Ads: (Please Click!)
Showing posts with label commentment. Show all posts
Showing posts with label commentment. Show all posts

Tuesday, November 29, 2011

Gelaran Doktor Pada Dr Rozmey Ditarik Balik?


Kenal dia? Tipu la kalau tak kenal kan?

Kalau sebelum-sebelum ni, aku ada mengarang beberapa artikel mengenai beliau, iaitu; (1) Dr Rozmey : Datuk Yang Dikutuk 24 Jam, dan (2) Laman Sosial Dr Rozmey. Dalam dua artikel ni aku ada mention yang aku agak respek juga la dengan Datuk Dr Rozmey ni sebab dia usahawan yang berjaya.

Namun, beberapa minit yang lalu aku agak terperanjat dan terkesima selepas terbaca satu artikel mengenai pelucutan status 'Doktor' yang dimiliki oleh Dr Rozmey ni. Lihat gambar di bawah:


Sama ada notis ini adalah notis palsu atau tak, aku sendiri tak pasti. Walau bagaimanapun, notis ni pasti menggugat kedudukn Dr Rozmey sendiri selaku usahawan Melayu yang berjaya serta 'model' kepada orang Melayu.

Aku sebenarnya tak peduli orang nak kutuk beliau ke ape ke. Yang pasti aku respek tahap dedikasi dan usaha beliau selaku usahawan dan peniaga MELAYU yang berjaya. Aku rasa peniaga-peniaga perlu contohi dia. Berani tanggung risiko. Cuma tak perlulah meniru atau terikut-ikut 'angan-angan Mat Jenin' dan 'khayalan' beliau tu. Itu memang aku tak nafi, agak menjelikkan. Namun setelah membaca notis ini, sedikit sebanyak peratusan respek aku pada Dr Rozmey seolah-olah menurun. Dan dalam minda aku macam tertanya-tanya. Betul ke ni? Betul ke ni? Sahih ke?

Walhasilnya, berita ini pasti akan menggegarkan. Pasti ada satu isu yang baru tentang Dr Rozmey ni. Kita lihat sajalah. Kalau tak ada, bersyukurlah. Sebab menyebarkan berita palsu sama macam menyebarkan fitnah. Dan dosa memfitnah itu lebih besar dari dosa membunuh. Jadi aku tak mahu kata yang berita ini berita sahih. Ia perlu dikaji dan disiasat. Harapnya ada orang yang utarakan hal yang sebenar.

Anda fikir macam mana? Nak percaya atau tidak? Apa pendapat anda?

Aduka: Dah jadi peniaga atau 'online business and marketer' dah sekarang.. sebab tu payah dah nak update blog.. haha!

Wednesday, October 12, 2011

Laman Sosial Dr Rozmey Sudah Dilancarkan! Anda Sudah Daftar?

dRBook.biz - Laman sosial Dr Rozmey

Salam.

"Wow! Boleh tahan!"

Itulah ungkapan yang terintas di dalam hati aku buat pertama kali aku singgah di laman sosial yang kononnya milik Dr Rozmey, Herba Prima Marketing. Anda kenal? Mustahil anda tidak kenal. Nama beliau cukup gah dan selalu menjadi bahan ejekan suatu masa dahulu.

Yalah. Kontroversi filemnya tu la. Aku pernah membuat artikel pasal beliau. Klik DI SINI untuk membaca.

Kesian. Memang ramai orang tidak suka dengan cara beliau yang 'bersifat' berlagak. Tapi walau apapun orang kata, aku memandang beliau dari sudut yang berbeza. Aku bangga dengan beliau yang mana anak tempatan yang berjaya menempa nama mencipta produk kesihatan yang memberi seribu kebaikan kepada pengguna. Anak Melayu pula tu. Tak bangga ke?

Dahulu, beliau menimbulkan beberapa kontroversi yang menyebabkan ramai orang tidak suka dengan beliau, termasuk kebanyakan wartawan media cetak dan hiburan. Selain dari filem yang bertajuk '2 Alam', kontroversi selanjutnya yang cuba ditimbulkan oleh beliau adalah kewujudan laman sosial yang dijangka menandingi Facebook!

Pada awalnya, aku ketawa. Serius aku ketawa. Jadi aku ke alamat laman sosial tersebut. Kalau tidak silap, laman pertama yang didaftar adalah dengan menggunakan URL www.drbook.com. Waktu itu, terdapat satu tarikh pelancaran laman sosial tersebut berupa 'countdown clock'. Namun, menjelang tarikh tersebut dan hari-hari berikutnya, laman sosial tersebut tidak juga dilancarkan. Langsung ramai orang bercakap-cakap di Facebook bahawa Dr Rozmey hanya mengarut dan berangan-angan Mat Jenin semata-mata. Ada juga yang mengatakan beliau sebagai 'orang gila'.

Realitinya sekarang, laman sosial tersebut akhirnya wujud. Aku tidak tahu bila sebenarnya laman sosial beliau ini dilancarkan. Sedar-sedar, dah wujud dah pun! Dan kini jumlah pengguna laman sosial beliau itu telah mencecah 1,600 orang! Hmmm.. Not bad la kan? Hehe.

Apa URL laman sosial beliau tu?

Jika anda berminat, anda boleh ke URL ini dan selanjutnya daftar satu akaun: www.dRBook.biz

Rasakan kelainnya sendiri!

Friday, September 02, 2011

Aku Dah Ada Blog Page @ Facebook. Moh Ler Like


Salam.

Fiiiwwwiittt..! Dah ada blog page kat Facebook tuuuu.. Cewah cewah. Sebelum ni bubuh page orang aje kat blog. Nak ler juger ader blog page sendiri kat Facebook, ye dak?

"Buat ape ada page kat Facebook?"

Satu je jawapan. Saje-saje suka-suka. Kihkihkih.

Elok juga ada blog page ni sebenarnya. Leh kenal-kenal blogger-blogger lain yang kebanyakkannya boleh jumpa di Facebook. Kebanyakkannya diorang duk guna Facebook sebagai platform promosi blog diorang. Jadi guna la kesempatan ni. At least bleh kenal siapa kan. Hehe.

Nak kata up trafik tu.. hmmm.. boleh jadi la juga la kan. Tapi nak aku up balik trafik blog korang tu macam payah la. Lain la kalau korang ping untuk tujuan promo. Boleh jadi leh naikkan trafik. Tapi terus terang aku cakap, promo link blog dalam Facebook antara tarikan trafik yang besar dan tinggi. Setiap kali aku tengok Stats Blogger, yang mendahului adalah trafik dari Facebook. Jadi, tak salah ler kalau korang nak ping link blog korang dalam page blog aku ni pun kan? Kihkihkih.

Dah tau aku ni blogger picisan aje. Blogger kerdil aje. Terpulang ler korang nak like ke idak. Suka blog aku, klik like aje. Tak paksa. Kalau like, tanda sokongan. Kalau tak, maknanya tak berminat atau tak menyokong la, ye dak? Mudah je.

Mungkin selepas ni aku akan kurangkan mengarang cerpen sebab tak ada idea sangat. Aku akan menjerumus kepada karikatur. Cerita bergambar la lebih kurang. Kihkihkih. Macam buku budak sekolah rendah la plak. Eh, jangan salah anggap. Orang sekarang macam dah malas sangat nak baca teks-teks panjang-panjang ni. Especially yang tak ada minat membaca dan...... tak pandai membaca! Kihkihkih.

Aku masih ingat pesanan blogger lama. Dia dah quit blogging dah pun. Katanya, "Biarlah kita tak femes, kita blogger kerdil. Yang penting ada BEBERAPA KERAT orang sudi baca dan minat blog kita. Itu sudah memadai."

Power la ayat dia.

Aku bagitahu kat dia, "Saya blogging bukan nak femes pun, bang. Sekadar minat."

Dan sampai sekarang pun aku still mengarang. Tak kira la dalam bentuk apa pun penyampaian aku di blog. Yang penting........

Orang Tidak Berasa Bosan, Mengantuk Dan Sakit Hati!

Jadi glemer pastu leh jumpa Diana Danielle pun jadi ler! Haha.

Like like like!

Saturday, August 06, 2011

Bila Aku Membebel : Ada Dara = Kolot?

Dara
Salam.

Hah. Dah mula dah siri membebel aku ni. Ada ke orang nak baca ni? Kihkih.. Lantak ler. Aku nak bebel benda yang ade point. Nak bagi sedar sikit orang-orang kita yang dah start kembali ke zaman batu dolu-dolu, atau lebih tepat lagi; zaman jahiliyah ni!

Tengok dan baca tajuk.

READ MORE / LESS >>

Eh eh. Apsal aku plak yang sentap dengan statement kat atas ni? Siap buat entry lagi. Beb! Aku laki la weh! Aku bukan ada dara @ selaput dara pun. Ada taraf teruna aje. Haha. Well, lelaki takde 'selaput teruna', okey. Ilmu sains. Hehe. Tapi apehal aku tergerak hati nak buat entry blog plak ni? Ehem2. Ini penyakit dalam masyarakat. Sebab itu ia menarik minat aku untuk mengarang untuk entry kali ni.

Sorry ler entry aku kali ni guna bahasa pasar + hentam kromo. Janji korang paham udah ler ye.

First, aku tergerak hati nak tulis entry disebabkan video dari minah ni.


Tengok gaya dan cara dah tahu yang minah ni buat video secara spontan. Takde guide atau skrip pun. Takpe, takpe. Newbie vlogger. Sebab tu la banyak betul gagap-gagap dan sasul-sasulnya. Haha!

Ops! Entry aku kali ni bukan nak bebel pasal minah dalam video ni. Bukan nak mengutuk minah ni. Bukan nak menghina minah ni. Bukan nak menghentam minah ni. Oh, tidak. Cuma aku nak cakap yang isu yang diutarakan oleh minah ni sangat menarik! Tapi sayang.. point-point dari minah ni lemah. Sangat kurang ayat-ayat atau perkataan yang membidas tahap 'cili api'. Fakta pun lemah. Ada pun dia mention; 'kitab', 'maruah / martabat', 'kahwin', 'zaman jahiliyah', 'something wrong', dan... 'bodoh'!

Kasar sikit la cara penyampaian minah ni bila ada perkataan bodoh-bodoh ni. Hehe. Cam tak sesuai la bagi vlogger buat video camni. Tu pendapat aku la.

Okey. Back to the topic.

Isu ni bukan isu baru. Acap kali keluar dalam majalah dan akhbar. Contohnya, Mastika. Mastika pernah kupas isu ni sewaktu ketika dulu. Pengarah-pengarah negara kita pun siap buat filem lagi! Cerita apa tu? Aku Masih Dara? Ye kot! Isu ni memang gempar bagi kaum ibu-ibu, makcik-makcik, atuk-atuk, hatta pakcik-pakcik yang suka main dam di kedai kopi sana. Tapi kalau di dengari oleh remaja-remaja bandar kita sekarang, yang up-to-date la kononnya otak diorang, akan menganggap isu ni isu biasa. Trend. Peredaran zaman. "So, apa mau kecoh-kecoh? Aku tak sibuk-sibuk pun hal kau, kau sibuk-sibuk peduli hal aku, kenapa?" Itu la ayat diorang selalunya buat telinga kita berdesing.

Minah dalam video ni ada cakap tentang maruah.

Beb.. kalau puak-puak ni (puak yang takde dara - PTD) fikir fasal maruah, takde ler nyer diorang nak bagi 'dara' diorang tu kat lelaki-lelaki atau pakwe-pakwe jongos diorang. Of course ler diorang tak fikir beb. Diorang pakai tudung ke ape ke tapi kalau ilmu agama diorang tak cukup khatam pun, otak lembu pun lebih berkualiti tinggi, lagi setaraf dengan rokok Dunhill beb. Gaya, mutu, keunggulan. Haha.

Apa diorang fikir tentang dara?

Satu aje. Keseronokan! Nak kata 'tanda setia dalam cinta' mungkin ada la sikit-sikit. Setia murahan. Heh!

Puak-puak takde dara (PTD) ni bagi aku tak boleh dihentam dengan cara lembut. Bagi ayat pedas-pedas dan kasar terus. Bukan nak bagi insaf, tapi bagi depa sentap. Insaf ke tak, itu otak depa la plak punya function. Kalau diri tu berubah, bermakna otak depa ni berfungsi dengan baik. Kalau tidak, maknanya otak depa ni kena overhaul la. Haha!

Sebenarnya aku sendiri pun tak faham kenapa PTD ni tak sayang dengan 'mahkota' diorang. Yang penting seronok. Seks = seronok. Seks = seronok. Tapi sayang diorang tak sedar bahawa formula matematik bagi seks tu sebenarnya masih beum complete 'penyelesaian'nya.

SEKS * SERONOK = MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH + MALU + HUKUMAN PENJARA (MEMBUNUH SEBAB GUGURKAN ANAK + MENYEMBUNYIKAN KELAHIRAN) / KAHWIN LARI

Ada sapa-sapa mau complete-kan lagi formula di atas? Haha!

Bagi aku PTD ni abnormal. Psiko. "Otak letak kat kaki", kata minah dalam video tadi. Rileks, beb. Jangan hinakan sangat PTD ni. Mana la tau kot-kot Allah swt bukakan hati depa untuk insaf, kan? Berdoa sajalah.

Kalau la aku ni perempuan (wanita suci la.. yang ada dara la..), aku takkan jawab macam minah dalam video ni jawab. Takyah kutuk-kutuk, takyah maki-maki. Just senyum dan kata dengan suara yang agak meninggi. Biar orang sekeliling dengar dengan jelas, terang lagi bersuluh! Ini jawapan aku. Siap pantun lagi nih! Hehe.

"I ada dara, I kolot? Ye ke?"

I ada dara, I ade maruah,
U takde dara, U takde maruah.

I ada dara, I terpelihara dari neraka,
U takde dara, U makanan api neraka.

I ada dara, untuk bakal husband I,
U takde dara, untuk jantan jongos U.

I ada dara, I berharga,
U takde dara, U langsung takde nilai.

I ada dara, I ni manusia,
U takde dara, U tak ubah macam kambing.

I ada dara, I bertuhankan Melayu Islam,
U takde dara, U bertuhankan Yahudi Amerika.


Agak-agak PTD ni akan tersentap tak? Hehe.

Cukup untuk aku membebel kali ini. Be positive, think positive!

Friday, July 29, 2011

Bila Aku Membebel : "Perempuan Gampang! Lelaki Celaka!"

Salam.

Dah banyak sangat perkara ni berlaku di kalangan remaja kita. Tak kisah la umur berapa pun. Yang pentingnya lelaki atau perempuan yang belum kahwin. Specifically yang tengah hangat bercinta. Biasanya di kalangan remaja la. Bagi aku, remaja yang 'kurang cerdik' pemikirannya. Kenapa aku kata 'kurang cerdik' pemikirannya? Yalah. Kalau 'terlalu cerdik', tak akan buat statement atau pengakuan yang bodoh atau yang tak boleh diterima dek akal.


READ MORE / LESS >>

Menyalahkan takdir.

"Semua LELAKI dalam dunia ni sama je! Tak boleh dipercayai langsung! Macam GAMPANG!" (STATEMENT PEREMPUAN)

"Perempuan HIPOKRIT! JALANG! Pegi mampus la! Kalau takde perempuan, aku pun boleh hidup la!" (STATEMENT LELAKI)

Hamboi hamboi hamboi.. Senang sungguh lidah berkata-kata. Mudah sungguh mulut memancul ayat-ayat. Aku bukan mahu menyebelahi mana-mana pihak. Tapi, aku mahu bercakap tentang apa yang dinamakan TAKDIR dan UJIAN dalam hidup.

Nak kata aku berpengalaman dalam bersosial ni, takde la banyak sangat. Tapi ada la sikit-sikit. Aku bercakap atas dasar apa yang aku rasakan betul. Nak setuju atau tidak, terserah. Lain orang, lain persepsi dan pendapat.

Mereka-mereka yang keluar statement begini overall-nya dari remaja lelaki dan perempuan yang kecundang dalam CINTA! Selebihnya mungkin dari perbalahan sesama rakan rapat, masalah kekeluargaan, dan penghukuman membuta tuli. Eh, apa maksud penghukuman membuta tuli plak ni? Heh. Maksud aku, sesuatu statement tu keluar dengan meihat orang lain menderita akibat dikhianati. Lantas terus menghukum seseorang tanpa usul periksa.

Takyah cakap la. Memang banyak berlaku sekarang. Bila gaduh, mula la cakap LELAKI GAMPANG. PEREMPUAN CELAKA. Walhal, diri sendiri lebih CELAKA dan GAMPANG dari apa yang dituduhnya.

Aku bukan mahu beremosi di sini. Cuma aku mahu menegaskan bahawa, kalau marah sekalipun kepada pasangan, tak perlulah sampai menghukum sesuatu kaum pasangan itu sepenuhnya. Contohnya, aku lelaki. Sampai suatu masa aku gaduh besar dengan awek aku yang membuatkan hubungan jadi renggang. Lantas aku kata, "Perempuan semuanya sama! Perangai cam CELAKA!"

Woi, takyah la cakap macam tu. Kalau perempuan ni sama, kata-kata kau tu boleh tuju kepada mak kau, kakak kau, adik perempuan kau, sepupu perempuan kau, anak saudara perempuan kau, malah nenek dan moyang-moyang perempuan kau sekali!

Dari sudut agama plak aku nak cakap. Ini semuanya takdir dan ujian dari Allah swt. Buat apa kita nak merungut? Buat apa kita nak memaki hamun? Kalau diikutkan marah, terbalikkan gunung pun belum tentu kita boleh redakan marah. Ingatlah bahawa amarah adalah sebahagian dari bunga-bunga api neraka. Malah dengan amarah jugalah syaitan mampu menghasut manusia untuk bertindak di luar batasan agama.

Ya, memang tidak disangkal lagi bahawa kecewa dengan sikap pasangan dan kecewa dalam percintaan ni memang perit. Namun, ia bergantung kepada tahap otak kita berfikir dan tahap kematangan kita untuk menghadapi masalah tersebut. Walau bagaimanapun, segelintir remaja ini biasanya mengambil tindakan yang sangat bodoh. Contohnya; bunuh diri, menyerang pasangan dengan senjata atau tanpa senjata yang boleh menyebabkan kecederaan, dera, serangan seksual, dan sebagainya. Lihat saja di dada-dada akhbar. Lihat saja rekod-rekod dan statistik permasalahan remaja sekarang. Apa sudah jadi?

Ayat "Lelaki/Perempuan semuanya SAMA" tu la yang tidak boleh diterima. Ya, mungkin sebahagian sama. Lelaki dengan egonya. Perempuan dengan sifat suka meninggi dirinya. Lumrah. Perlulah diingat bahawa Allah swt menciptakan makhluknya sudah sempurna. Tiada yang cacat celanya. Apa yang membezakan sesuatu sifat kaum atau jantina sebenarnya melengkapkan lagi perhubungan antara manusia. Kalau la semua lelaki dan perempuan memiliki sifat yang sama, habislah populasi manusia! Setuju?

Ironinya kita tak mampu mengawal emosi kita sendiri lalu bertindak dengan sesuatu yang tidak logik. Susah sangat ke mahu terima bahawa manusia ni tidak perfect? Dan susah sangat ke mahu memaafkan kesalahan orang? Dan yang paing penting sekali, pepatah ni sangat berguna. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Kalau tak mahu pasangan kita sekalipun, nah cari aje orang lain yang kau rasakan lebih sempurna 'di mata' kau.

Takyah kutuk, takyah maki. Nanti kata-kata kau akan terbalik dan terkena pada diri kau sendiri.

Saturday, July 02, 2011

Populariti Facebook Akan Jatuh Tidak Lama Lagi?

Salam.

Mungkin sesetengah pihak mengatakan ini adalah 'rumors' atau khabar angin semata-mata. Mungkin juga sesetengah pihak akan menafikan jatuh bangun laman sosial popular iaitu Facebook. Walau bagaimanapun, teknologi atau kejuruteraan sesebuah laman sosial bergantung kepada keselesaan dan kepuasan penggunanya.

READ MORE / LESS >>

Maka, jika sesebuah laman sosial itu memberikan keselesaan dan satu kepuasan yang unik kepada pengguna bakal menjatuhkan populariti laman-laman sosial yang lain. Sebagai contoh, pada awal tahun 2006 sehingga tahun 2008, laman sosial Friendster menjadi salah satu lama sosial yang amat popular. Namun sejak wujudnya Facebook, laman Friendster tidak lagi menjadi sebutan atau 'laman sosial yang mesti dilewati' yang popular di internet. Bukankah begitu?

Kini, Facebook menjadi satu laman platform yang sangat tinggi dan popular kepenggunaannya. Bukan sahaja orang perseorangan yang menggunakan Facebook, malah jabatan kerajaan, kedai-kedai online, industri muzik, tokoh-tokoh politik, artis, dan sebagainya turut memiliki Facebook. Facebook juga menjadi satu laman sosial yang 'mesti' dilayari oleh setiap orang tanpa mengira umur.

Menurut statistik, sebanyak purata lebih 3 juta pengguna mengakses Facebook seminit sepanjang dalam masa 24 jam! Facebook adalah salah satu fenomena laman web sosial yang mengejutkan penganalisis internet. Menurut statistik lagi, angka pengguna Facebook semakin meningkat dari hari ke sehari. Walau bagaimanapun, jurutera-jurutera pembangunan Facebook telah menjangkakan akan kewujudan 'pencabar' mereka dalam masa beberapa tahun ini.

Persoalannya, siapakah 'pencabar' Facebook?

Google+ (disebut Google Plus atau G-Plus)!

Anda boleh melewati 'bakal pencabar' Facebook ini dengan menilai sendiri web demo yang telah disediakan. KLIK DI SINI.

Google+ ini masih diperingkat pengujian fasa beta (beta phase) di mana, Google telah menghadkan kepada beberapa orang pengguna sahaja. Di bawah ini adalah gambar contoh. Terdapat juga komenbalas (feedback) yang telah dibuat oleh orang tempatan.

Klik gambar untuk besarkan (auto open new window) - Sumber: Oh! Media

Soalan yang amat penting bagi pengguna: Sejauh manakah kehebatan 'pencabar' Facebook ini?

Ya. Sudah tentu kita semua tertanya-tanya. Dan mungkin kebanyakan dari kita juga mempersoal akan mutu atau tahap 'keseronokan' atau tahap keselesaan Google+ ini. Adakah sehebat atau setanding dengan Facebook? Adakah ia boleh memenuhi kehendak kita seperti Facebook? Anda boleh membuat carian atau baca 'review' yang telah dibuat oleh blogger AdmiralHafiz ini.

Walau apa pun yang bermain dibenak kita, jawapan yang tepat bakal terjawab selepas kemunculan rasmi Google+ ini. Nantikan kemunculan 'pencabar' hebat Facebook ini!

Aduka: Dah tak sabar nak guna Google+!!!

Friday, March 11, 2011

Panas!!! Perempuan Melayu Islam Bodoh Anjing?

Waktu itu petang dan aku berada di bandar keseorangan. Tujuan asal ke bandar semata-mata mahu online di internet. Usai itu, aku berdiri di luar cybercafe sambil melihat dan memerhati orang yang sibuk lalu lalang di kaki-kaki lima deretan bangunan kuning yang tanpa mengetahui tujuannya. Lelaki, wanita, tua, muda, semuanya bergerak seperti tanpa arah tuju.

READ MORE / LESS >>

Aku didatangi oleh seseorang yang aku kenali. Lelaki. Sambil bersalaman, dia menegur aku yang hanya termenung keseorangan di luar cybercafe itu. Dengan tersenyum, aku menjawab pertanyaannya itu kemudian bertanyakan pula tujuannya ada di bandar.

"Saja melilau sekitar Yellow Town (bangunan yang di cat berwarna kuning di bandar Chukai, Kemaman). Bosan, tak ada kerja," katanya sambil tersengih.

Kami berbual seketika. Masing-masing seperti sudah lama tidak berjumpa. Bertanyakan hal pekerjaan, rumahtangga (walaupun aku belum berkahwin), kehidupan, dan aktiviti harian yang lain. Tiba-tiba dia mencuit lenganku sambil memuncungkan mulutnya ke arah sesuatu.

"Apa dia?" soalku sambil mengalihkan pandangan ke arah yang ditunjukkan oleh rakanku tadi.

Aku lihat seorang gadis sedang melintas jalan dari seberang bangunan ke arah kami.

"Apa hal?" soalku, kemudiannya. "Kau nak mengorat ke? Sila la."

"Cis! ANJING!" katanya dengan nada suara yang agak berat.

Aku agak terkejut dan kaget. Anjing?! Aku mengerutkan muka sambil memandang tepat ke arah wajah rakanku tadi. Wajahnya agak serius. Aku yakin perkataan 'anjing' yang dikatanya tadi memang dituju kepada gadis yang melintas jalan tadi. Dengan seribu persoalan yang terbuku dihati, aku bertanya apakah sebab rakanku tadi menuduh gadis tadi sedemikian rupa. Nampak kasar sangat.

"Kau tengoklah cara pemakaian dia tu. Pakai tudung tapi pakai seluar sendat. Pakai plak baju nampak lengan. Tak ke bodoh namanya tu?" gumam rakanku tadi.

Aku sempat menoleh ke arah gadis tadi yang menjauh menyusuri kaki lima bangunan tersebut. Memang benar kata-kata rakanku perihal pemakaian gadis itu.

"Kau tengok sekarang. Mulut je kata Islam. Mengaku sangatlah diri tu Islam. Tapi hukum hakam agama bukannya nak ikut pun. Entah solat ke tidak. Kau tahu kenapa dia pakai macam tu?"

Aku tidak berkata-kata. Hanya menggelengkan kepala.

"Fesyen! Kerana fesyen yang entah apa-apa, perempuan Melayu kita sekarang buta! Buta agama!"

Bersungguh benar rakanku tadi mengutarakan 'syarahannya'. Terdetik dihati, kalaulah didengari oleh perempuan, pasti panas telinga! Boleh 'makan' pelempang percuma!

"Kau tengok la sekeliling kau ni, Latip. Mana ada dah perempuan pakai kain batik. Pakai tudung labuh. Pakai baju kurung Melayu. Kuno katanya!"

"Hei, kita kan hidup zaman moden. So benda-benda tu semua ketinggalan zaman la bro! Sekarang jeans lebih elegan. Ikut fesyen la. Baru orang kata tak ketinggalan zaman!" sambung rakanku tadi sambil membuat-buat muka, perli.

"Ketat sendat lagi sedap la 'mata lelaki' memandang. Tapi kau hairan tak. Diorang pakai seksi untuk apa? Bila lelaki tengok, dimarahnya plak. Tak ke bodoh dan tolol namanya tu?! Perempuan jenis macam ni memang ANJING!"

Aku mengangguk perlahan-lahan. Masih ada logiknya kata-kata rakanku ini. Akan tetapi, perkataan bodoh, tolol, dan anjing itu yang tidak berapa sedap didengari. Mahu saja aku tegur kata-katanya. Namun, aku biarkan saja. Aku sangkakan habis sudah bebel rakan aku ini. Eh, tidak! Ada lagi!

"Yang aku tak tahan, time diorang (perempuan) ni duduk. Fuhlamak! Nampak lurah bontot! Kalau lawa, tak apa jugak. Boleh aku 'tumpang' tengok! Ini tak. Longkang belakang rumah aku lagi cantik dari lurah bontot perempuan tolol ni!"

Duduk Nampak Lurah Bontot
Kata-katanya yang tidak berlapik dan lucu itu membuatkan aku ketawa. Dia pun turut ketawa terbahak-bahak. Walau bagaimanapun, aku masih lagi tertanya-tanya. Kenapa sakit hati sangat rakanku ini sampaikan mengutuk dan mengata perihal pemakaian perempuan? Rasa macam diskriminasi kaum pula.

"Yang paling best, tang baju diorang, Latip. Mak oi. Tersembul sana sini. Yang bersaiz 'buah epal' tu aku tak heran mana. Ni ha yang bersaiz 'buah tembikai' ni. Nasi lemak 50 sen ni. Mak oi. Yang berbadan saiz L ni kalau boleh nak pakai baju saiz XS! Kau tau sebab apa?"

Aku menggelengkan kepala.

"Kau ni lembab la, Latip. Nak bagi nampak tetek diorang shape la! Lagi besar tetek diorang, lagi cun la shape tubuh kalau pakai baju kecik dan sendat!"

Oh, begitu. Alahai. Aku pula dituduhnya 'lembab'! Aku mengangguk-angguk laju.

Pakai Ketat Terjojol Tetek
"Lagi satu. Betina-betina bodoh ni kalau nak cari baju, mesti cari yang kolar labuh, kau tau?"

"Kenapa?" soalku.

"Haaa.. bila kolar labuh, senang la nak bagi nampak 'lurah dendam' diorang tu, Latip! Kalau yang pakai tudung, silang aje tudung ke belakang! Nah, tu diaaaa!"

Nampak Lurah Tetek
"'Lurah dendam'?"

"Ish, kau ni. Lurah tetek diorang la!"

Aku mengangguk lagi. Rasa macam ayam belanda pula angguk banyak-banyak kali.

"Tu baru baju. Belum seluar lagi bro. Kalau tak ketat, tak sah!"

Rakan aku bertambah galak mengutuk mengata. Gelak ketawa juga makin galak. Aku sedari tadi hanya terdiam. Bimbang kalau-kalau ada kaum hawa yang lalu lalang berhampiran kami terdengar perbualan itu. Takut dan bimbang juga sebenarnya.

Pakai Seluar Ketat
"Teruk dah perempuan zaman sekarang ni, Latip. Kau tengok la kawan-kawan sekolah lama kita. Dulu sikit punya baik pakai tudung. Mana-mana pergi pun pakai tudung. Sukan ke aktiviti kelab ke. Sekarang? Dah besar panjang, masuk U, kerja kat KL, terus buka tudung! Walhal yang selogiknya, lagi besar panjang manusia, lagi berotak sikit la diorang ni. Tahu menilai mana baik mana buruk, mana halal mana haram! Hairan betul aku. Memang dasar otak cam udang diorang ni."

Aku terdiam. Rasanya sudah jauh terlanjur kata-kata rakanku ini. Lantas, aku cuba meniru kata-kata rakan aku yang pernah mengirim status di Facebook. Bunyinya seperti ini.

"Alaaa.. itu diorang punya pasal la. Dosa diorang tanggung la bro," kataku, dengan niat sengaja mahu menguji rakanku itu.

"Hah! Ni lah orang Melayu kita. Orang Islam kita. Pantang ditegur, terus melenting! Aku cakap benda betul la, bro! Aku bukannya nak jadi ustaz, ceramah itu ini. Tapi, yang mana aku tahu, wajib bagi aku menegur tau!"

Eh, eh dia ni. Begitukah cara menegur yang betul? Sambil memaki hamun, cakap tanpa berlapik?

Sebenarnya, malas aku mahu mengutarakan pendapat. Bahkan di dalam blog juga sudah malas aku mahu memberi komen-komen pedas tentang hal ini. Kadang-kadang ada benarnya juga kata-kata rakanku itu tadi. Tidak semua orang boleh menerima kata-kata dan teguran kita. Pasti yang ada membangkang dan hal sebegini mereka akan mendakwa bahawa ia mencampuri dan mencabuli hak kebebasan mereka. Walhal pada segi teorinya, hak kebebasan seperti ini tidak pernah wujud dalam konteks agama! Cuma, kita lalai dari mana dan dari siapakah 'hak kebebasan' dari sudut pemakaian ini wujud? Adakah kita pernah mengambil cakna? Adakah hanya sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri?

Aku meminta diri selepas secara kebetulan azan Asar berkumandang di surau berdekatan. Kami bersalaman dan sempat aku menegur berbaur perli rakanku itu tadi.

"Rileks la bro. Jangan marah-marah kat perempuan, okay? Sebab perempuan camni gak la yang kau mengorat ketika melilau!"

Aku menegur sedemikian bukanlah bermakna aku memihak kepada kaum wanita. Yalah. Kita kebanyakkannya hanya pandai berkata-kata. Tapi apa tindakan kita? Adakah serupa dengan apa yang akan dibikin?

*********

Malamnya, aku telah dipertontonkan dengan beberapa keping gambar di internet oleh rakan Facebook. Gambar itu membuatkan aku tergamam. Aku beristighfar panjang. Patutlah bersungguh benar marah rakan aku petang tadi, sampai memaki hamun. Inilah gambarnya.

Perempuan Bodoh! (1)
Perempuan Bodoh! (2)
Perempuan Bodoh! (3)
Adakah benar wanita, gadis, perempuan kita zaman sekarang sudah jahil bab-bab agama? Aurat? Batas-batasan pemakaian? Atau, sudah tahu tetapi sengaja mengambil ringan hukum hakam agama?

Kemudian, sampai satu komen yang agak pedas dari rakan wanita;

"Alaaa.. lelaki ke pompuan ke sama je! Korang memang hipokrit kan? Yang lelaki pakai seluar pendek time bersukan ada kami bising2????? Yang lelaki kerepot berzina dgn pelacur murahan, berdua2 dlm hotel ada kami pertikai? Ada kami bising2??? Helo kaum lelaki! Igt korang bagus sangat??!! Kalu nak ceramah, pegi surau. Tak pun pegi masjid. Takpayah la nak bagi ceramah kat sini nak buruk2 org pompuan!!! Igt korg tu perfect sgt ke???!!! Tanpa kami, korg kaum lelaki haprak takkan wujud dlm dunia ni!!!"

Pedas.. sangat pedas komen ini, bukan? Berdesing telinga aku dibuatnya. Haha.

Pada pendapat aku, tidak semua perempuan sebegitu. Masih ada yang baik dan tahu mengikut suruhan dan tuntutan agama. Jika dikatakan semua, musnah dan pincanglah masyarakat. Runtuhlah asasi manusia Islam. Tiadalah lagi perempuan baik untuk lelaki yang soleh. Tuduhan melulu hanya melemahkan persepsi kaum.

Walau apa pun pandangan, pastikan diri kita berpijak dalam jalan ke arah-Nya. Selagi boleh menegur, tegurlah dengan cara yang berhemah dan betul. Kalau dengan maki hamun, bukan saja membuatkan orang marah malah tidak memberi kesan apa-apa pun.

Sebenarnya diri kita mudah bersangka buruk pada seseorang. Lebih gemar bertanggapan orang lain selalu saja salah, walhal kita jarang sekali melihat ke dalam diri kita sendiri adakah kita juga sama dengan sangkaan buruk atau tanggapan salah tersebut. Kita selalu merasakan orang lain itu silap dan salah, namun adakalanya kita tidak perasan kita juga mungkin telah melakukan kesilapan yang sama!

Tepuk dada, tanyalah selera!

Wednesday, February 23, 2011

Confirm!!! Zizan Raja Lawak Dan Dira Ganti Wahid Dan FaFau!

Zizan Raja Lawak dan Dira Abu Zahar
Hah! Siapa tak kenal dengan Zizan Raja Lawak, kan? Semua rakyat Malaysia kenal. Betul tak?

READ MORE / LESS..

Artis pelawak yang namanya kian meningkat dan popular ini bakal menggegarkan pula dalam industri pengacaraan hiburan. Berbanding pentas pengacaraan yang sebelum ini seperti Gelanggang Raja Lawak dan Jozan, khabarnya Zizan akan menggantikan Wahid pula dalam Melodi! Eh, betul ke?

Ura-ura yang mengatakan Zizan bakal menggantikan Wahid di rancangan popular TV3 iaitu Melodi rupa-rupanya adalah benar. Menurut laporan berita, Zizan juga akan digandingkan bersama Dira yang menggantikan tempat Fara Fauzana. Di bawah adalah petikan berita tersebut! Check it out!

PETALING JAYA - TV3 mengesahkan Zizan Raja Lawak dan Dira Abu Zahar akan menggantikan pengacara Wahid dan Fara Fauzana berkuatkuasa April ini.

TV3 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Selasa memberitahu, selari dengan tempoh tamat kontrak Wahid dan Fara Fauzana pada penghujung Mac ini, pihak TV3 memperkenalkan gandingan Zizan dan Dira selaku pengacara ataupun pemangkin baru Melodi.

Sebelum dikenali sebagai pelakon, Dira telah pernah menjadi pengacara untuk program Beat TV, Pulus Mania dan Jom Ronda, sementara Zizan Pengacara Raja Lawak. - SINAR HARIAN


Amacam? Tentu rancangan Melodi di TV3 gempak nanti kan? Wah! Suka sangat sama Zizan! Anda pula macam mana? Sama pendapat macam aku?

Thursday, February 17, 2011

Gambar Anak Dan Ibu Dibunuh! Kenapa Kita Semakin Kejam?

(1) Anak dan Ibu Dibunuh!
Astaghfirullah!

Hanya itulah ungkapan yang terpacul keluar dari mulut aku tatkala pertama kali melihat gambar-gambar ini. Betapa dahsyat, teruk, dan sadisnya perilaku manusia sekarang. Sememang layaknya manusia yang melakukan kekejaman ini melebihi sifat binatang. Apalah dosa dan kesalahan si ibu dan si anak ini sampai sanggup dan tergamak dibunuh?

READ MORE/LESS..

Aku tidak pasti di mana dan bila kejadian ini berlaku. Namun, dalam pemerhatian aku pada gambar-gambar ini amatlah menyayat hati. Terfikir sejenak bahawa mungkinkah tiada lagi ehsan dan kasihan atau keperikemanusiaan di dalam jiwa si pelaku?

(2) Anak dan Ibu Dibunuh!Jika dilihat mutakhir ini, sering kedengaran mahupun terbaca di dada-dada akhbar tentang kes-kes penderaan, pembunuhan, rogol, dan banyak lagi kes jenayah ganas berlaku di sekeliling kita. Saban tahun, kes-kes seperti ini semakin meningkat mengikut perkiraan statistik jenayah oleh pihak polis.

(3) Anak dan Ibu Dibunuh!
Kredit : CHELAKA

Antara faktor umum yang dikategorikan adalah;

Tekanan dan Stress

Faktor yang membawa kepada tekanan dan stress bergantung kepada seseorang individu. Biasanya tekanan yang paling kuat impaknya berlaku kepada individu yang mengalami masalah kesempitan kewangan, masalah keluarga, tekanan di tempat kerja, dan sebagainya. Kes-kes seperti ini mendorong seseorang manusia bertindakan di luar kawalan dan fikiran normal mereka. Ada sesetengah golongan akan didorong oleh perasaan marah dan dendam tatkala diselubungi oleh tekanan-tekanan tertentu.

Masalah Mental

Akibat daripada tekanan dan stress, memungkinkan permasalahan mental boleh berlaku kepada sesetengah individu. Ia tidak mengira usia, pangkat, atau latar belakang. Sesetengah orang mengatakan bahawa faktor keturunan memungkinkan masalah mental berlaku dan turun menurun kepada anak-anak dan cucu-cucu si pesakit mental. Fakta ini mungkin benar. Jika ini terjadi kepada seorang individu, tiada lagi istilah belas ehsan, kasihan, baik atau buruk, serta keperikemanusiaan di dalam jiwa individu tersebut.

Kurang Pendidikan Moral

Agama, kepercayaan, iman, dan pegangan kepada sesuatu adat dan adab adalah beberapa elemen yang termasuk dalam konteks moral. Bila disebut moral, ia merangkumi elemen-elemen ini di dalam diri manusia. Seharusnya elemen-elemen ini perlu teguh dan kuat bagi melahirkan moral yang bermutu di dalam diri manusia. Faktor lemahnya moral juga menjadi penyebab berlakunya peningkatan kes-kes bunuh di Malaysia. Maka, adalah perkara wajib bagi setiap individu memahami dan mendalami pendidikan moral yang bukan hanya bermula di rumah, malah di sekolah dan juga institusi-institusi luar yang lain.

Sesungguhnya bagi yang beragama Islam, iman dan nilai-nilai murni seorang mukmin perlulah selalu diterapkan di dalam diri pada setiap masa. Ini bagi membataskan perasaan amarah, dengki, khianat, tidak berhati perut, kejam, dan banyak lagi perkara negatif yang ada agar tidak terlintas dan terbit di hati. Dengan selalu berzikir dan selawat juga mampu menyekat hati kita daripada perkara-perkara buruk ini.

Cemburu : Kekejaman terhadap wanita. Klik SINI untuk baca.

Tuesday, February 15, 2011

Cikgu Shida Muncul Di TV9! Sudah Ada Yang Tumpang Populariti?

Cikgu Shida Dari Parit
Salam.

Anda tentu kenal dengan Cikgu Shida dari Parit, bukan? Alah, cikgu popular sekarang ini dengan aksi miming-nya itu. Baru-baru ini, beliau muncul di televisyen. Beliau telah muncul di salah satu rancangan bual bicara bersama Faizal Ismail iaitu 'Apa Saja FBI' pada Jumaat, 4 Februari 2011. Percaya atau tidak?

READ MORE/LESS..

Inilah dia video Cikgu Shida keluar di TV9.



Tapi sayangnya. Seolah-olah banyak scene yang sudah dipotong dan di-edit. Tertanya-tanya juga. Adakah sebab iklan, atau sengaja dipotong atas sebab-sebab tertentu?

Terdahulu, aku pernah membuat satu artikel mengenai beliau. Bukan mengutuk, bukan memuji. Rata-rata ramai yang mempersetujui artikel aku. Walaupun begitu, ada juga yang tidak mempersetujui pandangan yang aku lontarkan pada artikel tersebut. Biasalah. Yang taksub, menyokong. Yang meluat, memaki. Heh! Mungkin mereka mengambil satu baris ayat yang terakhir yang seolah-olah melabelkan Cikgu Shida ini adalah bodoh (stupid). Walhal, banyak lagi blog yang mengutuk secara terang-terangan.

"Eh, orang MELAYU kita ni memang jenis cepat melenting, kan?"

Baru tulis perkataan 'STUPID' pun sudah melenting. Itu pun belum lagi aku tulis perkataan maki dan sumpah seranah seperti mana yang ada di blog-blog yang lain. Blog-blog tersebut tidak payahlah aku senaraikan. Nanti aku dihentam oleh mereka pula. Tengok saja video di bawah ini.



Kepada pihak yang buat video ini, bikin malu orang pantai timur saja! Orang yang sebegini sepatutnya dihentam. Bukan di blog kerdil aku ini.

"Biasalah. Orang pandang KEBURUKAN dahulu sebelum KEBAIKAN."

"Kau tulis yang positif pun, orang akan pandang negatif, beb!"


Ya, memang benar. Ini sesuatu yang boleh aku persetujui. Sebab itu kebanyakan (baca elok-elok, KEBANYAKAN!) orang MELAYU kita tidak boleh menerima apa pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara. Hanya memandang dan menilai bulat-bulat pada apa perkara yang memuaskan hati diri sendiri sahaja. Tidak pada konteks pro dan kontra.

Memetik salah satu komen pembaca blog aku:

Ramai jugak yang nak popular dengan cara mengutuk kejayaan orang lain... tapi berlainan dgn c.shida hanya dgn idea dan kebolehan sendiri telah meletakkan dirinya sebagai penghibur cyber yg popular sekarang ni... Tahniah dan Syabas kpd C.Shida - Aziman Abd Azis.


Kabur-kabur sebenarnya komen saudara Aziman ini. Ini ulasan aku.

Aku tahu komen dari saudara tampak menyeluruh. Namun aku tidak sedikit pun melenting. Sebab begini pemikiran aku; "Kalau aku ini gila populariti, sudah lama aku ikut cara dan menyokong Cikgu Shida. Kalau tidak di dunia cyber pun, aku masuk AF, Raja Lawak, dan macam-macam lagi hiburan realiti TV sekarang ini. Bukannya expose dalam blog." Kalau orang yang mengutuk itu, tidak tahulah. Mungkin mereka cemburu dengan populariti Cikgu Shida agaknya, atau mungkin cara ekspresi mereka tonjolkan tidak kena pada tempat dan caranya.

Dalam komen saudara Aziman ini juga ada menyebut tentang 'idea'. Idea? Adakah maksud idea itu adalah 'pencetus idea'? Haha. Lawak! Tahukah anda siapa pencetus idea aksi miming di YouTube? Kalau tidak tahu, jangan pandai-pandai mahu letakkan Cikgu Shida sebagai pencetus idea atau pelopor aksi miming 'murahan' di internet. Kalau 'kebolehan' itu bolehlah aku tidak menyangkal. Cikgu Shida memang berkebolehan dan berbakat.

Dalam kes Cikgu Shida ini, aku sokong pun tidak, kutuk pun tidak. Kenapa aku menulis tentang beliau? Kerana ada beberapa perkara yang tidak kena dengan 'hobi' beliau tersebut. Satu, beliau itu cikgu. Dua, pengaruh kepada orang lain yang melihat. Tiga, Cikgu Shida itu perempuan Muslim. Empat, beliau orang Melayu yang kaya dengan adat dan adab.

"Blog aku. Aku punya fasal la nak tulis apa pun!"

Sekarang barulah ayat ini boleh digunapakai, bukan? Haha.

Okey. Cukup untuk membebel. Lantaklah. Orang kita memang sensitif pada kritikan. Seperti katak yang keluar dari bawah tempurung, tapi ANGKUH bak enggang di awanan! Maksud? Fikir sendiri.

Jika pembaca, sila bukakan minda luas-luas. Mahu lihat siapa yang sudah terpengaruh dengan Cikgu Shida? Siapa yang menumpang populariti atas nama Cikgu Shida? Tapi orang ini bukan mengutuk. Beliau menyokong. Jom saksikan.



Habis saja melihat video ini, tekak aku berasa teramat-amat loya! Kahkahkahkah!

Dari hobi kepada 'penyakit'. Ingat pepatah orang tua-tua lama? Cakap bohong (tipu), nanti besar akan jadi pencuri? Pernah dengar? Jadi, apa yang aku maksudkan 'penyakit' tadi? Hah, yang 'pandai' sangat tu, fikirlah.

UPDATE!

Oh, rupa-rupanya ada versi penuh untuk video Cikgu Shida yang muncul di TV9 di YouTube! Ini dia.



Paku?! Belacan?! Kahkahkahkah!

Sedang asyik melayan YouTube, aku terjumpa satu video dari seorang mamat ni. Ini baru dikatakan kreatif dan... poyo? Saksikan.



Aduka: Agaknya artikel aku kali ni pasti akan dihentam lagi oleh pro-Cikgu Shida. Kehkehkeh.

Friday, January 07, 2011

10 Video Tertinggi Di YouTube Bagi 2010 : Budak Yang Lebih Hebat Dari Cikgu Shida!

Salam.

Pertama kali tengok video ini, bibir aku tidak lekang dari senyuman dan sengihan yang memanjang. Dan kekadang ketawa melihat aksi 'miming' (ajukan) dari budak ini. Lawak, dan kagum. Masakan tidak. Tidak disangka-sangka video 'sekerdil' ini, menjadi salah satu video tertinggi bilangan 'kongsi' (share) dan 'penonton' (viewer) di YouTube bagi tahun 2010!

Read more/less..

Ini dia...

http://www.youtube.com/watch?v=lm_n3hg-Gbg&feature=player_embedded

Memang kelakar dan 'menjadi' budak ini buat miming, kan? Tambahan pula kepalanya agak 'luar biasa' sedikit. Agaknya budak ini ada penyakit kot. Hehe.

Jika difikirkan logik, tidak mustahil budak ini popular. 'Miming' dan aksi yang dibuat-buat itu amat melucukan! Lagipun, pemikiran dan penerimaan orang luar (Inggeris, maksudnya) adalah terbuka. Tidak macam masyarakat Melayu kita. Kita kaya dengan adab, adat, dan budaya. Melayu perkasa. Hehe.

Kalau dibandingkan dengan Cikgu Shida, sangat-sangat besar dan jauh jurangnya. Pemikiran dan penerimaan kita dengan aksi video sebegini terbatas dalam pelbagai aspek, contohnya agama, dan adab. Ia berbentuk khusus. Cuma bila minda terlalu keterbukaan, video seperti ini mendapat penerimaan meluas oleh penonton. Bagi aku, terikut-ikut sekadar suka dan hiburan tidak salah. Cuma apabila sudah melampau-lampau, orang yang menonton jadi muak dan nampak menjelikkan!

Terserah kepada anda untuk menilainya. Rambut sama hitam, hati lain-lain.

Anda boleh membaca artikel 'bidasan' oleh aku mengenai Cikgu Shida DI SINI. Kepada peminat Cikgu Shida, jangan marah dan membenci aku. Artikel tersebut hanya pandangan aku sahaja. Janganlah menilai pada satu-satu ayat dalam artikel itu, sebaliknya nilailah pada keseluruhan artikel tersebut.

Untuk mengetahui sembilan (9) lagi video terpopular di YouTube bagi tahun 2010, anda boleh lawati DI SINI.

Aduka: Ketawalah juga walaupun sikit tengok video budak ni. Jika nak dibandingkan dengan video miming Cikgu Shida tu. Cam hampeh! Geli geleman dan menyampah tu ada la..

Friday, December 31, 2010

Artikel Top 10 Blog Aduka 2010

Salam.

Hari ini adalah hari penghujung 2010. Pejam celik, pejam celik, akhirnya melabuhlah tirai peristiwa sepanjang 2010. Banyak kisah pahit dan manis selama berkecimpung di dalam dunia blogging ini sebenarnya. Walau bagaimanapun, ia sedikit sebanyak mengajar kita erti kematangan, bukan sahaja di blog malah kehidupan harian kita.

Read more/less..

Untuk mengakhiri tahun 2010, di sini ingin dikongsi bersama senarai 10 artikel yang memperolehi jumlah bacaan (pageview) tertinggi yang pernah direkodkan.



10) Tutorial: Cara Mudah Elak Gambar Anda Dicuri (509 pageviews)

Tidak disangka artikel ini adalah di antara artikel tutorial yang mendapat pageview yang tertinggi. Ia telah mengatasi segala tutorial-tutorial hebat yang lain seperti Facebook Like Button, blogger spoiler, dan sebagainya. Namun, ia masih menjadi tanda tanya oleh pelbagai pihak kerana tutorial ini hanya berfungsi baik pada sesetengah browser sahaja. Aku pernah membuat sedikit research bagaimana mahu mengatasi masalah ini. Namun, belum lagi menemui jalan yang terbaik antara yang terbaik.


9) Free Mobile Internet Access For Maxis And DiGi (515 pageviews)

Ini adalah entry plagiat. Haha. Jangan terkejut, okey. Aku plagiat secara professional, di mana backlink telah disertakan sekali. Cara atau langkah-langkah aku tidak tuliskan di dalam artikel ini. Namun tidak sampai seminggu, artikel pada blog asal yang telah di'backlink' mengalami 'broken link'. Artikel ini mendapat pageview yang tinggi kebanyakkannya melalui keyword dari search engine.


8) Maxis Or Hotlink Free Mobile Internet Trick! (668 pageviews)

Oleh sebab link source dalam artikel asal (no 9) mengalami 'broken link', dan atas permintaan ramai, aku membuat artikel ini sebagai pengganti. Namun disebabkan aku hanya memakai telefon bimbit jenama Sony Ericsson, maka telah membataskan cara trick bagi telefon bimbit jenama lain seperti Nokia, Samsung, dan sebagainya. Artikel ini juga mendapat pageview tertinggi hasil dari referrer keyword dan share link di Facebook.


7) Rokok (932 pageviews)

Aku sendiri tidak menyangka artikel ini menjadi salah satu artikel yang popular. Adakah disebabkan gambar ini?


Jika ya, ingin aku memohon maaf. Mungkin di atas kejahilan atau kecuaian aku sendiri (tidak menapis/cencor) telah menjatuhkan maruah budak sekolah ini. Artikel ini masih di'view' walaupun melihat pada tarikhnya adalah diterbitkan pada bulan April 2009. Mungkin sebab kempen 'Katakan Tidak Pada Merokok' telah menjulang pageview tinggi bagi artikel ini.


6) Cikgu Shida Jadi Gila Sebab Putus Tunang (957 pageviews)

Ini antara artikel yang pertama kali menjadi kontroversi di blog aku. Masakan tidak, dalam ribuan yang meminati Cikgu Shida ini, aku di antara yang membidasnya pula. Aku telah melontarkan beberapa kerat ayat yang pedih sehinggakan mendapat komen seperti ini.


Sebenarnya perkataan 'stupid' telah di'strike'kan. Memang aku sengaja membuat begitu supaya pembaca berfikir secara normal dan logik. Ramai yang menilai hanya pada potongan ayat yang terakhir itu sahaja. Tidak menilai pada keseluruhan artikel yang aku tulis.

Kepada Zala Wajik, aku tidak mempersalahkan kamu. Mungkin kamu di antara peminat Cikgu Shida. Okey, aku faham. Mungkin 'Cikgu Shida' menjadi bahan entertainment baru dan terkini di internet, kan?
Oh ya, aku link blog kamu secara percuma. Berkongsi populariti sepertimana Cikgu Shida berkongsi 'populariti'nya kepada semua penonton di YouTube. Haha.


5) Melayan Kegersangan (1,715 pageviews)

Hah! Aku sebenarnya sudah dapat mengagak bahawa artikel 'sengal' inilah yang membuatkan blog aku hit. Keyword entah apa-apa bila diperiksa pada Stats Blogger. Kadang-kadang sampai tepuk dahi melihat keyword yang ditaip/dicari oleh pengguna di internet. Last-last, artikel ini juga yang korang semua klik! Aduhai.

Artikel ini juga adalah artikel lama. Diterbitkan pada April 2009, lebih setahun yang lalu. Kalau tidak silap, jumlah follower pada waktu itu tidak sampai 500 orang! Haha. Salah satu artikel tertinggi pageview dari sumber keyword.


4) Sathya Sai Baba: Kebangkitan Antara 30 Dajjal? (5,160 pageviews)


Ini artikel adalah artikel 'forward' di e-mail oleh adik aku sendiri. Artikel ini mendapat pageview tertinggi hasil daripada keyword dan share link di Facebook. Khabarnya terdapat blogger yang membangkang artikel ini dengan mengeluarkan fakta-fakta yang di'research' sendiri di internet. Walaupun begitu, aku tidak mahu mempersetujui atau mengesahkan mana yang betul dan mana yang palsu. Mungkin cerita Sathya ini hanya propaganda atau rekaan semata-mata, yakni cerita palsu. Pada awalan artikel telah aku maklumkan bahawa mempercayai atau tidak, itu adalah hak masing-masing. Terpulang.


3) Awek terlampau masa kini (5,287 pageviews)

Antara artikel paling lama di dalam senarai 10! Ia diterbitkan pada Februari 2009. Hampir 2 tahun, tapi masih mendapat pageview yang tertinggi. Anda semua sememangnya dapat mengagak kenapa artikel ini mendapat pageview tertinggi, kan? 18SX? Lucah? Haaa yalah. Lebih kuranglah tu. Tapi jangan terkejut. Artikel ini tidak lucah mana pun. Cuma keyword itu menjadi tarikan utama pembaca di internet.

Kepada blogger baru (newbie), harap anda sudah 'mention' perkara ini. Rata-rata sibuk menggunakan keyword untuk meningkatkan trafik. Bukannya artikel yang bermutu. Pelik. Anda semua gila 'glamour' ke? Tak apalah. Hak masing-masing.

Yang pasti, blog aku bukan blog lucah, okey! Haha.


2) Cemburu Dan Kemaluan (6,255 pageviews)

Artikel 'lucah' lagi. Haha. Sebenarnya tidak! Artikel ini sebenarnya artikel pandangan atau luahan aku terhadap penganiayaan lelaki terhadap wanita. Gambar di artikel ini telah di'backlink' kepada pemilik asal, dan gambar tidak diubah 'watermark'nya. Ini bagi menjaga originaliti penulisnya. Pageview kebanyakkannya hasil dari keyword.

'Mention' lagi kepada blogger newbie. Mahu plagiat, guna cara seperti di artikel ini!


1) Waja Lancer 2.0? (7,366 pageviews)

Artikel yang mendapat pageview tertinggi sepanjang 2010. Artikel ini telah mengatasi semua artikel yang lain. Pageview kebanyakkannya hasil dari keyword, share link di Facebook, dan backlink.

Di dalam kesibukan orang mencari fakta dan berita sebenar tentang Waja Lancer 2.0, aku telah membuat sedikit kajian mengenai kebenaran kewujudan kereta ini. Walaupun maklumat yang aku buat tidak berapa lengkap, artikel ini telah mendapat 'like/share' tertinggi di antara 10 artikel yang popular 2010.

Hampir sebulan menjadi tanda tanya di kalangan peminat kereta, akhirnya Proton telah mengeluarkan nama modelnya yang sebenar. Anda semua sudah maklum. Ia dikenali sebagai Proton Inspira!


Sekian sahaja artikel laporan 'Artikel Top 10 Blog Aduka 2010'.

Azam tahun baru? Kenapa asalkan tahun baru perlu ada azam? Kenapa Awal Muharram dahulu tidak ditanya 'Apakah azam baru kamu sempena seorang umat Islam?'. Renung-renungkanlah.

Aduka: Tahun Baru pasti berseri dengan pertunjukan bunga api dan... pertunjukan 'aktiviti' maksiat di televisyen saban tahun!


Korang nak tingkatkan trafik blog korang? Sila klik SINI dan BACA. Terima kasih.

Monday, December 06, 2010

Dr Rozmey : Datuk Yang Dikutuk 24 Jam!


Salam.

Siapa yang tak kenal dengan Dr Rozmey? Dialah pemilik Herba Prima Marketing (HPM) dan pengasas kepada salah satu produk terkenal, Jus Mate 5. Populariti Dr Rozmey sudah melampau-lampau malah sama taraf dengan artis tempatan kita. Cuma landasan Dr Rozmey berlainan sedikit. Berbanding artis yang kita sedia maklum adalah di medan seni manakala Dr Rozmey pula di medan usahawan pemasaran ubat-ubatan kesihatan dan kedoktoran. Beleklah di mana-mana muka akhbar. Pasti ada halaman mengenai produknya. Dan tidak kurang mengenai filemnya yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

Read more/less..

Rupa-rupanya, populariti dan 'cakap-cakap' mengenai Dr Rozmey ini bukan sahaja 'panas' di media cetak. Malah di media massa, termasuk internet. Salah satunya di Facebook, dan blog. Ada yang tidak suka Dr Rozmey dan begitu juga sebaliknya. Rata-rata ramai yang tidak berpuas hati dengan Dr Rozmey.

Sedarkah kita bahawa Dr Rozmey dikutuk, dihina, dan dimaki hampir setiap hari di internet? Apakah sebab dan alasannya?

Di bawah adalah beberapa petikan dari Facebook yang 'tidak suka' dengan Dr Rozmey.




Dan tidak kurang juga yang mengutuk dan menghina rupa dan fizikal Dr Rozmey.




Lihatlah. Tanpa mengira jantina dan usia, hampir setiap hari malah setiap jam Dr Rozmey dikutuk, dan dihina! Petikan ini belum termasuk lagi gambar-gambar amatur yang telah di-edit dengan niat menghina rupa fizikal Dr Rozmey. Kerana terlampau banyak, aku tidak sertakan gambar-gambar tersebut. Cukuplah dengan petikan di atas sahaja.

Apa sebabnya? Satu jawapan.

Tidak suka dengan Dr Rozmey yang angkuh!

Agak terperanjat sebenarnya dengan bilangan yang 'suka' (Like) dengan halaman anti Dr Rozmey ini. Lebih 18 ribu peminat! Dan bilangan ini bertambah setiap hari.

Sepanjang tempoh aku selidik, ada juga yang tidak berpuas hati dengan Dr Rozmey kerana produknya. Khabarnya, produk Jus Mate 5 itu kurang memuaskan hati sesetengah pihak. Ada yang berbulan-bulan berusaha tetapi tidak membuahkan hasil. Sehinggakan Dr Rozmey sendiri telah mengeluarkan fakta bahawa terdapat produk tiruan di pasaran.

Samada produk itu sendiri yang gagal, atau pembeli sendiri yang cuai, wallahua'lam. Aku pernah melihat satu temubual di televisyen bersama Dr Rozmey. Kata beliau, HPM tidak pernah melantik wakil atau pengedar untuk memasarkan produk Jus Mate 5. Kebanyakan produk yang ada di toko-toko mahupun pengedar adalah palsu! Yang mana sebetulnya tulen? Kata beliau, hanya pembeli yang membeli terus produk itu dari HPM atau membuat belian secara online sahaja yang asli!

Lihat video DI SINI.

Berbalik pula kepada filem. Memang aku tidak nafikan bahawa eksperimentasi Dr Rozmey bagi seni perfileman adalah gagal. Hanya omong kosong. Walhal, hakikatnya tidaklah mencapai target yang diingini dan yang diuar-uarkan oleh Dr Rozmey sendiri. Semalam aku mendengar di siaran berita di radio menkhabarkan bahawa hanya lebih kurang RM 230 ribu sahaja nilai kutipan selama satu minggu tayangan file '2 Alam'. Peratusan target yang terlalu sedikit jika dibandingkan dengan target sebenar beliau. Fakta sebenar dan terkini, mungkin lebih. Kemudian, dikaitkan pula dengan pengambilan pelakon seksi dan lucah terkenal, Pamela Anderson, bagi filem beliau yang seterusnya.

Ramai yang kecewa. Kecewa dengan filem yang 'ntah-apa-apa', tak best, serta omong kosong Dr Rozmey sendiri berkaitan filemnya. Tidak hairanlah ramai yang mengutuk Dr Rozmey.

Walau apapun kutukan dan penghinaan yang diberikan kepada Dr Rozmey, sebenarnya ada juga kebaikan yang boleh kita contohi dari beliau sendiri. Cuma kita perlulah bukakan mata dan minda luas-luas. Sentiasa ambil perkara yang positif dan yang negatif. Antaranya;

Skill Pemasaran

Lihatlah cara pemasaran Dr Rozmey. Boleh dikatakan gempak! Memang. Marketing saja gempak tapi hasilnya hampeh: mungkin ini yang anda kutuk untuk promosi filemnya. Tapi bagaimana pula dengan produk Jus Mate 5? Lihat dengan teliti. Sudah berapa ramai usahawan sah yang berkecimpung dalam pemasaran Jus Mate 5 yang sudah kaya-raya? Sudah setahap mana kaya Dr Rozmey sendiri? Anda? Apa ada? Tepuk dada, tanya selera.

Keberanian

Aku sendiri sebenarnya salute spring dengan Dr Rozmey. Sifat 'bodoh beraninya' itu berjaya mencipta fenomena di Malaysia. Bukan sahaja di dalam industri pemasaran kesihatan, malah di dalam industri perfileman! Berani menceburi pelbagai bidang walau tahu akan risikonya.

Berpandangan jauh

Diri kita sendiri pasti ada misi dan visi dalam hidup. Begitu juga dengan Dr Rozmey. Sedarkah kita bahawa Dr Rozmey berjaya mencipta satu rangkaian seumpama 'multilevel marketing (MLM)' dalam hidupnya? Antara benar atau tidak, sebenarnya aku menyedari satu perkara. Memperkembangkan produk kesihatannya melalui media yang berbeza, iaitu perfileman! Platform yang mungkin menjayakan dan memperkembangkan lagi nama Dr Rozmey dan HPM itu sendiri di mata luar Malaysia. Selepas ini apa lagi? Anda dapat bayangkan?

Yalah. Sehebat mana pun kita, sepopular mana pun kita, sekaya mana pun kita, pasti ada orang yang tidak suka, kan? Pasti ada orang yang dengki dan busuk hati. Maka wujudlah golongan-golongan yang berpandangan dan berfikiran negatif ini dalam masyarakat kita. Bahkan sesama agama, bangsa, dan kaum sekalipun. Pelik sungguh.

Sudah-sudahlah mengutuk, menghina, dan cubaan menjatuhkan maruah Dr Rozmey. Anda bukannya dapat apa pun jika bertindak sedemikian. Dapat dosa adalah. Cuba kita ambil sikap dan sifat yang positif. Jadikan beliau sebagai model, sekurang-kurangnya. Contohi beliau. Tengok beliau sendiri. Kaya-raya. Anda? Rasulullah sendiri pernah menyarankan bahawa umatnya mengejar kekayaan di dunia. Agar kaum yang selain Islam akan lebih hormat dan mengagumi Islam yang kaya-raya. Namun begitu, jangan pula lalai dan asyik dengan duniawi sampaikan perihal akhirat nanti terabai.

Aduka: Rata-rata yang mengutuk Dr Rozmey di Facebook adalah di kalangan remaja! Melayu dan Islam kebanyakannya. Sedih dan sadis.

Update 10 Dec 2010: Setelah beberapa jam artikel ini terbit, page anti Dr Rozmey di Facebook yang mempunyai puluhan ribu peminat telah ditutup.

Friday, December 03, 2010

Pahlawan Melaka Bakal Berada Di Jalanraya Pula! Ini Semua Idea Proton

Salam.

Tajuk mau gempak, kan? Haha. Sebenarnya aku baru saja tahu tentang berita ni. Baguslah kalau sudah ada penampakan perubahan drastik dari Proton ni. Kalau dulunya, cam tuttt je produksi Proton berbanding Perodua. Selepas banyak hentaman yang Proton dapat (selepas boomnya MyVi dari Perodua), barulah Proton berusaha lebih gigih dalam penghasilan kereta yang lebih cun melecun tahap gedebabom!

Read more/less..

Mungkin tahun 2012, negara kita bakal dikejutkan lagi dengan beberapa lagi model terbaru dari Proton. Modelnya.. fullamak! Aku tengok pun terpegun. Boleh menggugat reputasi Perodua pula lepas ini. Harap-haraplah. Hehe. Kali ini Proton mahu menonjol model pahlawan di jalanraya. Ia dinamakan Proton Pahlawan Series. Cam gempak je kan namanya? Masakan tidak, setiap model dinamakan dengan nama pahlawan Melayu Melaka dahulu kala.

Jom kita usha bentuk-bentuk model yang 'direka' khas oleh produksi Proton. Jom!

Pahlawan Melayu pertama di jalanraya: Tuah!



Pahlawan Melayu kedua di jalanraya: Jebat!



Pahlawan Melayu ketiga di jalanraya: Lekir!



Pahlawan Melayu ke empat di jalanraya: Lekiu!



Dan.. Pahlawan Melayu terakhir di jalanraya: Kasturi!



Wah, cukup kelima-lima pahlawan zaman Melayu Melaka dulu-dulu, kan? Walaupun begitu, terdapat dua model yang masih menggunakan prototaip yang sama seperti model kereta yang telah dilancarkan sebelum ini iaitu Proton Inspira (Jebat) dan Proton Saga (Kasturi). Cuma mungkin terdapat modifikasi kepada rekabentuk dalaman model-model tersebut. Model-model yang lain adalah prototaip yang baru.

Apa ekspresi aku buat kali pandangan pertama? Of course takjub. Wow, cantik! Cun!

Walau bagaimanapun, masih ada satu model yang betul-betul membuat aku lebih dari takjub. Namun, model ini bukanlah dari pengeluaran Proton. Of course. Siapa lagi bukan pesaing Proton iaitu Perodua. Ada-adak saja Perodua ni kan? Mahu potong jalan Proton aja!

Nama model dari Perodua ini adalah.. Bezza! Bukan si Jimmy Shanley Yezza tu, okey! Ini model kereta. Bezza! Bukan banzai! Sebut betul-betul.. Bezza!




Fuh fuh fuuuuhhh..! Boleh tahan designer dari Malaysia, kan? Walau bagaimanapun, tahun pelancaran masih lagi kabur-kabur, dan tidak pasti model manakah yang keluar dulu di pasaran. Tunggu dan lihat saja.

Sumber : PaulTan.org

Aduka: Tiba-tiba takjub dan tertarik dengan kereta buatan Malaysia. Hm.. Jadi ke tak ni nak ambil kereta buatan Jepun ni ye? Confuse!

Wednesday, December 01, 2010

Cikgu Shida Jadi Gila Sebab Putus Tunang


Salam.

Mesti korang kenal sangat dengan nama Cikgu Shida atau Teacher Shida ni, kan? Kita lihat, dalam beberapa bulan yang lalu berapa ramai blogger-blogger di luar sana bercerita tentang Cikgu Shida ni. Tidak kurang yang mengutuk, dan tidak kurang juga yang sukakan 'kepala gila-gila' Cikgu Shida ni. Aku tidak nafikan bahawa aku pernah mendakwa bahawa Cikgu Shida ini seorang yang 'tidak normal', 'mengada-ngada' dan 'populariti murahan' terutama di ruangan komen artikel blog Joegrimjow - Dua video terbaru Cikgu Shida : Terhibur atau menyampah.

Read more/less..

Khabarnya baru-baru ini, keluar satu kenyataan bahawa Cikgu Shida ini sebenarnya putus tunang. Sebab itulah dia 'berperangai' sedemikian. Kononnya meraih simpati, dan melepaskan geram dengan membuat perkara-perkara yang tidak pernah dibuatnya sebelum ini. Hatta, pada hakikatnya Cikgu Shida bukanlah sepertimana kita lihat di internet. Dia seorang yang baik dan mengajar seperti cikgu-cikgu lain di sekolah. Dan, dia kelihatan normal!

Kenapa dia berubah? Subjeknya; dia putus tunang. Cerita benar atau tidak, wallahua'lam. Aku ada baca dari pelbagai sumber artikel, sesetengah blogger kasihan dengan apa yang dihadapi oleh Cikgu Shida, dan tidak kurang juga yang memberi sokongan dari segi mentaliti dengan memberi semangat untuk Cikgu Shida. Ok, fine. Itu cara yang betul. Bagi semangat.

Sebagai orang yang normal, putus cinta pun kita sudah 'frust menonggeng' kan? Inikan pula putus tunang. Ok, fine. Frust kerana putus tunang. Tetapi normalkah apa yang Cikgu Shida tu buat selama ini? Dan yang penting, tak malukah dia selaku cikgu, insan mulia memberikan ilmu kepada anak murid, jadi bahan ketawa di ruang internet?

Beberapa bulan yang lalu, aku pernah lihat satu forum di televisyen yang dikelola oleh Dr Fadzilah Kamsah. Dia ada membincangkan tentang normal dan tidak normal kepada insan yang membunuh diri. Pernah dia ajukan soalan kepada penonton yang berbunyi:

"Normal atau tidak seseorang manusia merosakkan dirinya dengan mematikan alam hidupnya dengan membunuh diri? Adakah boleh dikatakan seseorang merubah dirinya ke arah negatif adalah sebagai orang yang baik dan normal? Sebagai contoh pelajar cemerlang, tiba-tiba merosakkan dirinya dengan melibatkan diri dengan dadah dan bersosial oleh kerana kecewa dalam alam percintaan atau cita-cita. Adakah pelajar itu orang yang dikatakan normal? Apakah maksud 'normal' yang sebenarnya? Cuba kita renung-renungkan, dan fikir-fikirkan."

Daripada teks ucapan Dr Fadzilah ini dapatlah kita ungkap dan simpulkan bahawa tindakan seperti Cikgu Shida itu adalah tidak normal. Jika normal, dia tidak akan buat perkara yang memalukan dan menjatuhkan maruah diri di dalam internet yang boleh ditonton oleh jutaaan penonton yang tidak mengira usia, pangkat, kaum, bangsa, dan agama. Sedangkan Cikgu Shima itu adalah seorang cikgu, wanita, muslimat Islam (orang Islam), berbangsa Melayu, orang Malaysia! Terus terang aku berkata tentang ekspresi tatkala pertama kali aku lihat video Cikgu Shida ini, aku malu tengok dia seperti itu! Macam badut!

Terlebih dahulu aku ingin meminta maaf di atas ekspresi aku itu. Entahlah. Itu yang terlintas di dalam benakku. Macam badut. Ya Allah. Tidak malukah dia? Yang aku hairan, ramai pula yang suka dengan video cikgu itu. Sampaikan meminta-minta Cikgu Shida membuat lagi video 'tidak normalnya' itu.

Sekelumit di dalam hati, terdetik juga rasa kasihan dengan Cikgu Shida ini. Ini adalah kerana seperti tiada orang yang rapat dan dekat dengannya yang boleh membimbing dia ke arah jalan yang baik dan yang paling penting ke arah menjadi wanita yang normal.

Tulisan aku kali ini bukanlah mahu menjatuhkan maruah dan diri Cikgu Shida. Cuma jadikanlah kes Cikgu Shida ini sebagai pengajaran buat kita. Putus cinta, putus tunang, atau bercerai-berai macam mana sekalipun, perlulah dekatkan diri dengan Allah swt. Harapkan hidayah dari-Nya. Berdoa dan zikir kepada-Nya. Sesungguhnya, hanya pada Dialah kita patut berserah. Tidak perlulah kita mengubah diri kita yang 'normal' ini kepada tindakan yang 'tidak normal' semata-mata ujian berat yang diturunkan oleh Allah swt untuk kita. Bukannya dekatkan diri kepada segala bentuk 'hiburan' yang ada di internet.

Jika aku kata Cikgu Shida 'populariti murahan' sekalipun, memang terang-terangan di mata kasar dan dengan logiknya adalah ya. Seperti yang aku katakan tadi, Cikgu Shida meraih simpati dari penonton dan 'kawan-kawannya' di ruang internet. Namun, apa faedahnya?

Di bawah ini aku petik dari Facebook Cikgu Shida. Ada yang mengutuk, dan ada juga yang menyokong.

Yang menyokong.




Yang mengutuk.





Apa-apa pun pandangan aku atau pandangan orang lain, kita perlu jadi diri sendiri dan berpijak pada bumi yang nyata. Be yourself, kata orang putih. TAPI.. biar normal!

Jadilah wanita yang NORMAL, Cikgu Shida!

Maybe you are a teacher among student, but better be like a student than be like a stupid you!

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger