Ads: (Please Click!)

Friday, April 24, 2009

Rokok


rokok? ya, rokok.. lihatlah di mana-mana saja disekeliling anda.. majoritinya adalah lelaki.. tapi tak hairan sekarang kaum hawa pun semakin berani merokok dikhalayak ramai! malu? tidak.. tanyalah pada mereka, apa kata mereka?

ape tengok-tengok? nak se'pam'?

"inilah style! baru nampak cool!" ... cool?!

"bro! kau ni kuno la.. kau lelaki.. takkan tak pernah hisap rokok, bro! jangan nak menipu kitorang la.. tengok bibir dah tau la kau merokok bro!" ... apa? kuno? aku merokok?

"kau jangan menyibuk pasal kitorang boleh tak? suka hati kitorang la nak hisap rokok ke hisap ##### ke..! kau apa peduli? mak bapak kitorang pun tak peduli, tau?" ... bagus la sangat.. kau ngan mak bapak kau sama saja.. baghal! tau ke tak apa tu baghal?!

**********

ya.. memang aku tak nafikan aku dahulu pernah merokok.. tapi sejujurnya aku kini insaf.. tiada guna lagi aku merokok.. tidak mendatangkan faedah malah menghabiskan duit pula.. bukan itu saja, penyakit pun dapat! lantas aku pun nekad dan berazam tidak mahu merokok lagi..

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

walaupun begitu, hidup aku diselubungi asap rokok.. kenapa? semuanya dari rakan-rakan aku.. di pejabat, hanya 2 orang lelaki termasuk aku yang tidak merokok.. yang lain semuanya merokok! apakan daya.. bergelen-gelen, berkilo-kilo nasihat diberi, semangat diberi, mereka langsung tidak ambil peduli! malah dihembus-hembus pula asap yang keluar langsung dari mulut mereka ke arah aku..

suatu hari, waktu itu aku bekerja (outstation) di Kuala Lumpur.. aku terbaca satu artikel di internet.. lebih kurang begini hujah tersebut; "ulama-ulama ada berpendapat bahawa merokok adalah makruh.. setelah sekian lama didebat, ulama telah memutuskan (ijma') bahawa merokok adalah haram.."

lebih kurang macam tu la artikelnya.. aku ingat-ingat lupa.. pada petang tersebut, aku ke kantin AmBank untuk minum petang.. aku bersama seorang lagi kawan sekerja aku.. beberapa minit kemudian, kawan aku membuka dan terus mengambil sebatang rokok.. langsung dicucuhnya rokok tersebut.. sedutan pertama aku lihat dia memejamkan mata.. mungkin menikmati asap rokok memasuki genap rongga-rongga kerongkong dan paru-paru..

lantas aku bertanya, "kau bila lagi nak berhenti merokok macam aku?"

"niat tu ada.. tapi.. nanti la..!", jawab kawan aku ringkas..

"kau ni tak ada kesungguhan.. sebab itu la.. usaha tak nampak! cakap saja tak guna..", kata aku sinis..

"ye la.. aku sekarang makin kurang la ni merokok.."

"ala.. kurang apa macam tu.. cakap pandai la.. rokok ni kan HARAM..!"

"eh mana ada haram.. makruh la.."

"kau dengar sini.. merokok tu haram tau.. semalam aku baru baca artikel yang mengatakan merokok tu haram!", terang aku..

"ulama mana yang cakap?"

"ijma' ulama la ni..!"

"huih! mana ada..! tak semua ulama cakap haram la.. ada juga yang mengatakan hukumnya harus! ada yang kata makruh! jadi, aku berpegang kepada MAKRUH tu aje la..!"

lantas aku berhujah, "aku tak pandai sangat dalam agama ni.. tapi tahu la sikit-sikit.. meh sini aku nak bagitau.. kenapa rokok tu haram? merokok ibarat buat maksiat.. contohnya sekarang kau merokok.. kau tak sedar dalam masa yang sama kau sebarkan penyakit kepada orang lain dengan asap rokok kau tu.. maksiat pun macam tu juga.. katakanlah kau buat maksiat depan mata aku.. kalau aku tak tegur kau, aku pun dapat dosa sama tau! dan satu lagi hadis ada mengatakan bahawa, makanlah apa saja dari sumber yang halal kecuali benda-benda yang mendatangkan mudarat kepada diri kamu! jadi, rokok tu layak ke kita letak hukumnya makruh?!"

kawan aku terdiam selepas mendengar hujah aku.. mata terkebil-kebil.. aku ketawa terbahak-bahak.. dia hanya tersengih seperti kerang busuk..

**********


nak insafkan perokok tegar bukannya senang.. berkilo-kilo, berduyun-duyun, berkoyan-koyan kerajaan buat kempen berhenti merokok.. ada ke orang nak ikut? sekarang lain pula.. kotak rokok sekarang ada gambar-gambar akibat merokok.. ada gambar bayi pra-matang.. ada gambar kanser paru-paru.. tapi.. ada ke orang nak ikut? haihhhh..! lagi dia hisap! ada seorang hamba Allah ni, siap pilih nak gambar mana satu kat kotak rokok dia! adessss.. selagi tak kena penyakit, selagi tu la perokok-perokok tegar ni 'mencari atau membuat penyakit'!

dalam peratusan lelaki dan wanita, berapa peratus sangatkah perokok yang berjaya berhenti daripada merokok? mungkin 10%.. mungkin 5%.. atau mungkin kurang dari itu! aku pun tak pasti.. tapi pergilah di mana-mana saja.. ada saja perokok.. mujurlah ada bulan Ramadhan.. perokok-perokok mungkin 'ditambat' sepertimana 'syaitan ditambat' di bulan Ramadhan..

dahtu.. perokok tu 'syaitan' la ek?

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
19 Comments


19 Orang Kentut Madu:

Monkey D Luffy said... [Reply]

aku dah berenti sebab bazir jer ;)

aimee said... [Reply]

abah selalu suruh belikan rokok time kecik2 dulu. gudang garam@ camel.
hehe..
saya pernah cuba sekali jek kecik2 dulu.
x best pon..
dan perempuan yg kuat merokok susah pregnen.

blackskin said... [Reply]

lol..sian ppuan tu kna promote..
kan elok lau sensor skit muka.


aku pun slalu bapak suh beli rokok

tpi skali pun x pernah hisap.

aDuKa イスラム教 said... [Reply]

uncle luppy: mmg pn.. perabihkan duit je..

aimee: aik? mencuba? x besh kan? hakhak..

blackskin: x pnh isap? bgus3.. jgn cuba2 nak isap.. cam dadah gak.. skali cuba, mau lagi.. =P

aDuKa イスラム教 said... [Reply]

xyah la sensor.. kat tenet berlambak.. xde pn sensor2.. die nak tnjuk dia nmpk 'cool'.. hahaha..

Encik Azizan said... [Reply]

naseb baik ak x merokok..
kah3

aDuKa イスラム教 said... [Reply]

kalu ko mrokok, mesti jenis salem pilihan ko kan? gay.. hahaha.. =P

ekino said... [Reply]

katakan tidak pada rokok!!!!!!

haha.. :D ekino tak ske perokok..

nsb aduka da benti..

urmmm..btul ke da benti?..hihih :D (ragu2)

:P

♥ cik intanurulfateha ♥ said... [Reply]

.kite pun da benti
.rokok x sedap
.lalalalala :-"

aDuKa イスラム教 said... [Reply]

ekino: btol la.. mrokok mbahayakan kesihatan..

teacher intan: aik? cikgu isap rokok ke dlu?? O_o

+_+ said... [Reply]

wah bernas ekali ayat itu! kalau lah semua member perokok bersifat seperti anda, ..haih~ patut ada penguatkuasaan macam kat s'pore semua tu, kalau tak tegas memang xde disiplin, suka-suka hati merokok tepi kanak-kanak bagai.

er..tumpang melintas.

~ h a n i m h u s i n ~ said... [Reply]

mula2 rokok..pastu nnt isap gam pulak.
advance lagik isap ice kering.
pastu menjangkit g isap dadah malapetaka tu pulak.
itulah bahayanya kalau dah mula isap rokok!

aDuKa イスラム教 said... [Reply]

+_+: apekepelik nick ko ni.. hehe.. jgn kata kat s'pore la.. cuba tgk org barat.. berapa kerat sgt yg mrokok? diorg tahu yg mana baik mana buruk.. diorg gelak je kat org islam sbb 'rancangan' diorg nk nyesatkan umat islam dah berjaya.. rokok ibarat dadah yg melalaikan org islam..

cik anem: amboi..begitu marah sekali cik anem.. sabo2.. sy pn tau rmai pompuan x ske laki yg mrokok..

dotblogspotdotkom said... [Reply]

ustaz aku kata...

setiap perbuatan yg membahayakan diri sendiri dan orang lain..adalah haram.....

merokok tu tak membahayakan diri sendiri dan orang lain ke?...kalu bahaya.....nape tak diharamkan....

tak paham....

aDuKa イスラム教 said... [Reply]

nape tak diharamkan? soalan yg pelik..

cuba saudara cari di internet..ijma ulama telah memutuskan bahawa merokok adalah haram.. tp adakaha malaysia ikut? jwpnnya, tidak.. malaysia hanya ISLAM pada nama saja.. pelaksanaan hukum ISLAM adalah tipis ibarat kulit bawang.. masakan ada pub dan disco di malaysia? itu baru disko.. rokok? dadah? jenayah? maksiat?

saudara rasa, siapa patut dipersalahkan? ulama? pemimpin? rakyat?

saudara tahu jawapannya..

Anonymous said... [Reply]

haha,btol ke prmpn tuh yg kate nk se'pam'?kalu ak ad kt sane, dh lame ak tnye die nk se'penampar'?panas tol ak ngn prmpn isap rokok!ape die igt cool sgt la isap rokok.tgok muke bdak tu pn bodoh mmg ptut pn isap rokok.takde masa depan buang beras malaysia jer,bkn mak bapak lg.cilaka ayam.

ERSHAD said... [Reply]

perempuan yg merokok selalunyer dah hancur.

Azmi said... [Reply]

hik3...

amry said... [Reply]

aku merokok gak....tapi kalau nampak pompuan merokok...ish....

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger