Ads: (Please Click!)

Monday, April 05, 2010

Aku Dan Game


Bila bercakap fasal game pada usia dan umur sekarang, aku banyak menjuihkan bibir. Rasa minat dan teruja sudah tiada dalam jiwa. Bahkan juga di Facebook sekalipun. Secara jujurnya, aku hanya berminat melihat dari bermain game. Samada Sony Playstation (PS) yang popular sekarang, mahupun konsol-konsol yang lain seperti X-Box, Gameboy, dan sebagainya. Termasuklah juga game online. Jika aku bermain pun, tidak akan kekal lama. Paling lama pun tidak lebih dari tiga bulan. Minat sudah luntur.

Pernah juga ditanya oleh rakan-rakan.

"Kau tak minat main PS2 ke, Latip?"

"Kau takde CD PS2 ke, Latip?"

"Tak main tak game online, Risk Your Life, Latip? Apa nama character kau?"

Jawapan yang akan terpancul keluar dari mulut aku lebih kurang begini.

"Aku sudah lama tidak bermain game. Sudah tak minat lagi."

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

Aku tidak nafikan, minat ke arah game ini tidak mengira usia, pangkat, dan jantina. Bahkan ada rakan sebaya dan lebih tua dariku masih lagi minat dan teruja dengan game. Samada konsol atau secara online. Yang ada komputer sendiri di rumah, game online menjadi saluran. Manakala yang ada PS pula, beratus-ratus keping CD dan DVD game menjadi perkara biasa. Seolah-olah koleksi gambar peribadi pula.

Aku tidak mahu menyentuh game online. Itu game terkini. Kalau zaman dulu, game online tidak pernah wujud dan terlintas. Cerita kali ini adalah mengenai game konsol yang pernah wujud dalam sejarah hidup aku.

Jeng jeng jeng!

Ini Brick Game. Konsol yang amat-amat popular. Popular dulunya. Sekarang? Oh, siapa mahu main lagi konsol hitam putih seperti ini lagi? Kuno teramat sangat.

Pada suatu hari, aku ke pasar malam mingguan di Padang Astaka, Kemaman. Hari Khamis. Aku mengikut abang sulung aku yang baru pulang dari Sarawak bersama kakak ipar dan anak saudara aku yang masih kecil. Sedang berjalan-jalan mencari makanan, aku melintas di hadapan gerai yang menjual alat-alat permainan kanak-kanak. Abang aku berhenti seketika sambil memegang anak patung berbentuk katak. Patung itu bergerak-gerak bila ditekan satu punat di atas kepalanya. Dia mengagah-agahkah patung katak hijau itu kepada anaknya. Anaknya menyeringai menampakkan gusi yang belum berpagar gigi. Merah seperti delima baru hendak masak.

Aku terpandang satu alat permainan di situ. Panjang dan nipis. Masih berkotak pula.

"Abang. Tengok ni," kataku sambil menunjukkan alat permainan itu kepada abangku. Abangku agak teruja dan ketawa.

"Masih ada jual lagi brick game zaman sekarang?" kata abangku. Kakak iparku juga turut ketawa.

"Beli la satu. Abang berebut dengan Ainnul nanti," perli kakak iparku. Abangku hanya ketawa.

Waktu aku umur belasan tahun dan masih bersekolah rendah, game konsol seperti inilah yang popular. Biasanya brick game dikeluarkan dalam pelbagai model. Ada game tinju. Ada game menyusun kotak-kotak. Ada game kapal terbang perang. Game katak. Dan macam-macam lagi. Yang uniknya, game seperti ini hanya satu warna. Hitam sahaja. Skrin latar pular adalah skrin liquid. Bila ditekan kuat pada skrinnya, seperti air cecair hitam akan timbul.

Namun, keasyikan game konsol hitam putih mula tenggelam pada tahun 1996. Waktu itu, aku terdedah dengan game konsol yang lebih canggih iaitu Gameboy.

Inilah Gameboy (GB). Masih hitam dan putih bagi model ini. Namun ia amat-amat berbeza dengan brick game, di mana GB memerlukan tape seperti game konsol yang dipasang ke televisyen. Ianya mudah dan kecil berbanding game konsol yang menyambung ke televisyen.

Orang pertama yang guna GB ini adalah kawan sekelasku. Dia perempuan. Waktu itu, aku di darjah enam. Dia membawanya ke sekolah sambil menunjuk-nunjuk. Aku agak tergamam kerana game-nya lebih seronok. Pakai tape pula. Aku juga terasa amat malu kerana aku membawa hanya brick game ke sekolah. Beberapa kawan sekelasku pula memerli aku. Kerana terasa tercabar, aku pulang ke rumah dan mula merengek-rengek dengan ayahku. Mujurlah ayahku sayang padaku. Petang itu juga aku dihadiahkan oleh ayahku sebuah GB. Melayang lebih RM 300.

GB model yang dibeli oleh ayahku tidak kekal lama apabila tahun seterusnya keluar pula model yang lebih canggih. Berwarna! Tiada lagi hitam dan putih. Oleh kerana terasa seperti ketinggalan zaman dan kuno, aku tidak bermain lain GB. Berkubur!

Habis saja SPM dan seterusnya, minat ke arah game konsol sudah pudar sepenuhnya. Biarlah ada antara rakanku ingin menjual PS dengan harga yang murah sekalipun. Aku tidak akan beli. Seperti yang aku nyatakan tadi, keinginan dan minat itu sudah tiada.

Semalam, aku masuk ke website N4G (Need for Games). Banyak berita-berita, artikel dan ulasan peminat setia game terkini dan lampau ada di web ini. Walaupun sudah meninggalkan dunia game, tapi pengetahuan tentang ilmu game dan teknologi komputer perlulah sentiasa follow-up juga. Barulah tidak ketinggalan, bukan?

Aku klik satu-satu kategori sambil baca dengan tekun. Tiba-tiba aku tertarik pada satu artikel. Tanpa syak, aku terus klik. Aku membaca sampai habis ulasan di artikel itu. Di penghabisan artikel, mata aku terbeliak. Aku terpegun. Jantung berdebar. Nafas tiba-tiba terasa seperti sangkut-sangkut. Perasaan teruja menerjah kalbu. Mata ditenung lama-lama pada imej tersebut. Tidak semena-mena aku tersengih sendirian.

"Hebat! Hebat!" bisik hatiku.

"Kan bagus kalau ada 'game' macam ni. Nak main selalu! Tiap-tiap hari pun boleh! Confirm!"












"! ! ! ! !"

Haha. Nak main! Nak main!

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
8 Comments


8 Orang Kentut Madu:

Adziim said... [Reply]

Haha~
Power btul design controller.

soffya cik bulan said... [Reply]

ku mmg tk pndai main game sjk tua2 ni..hoho.nanti jd ketagihan

yg kutahu..blog sj.fb pun jrg2 sj
hehe

dayah said... [Reply]

gatal!
pic gem tak senonoh tu nak main T__T
aku pon dah lama tak layan game ps walaopun ada kat rumah. xheran.
mungkin minat takde pada PS gem.
leh follow je any games tapi xmain oke gak la xoutdated~

miss lolly a.k.a luvfareda said... [Reply]

si0t gilerrrrrrrrr

terkezut maks ! hahhahahah.

Aduka said... [Reply]

hahaha.. kena kena..
hahaha..

Luffy said... [Reply]

bagi aku main dulu weh!!!!

Amirah Rashid said... [Reply]

gmbr last tu. what the? haha :D

Ash said... [Reply]

Kakakaka!! Hebat game ygt last tu!!


http://theplainyard.blogspot.com

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger