Ads: (Please Click!)

Tuesday, October 18, 2011

Kesan 'Peng Yu' : Punca Kenapa Orang Ramai Tidak Mempedulikan Budak 2 Tahun Dilanggar!



Salam.

Berita dan video mengenai budak 2 tahun yang dilanggar di China telah menggemparkan dunia. (KLIK DI SINI!) Ia bukanlah satu insiden atau kemalangan yang biasa kita lihat. Ia telah menjadi buah mulut dan topik perbincangan oleh banyak pihak termasuk media massa dan media cetak dunia.

Satu saja persoalan yang bermain-main di minda kita. Apakah sebab musabab dan relevannya orang ramai untuk tidak menghiraukan langsung kanak-kanak malang itu? Sehinggakan banyak pihak antaranya menuduh kesemua 18 (anggaran) orang yang hanya lalu dan lihat itu adalah orang yang KEJAM dan TIDAK BERHATI PERUT. Ada pula yang menyalahkan masyarakat dan kerajaan negara China itu sendiri apabila undang-undang dan nilai kemasyarakatan negara itu amat longgar.

Ini adalah fakta yang saya sendiri selidik dan kaji di internet selepas beberapa jam selepas kejadian ini berlaku.

Di China, keadaan ini disebut sebagai kesan 'Peng Yu'. Sebelum ini, ramai mangsa kemalangan jalan raya, atau orang-orang yang telah jatuh sakit di jalanan sebenarnya berjaya menyaman orang-orang yang membantu mereka untuk sejumlah wang dengan mudah walaupun tidak ada bukti bahawa mereka adalah orang-orang yang menyebabkan kemalangan itu.

Rencana ini telah ditulis di dalam satu akhbar China berbahasa Inggeris. Ini adalah petikan daripada akhbar tersebut:

Di Nanjing pada tahun 2007, apabila seorang lelaki muda bernama Peng Yu, berkata beliau telah membantu seorang wanita tua jatuh untuk bangun. Tetapi perempuan tua menegaskan bahawa Peng telah menolaknya jatuh lalu wanita tua itu menyaman Peng bagi tujuan pampasan. Kerana kekurangan bukti kukuh, mahkamah di Nanjing memutuskan bahawa Peng perlu menanggung 40% tanggungjawab untuk kejadian itu, dan di bawah tekanan awam yang hebat, Peng telah dipaksa untuk membayar denda pula sebanyak 10 ribu yuen.

Selepas kes-kes ini, ramai orang takut untuk menghulurkan bantuan kerana takut disaman. Mereka akan lebih cenderung untuk berdiri dan lihat sahaja jika mereka berada di tempat kejadian.

Untuk pengetahuan kita semua, terdapat banyak lagi kes-kes yang serupa berlaku akibat dari kesan kes 'Peng Yu' tadi. Dan kebanyakan kes adalah kerana kekurangan bukti dan saksi dalam kes tersebut. Antara rencana yang hampir serupa adalah seperti berita ini:

Wanita tua, Wang

Lelaki yang memandu kereta, Xu

Kes seorang wanita tua berusia 69 tahun yang mendakwa ke atas seorang lelaki muda yang langgar dengan keretanya telah mencetuskan perdebatan awam mengenai moral dan kredibiliti. Perbicaraan masih dalam lanjutan, tetapi majoriti besar rakyat menunjukkan sokongan mereka terhadap lelaki itu dan percaya wanita tua itu memutar belitkan fakta. Mereka juga menyatakan keengganan mereka untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan pada masa akan datang, kerana masyarakat gelora dalam keadaan marah dan tidak berdaya di atas keruntuhan akhlak dan kehilangan kredibiliti.

Ilustrasi Xu tentang Wang yang melintas jalan secara berbahaya


Wang Xiuzhi, telah melintas jalan secara bahaya dan salah terjatuh dan mengalami beberapa keretakan tulang pada bulan Oktober 2009 di bandar utara Tianjin. Xu Yunhe menghentikan keretanya lalu keluar untuk membantu beliau. Tetapi Wang berkata Xu telah melanggarnya dengan kereta menyebabkan kecederaan yang teruk.

Tanpa mana-mana video pengawasan dan saksi, Xu disabitkan kesalahan dan diarahkan menanggung 40 peratus kos bagi kemalangan itu, walaupun mahkamah tidak pernah membuktikan bahawa dia memukul, mengasari, atau melanggar Wang. Dia telah diarahkan untuk membayar lebih 100,000 yuan berbentuk pampasan kepada Wang, mengikut penghakiman asal yang diturunkan oleh mahkamah daerah pada bulan Jun. Xu merayu keputusan itu dengan menegaskan bahawa beliau tidak bersalah.

Lebih kurang ceritanya dengan kes Peng Yu tadi kan?

Oleh yang demikian, ramai rakyat China mendakwa kes yang terjadi kepada budak 2 tahun yang dilanggar dan orang ramai langsung tidak menghiraunya, adalah punca dari 'kesan Peng Yu'. Hal ini menjadi satu 'penyakit' psikologi yang menjadi trauma dalam masyarakat di China!

Sila klik butang 'Share' dan sebarkan hasil kajian ini kepada rakan-rakan anda. Terima kasih!

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
7 Comments


7 Orang Kentut Madu:

Syukri Mohtar said... [Reply]

no wonderlah tak tolong..tapi kan..kalau tengok balik salah pemandu lori yg pertama tu lah.sebab langgar budak kecik tu..bukannye nak elak. -__-

N'Craft said... [Reply]

rupanya. tapi jahat la. tu budak kot. lagi satu sy dgr, kalau kat china "langgar mati" hukuman xberat and "langgar hidup" hukuman berat. sbb tu org van tu nak lenyek dak kecik tu lagi. waaaa sedih! jahat~ T-T

Bungasunti-Maternityandnursing said... [Reply]

patutla..mntak share :)

dayah said... [Reply]

ye ke kesan, abis part yg langgar tanpa simpati tu apa plak, zalim ar

~Beb~ said... [Reply]

Oh thx for the entry... Carik jgk jwpn kenapa kejam sgt sgt sgt kan?! Langgar lari dah biase kte dgr! Ini yg tak boleh terima org ramai yg dok lalu lalang, siap angkat letak tepi JE. Now make a sense la walaupon ttp kejam! Sbb duit kan manusia boleh 'create' Peng Yu tuh. Xpsal2 tamak kan duit ter create nye sejarah peng yu yg membawa nsib malang pd anak kecil tuh.

tihasweetie said... [Reply]

no wonder la sumer buat x tahu je kan..kesian budak tue.x tahu apa2 tapi dia jadi mangsa.mujurlah nenek tue angkat dia letak tepi.mengalir air mata nie biler dapat tahu budak tue meninggal..ummi mintak share yer info nie....

♥ Nana BamBam ♥ said... [Reply]

orang china kan kejamm....

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger