Ads: (Please Click!)
Showing posts with label computer. Show all posts
Showing posts with label computer. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

Percaya Atau Tidak? Sekarang Main Game Dengan Mata Pun Boleh!


Salam Ramadhan.

Kihkihkih. Macam tak logik je bunyinya kan? Main game dengan mata. Biasanya orang main dengan tangan. Jari aje yang control. Tapi tak mustahil la kan. Sekarang ni zaman serba canggih. Yang tak logik jadi logik. Yang pelik jadi 'kegemaran' ramai. Siap ada peminat dia lagi. Kihkihkih.

READ MORE / LESS >>

Kecanggihan kini membawa peradaban manusia maju bertapak-tapak dengan penyelidikan demi penyelidikan oleh para saintis dan pelajar untuk kesenangan manusia sejagat. Percaya atau tidak, selepas ni korang tak perlu lagi bermain game dengan menggunakan jari dan tangan. Guna mata aje beb! Hatta korang sedang baring sekali pun masih boleh layan game.

"Ye ke? Macam tak logik jeee.."

Korang tak percaya? Nah, korang tengok la sendiri video ni.



Hahahaha! Kelakar la plak.

Orang putih ni macam-macam la dia punya reka. Kreatif! Serius kreatif beb. Walaupun aku nampak masih banyak kelemahan, namun ia tidak ralat sebenarnya. Sebabnya, teknologi ni mungkin boleh berkembang. Kalau tak relevan pada game, mungkin relevan dari segi ketenteraan ke teknologi elektronik dan perkomputeran ke.

Kot la pasni korang nak taip surat kat laptop pakai mata je ke. Mana kita nak tau kan? Kahkahkah. Leh bayangkan tak camne korang punya mata gerak-gerak nak taip surat. Mau juling-juling mata korang.

Saturday, August 13, 2011

Sewa Storan Server 80MB Dengan Harga USD 12,000??!!

Salam.


Hah?! Sewa ruang server 80MB dengan harga USD 12,000?! Bapak mahal giler! Betul ke ni beb?!

Jom gelak dulu.

Hahaha.

READ MORE / LESS >>

Kalau kita hidup zaman sekarang memang la terkezut dengar sewa disk space 80MB cecah USD 12k. Sedangkan Google bagi 10GB untuk storan emel. Free! Rileeekkkssss je beb. Ini... 80MB??? Haha. Memang tak logik sangat la kan? Dah tentu kita fikir, syarikat mana la yang bagi servis mahal gedabak gini. Pasti lingkup beb. Sebab takde customer! Haha.

Memang. Itu kalau dikira sekarang. Macam mana kalau tawaran ini dibuat pada beberapa abad tahun yang lalu? Adakah ia logik harga penyewaan semahal begitu rupa?

Jawapan; ya! Logik!

Ini buktinya.


Hadoi. Ni bila punya flyer ni?

Untuk pengetahuan korang, ini flyer atau makalah semuka di ambil pada tahun 1977, yang bertajuk "System Industries: 80MB for under $12,000".

Amacam? Percaya? Believe it or not?

Hei, jangan kata korang. Aku pun belum lahir lagi semasa makalah ni dikeluarkan tau. Haha.

Cuba la korang convert kepada matawang Malaysia. Korang mampu ke sewa disk space diorang tuh? Kalau ia realitinya sekarang, jangan kata namablogkorang[dot]com la weh. Nak ber-mukabuku[dot]com pun korang takut! Haha.
 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger