Ads: (Please Click!)
Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Friday, July 29, 2011

Bila Aku Membebel : "Perempuan Gampang! Lelaki Celaka!"

Salam.

Dah banyak sangat perkara ni berlaku di kalangan remaja kita. Tak kisah la umur berapa pun. Yang pentingnya lelaki atau perempuan yang belum kahwin. Specifically yang tengah hangat bercinta. Biasanya di kalangan remaja la. Bagi aku, remaja yang 'kurang cerdik' pemikirannya. Kenapa aku kata 'kurang cerdik' pemikirannya? Yalah. Kalau 'terlalu cerdik', tak akan buat statement atau pengakuan yang bodoh atau yang tak boleh diterima dek akal.


READ MORE / LESS >>

Menyalahkan takdir.

"Semua LELAKI dalam dunia ni sama je! Tak boleh dipercayai langsung! Macam GAMPANG!" (STATEMENT PEREMPUAN)

"Perempuan HIPOKRIT! JALANG! Pegi mampus la! Kalau takde perempuan, aku pun boleh hidup la!" (STATEMENT LELAKI)

Hamboi hamboi hamboi.. Senang sungguh lidah berkata-kata. Mudah sungguh mulut memancul ayat-ayat. Aku bukan mahu menyebelahi mana-mana pihak. Tapi, aku mahu bercakap tentang apa yang dinamakan TAKDIR dan UJIAN dalam hidup.

Nak kata aku berpengalaman dalam bersosial ni, takde la banyak sangat. Tapi ada la sikit-sikit. Aku bercakap atas dasar apa yang aku rasakan betul. Nak setuju atau tidak, terserah. Lain orang, lain persepsi dan pendapat.

Mereka-mereka yang keluar statement begini overall-nya dari remaja lelaki dan perempuan yang kecundang dalam CINTA! Selebihnya mungkin dari perbalahan sesama rakan rapat, masalah kekeluargaan, dan penghukuman membuta tuli. Eh, apa maksud penghukuman membuta tuli plak ni? Heh. Maksud aku, sesuatu statement tu keluar dengan meihat orang lain menderita akibat dikhianati. Lantas terus menghukum seseorang tanpa usul periksa.

Takyah cakap la. Memang banyak berlaku sekarang. Bila gaduh, mula la cakap LELAKI GAMPANG. PEREMPUAN CELAKA. Walhal, diri sendiri lebih CELAKA dan GAMPANG dari apa yang dituduhnya.

Aku bukan mahu beremosi di sini. Cuma aku mahu menegaskan bahawa, kalau marah sekalipun kepada pasangan, tak perlulah sampai menghukum sesuatu kaum pasangan itu sepenuhnya. Contohnya, aku lelaki. Sampai suatu masa aku gaduh besar dengan awek aku yang membuatkan hubungan jadi renggang. Lantas aku kata, "Perempuan semuanya sama! Perangai cam CELAKA!"

Woi, takyah la cakap macam tu. Kalau perempuan ni sama, kata-kata kau tu boleh tuju kepada mak kau, kakak kau, adik perempuan kau, sepupu perempuan kau, anak saudara perempuan kau, malah nenek dan moyang-moyang perempuan kau sekali!

Dari sudut agama plak aku nak cakap. Ini semuanya takdir dan ujian dari Allah swt. Buat apa kita nak merungut? Buat apa kita nak memaki hamun? Kalau diikutkan marah, terbalikkan gunung pun belum tentu kita boleh redakan marah. Ingatlah bahawa amarah adalah sebahagian dari bunga-bunga api neraka. Malah dengan amarah jugalah syaitan mampu menghasut manusia untuk bertindak di luar batasan agama.

Ya, memang tidak disangkal lagi bahawa kecewa dengan sikap pasangan dan kecewa dalam percintaan ni memang perit. Namun, ia bergantung kepada tahap otak kita berfikir dan tahap kematangan kita untuk menghadapi masalah tersebut. Walau bagaimanapun, segelintir remaja ini biasanya mengambil tindakan yang sangat bodoh. Contohnya; bunuh diri, menyerang pasangan dengan senjata atau tanpa senjata yang boleh menyebabkan kecederaan, dera, serangan seksual, dan sebagainya. Lihat saja di dada-dada akhbar. Lihat saja rekod-rekod dan statistik permasalahan remaja sekarang. Apa sudah jadi?

Ayat "Lelaki/Perempuan semuanya SAMA" tu la yang tidak boleh diterima. Ya, mungkin sebahagian sama. Lelaki dengan egonya. Perempuan dengan sifat suka meninggi dirinya. Lumrah. Perlulah diingat bahawa Allah swt menciptakan makhluknya sudah sempurna. Tiada yang cacat celanya. Apa yang membezakan sesuatu sifat kaum atau jantina sebenarnya melengkapkan lagi perhubungan antara manusia. Kalau la semua lelaki dan perempuan memiliki sifat yang sama, habislah populasi manusia! Setuju?

Ironinya kita tak mampu mengawal emosi kita sendiri lalu bertindak dengan sesuatu yang tidak logik. Susah sangat ke mahu terima bahawa manusia ni tidak perfect? Dan susah sangat ke mahu memaafkan kesalahan orang? Dan yang paing penting sekali, pepatah ni sangat berguna. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Kalau tak mahu pasangan kita sekalipun, nah cari aje orang lain yang kau rasakan lebih sempurna 'di mata' kau.

Takyah kutuk, takyah maki. Nanti kata-kata kau akan terbalik dan terkena pada diri kau sendiri.

Sunday, June 26, 2011

Awek Cun + Pakwe Hodoh

Salam.

Haha. Gambar tak boleh blah! Kontroversi la gambar ni nanti. Gambar ni represent bagi artikel ni aje okey. Peminat-peminat Lisa Surihani jangan la marah ye.

READ MORE / LESS >>

Suatu hari, aku lepak dengan beberapa orang member di satu bistro nasi beriani. Sambil bersembang sambil minum-minum. Air milo aje, bukan arak okey. Sedang galak bersembang, ada sepasang pasangan couple datang duduk satu meja yang tidak jauh dari meja kami. Aku dan member-member memasang mata melihat gelagat pasangan tadi. Salah seorang dari member aku bersuara.

"Mak oi! Awek cun tapi pakwe tak cun! Muka macam pecah rumah je. Hensem lagi aku," kata member aku tu sambil ketawa. Beberapa orang lagi member aku turut ketawa. Aku pula hanya tersengih.

"Alaaa.. apa nak heran. Muka bukan persoalan. Yang penting hati beb. Hati mesti berbunga-bunga. Ayat mau jiwang dan power! Baru la pompuan terpikat," kata member aku yang duduk di sebelah aku.

Beberapa orang rakan yang lain turut menyokong. Member aku yang berkata mula-mula tadi tidak berpuas hati, lalu dia bersuara.

"Cis! Kalau bukan engineer, mesti mamat tu manager. Banyak duit. Anak orang loaded. Orang pompuan sekarang mahukan 'insurans', bhai! Ko ingat sekarang ni mau kahwin pun makan belanja. Kalau tak RM 10 ribu, jangan harap la mau kahwin."

"Maksud kau?" sampuk aku.

"Yelah. Pompuan sekarang gila besi, gila duit. Kau fikir, pompuan nak ke lelaki yang bergaji kecik? Bawak moto aje ke hulu ke hilir? Nak enjoy sekejap bleh la. Nak kahwin, sorry!"

Betul juga kata member aku ni. Aku mengangguk-angguk. Aku mengerling sekejap ke arah pasangan tadi. Lelaki tu biasa-biasa saja. Nak dikatakan hodoh.. ada la sikit! Awek dia pula.. mak oi! Memang cun!

"Bomoh tu!" sampuk member aku seorang lagi.

"Kau ni kuno la. Zaman sekarang orang dah tak main bomoh-bomoh ni. Sikit-sikit bomoh. Sikit-sikit dukun. Tipikal la fikiran kau."

"Btol tu. Orang melayu memang senang buat andaian. Kalau mamat tu tak pakai bomoh, camne. Ko berdosa tau tuduh-tuduh camtu," kataku.

"Alaa.. kau mula-mula tu tuduh lelaki tu loaded la ayat jiwang la.. tak berdosa?"

"Aku bukan nak menuduh. Itu pandangan aku la.."

Aku hanya diam. Melihat dan mendengar member-member aku berdebat sesama mereka. Payah mahu menyampuk kalau masing-masing mengeluarkan fakta masing-masing. Ada yang boleh diterima, ada yang tidak. Sesekali aku memandang ke arah pasangan tadi. Melihat mereka berbual mesra. Terkadang mereka tersenyum-senyum dan ketawa. Mesra sekali.

Tiba-tiba aku teringat kepada suatu kisah. Aku mengenali seorang lelaki yang jauh lebih tua dari aku. Sepanjang pengenalan aku dengan dia, aku dapat tahu bahawa zaman remajanya penuh dengan kemaksiatan. Masih aku ingat satu ceritanya mengenai lesbian.

"Kau pelik dengan lesbian?"

Aku tersengih sambil mengangguk kepala. Lelaki itu hanya ketawa.

"Kau tengok aku. Tak hensem tapi pernah kecundangkan lesbian."

"Hah? Betul ke?"

"Ye la. Lesbian ni belum rasa lagi 'barang' lelaki. Dah dapat sekali, terus tukar jadi straight!" tegas lelaki boroi itu sambil ketawa terbahak-bahak.

"Cun ke lesbian tu, bang?"

"Ummmpphh! Cun giler!" kata lelaki boroi itu sambil mencium tangannya sediri.

"Muka paras ke harta ke apa ke tak kisah, bro. Yang penting, ko ayat awek tu sampai awek tu cair. Dah dapat, ko bagi 'barang' ko sekali. Confirm beb awek tu tak akan lari dengan ko. Percayalah!"

Aku terdiam.

"Apa kata ko, bro? Setuju tak?"

Teguran member aku membantutkan ingatan aku. Ketiga-tiga member aku yang duduk semeja memandang seperti menunggu jawapan daripada aku. Aku tersengih sebab tak tahu apa yang mereka ni bincangkan.

"Aku rasa pompuan sekarang tak pandang lelaki hensem," kata aku ringkas.

"Sebab?"

"Yalah. Muka hensem ni pompuan takut. Pompuan sukakan jaminan dalam satu perhubungan cinta diorang. Kalau dapat pakwe hensem, for sure la pompuan lain admire or minatkan pakwe dia. Takut hubungan tergugat, pompuan rela couple dengan lelaki yang tak hensem. Lagi satu, lelaki tak hensem ni kebanyakkannya jenis yang setia. Yalah. Dah mereka rasa mereka tak hensem. Nak dapatkan awek yang cun confirm la macam nak capai awan di langit dengan kaki bertapak di bumi, kan. Mustahil. So, bila dah dapat awek cun, takkan nak sia-siakan!"

Member-member aku ketawa.

"Bernas juga pandangan kau ni, bro!"

Aku tersengih lagi lalu berkata, "Tu secara teori la. Kalau ikutkan pandangan yang lagi 'cantek'.. tu semua jodoh. Takdir dari Allah swt. Kalau iman kita kuat, percaya jodoh pertemuan di tangan Tuhan, selalu berdoa untuk dipertemukan dengan pompuan yang cantik dan baik, tak mustahil kita akan dapat."

Semua diam. Aku tersenyum.

* Ini jawapan kawan-kawan apabila persoalan ni di tanya di Facebook. Klik SINI. :-)

Sunday, March 20, 2011

Drama Sebabak : Masam Manis Ketika Bercinta

Loving Couple
Masa hangat bercinta dulu..

Makwe: "Ayang sayang abang tau.. takleh pisah dah.."
Pakwe: "Abang pun.. sayang ayang sangat-sangat gak.."

READ MORE / LESS >>

Pegang tangan. Belai-belai rambut. Cium-cium. Konon nak tunjuk dan buktikan kasih sayang. Ok, takpe lagi. Jangan serah 'mahkota dan nakhodanya' sekali.


Masa gaduh..

Missed call boleh cecah seribu. Kalau dulu, guna call sekejap-sekejap sebab free 3 saat. Sekarang semua ber-charge hatta 1 saat. Jadi, missed call saja. Harap mendapat balasan call dari si dia.

Makwe: "Aku silent handphone aku. Biar mamat ni rasa menyesal. Padan muke!"

Dari jauh (padahal satu taman), pakwe ni berusaha jugalah nak pujuk. Sanggup datang sampai pintu gate depan rumah si makwe. Setia la katakan..


Saat-saat perang dunia kedua..

Masing-masing tunjuk ego. Makwe tak call, pakwe pun tak call.

Pakwe/Makwe: "LANTAK LER!"

Maki hamun dalam hati. Tapi perasaan sayang ada sikit aje. Kira-kira 30%. Dua-dua tunjuk ego, tapi dalam masa yang sama meletakkan harapan agar si dia memujuk merayu.


Perpisahan antara dua teluk..

Sebab lama sangat merajuk, si pakwe rasa rindu. Sama juga si makwe. Tak call pun. Saling membalas-balas SMS. Malu kononnya. Dalam masa yang sama, takut si dia masih marah. Walhal tak pun! Takpelah. Lelaki kena gentle. Nyah kau 'ladies first!'.

Pakwe: "Hello. Sayang sihat? Dah makan? Dah mandi? Makan apa tadi? Eh, tengok TV? Cerita apa tu, sayang? Indon?"

Timbul la soalan-soalan yang pelik-pelik. Modal mukaddimah untuk berbaik. Biasalah. Common! Si makwe plak apa lagi. Jual mahal tu penting! Well, sifat 'kewanitaan'..

Makwe: "Ajar sikit! Rasakan!" Bisik dalam hati aje.. "Sihat je.. Dah makan nasi ngan sambal ikan bilis ajeee.. Bla bla bla bla bla bla.."


Dugaan melanda, kehadiran orang ketiga..

Gaduh bagai nak rak! Biasalah. Pasangan couple tak boleh lari dari bergaduh. Jadi, bawak sorang mamat untuk buat si pakwe jeles! Konon mahu uji, tapi perasaan tu tiba-tiba melekat pada si mamat baru ni. Si pakwe ni punyalah bengang tapi.. gentle beb! Cool! Ambil masa jumpa si pencabar dia. Si mamat dan si pakwe berjumpa sambil ditemani si makwe. Tapi berakhir tanpa sebarang keputusan yang berpihak pada si pakwe. Kesian si pakwe. Balik dengan hati yang lara.

Malam, si pakwe cuba contact sama si EX-makwe.

Pakwe: "Takpe.. saya (dah turun pangkat gile-gile!) pasrah.. kalau itu yang awak mahu, saya redha.. kalau dengan si dia awak bahagia, saya sanggup lepaskan awak.."

Tapi, harapan menggunung masih diletak pada si ex-makwe.

Pakwe: "Saya sanggup tunggu awak sampai bila-bila.."

Konoooonnn..

Dalam hati berbisik mahu tengok si ex-makwe bahagia. Konon aje gak. Tapi hati bagai nak pecah! Kentut dulu baunya wangi, kini busuk mengalahkan bangkai! Makan, mandi, tidur asyik igau si makwe. Sekarang mimpi ngeri!


Menjadi stalker..

Dulu nak stalker upah kawan rapat si makwe aje. Jimat kos dan senang. Sekarang? Facebook ada beb. Sendiri bikin sudah..

Pakwe: "Hatiku hanya untukmu, sayang. Aku sanggup tunggu kau terluka kecewa dengan mamat tu! Aamiinnn..!"


Dua tahun menunggu dan menjadi stalker cemerlang..

Akhirnya tewas. Si pakwe terpandang satu foto perkahwinan si ex-makwe. Tapi bukan dengan mamat pencabarnya dulu. Mamat lain! Aduh! Bukan sebijik penampar hinggap di pipi kiri tapi kedua-dua belah pipi! Pang! Pang!!

Pakwe: "Cis! Sia-sia aku tunggu kau 2 tahun lebih ni!!!"
Aku: "Sebab kau bongok! Macam la takde pompuan lain lagi dah kat dunia ni!"


So kepada lelaki, jangan jadi keldai sangat. Eh ehhh.. pompuan pun! Peduli apa dengan hati dan perasaan? Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Cari aje laki/pompuan lain. Abis cerita.

Ni cerita rekaan je beb! Tapi ada maksud tersirat dan agak sinis. Hehehe..

Sunday, February 27, 2011

Anda Putus Cinta? Ini Tips Berguna Untuk Anda!

Tips Putus Cinta
Di dalam sepanjang tempoh kehidupan seseorang manusia, putus cinta adalah sesuatu perkara atau ukiran sejarah yang membawa maksud yang amat kompleks dan sukar untuk difahami.

READ MORE/LESS..

Dalam perihal putus cinta ini, amat jarang kita dengar seseorang yang putus cinta akan berakhir dalam keadaan yang aman. Kebiasaannya pasti sedih dan bisa membuat seseorang itu menangis, kecewa, tertekan, dan yang paling teruk impaknya apabila mengubah personaliti, kehidupan, dan mentaliti kewarasan seseorang. Begitu hebat dan bahayanya penangan cinta ini. Dan lebih teruk lagi jika cinta berbekalkan pengorbanan. Sanggup menyerahkan segala-segalanya demi cinta. Maruah entah ke mana, kehormatan entah ke mana.

Kebiasaan yang kita dengar dan lihat, perasaan yang timbul dikalangan orang-orang yang putus cinta adalah benci, meluat, menyesal dan sebagainya kepada bekas pasangan masing-masing. Biasanya perasaan ini timbul akibat dorongan hati yang berselari dengan bisikan syaitan tentang perkara-perkara penyebab percintaan putus di tengah jalan. Samada kesalahan si dia, kehadiran orang ketiga, mahupun ketidak sefahaman.

Namun, apakah langkah dan cara terbaik yang patut dibuat oleh seseorang yang putus cinta untuk meneruskan kehidupannya seperti normal dan sediakala? Dengan izin Tuhan, sama-samalah kita praktikkan tips-tips ini.


1. Jangan Hubungi Pasangan Anda

Jangan call, SMS, e-mail, Facebook, chatting atau apa-apa cara sekali pun. Jangan lakukan sebarang komunikasi kepada pasangan anda. Biarkan keadaan ini berlalu selama yang mungkin.


2. Lakukan Aktiviti Luar Rumah Yang Lasak

Bersukan lasak adalah suatu perkara yang boleh menghalang kita mengingati masalah cinta. Keluarlah dari 'kepompong' anda. Duduk di rumah sahaja tanpa membuat sebarang aktiviti membahayakan jiwa anda. Oleh yang demikian, ajaklah rakan-rakan untuk membuat satu aktiviti atau sukan yang lasak. Bukan saja badan kita menjadi sihat malah otak juga menjadi segar.


3. Jangan Biarkan Diri Anda Keseorangan

Jangan sesekali letakkan diri anda berseorangan. Mungkin anda perlukan masa untuk bersendirian tetapi hakikatnya anda sebenarnya perlukan teman. Dengan erti kata lain, anda perlukan pasangan anda. Apabila anda letakkan diri anda keseorangan, anda akan cenderung untuk menghadapi masalah kemurungan atau stress.


4. Jangan Hubungi atau Meluah Masalah Kepada Rakan Pasangan Anda

Disebabkan tidak dapat menghampiri pasangan anda, akhirnya anda memilih untuk menghubungi rakan pasangan anda dan meluah masalah anda dan pasangan anda. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan bukannya memperbaiki keadaan. Masalah cinta anda perlukan seseorang yang betul-betul rapat dan memahami anda. Dia mesti seorang yang betul-betul boleh mendengar dan menjiwai masalah anda. Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta anda.


5. Melakukan Ibadah Dan Mengingati Sang Pencipta

Perkara ini perlulah dititikberatkan pada setiap manusia yang putus cinta. Walau bagaimana payah dan susah pun dugaan dan cabaran yang timbul dalam hidup kita, berserah diri kepada Sang Pencipta, yakni Tuhan adalah perlu. Tidak kira latar agama dan bangsa, bersolat atau bersembahyang adalah perkara halus yang boleh menenangkan kita dari memikirkan sebarang masalah besar yang timbul. Maka, sembahlah atau sujudlah kepada Sang Pencipta kita.

Semoga tips ini berguna untuk anda yang putus cinta!

Aduka: Baru je putus cinta ni.. Ada girls yang mukanya ala-ala baby volunteer nak jadi aweks Aduka? Haha. Jokes!

Thursday, December 02, 2010

Kenangan Sekolah Rendah (Bahagian 1)

Salam.

Sudah lama sebenarnya aku tak bercerita tentang sejarah hidup aku dulu-dulu, kan? Beberapa minggu yang lepas, aku ada buat scanning gambar-gambar lama, termasuklah sewaktu di sekolah rendah dan menengah. Ada juga gambar ketika aku masih bayi. Oh, aku sangat comel aku dulu jika dibandingkan sekarang. Sekarang tak comel. Tapi hensem kot. Haha!

Read more/less..

Cerita ini adalah cerita zaman sekolah rendah. Seingat aku, aku dalam darjah satu, tahun 1991. Darjah 1 Dahlia.

Dari pertengahan darjah satu hingga darjah enam, aku ke sekolah dengan menaiki bas sekolah. Seawal 5.30 pagi aku sudah bangkit dari tidur kerana bas sekolah itu selalunya mengambil budak-budak seawal dari pukul 6 pagi. Jika bangun lewat, tak ke sekolahlah aku jawabnya. Jika berjalan kaki, mahu tercabut kepala lutut. Jauh. Biasanya akulah orang pertama yang di ambil oleh pemandu bas sekolah memandangkan rumah aku berada di pusat bandar.

Ada seorang budak perempuan ni satu kelas dengan aku juga menaiki satu bas sekolah dengan aku. Sudah lupa namanya. Biarlah aku namakan dia Fatin. Cuma Fatin ni dalam trip kedua ke sekolah. Hanya pulang dari sekolah saja sekali dengan aku. Maka, waktu pulang dia biasanya duduk di sebelah aku. Maklumlah, classmate. Hehe. Walaupun Fatin ke sekolah pada trip kedua, dia juga bangun awal pagi seperti aku. Maka, biasanya waktu pulang dari sekolah dia selalu saja mengantuk.

Kebetulan, sepupu aku menaiki bas sekolah yang sama. Perempuan. Cuma aku jarang sangat bercakap dengan dia. Lagipun dia seorang yang pendiam.

Di dalam bas, aku dan Fatin bersembang. Banyak perkara kami sembangkan. Tiada perasaan malu waktu itu. Yalah, masih budak-budak. Setiap hari kami bersembang namun tidak lama. Fatin akan menguap dan memberitahu aku dia mengantuk. Aku mengangguk. Fatin akan terus pejamkan mata dan tidur. Aku hanya membiarkan saja dia tidur. Waktu tidur itulah kepalanya selalu melentok ke kanan, ke kiri. Akhirnya jatuh di atas bahu aku. Oleh kerana kasihan dan atas dasar sifat kawan, aku biarkan saja dia tidur di atas bahuku. Dan tiap-tiap harilah dia begitu. Selalu saja mengantuk dan tidur di atas bahuku.

Seronok. Itulah perasaan yang ada dalam hati aku walaupun pada waktu itu tak kenal dan tak tahu apa makna sayang, cinta, dan kasih. Yang aku tahu, seorang yang berlainan jantina yang comel telah tidur di atas bahuku. Haha.

Pada suatu hari, aku telah kantoi. Fatin mengadu yang dia sangat mengantuk. Walhal kami baru saja melabuhkan punggung di atas kerusi bas sekolah. Kami tidak bersembang dahulu seperti kebiasaan. Tak apalah. Aku biarkan dia tidur. Seperti biasa, dia meletakkan kepalanya di atas bahu aku. Setelah bas sekolah bergerak, tiba-tiba aku berasa seperti ada orang yang memerhati. Aku memandang ke depan. Alamak! Sepupu aku merenung dengan mata yang bersinar. Muka yang mencuka. Namun, aku buat tak tahu saja. Aku tahu sepupu aku tu cemburu!

Begitulah setiap hari. Sepupu aku pasti akan memandang aku dengan muka yang... ntah. Tak dapat aku ungkap di sini. Nampak seperti jealous. Haha.

Sehinggalah pada suatu hari, aku tidak nampak kelibat Fatin. Pada mulanya, aku fikir... tak apa. Mungkin dia sakit demam. Mungkin esok, lusa, tulat adalah dia. Namun esok, lusa, tulat begitu juga. Kelibat Fatin tidak muncul-muncul. Hatta di dalam kelas, tak nampak pun batang hidung Fatin.

Ke mana perginya Fatin?

Pada petang itu, tergerak hati aku untuk bertanya kepada pemandu bas, Makcik Nab. Aku bertanya ke mana perginya Fatin setelah sekian lama tak jumpa. Agak terperanjat, Makcik Nab menkhabarkan bahawa Fatin telah berpindah sekolah. Entah kenapa aku tidak berasa sedih. Cuma hari-hari aku rasakan seperti ada sesuatu yang kurang. Sesuatu yang tidak kena. Adakah aku rindu pada Fatin?

Alahai. Tiada lagi budak perempuan comel tidur di atas bahuku.

Hari-hari berikutnya, aku lihat sepupuku tidak lagi menoleh ke belakang melihat aku 'bermesra' dengan Fatin. Seronok sangatlah tu!


Dalam bulatan ialah Fatin yang aku maksudkan. Sila teka, yang mana satu aku?

Wednesday, September 22, 2010

Putus Cinta


Di dalam sepanjang tempoh kehidupan seseorang manusia, putus cinta adalah sesuatu perkara atau ukiran sejarah yang membawa maksud yang amat kompleks untuk difahami.

Read more/less..

Dalam perihal putus cinta ini, amat jarang kita dengar seseorang yang putus cinta akan berakhir dalam keadaan yang aman. Kebiasaannya pasti sedih dan bisa membuat seseorang itu menangis, kecewa, tertekan, dan yang paling teruk impaknya apabila mengubah personaliti, kehidupan, dan mentaliti kewarasan seseorang. Begitu hebat dan bahayanya penangan cinta ini. Dan lebih teruk lagi jika cinta berbekalkan pengorbanan. Sanggup menyerahkan segala-segalanya demi cinta. Maruah entah ke mana, kehormatan entah ke mana.

Kebiasaan yang kita dengar dan lihat, perasaan yang timbul dikalangan orang-orang yang putus cinta adalah benci, meluat, menyesal dan sebagainya kepada bekas pasangan masing-masing. Biasanya perasaan ini timbul akibat dorongan hati yang berselari dengan bisikan syaitan tentang perkara-perkara penyebab percintaan putus di tengah jalan. Samada kesalahan si dia, kehadiran orang ketiga, mahupun ketidak sefahaman.

Antara dosa-dosa besar adalah memutuskan ikatan silaturrahim. Bila diulaskan makna silaturrahim ini, ia membawa makna ikatan yang menyeluruh. Samada antara pasangan, ibubapa, keluarga, kejiranan, serta sahabat handai. Walhal sesama saudara seagama sekalipun. Biasa didengari apabila putus cinta, si A bencikan si B hingga lihat wajah pun dirasakan tidak rela. Ada juga keadaannya di mana sanggup tidak bertegur sapa hatta senyum sekalipun tatkala bersua.

Aku berpesan kepada diriku dan kalian semua. Putus cinta bukanlah berakhirnya jodoh bagi kita. Sebaliknya ia adalah dugaan dan ujian dari Allah s.w.t semata-mata agar kita hidup dengan lebih matang dan rasional. Sangkallah perasaan benci sesama bekas pasangan. Tutuplah segala keaiban bekas pasangan sedaya yang mampu. Kekalkanlah ikatan silaturrahim antara saudara seagama walaupun dengan sekurang-kurangnya menganggap bekas pasangan sekadar rakan biasa. Sememangnya bukan mudah untuk menerima hubungan cinta yang terputus. Namun serahkanlah kainat ini di bawah ketetapanNya.

Sekalah air mata. Hapuslah gusar hati. Senyumlah mengadap Illahi dan berdoa agar guris hati berbalut bahagia kelak.

Kalau sudah jodoh, tidak akan ke mana-mana. Betul tak?

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger