Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Untuk pertama kalinya, aku lancarkan satu pertandingan (contest) untuk semua blogger. Maaf kepada kawan-kawan yang sedang menunggu. Itu pun jika ada. Pertama sekali, untuk pengetahuan semua, contest kali ini adalah berasaskan penulisan. Gaya penulisan, tatabahasa, cara penyampaian cerita, plot, dan sebagainya akan disentuh. Aku sediakan tiga (3) bentuk contest yang hanya memerlukan anda memilih salah satu. Sila baca entry ini dengan teliti. Jika tidak faham, sila tinggalkan komen anda, okay?
Tentunya ada yang bertanya fasal habuan (hadiah), bukan? Ya, sudah tentu ada. Namun hadiah kepada pemenang bukanlah lumayan sangat. Lagipun contest ini dibuat hanyalah sekadar suka-suka. Walau bagaimanapun, secara tidak langsung menggorek dan mencungkil bakal atau skill kita masing-masing dalam penulisan bahasa, khususnya bahasa Melayu.
Sedikit syarat dan keterangan mengenai contest:
Klik sini untuk teruskan bacaan..

2) Tuliskan CONTEST ESEI ADUKA sebagai tajuk entry anda.
3) Pada ruang head entry, reka satu tajuk yang sesuai dengan esei anda. Anda bebas untuk komen @ introduce @ membebel dahulu sebelum esei sebenar anda.
4) 'Link'kan blog atau entry ini. Syarat ini adalah WAJIB. Jika tiada, penyertaan anda akan ditolak.
5) Setelah esei anda siap, sila tinggalkan link entry anda (bukan link blog) di ruangan komen contest ini. Jangan tinggalkan pada chatbox atau ruangan komen pada entry lain. Penyertaan anda tidak akan diterima.
6) Seorang peserta layak menyertakan satu esei sahaja.
7) Anda bebas untuk menulis seberapa panjang esei anda.
8) Bentuk esei hanya dalam bahasa Melayu sahaja dan memerlukan tatabahasa yang betul.
9) Esei perlulah dari originaliti anda sendiri. Penyalinan dari penulisan orang lain adalah tidak dibenarkan. Penyertaan anda akan terbatal.
10) Peserta tidak semestinya dari follower blog ini. Silent reader mahupun blogger luar boleh menyertai contest ini. Asalkan peserta mempunyai blog sendiri.
11) Entry peserta yang tercalon dan layak penyertaan akan disenaraikan sebelah di kanan blog ini.
12) Peserta yang diumumkan sebagai pemenang utama akan diumumkan di blog ini. Esei, link blog, dan nama pemenang akan di'post' semula di blog ini.
13) Sebaik anda menyertai, penganjur berhak menayangkan semula (repost) entry esei pemenang di blog ini.
Okay. Di bawah ini pula bentuk esei yang perlu anda pilih SATU.
ESEI YANG TERCINTA
1) Esei ini memerlukan anda untuk bercerita samada berbentuk emosi sedih, gembira atau lain-lainnya mengenai SEORANG dari ahli keluarga anda. Contohnya mengenai suami, isteri, kakak, abang, ayah, ibu, datuk, nenek, dan sebagainya. Cerita mengenai pasangan KEKASIH tidak akan diterima.
2) Sediakan sekurang-kurangnya sekeping gambar ahli keluarga anda tersebut.
3) Peribahasa dan simpulan bahasa akan menjadi BONUS untuk esei anda.
4) Gaya penulisan adalah bebas.
5) Sebagai contoh, anda boleh merujuk kepada entry ini (auto open new window).
ESEI TEMUBUAL
1) Esei ini memerlukan anda untuk bercerita dari cerita rakan anda, hasil temubual dengan orang yang tidak dikenali atau orang baru saja anda kenali.
2) Gaya penulisan perlulah pasif dari temubual berita. Maknanya, entry anda akan menggayakan seperti orang yang anda temubual yang bercerita. Bukan anda yang bercerita.
3) Gambar orang yang ditemubual tidak wajib, tetapi tidak salah jika anda sediakan sekali.
4) Gaya penulisan adalah bebas, selagi tidak lari dari syarat di atas.
5) Sebagai contoh, anda boleh merujuk kepada entry ini (auto open new window).
ESEI BERGAMBAR
1) Ini adalah esei bebas. Esei ini memerlukan anda untuk mengolah cerita dari gambar yang disediakan. Pilih SATU dari tiga gambar di bawah dan reka satu cerita yang unik mengenai gambar tersebut.
2) Cerita tidak semestinya subjek kepada gambar. Contohnya, gambar sukan anda tidak semestinya bercerita perihal sukan.
3) Peribahasa ATAU simpulan bahasa dalam entry esei ini adalah WAJIB. Satu sudah memadai.
4) Gambar yang dipilih hendaklah di’link’kan terus ke blog atau entry ini.
5) Sebagai contoh, anda boleh merujuk kepada entry ini (auto open new window).
Okay. Ini pula hadiah yang bakal menanti anda..
RM 50 dan kad reload prepaid bernilai RM 30
PEMENANG KEDUA (1 Peserta)
RM 30 dan kad reload prepaid bernilai RM 20
PEMENANG KETIGA (1 Peserta)
RM 20 dan kad reload prepaid bernilai RM 10
HADIAH SAGUHATI (3 peserta)
Kad reload prepaid bernilai RM 10
Hadiah akan terus di bank in ke akaun anda. Untuk kad reload, penganjur akan SMS nombor reload kepada pemenang. Pemenang akan dihubungi melalui email atau blog.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 JANUARI 2010!
Pemenang akan diumumkan pada pertengahan atau akhir bulan FEBRUARI 2010!
Jangan berlengah lagi! Cungkil idea, garapkan pengetahuan, tulis dan sertai sekarang! (Macam iklan pasaraya la pulak..)