Ads: (Please Click!)

Wednesday, December 01, 2010

Cikgu Shida Jadi Gila Sebab Putus Tunang



Salam.

Mesti korang kenal sangat dengan nama Cikgu Shida atau Teacher Shida ni, kan? Kita lihat, dalam beberapa bulan yang lalu berapa ramai blogger-blogger di luar sana bercerita tentang Cikgu Shida ni. Tidak kurang yang mengutuk, dan tidak kurang juga yang sukakan 'kepala gila-gila' Cikgu Shida ni. Aku tidak nafikan bahawa aku pernah mendakwa bahawa Cikgu Shida ini seorang yang 'tidak normal', 'mengada-ngada' dan 'populariti murahan' terutama di ruangan komen artikel blog Joegrimjow - Dua video terbaru Cikgu Shida : Terhibur atau menyampah.

Read more/less..

Khabarnya baru-baru ini, keluar satu kenyataan bahawa Cikgu Shida ini sebenarnya putus tunang. Sebab itulah dia 'berperangai' sedemikian. Kononnya meraih simpati, dan melepaskan geram dengan membuat perkara-perkara yang tidak pernah dibuatnya sebelum ini. Hatta, pada hakikatnya Cikgu Shida bukanlah sepertimana kita lihat di internet. Dia seorang yang baik dan mengajar seperti cikgu-cikgu lain di sekolah. Dan, dia kelihatan normal!

Kenapa dia berubah? Subjeknya; dia putus tunang. Cerita benar atau tidak, wallahua'lam. Aku ada baca dari pelbagai sumber artikel, sesetengah blogger kasihan dengan apa yang dihadapi oleh Cikgu Shida, dan tidak kurang juga yang memberi sokongan dari segi mentaliti dengan memberi semangat untuk Cikgu Shida. Ok, fine. Itu cara yang betul. Bagi semangat.

Sebagai orang yang normal, putus cinta pun kita sudah 'frust menonggeng' kan? Inikan pula putus tunang. Ok, fine. Frust kerana putus tunang. Tetapi normalkah apa yang Cikgu Shida tu buat selama ini? Dan yang penting, tak malukah dia selaku cikgu, insan mulia memberikan ilmu kepada anak murid, jadi bahan ketawa di ruang internet?

Beberapa bulan yang lalu, aku pernah lihat satu forum di televisyen yang dikelola oleh Dr Fadzilah Kamsah. Dia ada membincangkan tentang normal dan tidak normal kepada insan yang membunuh diri. Pernah dia ajukan soalan kepada penonton yang berbunyi:

"Normal atau tidak seseorang manusia merosakkan dirinya dengan mematikan alam hidupnya dengan membunuh diri? Adakah boleh dikatakan seseorang merubah dirinya ke arah negatif adalah sebagai orang yang baik dan normal? Sebagai contoh pelajar cemerlang, tiba-tiba merosakkan dirinya dengan melibatkan diri dengan dadah dan bersosial oleh kerana kecewa dalam alam percintaan atau cita-cita. Adakah pelajar itu orang yang dikatakan normal? Apakah maksud 'normal' yang sebenarnya? Cuba kita renung-renungkan, dan fikir-fikirkan."

Daripada teks ucapan Dr Fadzilah ini dapatlah kita ungkap dan simpulkan bahawa tindakan seperti Cikgu Shida itu adalah tidak normal. Jika normal, dia tidak akan buat perkara yang memalukan dan menjatuhkan maruah diri di dalam internet yang boleh ditonton oleh jutaaan penonton yang tidak mengira usia, pangkat, kaum, bangsa, dan agama. Sedangkan Cikgu Shima itu adalah seorang cikgu, wanita, muslimat Islam (orang Islam), berbangsa Melayu, orang Malaysia! Terus terang aku berkata tentang ekspresi tatkala pertama kali aku lihat video Cikgu Shida ini, aku malu tengok dia seperti itu! Macam badut!

Terlebih dahulu aku ingin meminta maaf di atas ekspresi aku itu. Entahlah. Itu yang terlintas di dalam benakku. Macam badut. Ya Allah. Tidak malukah dia? Yang aku hairan, ramai pula yang suka dengan video cikgu itu. Sampaikan meminta-minta Cikgu Shida membuat lagi video 'tidak normalnya' itu.

Sekelumit di dalam hati, terdetik juga rasa kasihan dengan Cikgu Shida ini. Ini adalah kerana seperti tiada orang yang rapat dan dekat dengannya yang boleh membimbing dia ke arah jalan yang baik dan yang paling penting ke arah menjadi wanita yang normal.

Tulisan aku kali ini bukanlah mahu menjatuhkan maruah dan diri Cikgu Shida. Cuma jadikanlah kes Cikgu Shida ini sebagai pengajaran buat kita. Putus cinta, putus tunang, atau bercerai-berai macam mana sekalipun, perlulah dekatkan diri dengan Allah swt. Harapkan hidayah dari-Nya. Berdoa dan zikir kepada-Nya. Sesungguhnya, hanya pada Dialah kita patut berserah. Tidak perlulah kita mengubah diri kita yang 'normal' ini kepada tindakan yang 'tidak normal' semata-mata ujian berat yang diturunkan oleh Allah swt untuk kita. Bukannya dekatkan diri kepada segala bentuk 'hiburan' yang ada di internet.

Jika aku kata Cikgu Shida 'populariti murahan' sekalipun, memang terang-terangan di mata kasar dan dengan logiknya adalah ya. Seperti yang aku katakan tadi, Cikgu Shida meraih simpati dari penonton dan 'kawan-kawannya' di ruang internet. Namun, apa faedahnya?

Di bawah ini aku petik dari Facebook Cikgu Shida. Ada yang mengutuk, dan ada juga yang menyokong.

Yang menyokong.




Yang mengutuk.





Apa-apa pun pandangan aku atau pandangan orang lain, kita perlu jadi diri sendiri dan berpijak pada bumi yang nyata. Be yourself, kata orang putih. TAPI.. biar normal!

Jadilah wanita yang NORMAL, Cikgu Shida!

Maybe you are a teacher among student, but better be like a student than be like a stupid you!


PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
23 Comments


23 Orang Kentut Madu:

ceksumolek's said... [Reply]

terbaek entry nih!! ^^

GadisKasutConverse said... [Reply]

kalau btl dia buat sume tu kerana pts tunang..sgt2 kesian pada dia.kalau iktkan hati..mati.kalau ikt rasa..binasalah kerjaya dia as a cikgu.

suzie rahman said... [Reply]

erm..kisah cikgu shida tekanan sbb tu jd mcm tu dh tersebar luas.per pon kiter xptut kutuk dier.mslh dier. kiter xtaw.klu kna tang btg hidung kiter xtaw cne kite nk hadapi.silap2 bunuh diri,untung g jd cm cikgu shida...

MaizaC'Joe said... [Reply]

Salam

entah la.. hanya kerana putus tunang di buat mcm tu.. memang la frust tapi ada banyak cara lagi.. dia sudah salah pilih jalan.. maaf, Maiza tak suka dan agak malu bila menonton di fb jg mana2 sj..

♪ cik katak ♪ said... [Reply]

hurmphhh.. kadang2 tak suka sgt tgk vc dia..
sbb macam over and dia tu kan cikgu.. so cam tak patot.~

lalink7 said... [Reply]

a'ah dah tau 2ari lepas..kesian diaa...

widydib said... [Reply]

manusia boleh berkata ape saje bile yg terkena bukan batang hidung sendiri. mmg betul cikgu shida adalah tidak normal..manusia yg normal tidak akan berbuat sedemikian. cikgu shida perlukan bimbingan dan bantuan org sekeliling dia utk kembali normal dan sedar. pengalaman memberi pengajaran...

dayah said... [Reply]

aku rasa cikgo camni kena pegi kaunseling la, istighfar bnyak2. jgn lah aduka pulak terikut2 nk miming sudda :P

Aduka said... [Reply]

terima kasih sbb komen anda semua.. mmg mudah nak kata dan tunjuk apa kesilapan dan keburukan org.. diigtkan sekali lg di sini, entry aku bukan nak hina sape2.. itu hak die.. cuma nak tonjol di sini mana satu yg patut dan x patut.. normal dan x normal.. aku tidak mngutuk.. kalu mengutuk, lama dah aku join kelab di facebook yg mengutuk cikgu shida ni.. lapangkan hati, bukakan minda.. byk lg kerja amal yg baik2 perlu seorang cikgu tu buat dari buat kerja 'badut' macam ni.. malu sikit pada yg bawah umur asyik tergelak2 tgk cikgu ni.. dia ni cikgu.. spatutnya tunjuk contoh yg baik bkn tunjuk cikgu as badut..

Que said... [Reply]

i like most of her videos..the way she dressed up n edit the video is awesome!!

Latest entri 1 Malaysia 1 Ummah - Salam Maal Hijrah 1432H

wfhsln said... [Reply]

"Maybe you are a teacher among student, but better be like a student than be like a stupid you!"

ayat ni daripada pemerhatian aku adalah sangat tidak wajar dan kejam.

eikieyn said... [Reply]

honestly, kin enjoy je tgk video2 cikgu shida..hilang stress kejap..tp tak terpk plak kenape dea come out dgn video2 camtu. ape2 pon, jgn la sbb kan hal putus tunang, buat dea sampai camtu..

Aduka said... [Reply]

@eikieyn
die pompuan.. bknnye laki.. ada batas2an yg perlu dia sedar sblom die buat video2 camtuh..
=)

Mr.TN_SkY said... [Reply]

agak pedas..but SkY sokong ur statement..adab dan tatasusila mesti dijaga..=_=..bukan mengonokong atua menafikan hak beliau..tapi dgn memakai pakaian seperti lelaki, dan mmbuat mimik muka yang pelbagai..sudah ilangkah kesopanan? sdgkan dia seorang guru.....

JELAS SAHABAT BUKAN SEBARANG SAHABAT, SAYANG SEMUA

Noridah said... [Reply]

cikgu shida kat TV9 malam ni jam 8.30 malam dalam program "Ape Saje FBI"

[sutera kasih] said... [Reply]

sblum ni penah nmpk org dok post2 vid dia kt fb..tp xprnh plak terfikir nk tgk..skrg baru tgk..hmmm kesian..

Nad said... [Reply]

kalau tengok dr perspektif hiburan, dia kreatif. pandai jugak menjayakan watak.

kalau tengok dr perspektif kerjaya dia sbg guru, mmg rasa macam tak patut. jgn smpi cikgu kencing berdiri anak murid kencing belari.

terpulang pada dr sudut mana orang yg menilai..

ms_panda said... [Reply]

lor org lain pon ada yg ptus tunang, bercerai berai siap janda anak lime,etc, sedih jugak tp takde plak wat keje tak berpaedah gini.apape pun kembali pd Allah.tu je.cinta pd tunang tu sementara,cinta pd Allah tu yg hakiki.jd bila wat benda tak normal sbb putus tunang, mmg tak berbaloi

fedo said... [Reply]

terlebih kretif kot... inovatif luar norma hidup dah kot...

duitemas said... [Reply]

ada sesape ingin berkenalan? all the best untuk cikgu.

Nurul Ashikin said... [Reply]

agaknya dia dapat kepuasan

Anonymous said... [Reply]

brinkka2011 says: Bravo, your opinion is useful

Bunda_nora said... [Reply]

kita tak tahu sangat apa yg berlaku dalam kehidupan sebenar dia..apa yang dirasanya , kadang2 apa yg terserlah diluaran itu tdk seperti yg dalaman, cuma yg empunya diri saja yg merasa dan memahaminya..mungkin itu cara dia untuk meluah rasa mana tahu..

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger