Ads: (Please Click!)
Showing posts with label ayah. Show all posts
Showing posts with label ayah. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

Kahwin 1, 2.. Go!

Salam.

Ewaaahhh..! Cakap pasal kahwin la plak. Semenjak-semenjak ni entry aku banyak cam related dengan kahwin je kan? Mana tak nya. Sperma-sperma, ovum-ovum tu semua.. Tak related ke tu. Kihkihkih!

Bab-bab kahwin ni memang aku suka. Nak-nak bila tahu dari sekolah lagi yang kahwin ni best. Hormon-hormon kelelakian terbina dan membuak-buak semasa sekolah lagi beb. Alaaa.. sekolah bukannya semua lelaki. Campur-campur dengan perempuan. Attraction lelaki of course la kepada perempuan kan. Macam magnet. Medan positive tertarik kepada medan negatif. Kalau sama-sama medan, with force pun dia nak menendang beb. Sebab tu orang cakap, lelaki dengan perempuan ni macam magnet. Saling tarik menarik. Jumpa tempat gelap, sunyi, katil semua, aktiviti 'tarik-menarik' jongkang dan jongkit berlaku la beb! Haha! Cuma aku hairan. Manusia ni ada jugak sesetengahnya yang lebih bangang dari magnet.

Dulu, semasa umur aku tak silap dalam lingkungan 12 tahun camtu, aku pernah tanya kat mak aku fasal bersetubuh. Korang bayangkan ler. Masa umur macam tu pun dah minat nak tahu tu semua. Tapi serius. Aku tak tahu apa tu bersetubuh, sehinggalah aku belajar Sains Tingkatan 3 Bab 1, tahun 1999. Haha.

Selepas SPM, aku mula nak menggatal la. Awal-awal aku dah tanya ayah aku fasal kahwin.

"Ayah, kalu kite kahwin sekarang boleh?"

"Kau jangan nak berangan. Baru habis sekolah, dah nak kahwin?! Nak bagi bini kau makan apa?! Rumput?!"

Aku sengih je ayah aku cakap macam tu. Alaa ayah ni. Soalan main-main pun nak serius.


Masa aku belajar kolej di Kelantan plak. Aku tanya lagi bab kahwin. Yalah. Tengok semua kawan-kawan perempuan kat kolej lawa-lawa, kiut miut, tembam gebu apa semua. Galak la nak bertanya.

"Ayah, kalu kite kahwin dengan kawan kolej, okey tak? Habis belajar nanti, kahwin. Okey?"

"Dengan orang mana?"

"Kelantan. Orang Kelantan lawa-lawa, ayah."

"Jangan mimpi! Kau belajar pun guna duit MARA!"

Aku sengih je ayah aku cakap macam tu. Betul gak ye cakap ayah aku. Malunya!

Masa first time dapat kerja plak. Gaji boleh tahan ler jugak. Engineer cap ayam.

"Ayah. Dah sebulan kite kerja. Bleh dah ni nak kahwin kan?" tanya aku sambil tersengih.

"Kahwin? Baru sebulan kerja dah fikir kahwin? Serius?" tanya ayah aku balik sambil angkat kening. Ada la tu nak perli aku.

"Yalah! Serius. Ni la masanya," jawab aku.

"Dah ada awek ke?"

Aku terdiam. Aku urut-urut dagu sambil fikir. Betul lagi kata ayah aku. Aku mana ada awek. Adoi!


Okey, fine. Sekarang aku dah ada awek. Aku cerita semua fasal awek aku kat ayah aku. Ayah aku angguk-angguk aje. Haaa.. petanda nak setuju la kot.

"Amacam, ayah? Okey tak? Boleh la kahwin kan?"

Korang nak tahu ayah aku jawab apa?

Dia tak jawab apa-apa. Dia gelak sakan. Apa hal plak orang tua ni. Pastu baru la ayah aku berkata.

"Ayah tak sangka. Ada juga orang nak kat kau ye."

Cissss!

Thursday, August 04, 2011

Ayah, Aku Menyusahkan

Salam.

Semua orang sayang ayah, bukan? Aku pun begitu.

Aku hidup dari latar belakang orang yang susah. Dulu rumah aku rumah kayu saja. Maklumlah, ayah aku dulu kerjanya hanya sebagai tukang kayu dan nelayan saja. Cuma ketika aku berada di darjah tiga, ayah membuka restoran. Berkat usaha ayah itu, hidup kami bertukar. Agak senang sedikit berbanding kerja ayah yang lama.

READ MORE / LESS >>

Walau bagaimanapun, aku bukan jenis yang meminta-minta. Ayah banyak duit. Ayah selalu berpakaian kemas. Macam orang pejabat. Ayah beli van. Ayah jual, ayah beli Unser pula. Namun, kesenangan kami tidak lama. Restoran ayah kian merosot dan akhirnya ditutup. Kasihan ayah. Mujurlah selama berniaga di restoran, ayah dapat menyimpan duit lalu membeli tanah. Seterusnya, dapat membuat rumah di tanah tersebut..

Waktu sebelum rumah baru aku siap, ayah dan kami adik beradik yang kerjasama mengecat rumah. Boleh dikatakan rumah sudah hampir siap ( peringkat finishing). Kebetulan aku tamat pengajian di kolej. Dalam beberapa minggu kemudian, aku selsema. Datang pula rasa malas. Jadi hari itu, aku tidak tolong ayah mengecat rumah. Tinggallah ayah dan adik bertungkus lumus mengecat rumah.

Aku duduk di birai longkang sambil memerhati ayah mengecat siling rumah. Ayah berdiri pada tiga empat anak tangga. Ayah takut tinggi. Ayah gayat. Jadi ayah guna tangga untuk mengecat siling rumah. Waktu itu cat di dalam tin cat habis. Ayah mengarahkan aku untuk mengambil cat yang baru di dalam stor. Tapi, dengan dorongan rasa malas, aku memberi alasan aku tidak larat untuk bangun. Tenaga tiada. Aku lihat ayah mengeluh berat. Mahu atau tidak, ayah turun tangga. Kaki dan tangan ayah terketar-ketar ketika menuruni anak tangga. Kasihan ayah, gayat. Aku tidaklah teruk sangat demamnya. Setakat selsema apalah sangat. Tapi aku telah menyusahkan ayah.

Aku anak pemalas!

Waktu di kolej dulu, aku hilang telefon bimbit. Aku pula langsung tidak memberitahu ayah. Dan silap aku juga sebab tidak menggantikannya dengan yang baru. Dua minggu agaknya aku membiarkan. Tanp sebarang hubungan dengan ayah mahupun ahli keluarga yang lain. Hatta ayah pernah berpesan, jika ada masalah hubungi saja ayah. Tapi, aku tidak ambi peduli hal itu.

Suatu hari, tiba-tiba saja kelihatan kelibat ayah menjelma di depan pintu rumah sewa. Aku terperanjat. Rupa-rupanya ayah sanggup datang dari Kemaman ke Kota Bharu semata-mata mahu tahu keadaan aku. Gila. Lebih 6 jam perjalanan dari Kemaman! Asalnya aku tidak mahu menyusahkan ayah untuk membeli telefon bimbit baru. Tapi, aku menyusahkan ayah kerana sanggup datang dari jauh untuk menjenguk aku!

Yalah. Ayah mana tidak sayangkan anaknya?

Bertuah punya anak!

Sewaktu kita 'berkuasa', kita ada segalanya. Sewaktu kita 'lemah' pula, kita bakal kehilangan semuanya.

Sekarang ayah sudah tua. Ayah dulu aktif buat kerja-kerja pertukangan. Angkat kayu berat-berat. Sekarang angkat kayu bersiaz 2 inci X 2 inci pun semampu dua tiga batang saja. Kerana keuzuran itu, ayah tidak buat banyak kerja. Hanya mampu solat, menonton televisyen, pergi ke surau, pergi ke pasar, dan termenung di dapur. Oleh kerana keuzuran itu juga, sumber pendapatan keluarga hampir terputus.

Bila diimbau kembali, banyaknya kesilapan aku terhadap ayah. Hal yang menyusahkan ayah. Ini baru sedikit. Banyak lagi sebenarnya. Biarlah rahsia.

"Ayah, ini duit dari gaji saya. Saya tak mahu harapkan apa-apa yang berharga dari ayah kecuali satu. Doakan kejayaan saya di dunia dan akhirat. Itu saja."

Ayah aku tersenyum. Ayah berkata syukur dan membuka cerita betapa susahnya keadaan ayah sekarang. Aku senyum tanda faham. Dan ayah asyik bercakap mengulangi kata-kata ayah tadi. Tanpa jemu dan bersebab.
 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger