Ads: (Please Click!)

Monday, December 06, 2010

Dr Rozmey : Datuk Yang Dikutuk 24 Jam!



Salam.

Siapa yang tak kenal dengan Dr Rozmey? Dialah pemilik Herba Prima Marketing (HPM) dan pengasas kepada salah satu produk terkenal, Jus Mate 5. Populariti Dr Rozmey sudah melampau-lampau malah sama taraf dengan artis tempatan kita. Cuma landasan Dr Rozmey berlainan sedikit. Berbanding artis yang kita sedia maklum adalah di medan seni manakala Dr Rozmey pula di medan usahawan pemasaran ubat-ubatan kesihatan dan kedoktoran. Beleklah di mana-mana muka akhbar. Pasti ada halaman mengenai produknya. Dan tidak kurang mengenai filemnya yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

Read more/less..

Rupa-rupanya, populariti dan 'cakap-cakap' mengenai Dr Rozmey ini bukan sahaja 'panas' di media cetak. Malah di media massa, termasuk internet. Salah satunya di Facebook, dan blog. Ada yang tidak suka Dr Rozmey dan begitu juga sebaliknya. Rata-rata ramai yang tidak berpuas hati dengan Dr Rozmey.

Sedarkah kita bahawa Dr Rozmey dikutuk, dihina, dan dimaki hampir setiap hari di internet? Apakah sebab dan alasannya?

Di bawah adalah beberapa petikan dari Facebook yang 'tidak suka' dengan Dr Rozmey.




Dan tidak kurang juga yang mengutuk dan menghina rupa dan fizikal Dr Rozmey.




Lihatlah. Tanpa mengira jantina dan usia, hampir setiap hari malah setiap jam Dr Rozmey dikutuk, dan dihina! Petikan ini belum termasuk lagi gambar-gambar amatur yang telah di-edit dengan niat menghina rupa fizikal Dr Rozmey. Kerana terlampau banyak, aku tidak sertakan gambar-gambar tersebut. Cukuplah dengan petikan di atas sahaja.

Apa sebabnya? Satu jawapan.

Tidak suka dengan Dr Rozmey yang angkuh!

Agak terperanjat sebenarnya dengan bilangan yang 'suka' (Like) dengan halaman anti Dr Rozmey ini. Lebih 18 ribu peminat! Dan bilangan ini bertambah setiap hari.

Sepanjang tempoh aku selidik, ada juga yang tidak berpuas hati dengan Dr Rozmey kerana produknya. Khabarnya, produk Jus Mate 5 itu kurang memuaskan hati sesetengah pihak. Ada yang berbulan-bulan berusaha tetapi tidak membuahkan hasil. Sehinggakan Dr Rozmey sendiri telah mengeluarkan fakta bahawa terdapat produk tiruan di pasaran.

Samada produk itu sendiri yang gagal, atau pembeli sendiri yang cuai, wallahua'lam. Aku pernah melihat satu temubual di televisyen bersama Dr Rozmey. Kata beliau, HPM tidak pernah melantik wakil atau pengedar untuk memasarkan produk Jus Mate 5. Kebanyakan produk yang ada di toko-toko mahupun pengedar adalah palsu! Yang mana sebetulnya tulen? Kata beliau, hanya pembeli yang membeli terus produk itu dari HPM atau membuat belian secara online sahaja yang asli!

Lihat video DI SINI.

Berbalik pula kepada filem. Memang aku tidak nafikan bahawa eksperimentasi Dr Rozmey bagi seni perfileman adalah gagal. Hanya omong kosong. Walhal, hakikatnya tidaklah mencapai target yang diingini dan yang diuar-uarkan oleh Dr Rozmey sendiri. Semalam aku mendengar di siaran berita di radio menkhabarkan bahawa hanya lebih kurang RM 230 ribu sahaja nilai kutipan selama satu minggu tayangan file '2 Alam'. Peratusan target yang terlalu sedikit jika dibandingkan dengan target sebenar beliau. Fakta sebenar dan terkini, mungkin lebih. Kemudian, dikaitkan pula dengan pengambilan pelakon seksi dan lucah terkenal, Pamela Anderson, bagi filem beliau yang seterusnya.

Ramai yang kecewa. Kecewa dengan filem yang 'ntah-apa-apa', tak best, serta omong kosong Dr Rozmey sendiri berkaitan filemnya. Tidak hairanlah ramai yang mengutuk Dr Rozmey.

Walau apapun kutukan dan penghinaan yang diberikan kepada Dr Rozmey, sebenarnya ada juga kebaikan yang boleh kita contohi dari beliau sendiri. Cuma kita perlulah bukakan mata dan minda luas-luas. Sentiasa ambil perkara yang positif dan yang negatif. Antaranya;

Skill Pemasaran

Lihatlah cara pemasaran Dr Rozmey. Boleh dikatakan gempak! Memang. Marketing saja gempak tapi hasilnya hampeh: mungkin ini yang anda kutuk untuk promosi filemnya. Tapi bagaimana pula dengan produk Jus Mate 5? Lihat dengan teliti. Sudah berapa ramai usahawan sah yang berkecimpung dalam pemasaran Jus Mate 5 yang sudah kaya-raya? Sudah setahap mana kaya Dr Rozmey sendiri? Anda? Apa ada? Tepuk dada, tanya selera.

Keberanian

Aku sendiri sebenarnya salute spring dengan Dr Rozmey. Sifat 'bodoh beraninya' itu berjaya mencipta fenomena di Malaysia. Bukan sahaja di dalam industri pemasaran kesihatan, malah di dalam industri perfileman! Berani menceburi pelbagai bidang walau tahu akan risikonya.

Berpandangan jauh

Diri kita sendiri pasti ada misi dan visi dalam hidup. Begitu juga dengan Dr Rozmey. Sedarkah kita bahawa Dr Rozmey berjaya mencipta satu rangkaian seumpama 'multilevel marketing (MLM)' dalam hidupnya? Antara benar atau tidak, sebenarnya aku menyedari satu perkara. Memperkembangkan produk kesihatannya melalui media yang berbeza, iaitu perfileman! Platform yang mungkin menjayakan dan memperkembangkan lagi nama Dr Rozmey dan HPM itu sendiri di mata luar Malaysia. Selepas ini apa lagi? Anda dapat bayangkan?

Yalah. Sehebat mana pun kita, sepopular mana pun kita, sekaya mana pun kita, pasti ada orang yang tidak suka, kan? Pasti ada orang yang dengki dan busuk hati. Maka wujudlah golongan-golongan yang berpandangan dan berfikiran negatif ini dalam masyarakat kita. Bahkan sesama agama, bangsa, dan kaum sekalipun. Pelik sungguh.

Sudah-sudahlah mengutuk, menghina, dan cubaan menjatuhkan maruah Dr Rozmey. Anda bukannya dapat apa pun jika bertindak sedemikian. Dapat dosa adalah. Cuba kita ambil sikap dan sifat yang positif. Jadikan beliau sebagai model, sekurang-kurangnya. Contohi beliau. Tengok beliau sendiri. Kaya-raya. Anda? Rasulullah sendiri pernah menyarankan bahawa umatnya mengejar kekayaan di dunia. Agar kaum yang selain Islam akan lebih hormat dan mengagumi Islam yang kaya-raya. Namun begitu, jangan pula lalai dan asyik dengan duniawi sampaikan perihal akhirat nanti terabai.

Aduka: Rata-rata yang mengutuk Dr Rozmey di Facebook adalah di kalangan remaja! Melayu dan Islam kebanyakannya. Sedih dan sadis.

Update 10 Dec 2010: Setelah beberapa jam artikel ini terbit, page anti Dr Rozmey di Facebook yang mempunyai puluhan ribu peminat telah ditutup.


PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
13 Comments


13 Orang Kentut Madu:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said... [Reply]

lebih ramai berpandangan negatif dari amik yang positif

walaupun orang ramai kutuk dia, dia kaya kot, orang yang asyik dok kutuk ada apa?

kayap jer banyak hehe

LATEST ENTRY

GATHERING BLOGGER UTARA

CINTA PALSU

Nazirul said... [Reply]

kutuk pun,jgn kutuk lebih2.biarlah kutuk2 yg mmbina.betul tak?

GadisKasutConverse said... [Reply]

tknak la kutuk2 org.diri dia..dia sendiri tau..

A.I said... [Reply]

hahaha, aku lama dah perasan!
dorang nib kdg2 kutuk benda yg takder point. lawak pon adoo!

kalo rambut dia cam cendawan ker aper, bia laa kan, asal duit byk! it shows he's konpident gilaa.

Aduka said... [Reply]

@gksb
stuju.. =)


@nazirul
kutuk yg membina ke komen yg membina? lain tu..
=P


@cik reen
btol.. nk komen/kutuk byk2 pn bkn bleh ape2..


@aisha saad
diorg tu smua bdk2.. so prangai n kutukan pn mcm budak2 hingusan yg blom akil baligh.. haha..
=P

hans said... [Reply]

hahahaha
kadang2 mungkin balasan kepada dia juga
sebab dia takbur
dia berani cakap besar jer tapi tak berani terima kritikan
entah,aku tak berkenan sangat dengan dia tapi aku pun tak pula kutuk dia rambut cendawan ke apa
lantak dia lah
hahahaha

P/S : Review Filem : Aku Tak Bodoh Memang Tak Bodoh! Love F.A.M.I.L.Y!

sfatimahzj said... [Reply]

alahai...kesian dia..
moga tahun baru ni ada perubahan..:)

IxoR@ said... [Reply]

no komen.

kalau pun tak suka... lebih baik diam.

abahhfiy said... [Reply]

ada pro dan con dalam nih,
Mungkin dari segi MLM atau direct selling DR boleh dikatakan amat berjaya dan tidak dapat dinafikan memang berjaya mendatangkan keuntungan.
Tapi dari segi filem rasanya gimik beliau yang membuatkan orang ramai menyampah, kerana beliau dengan terlebih confident mengatakan akan mendapat RM40juta!! Kalau sekadar gosip atau khabar angin mmungkin orang dapat terima, tetapi diwar-warkan sendiri oleh beliau tu yang buat orang menyampah.
Aku tetap respect si DR nih dari segi bisnes HPM serta marketing teknik yang luar biasa, tapi dari segi promosi filem atau meneruskan membuat filem baik janganlah DOC!!!

dayah said... [Reply]

1 je pelik,nyampah nengok rambut dr rozmey

lalink7 said... [Reply]

stuju dengan ko aduka..ape la yang nak dibisingkan pasal DR Rozmey tue..walau makian ape yg keluar dia tetap kaya kita takde kaya pun..

kan?

Erin said... [Reply]

betul jugak, klu tak suka..diam suda.
bising-bising ayat koto tu tak jadi ape pn..bukan bole jadi kaye dak??Dr tu sendiri pun agak-agak la nak bercakap..over confident sgt pn..org tak suka..

Anonymous said... [Reply]

Saya terbaca komen di blog ni. Bukan lah peminat Dr Rozmey. Tp sbg salah sorang yg pernah menggunakan jusmate rasa tak adil kalau tak btulkan komen2 Yg katakan jusmate tak berkesan. Sy pernah guna jusmate dan memang berkesan. Sy beli 3 kotak dr website herbaprima sdr sbb takut produk tiruan. Selepas abiskan 3 kotak berat sy turun dr 79kg ke 49kg. Terima kasih atas formula Dr. Rozmey. Biarlah rupa dia mcm mana pn sy x kisah yg penting sy nk cantik kurus dn sihat. Yg pernah berjaya guna produk ni kongsi2lah pengalaman. Dan sy x dibayar utk komen ni yer.

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger