Cuma jadikanlah kes Cikgu Shida ini sebagai pengajaran buat kita. Putus cinta, putus tunang, atau bercerai-berai macam mana sekalipun, perlulah dekatkan diri dengan Allah swt. Harapkan hidayah dari-Nya. Berdoa dan zikir kepada-Nya. Sesungguhnya, hanya pada Dialah kita patut berserah. Tidak perlulah kita mengubah diri kita yang 'normal' ini kepada tindakan yang 'tidak normal' semata-mata ujian berat yang diturunkan oleh Allah swt untuk kita. Bukannya dekatkan diri kepada segala bentuk 'hiburan' yang ada di internet.

Jika aku kata Cikgu Shida 'populariti murahan' sekalipun, memang terang-terangan di mata kasar dan dengan logiknya adalah ya. Seperti yang aku katakan tadi, Cikgu Shida meraih simpati dari penonton dan 'kawan-kawannya' di ruang internet. Namun, apa faedahnya?

Di bawah ini aku petik dari Facebook Cikgu Shida. Ada yang mengutuk, dan ada juga yang menyokong.

Yang menyokong.




Yang mengutuk.





Apa-apa pun pandangan aku atau pandangan orang lain, kita perlu jadi diri sendiri dan berpijak pada bumi yang nyata. Be yourself, kata orang putih. TAPI.. biar normal!

Jadilah wanita yang NORMAL, Cikgu Shida!

Maybe you are a teacher among student, but better be like a student than be like a stupid you!

Sunday, November 28, 2010

Si Gadis Kecil : Sepucuk surat itu.. (Bahagian 1)

Artikel ini diterbitkan kembali (re-post) bagi menyertai contest dari vivagirls.


Pagi itu, dia, si lelaki selekeh, tiba awal. Dia memarkir motosikalnya bersebelahan dengan deretan basikal di tempat khas yang telah disediakan. Di sudut pagar utama, kelihatan beberapa orang yang berpakaian hijau cerah daun pisang dan berseluar gelap sedia menanti kedatangan-kedatangan kelibat berpakaian putih hijau memasuki ruang bangunan tersebut. Setiap muka diperhatikan. Setiap jentera keluar masuk ditelitikan. Semua diawasi dengan begitu cermat sekali.

Read more/less..

Nun dari jauh dia lihat sudah ada beberapa orang berpakaian sukan sedang berlari-lari anak di kawasan padang yang cukup luas. Ada juga sesetengahnya berbual, dan tidak kurang juga ada yang berlari berkejar-kejaran di tepi padang tersebut. Dia melangkah memasuki bilik 5 ST 2 dengan melalui pintu belakang. Dia menarik kerusi dan meletakkan beg galasnya di atas meja biru itu. Seraya dia duduk dan termenung di luar. Begitulah rutin hariannya setiap hari. Tidak lagi seperti dulu.

Jika dulunya, setiap pagi, ada saja perkara yang akan dilakukan. Selain bergaduh, paling tidak akan dia akan mengganggu kelibat-kelibat yang bertudung. Tapi kebanyakkan masa paginya dihabiskan dengan bersembang dan melepak di tepi koridor. Jika ada si gadis lalu di depan, akan dikacau dan diuratnya.

Tapi zaman keseronokkannya kini sudah berlalu. Sebelum memasuki aliran baru ini, dia seperti dipinggirkan oleh teman-teman seangkatannya dahulu. Jika dulu dia dipanggil 'otai', 'boss', dan 'ketua', tetapi kini tidak lagi. Sebaik saja dia melangkah di aliran baru itu, dia banyak berubah. Rakan-rakan dan 'anak buahnya' kini tidak lagi diambil peduli.

Kadang-kadang mereka datang bertanya, "Kenapa kau nampak berubah sangat tahun ni? dah mendaftar diri sebagai ahli surau ke?"

Dahulunya, dia seorang yang panas baran. Jika ada seorang pun perli atau mengejeknya, hukumannya adalah penumbuk dan terajang. Tapi sesudah beberapa bulan memasuki aliran itu, dia kini benar-benar berubah. Rakan-rakan seangkatannya dulu kini mula membencinya dan meminggirkannya.

"Kenapa dalam beberapa bulan ni kau nampak lain? Kau dah banyak berubah. Kau ada masalah ke?" tanya Syukri. Syukri adalah rakan baru di aliran barunya.

"Tak ada apa-apa pun. Aku je nak ubah diri aku,”, jawabnya ringkas. Lamunannya ke luar tingkap masih tidak berganjak.

"Mengubah diri? Maksud kau, kau dah nak quit ke dari bercampur dengan geng-geng kau, macam tu?" soal Syukri lagi.

"Em, lebih kuranglah."

Seketika kemudian, lelaki pendek berkumis tebal memasuki bilik itu dan memberi salam. Dia berdiri dan menjawab salam hormat kepada lelaki pendek tersebut. Bingkas dia memindah tempat duduk dia tadi. Di ambilnya buku kecil dan buku tebal di dalam beg. Bingkas dia duduk di meja hadapan yang tersedia kosong.

"Kerja semalam saya bagi sudah siap?" tanya lelaki pendek berkumis tebal itu.

"Sudah, cikgu!" jawab kelibat-kelibat di dalam bilik itu memecahkan suasana.

**********

Suasana bising menyelubungi dewan makan itu. Kelihatan beberapa kelibat beratur panjang menanti giliran untuk membeli makanan. Sewaktu itu dia hanya bersendirian di tepi dewan tersebut. Disuapnya kuih yang dibeli tadi ke dalam mulut. Dia mengunyah dengan penuh minat dan selera.

Dia didatangi dua orang kelibat berbaju putih dan bertudung. Lantas salah seorang kelibat itu bersuara, "Ingatkan taknak datang sini!"

"Seperti yang dijanjikan. Ada apa hal?" tanya si lelaki.

"Ini dia, tuannya menyuruh awak baca. Jangan buang ke dalam tong sampah lagi! Kali ni awak kena janji tau. Sebab ni amanah orang!"

Lelaki itu hanya mengangguk. Dicapainya sepucuk surat yang dihulurkan oleh gadis bertudung itu tadi.

"Siapa bagi?" tanya lelaki itu kepada si gadis lagi.

"Orang yang sama," jawab si gadis bertudung lalu beredar dari situ. Lelaki itu hanya mengeluh. Ditenungnya surat itu lama-lama. Dibelek surat itu tanpa membukanya. Terdapat tulisan di atas surat tersebut dan beberapa lukisan kecil berbentuk hati di satu sudut kiri surat tersebut.

"Kepada lelaki idaman.. with love.. A**."

Dia memaling muka ke kiri dan kanan. Dia mencari tong sampah. Kelihatan sebiji tong sampah di hadapan kaunter dewan tersebut, lalu dihampirinya. Sampai di situ, lelaki tadi terus saja membuang surat itu tanpa membukanya langsung. Tiba-tiba..

"Hoi!! Orang suruh baca, bukan buang!" Si lelaki terkejut bukan kepalang. Dia berpusing menghadap suara yang menjerkahnya tadi. Rupa-rupanya gadis bertudung tadi.

"Awak ni degil la. Ni kan amanah. Tuannya suruh baca! Jangan la buang! Baca je pun. Bukannya suruh buat kerja! Hish! Hairan betul la mamat ni. Orang nak kat dia, dia plak nak jual mahal," bebel si gadis itu. Si gadis tadi mengutip kembali surat yang dibuang oleh lelaki tadi.

"Nah, baca! Kalu saya tau awak buang lagi, saya sumpah awak. Awak balik nanti awak accident!" sumpah si gadis itu geram. Lelaki tadi hanya mendiamkan diri dan tercegat melihat telatah si gadis bertudung tadi.

**********

Muka lelaki itu berkerut. Ditangannya ada sepucuk surat. Surat itu adalah surat yang diberi oleh si gadis bertudung pada tengahari tadi. Di dalam bilik tersebut hanya ada dia seorang. Pelajar yang lain sudah lama pulang. Dia membaca dengan penuh teliti dan tekun setiap patah perkataan yang terkandung di dalam surat tersebut. Di pengakhiran surat, dia membaca bait-bait dan rangkap puisi yang direka oleh penulisnya. Dia tersenyum. Habis saja membaca surat tersebut, dia menggepal surat tersebut dan dibuangnya ke dalam tong sampah yang ada di dalam bilik tersebut. Lalu dia melangkah pergi.

Keesokkan harinya, di waktu tengahari, dia didatangi lagi oleh si gadis semalam. Kali ini si gadis bertudung itu tidak membawa apa-apa. Lelaki tadi hanya merenung mata si gadis, lalu bertanya, "Ada apa lagi ke untuk hari ni?"

Si gadis tersenyum kambing. "Takde! Just nak sampai pesanan dari admire awak. Dia nak jumpa kat pintu gate belakang selepas sekolah! Pergi tau! Kalu tak, aku sumpah kau!"

Si lelaki hanya mengiakan kata-kata si gadis itu. Dia mengangguk kecil. Si gadis lalu beredar.

Lewat petang tersebut, seperti yang disuruh, lelaki tersebut menunggu peminatnya di pintu pagar belakang. Hampir 10 minit menunggu akhirnya peminat itu muncul. Dia keseorangan.

"Hai, awak. Lama tunggu?" tanya si gadis. Mata si lelaki terbeliak. Dia menatap wajah kecil si gadis itu. Putih melepak dan rendah orangnya.

"Oh, jadi awaklah orang yang selalu bagi surat cinta kat saya, ya?" soal si lelaki selekeh itu.

"Em ya.." jawab si gadis comel ringkas. Dia menunduk, memandang tanah. Si gadis terdiam, malu. Si lelaki juga begitu, hanya mendiamkan diri.

"Kalau macam tu, okay lah. Saya nak balik,” kata lelaki itu dan terus saja berlalu. Si gadis tadi terkial-kial ditinggalkan begitu sahaja.

"Eh, awak! Nanti.. saya ada sesuatu nak bagi.. nanti lahhhh!" kata si gadis dan menuruti si lelaki.

Si gadis menghulurkan sesuatu di tangan si lelaki selekeh itu dan terus saja berlalu. Si lelaki hanya memerhati si gadis yang berlari-lari anak meninggalkannya keseorangan di pintu pagar. Si gadis tadi terus memasuki van kuning dan terus berlalu. Di tangan lelaki itu ada kotak kecil. Lantas dibukanya.

"Ah? jam?!"

**********

Seminggu selepas itu, si lelaki selekeh itu bertemu lagi dengan si gadis bertudung.

"Oi, mana jam yang admire awak bagi? Takkan buang jugak kot!"

"Aku tak pakai jam. Tengok sajalah tangan aku ni. Mana ada perhiasan pun!"

"Dia kasi nak suruh awak pakai la. Dahtu pakai je la!" tempelak si gadis bertudung tadi.

"Suka hati la.. Awak susah ke? Jangan risau. Saya simpan jam tu kat rumah. Saya simpan elok-elok. Bagitau kat dia, saya ucap terima kasih. Dan pesan kat dia juga, saya tak suka pakai jam tangan! Lepas ni jangan susah-susah nak belikan saya jam!"

Si gadis bertudung tadi memuncungkan mulutnya. Si lelaki itu terus beredar.

Selepas kejadian itu, lelaki itu boleh dikatakan tiap-tiap hari akan menerima surat cinta daripada si gadis kecil. Walaupun begitu, tiada sekeping pun yang dibacanya. Sebaliknya disimpan saja. Hanya sekali itu dia bertemu dengan si gadis kecil. Sekolah bukannya besar sangat tetapi sikap lelaki itu sahaja yang endah tidak endah. Dia langsung tidak mengambil tahu tentang cerita dan keadaan yang berlaku di sekelilingnya. Hatta begitulah dia langsung tidak menyedari kelibat kecil itu hanya memerhatikannya dari jauh.

**********

Peperiksaan SPM sudah hampir. Ramai pelajar mula memenuhi surau dan perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran. Hari itu, semua kelibat diminta untuk berkumpul di dewan. Lelaki itu duduk di sudut dewan dan mengelamun sendirian. Lima minit kemudian, pengetua membuat ucapan.

Si lelaki botak yang berucap menyeru pelajar-pelajar yang ada di dalam dewan itu agar bersungguh-sungguh belajar untuk persiapan menghadapi peperiksaan. Masih terngiang di telinga lelaki itu akan kata-kata si lelaki botak.

"Kita orang Islam wajib berjihad. Belajar juga salah satu daripada berjihad. Oleh itu, sama-samalah kita berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh agar menjadi orang yang berguna di suatu masa kelak!"

Selesai saja satu jam perhimpunan khas itu berlangsung, semua pelajar beredar ke kelas masing-masing. Di dalam perjalanan pulang ke kelas, dia disapa oleh satu suara yang kecil, lalu berpaling.

"Hai, awak," sapa si gadis kecil. "Pengetua kata apa tadi?"

"Em, biasalah membebel-bebel," kata lelaki itu sambil tersenyum.

Si gadis kecil membalas senyuman lalu berkata, "Ini kelas saya. Sebenarnya tak jauh pun dari kelas awak."

Si lelaki selekeh itu agak terkejut. Masakan selama ini dia tidak langsung perasan akan kewujudan si gadis kecil yang hanya bersebelahan kelasnya. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Tak perasan pun selama ni. Awak kelas sebelah rupanya. Er.. maknanya awak junior saya lah ya?"

Si gadis mengangguk dan tersenyum manis. Si gadis berkata, "Awak yang sombong dan tak pedulikan orang sekeliling. Mana nak perasan," lalu menjuihkan bibirnya.

Si lelaki hanya ketawa kecil. Si lelaki mengambil kesempatan masa yang ada ini dengan berbual dengan si gadis kecil. Walaupun usia baru sahaja 13 tahun, si gadis kecil ini petah bercakap. Tidak padan dengan tubuh yang kecil. Seumpama wanita yang berusia 23 tahun pula. Kadang-kadang lelaki itu ketawa berdekah-dekah melayan gelagat dan kepetahan si gadis kecil. Di saat itu dia rasakan si gadis kecil adalah kelakar orangnya. Dia selesa, dan dia gembira.

**********

"Yes! Akhirnya habis juga exam! Lepas ni boleh kita enjoy!" jerit rakan-rakan sekelas. Bilik 5 ST 2 itu bingit dengan teriakan kegembiraan kelibat yang tamat peperiksaan. Lelaki itu hanya mendiamkan diri. Kertas terakhirnya akan bermula beberapa jam saja lagi. Sedangkan rakan-rakan sekelasnya telah menduduki kertas peperiksaan terakhir beberapa jam yang lalu.

"Oi, kitorang balik dulu. Good luck untuk last paper kau!" kata rakan-rakan lelaki itu lalu beredar. Tinggallah si lelaki selekeh tadi terkial-kial keseorangan di dalam kelas, menanti kertas peperiksaan yang terakhir.

"Assalamualaikum."

Lelaki itu disapa. Lalu dia menyahut salam tersebut. Dia lihat kelibat si gadis kecil berdiri di muka pintu kelasnya. Si gadis kecil hanya tersenyum. Dia diiringi beberapa orang rakannya sebagai teman.

"Eh, awak. Kenapa datang?" soal lelaki itu.

"Saja la datang nak bagi sokongan mental kat awak. Boleh kan?" kata si gadis kecil.

“Oh, patutlah. Terima kasih.. Eh! Cikgu cari awak sebenarnya tadi. Dia cakap awak ponteng kelas.”

"Eh, pandai je. Kitorang cuti laaaaa.. Awak tu ha, baca buku tu. Kang masuk dewan lupa plak," kata si gadis kecil, sinis. Mereka ketawa bersama. Mereka saling berpandangan, dan bertentang mata.

**********

Lelaki itu membuka kotak di dalam stor. Di satu sudut bilik itu tersusun rapi beberapa barang dan beg termasuk kotak-kotak yang berisi dengan barang-barang. Ditenungnya kotak putih itu. Lalu dibukanya. Di dalam kotak itu terdapat banyak surat-surat yang pelbagai warna. Di dalamnya juga terdapat jam tangan berwarna hijau gelap. Lalu dicapainya dan cuba dipakai di pergelangan tangan kirinya.

"Ah, kecil pula," bisik lelaki itu.

Diletakkan kembali jam tangan itu ke dalam kotak. Ditenungnya pula kepada surat-surat di dalam kotak itu. Kebanyakkannya masih belum dibuka. Tiba-tiba kenangan si gadis kecil menjelma diingatan.

Akhir tahun 2001, sesudah saja peperiksaan SPM, lelaki itu langsung tidak mendengar khabar berita dari si gadis kecil. Pernah beberapa kali lelaki itu pergi ke sekolah. Tapi setibanya saja di muka pintu pagar utama, dia berpatah balik. Walaupun niat ingin ketemu, tetapi bagaikan ada suara lain yang menegah agar tidak diganggu si gadis kecil. Dia sedar kini dia kehilangan si gadis kecil. Tamat saja peperiksaan SPM, langsung saja lelaki itu terputus hubungan dengan si gadis kecil yang ceria. tidak lama lagi, dia akan bekerja. Adakah mungkin dia akan ketemu lagi si gadis kecil?

"Tu duk termenung apa lagi tu? Angkat barang tu lekas. Lori dah sampai!"

Lelaki itu tersentak. Jeritan ayahnya dari luar mematikan lamunannya. Dia mencari-cari sesuatu di dalam kotak putih itu.

"Mana ni? Ah, ya. Ini dia!" bisik lelaki itu. Ditangannya memegang surat terakhir dari si gadis kecil. Diselitkan surat itu dipoket seluarnya.

Kini lelaki itu berbaring membaca surat si gadis kecil. Setiap perkataan dibaca dengan teliti. Kenangan mengenali si gadis kecil mengimbau kembali dibenak pemikiran lelaki itu. Dia merasakan sungguh sayang sekali bila terputus hubungan dengan si gadis kecil. Bagaimana agaknya keadaan si gadis kecil kini? di akhir surat itu membuatkan lelaki itu tersenyum sendirian.

"Awak. Saya pernah tengok awak buang surat saya ke dalam tong sampah. Tapi saya tak berkecil hati. Sebaliknya saya tulis benda yang sama di dalam surat yang lain tanpa rasa jemu. Selepas itu saya suruh Aida serahkan kepada awak. Dan setiap kali awak buang surat saya juga, saya akan tulis balik."

"Awak. Saya tahu sejarah awak di sekolah ini. Tapi saya tak peduli itu semua. Saya sukakan awak. Perubahan awak, tingkah laku awak, gaya awak. Kalau boleh saya mahu tengok lagi perubahan ketara awak. Kalau boleh saya juga nak kita lebih dari kawan. Tapi walau bagaimanapun saya tahu. Berapa banyak saya tulis pun, mungkin awak takkan baca surat saya. Kalau sebaliknya pula, saya rasa sayalah orang yang paling bertuah.

Awak. Saya suka awak..!"


Lelaki tadi termenung. Alangkah bagusnya jika surat itu dibaca pada 5 tahun yang lalu.

Lelaki itu masih mengingati bibit cinta berputik ketika bersama mengenali si gadis kecil. Dari kerana surat itu, dia melupakan segala titik hitam yang berlaku ke atas dirinya. Dia mengikut nasihat si gadis kecil yang tertulis di dalam surat itu, walaupun dia sedar si gadis kecil tiada disisinya. Dan kini, dia masih mencari-cari. Di manakah agaknya si gadis kecil kini?

"A**.. Mana awak sekarang?" bisik lelaki itu sendirian.

Watak 'lelaki' dan 'dia' yang diceritakan di atas adalah penulis sendiri. Semua jalan cerita cinta monyet penulis adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Ia diringkaskan memandangkan kisah yang berlaku adalah pada awal waktu persekolahan penulis sewaktu tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail 2, Kemaman Terengganu.


Baca siri yang seterusnya: KLIK SINI!

Saturday, November 27, 2010

Tips Kuruskan Badan: Makan Punggung Kerengga!

Tak percaya dengan apa tajuk yang aku tulis?

Ramai orang bertanya kepada aku sejak beberapa tahun yang lalu. Itu pun kerana melihat dengan 'kecantikan' bentuk tubuh badan yang aku miliki. Masakan tidak, hampir beberapa tahun aku boleh 'maintain' bentuk tubuh yang sedang-sedang. Kurus sangat pun tidak, gemuk sangat pun tidak. Malah ada juga beberapa orang rakan perempuan bertanya kepada aku, macam mana aku berjaya buat.

Read more/less..

'Cantik tubuh' bukan bermakna tubuh 'slim' seperti kerengga yang diidamkan perempuan. Oh tidak, tidak. Aku lelaki. Mana mungkin mahu tubuh 'slim' seperti perempuan, kan? Kelakarlah!

Setelah jemu disoal acapkali, samada di internet dan ruang sembang, aku dedahkan rahsia kepada mereka.

"Makan punggung seekor kerengga seminggu sekali!"

Nah, ramai yang terkejut. Mereka kata aku gila. Kotor kata mereka. Tak tahan dengan bau hancing kencing kerengga. Tak boleh makan, kata mereka. Ok, fine! Aku pun bagi hujah-hujah lagi.

"Aku kenal seorang perempuan dari negara luar. Orang putih. Makan punggung seekor kerengga seminggu sekali! Dalam masa enam bulan boleh turun 200 paun!"

Nah, terkejut sekali lagi mereka. Susul mereka, tidak pernah dengar dalam seumur hidup yang orang dapat turunkan berat badan dengan memakan punggung kerengga yang hancing itu. Petua orang lama pun mustahil ada!

Aku pun tunjuk perempuan orang putih itu.

Bentuk badan asal. Gedempol!

Baru belasan tahun waktu ini, sudah nampak macam wanita berumur!

Tergamam mereka. Apalagi, aku pun berceramah kepada mereka. Kata aku, orang-orang negara luar sanggup buat apa sahaja utk menurunkan berat badan mereka. Benda pelik-pelik pun mereka sanggup makan. Apatah lagi makan serangga. Asalkan mereka dapat apa yang mereka mahukan, lebih-lebih lagi perihal imej dan bentuk badan idaman.

"Mereka boleh. Masakan kita tidak, kan?"

Aku kemudiannya tunjuk lagi beberapa keping gambar perempuan orang putih itu kepada mereka. Gambar tersebut adalah selepas dia memakan punggung seekor kerengga selama enam bulan.

Nah, terbeliak biji mata mereka!



Aku bertanya kepada mereka, "Sanggup makan punggung kerengga?"

Semua terdiam.

Beberapa minit kemudian, mereka beredar meninggalkan aku sendirian. Aku hanya tersenyum melihat mereka saling bercakap-cakap sesama sendiri ketika melangkah pergi. Berkerut-kerut muka mereka.

Keesokkan harinya, datang seorang kawan aku bertanya tentang perihal semalamnya.

"Eh, betul ke kau bagi petua makan punggung kerengga kat diorang untuk kuruskan badan?"

Aku hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum sinis. Aku rasa seperti darah mengalir hingga ke paras tengkuk. Aku menahan ketawa sebenarnya.

"Apsal kau bagi tips macam tu?" soal kawan ku tadi lagi sambil ketawa kecil.

Oleh kerana tidak tahan kelakar, aku ketawa terbahak-bahak.

"Dah diorang tu nak sangat tips nak kurus. Mana la aku tahu! Tak pernah-pernah aku ikut mana-mana tips atau petua nak kurus. Dah memang badan aku kurus dari dulu. So.. aku kelentong je la! Aku reka aje petua tu," terang aku sambil tergelak.

"Siot kau!" kata kawan aku. Dia ketawa sambil menahan perut dengan tangannya.

"Diorang cari ke kerengga?"

"Yelah. Habis pokok rambutan kat belakang rumah aku diorang berkumpul. Tangkap kerengga! Mujurlah aku kata kau 'kencing' diorang. Terus diorang balik marah-marah! Kalau tak, sure ade orang muntah hijau sebab makan punggung kerengga yang hancing tu!"

Kami ketawa bagai mahu keluar usus besar.

Namanya wanita di atas adalah Harriet Jenkins, seorang gadis Inggeris yang berumur 25 tahun yang turun hampir 200 paun hanya dalam 18 bulan! Beliau baru-baru ini digelar 'Slimming Woman of the Year'. Sebenarnya, aku pun tak tahu menahu macam mana minah ni boleh kurus macam tu sekali. Hebat, kan?

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger