Ads: (Please Click!)
Showing posts with label art. Show all posts
Showing posts with label art. Show all posts

Thursday, May 20, 2010

Cot Dan Tam: Hantu Gua (Episod Sekuel)

Al-kisah kehidupan Cot dan Tam sebelum mereka tiba dari Parsi ke Malaysia. Dua keturunan makhluk comel kesayangan Nabi keluar merantau sekitar buana.

Cot dan Tam telah merantau dari negara Parsi untuk menuju ke wilayah Asia untuk menimba pengalaman. Mereka bersatupadu dan bekerjasama dalam perjalanan yang mereka anggarkan jauh berbanding kebiasaan, yang hanya dalam pekan dan lorong-lorong gelap sahaja.

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

Ditakdirkan pada belum pun sampai suku perjalanan, mereka telah tersesat hingga ke padang pasir. Suhu padang pasir yang hampir mencecah 50 darjah celcius, yang bisa membuatkan kulit-kulit lembu dan sapi menggelupas, yang bisa membuatkan cicak dan biawak pasir bersembunyi di sebalik batu. Cot dan Tam merasa amat terdesak tatkala mereka merasa kedahagaan dan kepanasan tahap melampau.

Mereka perlu mencari tempat untuk berehat dan berteduh. Setelah beberapa batu perjalanan, mereka terjumpalah sebuah gua yang sederhana besar.

"Apa kata kita berteduh dulu, Tam?" pelawa Cot.

"Bagus juga. Memang nak sangat. Panas ni," kata Tam.

"Api neraka lagi panas, Tam!"

"Jangan risau. Kita binatang. Gerenti masuk syurga. Haha."

Tanpa berlengah lagi, mereka terus saja memasuki mulut gua yang sedia ternganga sergam. Suasana gua yang suram dan berbau itu agak mengerikan mereka. Masakan tidak, itulah kali pertama Cot dan Tam menjelajah ke dalam dunia gua.

"Aku takutlah, Cot," adu Tam. Badannya menggeletar tatkala sesekali tiupan angin memasuki celahan gua dan menghasilkan seolah-olah bunyi suara orang mengilai.

"Apa nak takut. Inikan gua. Mana ada apa-apa kecuali kita berdua," pujuk Cot kepada Tam. Dalam ketakutan itu, tiba-tiba mereka disergah oleh satu makhluk yang agak pelik dan menjijikkan. Mukanya pula hodoh dan menakutkan.

"Apa tu?!" tempik Cot dan Tam serentak. Mereka betul-betul terkejut dan seribu satu hairan dengan makhluk yang dilihatnya. Makhluk itu berbadan kenyal dan lembik. Berbau busuk juga. Badan yang berlendir-lendir menggelikan tekak Cot dan Tam. Binatangkah itu?

"Hantu gua!" tempik Tam.

Makhluk pelik itu bersuara nyaring tapi garau. Suaranya yang bergema di dalam gua menggigilkan Cot dan Tam. Makhluk itu dengan perlahan menyergah dan mendekati Cot dan Tam. Cot dan Tam yang ketakutan membuat keputusan untuk lari.

Difikiran Cot, alangkah malangnya dia dan kawannya, Tam, dikejar makhluk pelik itu. Ligat berputar dibenaknya, bagaimana mahu melepaskan diri dari makhluk aneh - si hantu gua itu. Jika mahu keluar terus dari gua, lagilah malang. Panas terik diluar bakal menamatkan riwayat mereka. Tiada air, mereka bakal mati kehausan dan juga kelaparan.

Sedang mereka lari dari hantu gua itu, Cot telah mendapat satu akal. Walaupun bahaya, risiko terpaksa diambil. Cot pun berbisik kepada Tam akan strategi yang akan digunakan. Tam mendengar dengan khusyuk dan mengangguk-anggukkan kepala. Sudah selesai Cot menceritakan strategi kepada Tam, mereka ketawa kecil.

"Aku rasa idea kau ni bernas, Cot. Tentu hantu tu lari. Kalau tak pun, tentu kiok (mati)!" kata Tam seraya ketawa.

Hantu gua kian menghampiri Cot dan Tam. Namun mereka tidak berganjak. Mereka sengaja menanti hantu gua itu menghampiri mereka. Dalam beberapa meter hantu gua itu mendekati, mereka memalingkan badan mereka dengan membelakangi hantu gua itu. Cot dan Tam mengangkat ekor mereka masing-masing. Dihalanya buntut mereka ke arah hantu gua yang sedang menerkam ke arah mereka itu.

"Ready, Tam?" soal Cot.

"Yes, sir!" balas Tam.

Tanpa belas ehsan kasihan, mereka melancarkan satu roket semulajadi.

"Ppprrrrrrrrrooooooooooooooooooooottttttttttttt..!!!"

Bunyi kentut Cot dan Tam bergema dan bergegar di segelinap pelusuk perut gua itu. Mereka ketawa serentak melihat hantu gua itu seakan terkejut. Hantu gua itu mula lemah longlai dan berwajah kebiruan. Mereka tergelak tidak henti-henti.

"Busuk tak, wahai hantu gua?" soal Tam sambil ketawa berdekah-dekah.

"Kita bau tak apa. Ini kentut kita. Bisa hidu baunya, maka sudah kebiasaan," tingkah Cot pula. Mereka ketawa lagi.

Hantu gua itu terjelepok di tanah gua yang lembab itu. Akhirnya, hantu gua itu mati di situ juga.

"Malangnya nasib kau, hantu gua," kata Tam, memerli.
Kesudahannya, Cot dan Tam dapat menghuni gua itu dengan aman sekali tanpa diganggu dan dikacau oleh hantu gua dan makhluk-makhluk lain. Bahkan, kentut Cot dan Tam akan turut membunuh jika ada makhluk lain pun di dalamnya.

Tamat.

Episod Cot dan Tam yang lepas:
Cot Dan Tam: Rezeki!
Jom singgah juga blog Dayah. Kartun watak Cot dan Tam adalah originaliti idea dari beliau. Beliau berhak mendapat penghargaan juga. :)

Friday, January 30, 2009

Koleksi Cerita Paranormal (Part 4)

Semua cerita2 yang diceritakan BUKANLAH dari pengalaman aku sendiri.. Sebaliknya, adalah daripada pengalaman kawan2 forumer aku dulu.. TIADA LANGSUNG PROSES PENGUBAHSUAIAN CERITA / PENULISAN! Original.. So, kalu macam ada ape2 persoalan ke ape ke, jgn tanya aku.. Sblom baca cerita2 paranormal (hantu) kat post ni, pastikan anda:
  • Tidak membaca pada waktu lewat malam
  • Tidak membaca ketika anda keseorangan
  • Tidak membaca di dalam suasana kegelapan / kesamaran
  • Kuat semangat dan berani
  • Tidak mempercayainya 100%
  • Tidak memperingati jalan ceritanya
* * * * * * * * * *

CERITA PERTAMA
Pengalaman :
hepy
Tarikh : tahun 20002
Lokasi : Asrama
Masa : tengah malam

1st time aku tinggal kat hostel, aku duk 4 org dlm dorm (mmg 4 katil je). kwsn skolah kitorg msh baru.kitorg batch 1st yg duk blaja kat skola tu. biasalah kalau tmpt baru mesti ada je benda xkena. tmbh lagi tapak skola aku tu tanah paya timbus.

sorg roomate aku slalu lepak kt blk member dia. kebetulan plak member dia duk 3 org je dlm dorm, so dia slalu la tido kt sana. dia tido kt dorm aku bila ada spotcheck je. tp baju2 dia smpn dlm loker dia ler, so mmg katil dia slalu kosong ler (katil aku ngan katil dia bdepan. pastu ada loker kt tgh2 yg pisahkn dgn katil sblh-untuk privasi)

mula2 tu aku xrasa apa2.kalau sekadar tarik selimut tu aku buat dono je sbb aku ingatkn roomate aku saje nk sakat aku. kekadang masa aku duk atas katil aku rasa cam ada yg dok perhati tp aku anggap mainan perasan je. smpi satu tahap benda tu tunjukkan diri dia kat aku. kalau 1 je xpe.ini smpi 3 'org'. siap gelak kt aku lg.

ada 1 mlm tu aku rasa penat sgt.byk aktvt waktu siangnya.aku balik dorm nk dekat2 11mlm. lps mandi je aku terus landing atas katil. xhbs pun aku baca doa tido aku dh tlelap. pastu tetiba je selimut aku kena tarik.trus aku tjaga. pastu aku baca doa balik.xhbs baca gak,terus tlelap. pastu benda tu main ngan jari kaki aku n siap geletek lagi.pastu aku tjaga n baca doa lg tp xhbs baca gak. perkara ini berulang2 5-6 kali. pastu kali ke-6 benda tu kacau aku, dia siap tunjuk muka lagi. antara jaga ngan tido aku nmpk 3 'org' lelaki tgh gelak sakan kat aku. siap perli lagi "tak hbs baca doa ye". pastu tiga2 pakat gelak kt aku. masa tu aku xrasa takut langsung. geram ada la.rasa cam nak sekeh je kepala sekor2. aku bangun n duk atas katil pastu aku terus sound benda tu "jgn kacau aku boleh tak! nak tido pun xsenang". benda tu bukan nk blah. tmbh gelak kat aku ada ler. aku trus baca doa tido smpi abis. w/pun nk tlelap tp aku lwn. pastu aku baring n trus tetido smpi pagi.

esoknya roomate aku ckp kt aku "semalam ko ngigau.siap marah2 lg..ko marah kat sape?" aku diam je.mls aku nk cite. aku penah cite kat dorg tp dorg xpecaya sbb dorg xpenah kena.

bukan skali dua aku kena, tp byk kali. plg teruk aku kena time exam. smpi kepala aku benjol benda tu ketuk ngan kad manila yg aku smpn dlm loker padahal loker aku tkunci masa tu. esoknya aku cite ngan roomate aku. memula dorg xpecaya tp pas aku tunjuk benjol kt kepala aku trus dorg diam. nasib baik ada sorg kwn aku tu dia pecaya sbb dia pun byk kali kena. mlm tu juga kitorg baca yasin dlm blk.pastu tabur air garam kat setiap penjuru blk. alhamdullilah, lps tu gangguan berkurangan.tp kekadang ada gak yg nakal main tarik2 selimut n geletek kaki aku.yg tunjuk muka pun ada tp nasib baik muka dia ok.kalu dia tunjuk muka menakutkan mau pengsan aku..hehe.

rupa2nya kat kwsn blakang blok asrama aku tu ada perkampungan bunian (warden aku ckp la).yg aku pelik kenapa aku je? kenapa roomate aku xkena padahal kitorg duk 1 blk? kofius2. tp aku perasan stp kali katil roomate aku tu kosong mesti aku kena ganggu.

wallahu'alam..


CERITA KEDUA
Pengalaman :
rastaf
Tarikh : Mac 2008
Lokasi : rumah flat
Masa : 2 - 3 am

macam ni...tengah aku layan NFS underground...tetiba aku terdengar anjing reramai menyalak..bukan main bising..aku aper lagi kuat kan sound game aku...pastu selang beberape minit..makin dekat pulak salakan anjing2 tu...aku dah bengang tahap MR.BEAN...nak jer aku buat cam Mr.bean halau anjing tu...aku pun jenguk tingkap aku tenguk bawah...tenguk anjing tu macam kejar something...ke hulu ke hilir..banyak plak tu..macam ade gath plak dorang ni..aku pon dah tak amik port pasal game aku...yela nak tau aper yang anjing bebanyak tu kejar..kot penchurik ker perogol ker kucing ker...tengah aku layan terjeguk2 mencari anjing2 tu kejar ape ntah...tetiba mata aku terpandang sesuatu melintas... benda putih terbang sekilas macam layang-layang....ke flat sebelah rumah aku...diikuti oleh anjing-anjing ni...yang kalau aku ingat anjing2 ni bleh panjat dinding dah tentu jadik spiderjing punyer..memula aku ingat layang2 pastu...aku fikir balik..sapa plak main lelayang memalam ni..siap keliling flat...then aku terus teringat balik rupa benda putih tu macam kain...takkan lelayang kot...pastu anjing-anjing tu pun senyap...kurang lima minit pastu...anjing tu bising lagi...tapi kali ni bebetul kat depan pintu rumah aku tingkat empat ni...perg..mengelabah taik aku...aku pun terus off switch pc...carik selimut tido...yang jadik suwey tu...aku terasa macam ade sumting jer kat kat cermin tingkap aku...aku pun rase nak selak jer langsir tingkap aku...tapi bila aku dah mula bayang memacam ape yang akan jadi biler aku selak langsing tu...maka kat dalam hati kata "ahh..esok pagi je la selak langsir tu"...


CERITA KETIGA
Pengalaman :
Kilulu
Tarikh : 1994 / 1995
Lokasi : Pasar malam Keramat
Masa : 11 pm

Masa tu aku ngan kengkawan syoklah bermain kat TNB ni. Tapi kawasan tu gelap-gelap. Blakang pasar malam. Dekat-dekat situ ada satu roundabout jalan kaki. Masya-Allah, gelap gila! Pastu ada pndok lama ngan perigi lama. Pokok besar takyah cakap, berlambak. Paling besar sebelah perigi tua tu. Orang yang dok kat sana tak berani merayau kecuali diorang sume nak 'berasap' ataupun 'hisap'..

Tengahlah aku, adik aku and da geng syok bermain, datanglah satu lagi geng ni yakni dari dulu memang musuh kitorang. Kitorang bertengkar mulut ramai-ramai jap. Biasalah kan, budak-budak. Aku boleh kira leaderlah kat situ pasal aku paling tua and agak kasar walaupun perempuan. Sekali tu ketua pada geng musuh kitorang ngadap muka aku sambil cakap, "Kalau kau terel sangat, aku cabar kau lalu roundabout tu sorang-sorang!" Semua orang terdiam. Termasuklah aku. Tapi aku jenis pantang dicabar, serius. Dengan berani@bodohnya aku cakap OK! Selangkah demi selangkah, aku jalan menuju ke sana. Mulut aku tak berhenti-henti kumat-kamit baca ayat-ayat yang patut. Rasa cam jantung aku nak tercabut kat situ. Dahlah gelap! Semua orang tengok dari jauh je lah. Sampailah aku kat pondok and perigi lama tu.

OIT! Tiba-tiba aku ter-stop! Masya-Allah, punyalah aku tergamam! Aku pandang kat sebatang pokok besar sebelah pondok tu. Kat salah satu dahan pokok tu ada sorang minah ni bertenggek! Kain putih! Rambut panjang! Tutup muka dia. Dulu-dulu, bila aku tengok cerita hantu, aku suka marah watak yang kena terkam ngan hantu tu. "Janganlah tercegat je, lari larrgghhh!!!" Sekarang, baru aku paham. Time aku nampak, mulut aku yang dok kumat-kamit ter-stop. Badan aku kaku macam lumpuh! Hati aku asyik berpikir, "Dia ni hantu ke manusia, hantu ke manusia. Hantu ke manusia.." Banyak kali! Boleh kata 5 minit! Sebab aku ingatkan diorang saja dok pokok tu takutkan aku. Tapi bila pikir balik, sape yang nak bertenggek kat situ?! Lepas kaku lama gila, dalam hati aku menjerit, "Hannttuuuuuu!!!!!!~~~" Dengan berbekalkan semangat yang tinggal sikit, aku berlari sekuat hati dan berharap, minah tu tak terbang tangkap aku! Nak toleh? Kirim salam! Boleh mati ooo...

Dah dekat ngan geng-geng kat situ, aku jerit kat diorang, "Hantuuu!!! Lariii!!!!" Apa lagi? Semua lari lintang-pukang tak cukup tanah sambil menjerit-jerit. Aku takut, terus pergi kat mak aku menangis. Mak aku cuma leh cakap, "Padan muka. Pergi lagi." Ceh, hampeh..

Apapun, itulah kali pertama aku nampak hantu depan bijik mata aku. Nasib baiklah dia tak tangkap aku, Alhamdulillah...


End of Part 4
[To be continue...]

From 3D to 2D

Creative and coolest pics.. Check this out!













Thursday, December 11, 2008

Karangan Budak SPM

Repost:




Hakhakhakhakhakhak..!

Tuesday, November 18, 2008

Koleksi Paranormal (Part 3)

Salam all bloggers..

Tiga lagi cerita dari koleksi aku.. Mlm ni aku try login dlm forum2 lama aku dulu tp byk plak forum aku lupa password.. Yg bleh 2 aje.. Tu pun sbb aku guna nick yg sama ngan email.. So, xleh nak login daaa.. Adess.. Nanti aku try request balik.. Then maybe part-part seterusnya memakan masa beberapa hari untuk di-publish..

Semua cerita2 yang diceritakan BUKANLAH dari pengalaman aku sendiri.. Sebaliknya, adalah daripada pengalaman kawan2 forumer aku dulu.. TIADA LANGSUNG PROSES PENGUBAHSUAIAN CERITA / PENULISAN! Original.. So, kalu macam ada ape2 persoalan ke ape ke, jgn tanya aku.. Sblom baca cerita2 paranormal (hantu) kat post ni, pastikan anda:
  • Tidak membaca pada waktu lewat malam
  • Tidak membaca ketika anda keseorangan
  • Tidak membaca di dalam suasana kegelapan / kesamaran
  • Kuat semangat dan berani
  • Tidak mempercayainya 100%
  • Tidak memperingati jalan ceritanya
* * * * * * * * * *

CERITA PERTAMA
Pengalaman :
violet_skyz
Tarikh : tahun 1998
Lokasi : Asrama
Masa : 1 - 5 am

mase tu aku form 1.mggu tu mmg menakutkan.mule2 mase kitorg prep,warden pnggil sume dak2 pmpuan kompol kat dwn mkn.diorg pesan mggu tu klu bleh jgn sapu dorm sbb diorg dah pnggil someone 'pagarkan' asrama kitorg.pstu tiap2 mlm kena bace yasin reramai.kitorg yg xtau pape ni angguk jela..balik prep je tgk dorm penuh ngan beras kunyit..mlm 1st n 2nd xde pape..tp mlm ke3 die dh start..dorm aku ujung skali..blakang ade 1 pokok jati beso bangat..klu mlm2 tgk pokok tu mmg scary gile..

mlm tu aku xkena, tp akak katil bwh sbelah katil aku..esk nyer die tnya mmbe sblah aku yg dok katil ats..smlm apsal tido ganas sgt smpai katil goyang2..smpai pg lak tu..membe aku xngaku.die ckp mane ade die tido ganas..klu ade pon xkan la dari tgh mlm smpai subuh non stop..tp citer tu kitorg xbwk keluar..abis dlm bilik jer..

ntah ape suwey mlm tu aku plak trjg dlm kol 1 lebih..sbbnyer aku ase katil aku plak yg goyang..hampeh tol..apsl la aku yg trpilih..!sumpah aku xbukak mate..mase tu selimut n bntal aku ntah ke mane.lantak lah.aku bace la al fatihah..surah 4 Qul..tp mase tu aku xhapal ayat kursi lg.tiap kali aku abis bace,die stop kjap pasti dlm 2 min lps tu goyang balik..goyangan die mmg sekata mcm kena dodoi gitew..mmg aku xleh tido smpai pg..benda tu stop bile aku dgr sayup2 azan subuh..esok cm bese aku tnya membe bwh pon die x ngaku n die xde pon rase katil kena goyang..stat dr tu la aku hapal ayat kursi...!


CERITA KEDUA
Pengalaman :
erfi (si rmbut afro! hahaha..)
Tarikh : tahun 2007
Lokasi : Bilik tido
Masa : 10 - 11 mlm

Ok.. cite die camni.. mmber aku mintak tlg aku.. die suh download sume lagu2 P.Ramlee utk bapak die... ok laa..aku pun download la hampir sume lagu2 P.Ramlee... pastu pas abis download sume lagu2 tuh.. kitorg pun lepak la smbil borak2..smbil dgr lagu tuh... then sampai satu lagu nih.. kitorg tetibe cam terdengar dgn penuh perhatian sbb bunyi lagu tu mmg aneh..suara P.Ramlee time tu cam lain sgt..cam bunyi lagu2 klasik dlm radio2 lame..mmg seram sgt...tapi aku lupe ape tajuk nama lagu tuh...

aku ckp la kat mmber aku tu aku rase cam tak sedap ati mlm tuh... die pun ckp..eleks laa..takde ape punye.. pastu pas setel2 burn lagu.. mmber aku tu pun chow... Tak lame kemudian aku pun ngantuk.. aku pun nk tdo laa.. aku off sume suis pc tu siap kat suis dinding... baru aku tdo..

Pastu tak lame pas aku tdo.. aku cam terjaga...aku terjaga sbb aku rase pc aku cam tgh on... haa..time ni yg seram nih.. aku tgk kat PC aku.. tgh terpasang winamp.. dengan tgh play lagu P.RAMLEE YG SERAM TADI TU!!!! aku pun cuak laa... ape lagi.. mlm tu gak aku trus format pc aku!!! isk..gile ahh aku tak bole lupe siot benda tu..


CERITA KETIGA
Pengalaman :
Anuar
Tarikh : tahun 1996
Lokasi : Area rumah
Masa : Siang n mlm

Aku ni dulu balik sekolah hari2 lmbt sebab sekolah jauh, dah tu aku plak org terakhir yang bas sekolah hantar. Bas sekolah tu pun bukannya antar smpi depan umah. Selalunya mak atau ayah aku tggu amik aku.

Biasanye aku jarang minta org tua aku tggu sebab tmpt tu agak gelap, risau keselamatan diorg lgpn jauh gak 25min dari umah aku maklumlah kwsn kg.

Nak dipendekkan cite aku pun jalan kaki balik time tu kul 8:30 mlm, masa nak balik aku akn lalu kt kwsn umah banglo besar2 milik kerabat Diraja Selangor.

Smpi kt sbuah umah banglo ni aku nmpak ramai org & van jenazah. Ade orang meninggal dunia la tu tpi aku trus jln je smbil sedekah Al-Fatihah.

Smpi umah.. xde elektrik plak..

So mlm tu bgelap...

Di sebalik mlm tu aku rasa lain sikit, rasa ada yang memandang, ikut aku.

Time nak masuk bilik.. btul2 dpan aku.. ada satu mahluk Allah berjubah putih & tinggi (aku kna dongak utk lihat wajah dia). Mcm org alim, memakai kopiah putih, berjanggut,di tgnnya ada tasbih yg sentiasa bergerak seolah dia sdg berzikir tanpa henti. Wajah dia tak menakutkan sebaliknya aman dan tenteram. Dari keliling tubuhnya keluar cahaya putih begitu juga bila dia tersenyum terdapat cahaya dari senyumannya.

Tapi sebab ini 1st time aku bdepan face to face dgn perkara2 mcm ni terus aku demam.

Mahluk Allah tu tak mengacau aku sebaliknya bnyk mengingatkan aku pada Allah.

Ada satu ketika aku sedang duduk2 di ruang tamu & tertidur2 ayam,masa tu Asar atau Maghrib dah nak masuk waktu. Tiba-tiba dia muncul kt sebelah kerusi yang aku duduk smbil melihat aku (tgn kanan dia masih membilang tasbih) sambil bercakap "Dah masuk waktu solat (Asar/Maghrib) ni"

Terus aku tersentak tanpa bnyk fikir terus amik wudhu dan ke surau.

Lame jgk dia berada di samping aku hingga satu tahap aku tak boleh tahan aku dmam teruk. Bile bwk g berubat, pakcik tu soal aku mcm2 & akhirnya kesimpulan mahluk Allah yang ikut aku tu kepunyaan kerabat Diraja Selangor yang ikut aku balik time aku lalu dpn umah tu.

Lepas tu dia dah xde lagi. Aku xtau ape pakcik yang ubatkan aku tu buat.

Sesungguhnya ALLAH MAHA BESAR.

Sunday, November 16, 2008

Koleksi Cerita Paranormal (Part 2)

Salam all bloggers..

Tiga lagi cerita dari koleksi aku.. Semua cerita2 yang diceritakan BUKANLAH dari pengalaman aku sendiri.. Sebaliknya, adalah daripada pengalaman kawan2 forumer aku dulu.. TIADA LANGSUNG PROSES PENGUBAHSUAIAN CERITA / PENULISAN! Original.. So, kalu macam ada ape2 persoalan ke ape ke, jgn tanya aku.. Sblom baca cerita2 paranormal (hantu) kat post ni, pastikan anda:
  • Tidak membaca pada waktu lewat malam
  • Tidak membaca ketika anda keseorangan
  • Tidak membaca di dalam suasana kegelapan / kesamaran
  • Kuat semangat dan berani
  • Tidak mempercayainya 100%
  • Tidak memperingati jalan ceritanya
* * * * * * * * * *

CERITA PERTAMA
Pengalaman :
emy
Tarikh : tahun 2007
Lokasi : bilik tido
Masa : malam

masa sblm bulan poser kot..aku tido awal.. pastu tengah mlm terjaga..aku tgk semua dah tido sbb kat luar bilik2, ruang koridor semua gelap gelita.. so aku nak tido la balik..aku tutup la mata.. beberapa minit kemudian..aku terasa cam ada bende tarik selimut aku..aku pegang kemas..tp dia tarik gak... pastu aku lepaskan..aku tak bukak2 mata aku..takut giler..

sampai la esoknya aku bangun..aku tgk selimut aku kat ujung kaki.. yg tu tak tau la lepas kejadian tu aku tido buas atau bende tu tarik sampai situ..tp serius la..2,3 kali berlaku.. masa kejadian..mmg aku tak mampu nak buat apa2..aku tutup je mata..membiarkan..


CERITA KEDUA
Pengalaman :
emy
Tarikh : 80-an
Lokasi : ruang tamu rumah di kampung
Masa : tengahari

tgh tunggu mak aku siap masak...lapor nak makan... so dr dapur aku ke ruang tamu, baring atas kerusi/kusyen... mak aku kata karang dia panggil kalau siap masak. (masa tu aku kecik lagi..sekolah rendah)..

lama aku baring...takdek mak aku panggil..aku bgn pegi dapur...mak abh abg akak aku dh makan(tengah makan)...

dia orang kata : "panggil aku tak ada..."
aku kata : "aku baring je kat ruang tamu..."
akak aku kata : "dia carik aku sampai depan rumah...tak nampak aku..."

lalalalala...akak aku sebenarnya lalu betul2 depan kerusi aku baring...tepi kerusi tu pintu depan... akak aku langsung tak nampak aku...aku plak langsung tak nampak akak aku lalu... dan aku langsung tak dengar suara org panggil aku... rumah bukan besor pun...

jeng jeng jeng...sapa sorok aku time tu hah...


CERITA KETIGA
Pengalaman :
Azra
Tarikh : tahun 2002
Lokasi : rumah sewa di Shah Alam
Masa : tengah malam

Aku punye roommate sgt la penakut, kalau nak tido kene pegang tangan aku, baru die leh tido.Satu malam tu mase aku nak tido die tak balik lagi so aku pon tido.Tetibe tengah2 mlm tah pukul baper aku terjage, aku rase cam ade org peluk aku dr blkg dgn sangat kuat.

Aku ingat roommate aku yg penakut ni tp cam pelik x penah2 lak die peluk aku sampai camtu, selalu pegang tangan jek.Aku pon dok rasa2 la tgn die, eh apsal mcm tulang jek ni eventhough roommate ni mmg kurus kering tp takde la smpai rase tulang jek yg mcm aku tgh rase mase tu.. At the same time kat ujung kaki, aku nampak mcm ade 2 bayang itam, suare budak2 tgh gelak2..Yang peluk aku ni plak makin kuat sampai sempit dada aku..last2 aku tertido..esok pagi aku terjage kol 7.30 pagi, roommate aku tu baru balik...Aku tanye die dari mane, die cakap die tido umah member semalam, ni baru balik...Isk..


End of Part 2
[To be continue...]

Koleksi Cerita Paranormal (Part 1)

Salam all bloggers..

Kali ni aku post mende laen dari yg laen sikit.. Ntah camne malam ni aku rasa cam nak post je mende alah ni.. Koleksi ni aku simpan dari member2 forumers aku dulu.. Aku join forum macam2, cuma skrg aku dah kureng bergiat aktif.. Jarang sgt aku join.. Forum ape korg xyah la tanya.. Koleksi cerita2 ni aku post balik kat sini.. Mana la tau korg bosan2 baca blogpost aku yg ntah ape2.. Baek korg layan crita paranormal gak skali-skala xde la bosan sgt kan? Sblom tu, biar aku cerita sikit dari mana source cerita2 ni.. Semua cerita2 yang aku ceritakan nanti BUKANLAH dari pengalaman aku.. Sebaliknya, adalah daripada pengalaman forumer2 aku dulu.. TIADA LANGSUNG PROSES PENGUBAHSUAIAN CERITA / PENULISAN! Original.. So, kalu macam ada ape2 persoalan ke ape ke, jgn tanya aku.. Ok? Tapi satu je aku nasihatkan.. Sblom baca cerita2 paranormal (hantu) kat post ni, pastikan anda:
  • Tidak membaca pada waktu lewat malam
  • Tidak membaca ketika anda keseorangan
  • Tidak membaca di dalam suasana kegelapan / kesamaran
  • Kuat semangat dan berani
  • Tidak mempercayainya 100%
  • Tidak memperingati jalan ceritanya
Koleksi2 ni aku akan post secara berperingkat, yakni ada PART.. Setiap part aku akan post TIGA (3) cerita dlm SATU (1) post.. Ok? So.. Selamat terhibur..


* * * * * * * * * *

CERITA PERTAMA
Pengalaman :
sp3d2
Tarikh : tahun 2003
Lokasi : bilik tido
Masa : 2 pagi

malam tu aku tido sorang kat rumah aku. parents tak der kat umah. abang aku lepas subuh jer baru die balik. parents aku lak ader kat kampung.

malam tu yg aku igt, aku mmg tak leh tido. golek kanan golek kiri tak leh tido gak. mcm2 la aku terlintas kat pikiran aku. ntah camne, henset buruk aku tiba2 berbunyi. bile aku tgk no sape, cube korang teka kuar no sape?

kuar no tel rumah aku.....

aku tak angkat. aku biar jer. dalam beberapa saat jer aku dicall oleh no umah aku tu.

dalam hati, aku wat donno jer. aku sambung tido. mmg aku tak berani kuar bilik g tgk kat telefon tu ada sapa.

korang rasa sapa call aku mlm tu?. ni kisah benar ni. seyes aku tak tipu.


CERITA KEDUA
Pengalaman :
ninanano
Tarikh : tahun 2007
Lokasi : Highway Tangkak
Masa : 11 - 11.30 pm

masa tu aku tgh drive, nak balik kg..dalam kete cume ada aku, kakak aku n anak die umur belum cukup 2 tahun time tu..kakak aku n anak die tido kat seat sebelah...aku drive sorg2..sambil2 tu layan lagu kat radio...DJ pasang radio, aku pn nyanyi la pelan2, nak hilangkan ngantuk...

tgh nyanyi sorg2 tu, tetiba telinga kiri aku menangkap satu bunyi halus, aku perasan macam suara halus perempuan ikut sama nyanyi lagu yg DJ tgh mainkan..aku terdiam, aku tgk kiri, ingat kakak aku yg nyanyi..tp, mustahil, sebab die tgh tdo..anak die pn kecik lagi, mana reti nyanyi..lagi satu yg aku kata mustahil, kakak aku ni jenis tak suke dgr radio dalam kete, mana mungkin die pn nak nyanyi sama...

aku rasa pelik..sebab tak nak pikir bukan2..aku abaikan je suara yg aku dengar tu...aku pn teruskan memandu, sambil terus nyanyi2 kecil..tanpa disangka2, aku dgr lagi suara yg sama, sama2 menyanyikan lagu tu dgn aku....tak byk, dalam 2,3 baris je..tp mmg aku pasti, aku mmg dgr sayup2 suara tu kat telingat aku...kali ni aku tak berani nak mencabar, aku diam..aku terus tak nyanyi dah, sampai aku keluar highway..


CERITA KETIGA
Pengalaman :
ain07ik
Tarikh : tahun 2006
Lokasi : Kilang
Masa : Senja

Teman terpaksa lambat balik menunggu sorang customer dr KL yg lewat tiba dari masa yg dijanjikan. Sementara menunggu tu teman menghabiskan saki-baki kerja. Member lain semua dah balik. Hari pun belum gelap sangat (kira2 jam 6.30pm). Hati kecik tu terasa jugak takutnye bila berseorangan tapi teman kuatkan semangat dan tak layan sangat perasaan takut tu.

Teman terkejut bila member di kilang sebelah masuk secara tiba2 tanpa menyapa teman yg tengah buat koje ni. Tapi teman rasa lega, rupanya teman tak keseorangan waktu tu . Member teman tadi terus aje masuk tanpa menoleh kiri-kanan, terus mengambil plastik bungkusan pasu dan selepas itu berlalu pergi. Dia lalu betul2 depan teman dan sekujur tubuhnya dapat teman lihat. Macam manusia biasa. Teman terpinga-pinga melihat gelagat member tu. Dahlah ambil barang tak minta izin, teman pun langsung tak disapanye. Hati teman berbisik. Member tu pun berlalu pergi.

Tak lama lepas tu, teman tedengar bunyi enjin keta. Ingatkan customer dah sampai rupanye member tadi datang balik. Kali ni teman tak tunggu dan terus menyapanya :
"Ha!!! Apa pulak ko nak ambik lepas ni???" Secara bergurau.
Dia memandang teman dgn penuh kehairanan. Teman pun terdiam melihat aksi dia. Peh tu dia buka mulut:
"Aku nak pinjam ko punya plastik wrap. Aku punya dah abih. Esok aku ganti", katanya pada teman.
Teman jawab: "Tadi ko dah ambik. Baru kejab ni. Tak mintak izin pun."
Dia jawab: "Bila masa aku ambik, aku baru aje sampai. Ko ni gile ke apa???"

Baru teman teringat, masa yg mula2 member teman tiba tadi, memang teman tak dengar bunyi enjin kereta. Masyaallah! Teman terus balik tanpa menunggu lagi customer tu. Kami berdua terus ke kedai kopi. Lama juga masa teman ambil menceritakan kejadian tu pd member tadi, barulah dia percaya.


End of Part 1
[To Be Continue...]

Wednesday, June 18, 2008

Love Poem - The Art Of Heart (2007)

Originally Post on 22 May 2008

I always wish that I could grab the happiness from you,
Even the darkness and the silence makes us separated,
And I always think that I could take a chance,
To tell you how honest I am…

Although there are disturbing,
I’ll never lose how to find you,
Although it’s gonna be complicated,
I’ll try to make it differs,
Although in a thousand years,
I’ll still got to loving you,
Now my heart is beating just for you…

I’m in love with you,
And there is a crush in my heart,
All I want is only you,
To refill my soul and my arms,
With a held honesty and loyalty…

Oh I need you,
Please take me into your arms,
Please take my soul into your charm,
And please buried me deep inside your heart…

Every second I feel you,
And every minute I remember,
You always on my mind,
That I’ll be by your side,
Every day and every night,
To got you all the way…

Now I wish that I could grab the happiness from you,
Neither the darkness nor the silence makes us separated,
Because I think that I could take a chance,
To tell you how honest I am,
And to tell you that I love you…

(Forever)

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger