Tadi (semalam) aku terselak surat khabar online, The Star. Sudah lama sebenarnya tidak membaca surat khabar berbahasa Inggeris ini. Dahulu boleh dikatakan selalu. Sekarang tersangatlah kurang. Aku ada terbaca satu artikel menarik tentang kereta nasional, Waja. Proton in product collaboration with Mitsubishi. Kemudian, aku ke laman sesawang Innit Nuffnang. Lepak di sana sambil chatting dengan kawan-kawan di sana, dan membaca artikel-artikel menarik. Di sana pula aku terbaca satu lagi artikel tentang Proton Waja 2.0 yang baru. Eh, pelik. Kenapa aku tidak tahu fasal perkara ini? Khabarnya beberapa hari yang lepas, keluar di berita.
Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..
Lagi, aku mencari beberapa lagi bukti-bukti produksi bagi kereta nasional yang terbaru ini. Masuk ke laman Proton. Aku hampir give-up sebab laman sesawangnya agak berat. Cari punya cari, tapi tidak ketemui model terbaru tersebut hatta prototaip sekali pun. Mula bermain dalam benak aku, "Khabar anginkah ini? Kalau khabar angin, kenapa keluar berita di televisyen?"
Aku pernah 'tertipu' fasal kereta keluar Perodua dahulu. Iaitu prototaip yang hampir sama dengan Toyota Caldina. Tapi dua tahun lebih, tidak ada pun hasilnya. Khabar angin semata-mata! Adakah Waja 2.0 Lancer ini pun khabar angin?
Entahlah.
Aku tertarik sebabnya Proton membuat collaboration dengan Mitsubishi. Mahu tengok juga adakah enjinnya menggunakan teknologi Mitsubishi? Tanya orang, kata mereka; "Taklah! Enjin CamPro!"
Oh. Okey. Tiba-tiba tahap motivasi diri menurun.
Update!
Model ini yang didatangi dengan kod P390A (kod model) baru selesai menjalani fasa pengujian. Spesifikasi sebenar enjin akan diumumkan pada awal bulan hadapan. Perihal harga, Proton belum lagi mengeluarkan kenyataan harga sebenar model ini namun dijanjikan harganya kekal kompetitif.
Ini adalah satu klip yang aku ambil dari YouTube.