Ads: (Please Click!)
Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Sunday, February 27, 2011

Anda Putus Cinta? Ini Tips Berguna Untuk Anda!

Tips Putus Cinta
Di dalam sepanjang tempoh kehidupan seseorang manusia, putus cinta adalah sesuatu perkara atau ukiran sejarah yang membawa maksud yang amat kompleks dan sukar untuk difahami.

READ MORE/LESS..

Dalam perihal putus cinta ini, amat jarang kita dengar seseorang yang putus cinta akan berakhir dalam keadaan yang aman. Kebiasaannya pasti sedih dan bisa membuat seseorang itu menangis, kecewa, tertekan, dan yang paling teruk impaknya apabila mengubah personaliti, kehidupan, dan mentaliti kewarasan seseorang. Begitu hebat dan bahayanya penangan cinta ini. Dan lebih teruk lagi jika cinta berbekalkan pengorbanan. Sanggup menyerahkan segala-segalanya demi cinta. Maruah entah ke mana, kehormatan entah ke mana.

Kebiasaan yang kita dengar dan lihat, perasaan yang timbul dikalangan orang-orang yang putus cinta adalah benci, meluat, menyesal dan sebagainya kepada bekas pasangan masing-masing. Biasanya perasaan ini timbul akibat dorongan hati yang berselari dengan bisikan syaitan tentang perkara-perkara penyebab percintaan putus di tengah jalan. Samada kesalahan si dia, kehadiran orang ketiga, mahupun ketidak sefahaman.

Namun, apakah langkah dan cara terbaik yang patut dibuat oleh seseorang yang putus cinta untuk meneruskan kehidupannya seperti normal dan sediakala? Dengan izin Tuhan, sama-samalah kita praktikkan tips-tips ini.


1. Jangan Hubungi Pasangan Anda

Jangan call, SMS, e-mail, Facebook, chatting atau apa-apa cara sekali pun. Jangan lakukan sebarang komunikasi kepada pasangan anda. Biarkan keadaan ini berlalu selama yang mungkin.


2. Lakukan Aktiviti Luar Rumah Yang Lasak

Bersukan lasak adalah suatu perkara yang boleh menghalang kita mengingati masalah cinta. Keluarlah dari 'kepompong' anda. Duduk di rumah sahaja tanpa membuat sebarang aktiviti membahayakan jiwa anda. Oleh yang demikian, ajaklah rakan-rakan untuk membuat satu aktiviti atau sukan yang lasak. Bukan saja badan kita menjadi sihat malah otak juga menjadi segar.


3. Jangan Biarkan Diri Anda Keseorangan

Jangan sesekali letakkan diri anda berseorangan. Mungkin anda perlukan masa untuk bersendirian tetapi hakikatnya anda sebenarnya perlukan teman. Dengan erti kata lain, anda perlukan pasangan anda. Apabila anda letakkan diri anda keseorangan, anda akan cenderung untuk menghadapi masalah kemurungan atau stress.


4. Jangan Hubungi atau Meluah Masalah Kepada Rakan Pasangan Anda

Disebabkan tidak dapat menghampiri pasangan anda, akhirnya anda memilih untuk menghubungi rakan pasangan anda dan meluah masalah anda dan pasangan anda. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan bukannya memperbaiki keadaan. Masalah cinta anda perlukan seseorang yang betul-betul rapat dan memahami anda. Dia mesti seorang yang betul-betul boleh mendengar dan menjiwai masalah anda. Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta anda.


5. Melakukan Ibadah Dan Mengingati Sang Pencipta

Perkara ini perlulah dititikberatkan pada setiap manusia yang putus cinta. Walau bagaimana payah dan susah pun dugaan dan cabaran yang timbul dalam hidup kita, berserah diri kepada Sang Pencipta, yakni Tuhan adalah perlu. Tidak kira latar agama dan bangsa, bersolat atau bersembahyang adalah perkara halus yang boleh menenangkan kita dari memikirkan sebarang masalah besar yang timbul. Maka, sembahlah atau sujudlah kepada Sang Pencipta kita.

Semoga tips ini berguna untuk anda yang putus cinta!

Aduka: Baru je putus cinta ni.. Ada girls yang mukanya ala-ala baby volunteer nak jadi aweks Aduka? Haha. Jokes!

Tuesday, February 15, 2011

Cikgu Shida Muncul Di TV9! Sudah Ada Yang Tumpang Populariti?

Cikgu Shida Dari Parit
Salam.

Anda tentu kenal dengan Cikgu Shida dari Parit, bukan? Alah, cikgu popular sekarang ini dengan aksi miming-nya itu. Baru-baru ini, beliau muncul di televisyen. Beliau telah muncul di salah satu rancangan bual bicara bersama Faizal Ismail iaitu 'Apa Saja FBI' pada Jumaat, 4 Februari 2011. Percaya atau tidak?

READ MORE/LESS..

Inilah dia video Cikgu Shida keluar di TV9.



Tapi sayangnya. Seolah-olah banyak scene yang sudah dipotong dan di-edit. Tertanya-tanya juga. Adakah sebab iklan, atau sengaja dipotong atas sebab-sebab tertentu?

Terdahulu, aku pernah membuat satu artikel mengenai beliau. Bukan mengutuk, bukan memuji. Rata-rata ramai yang mempersetujui artikel aku. Walaupun begitu, ada juga yang tidak mempersetujui pandangan yang aku lontarkan pada artikel tersebut. Biasalah. Yang taksub, menyokong. Yang meluat, memaki. Heh! Mungkin mereka mengambil satu baris ayat yang terakhir yang seolah-olah melabelkan Cikgu Shida ini adalah bodoh (stupid). Walhal, banyak lagi blog yang mengutuk secara terang-terangan.

"Eh, orang MELAYU kita ni memang jenis cepat melenting, kan?"

Baru tulis perkataan 'STUPID' pun sudah melenting. Itu pun belum lagi aku tulis perkataan maki dan sumpah seranah seperti mana yang ada di blog-blog yang lain. Blog-blog tersebut tidak payahlah aku senaraikan. Nanti aku dihentam oleh mereka pula. Tengok saja video di bawah ini.



Kepada pihak yang buat video ini, bikin malu orang pantai timur saja! Orang yang sebegini sepatutnya dihentam. Bukan di blog kerdil aku ini.

"Biasalah. Orang pandang KEBURUKAN dahulu sebelum KEBAIKAN."

"Kau tulis yang positif pun, orang akan pandang negatif, beb!"


Ya, memang benar. Ini sesuatu yang boleh aku persetujui. Sebab itu kebanyakan (baca elok-elok, KEBANYAKAN!) orang MELAYU kita tidak boleh menerima apa pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara. Hanya memandang dan menilai bulat-bulat pada apa perkara yang memuaskan hati diri sendiri sahaja. Tidak pada konteks pro dan kontra.

Memetik salah satu komen pembaca blog aku:

Ramai jugak yang nak popular dengan cara mengutuk kejayaan orang lain... tapi berlainan dgn c.shida hanya dgn idea dan kebolehan sendiri telah meletakkan dirinya sebagai penghibur cyber yg popular sekarang ni... Tahniah dan Syabas kpd C.Shida - Aziman Abd Azis.


Kabur-kabur sebenarnya komen saudara Aziman ini. Ini ulasan aku.

Aku tahu komen dari saudara tampak menyeluruh. Namun aku tidak sedikit pun melenting. Sebab begini pemikiran aku; "Kalau aku ini gila populariti, sudah lama aku ikut cara dan menyokong Cikgu Shida. Kalau tidak di dunia cyber pun, aku masuk AF, Raja Lawak, dan macam-macam lagi hiburan realiti TV sekarang ini. Bukannya expose dalam blog." Kalau orang yang mengutuk itu, tidak tahulah. Mungkin mereka cemburu dengan populariti Cikgu Shida agaknya, atau mungkin cara ekspresi mereka tonjolkan tidak kena pada tempat dan caranya.

Dalam komen saudara Aziman ini juga ada menyebut tentang 'idea'. Idea? Adakah maksud idea itu adalah 'pencetus idea'? Haha. Lawak! Tahukah anda siapa pencetus idea aksi miming di YouTube? Kalau tidak tahu, jangan pandai-pandai mahu letakkan Cikgu Shida sebagai pencetus idea atau pelopor aksi miming 'murahan' di internet. Kalau 'kebolehan' itu bolehlah aku tidak menyangkal. Cikgu Shida memang berkebolehan dan berbakat.

Dalam kes Cikgu Shida ini, aku sokong pun tidak, kutuk pun tidak. Kenapa aku menulis tentang beliau? Kerana ada beberapa perkara yang tidak kena dengan 'hobi' beliau tersebut. Satu, beliau itu cikgu. Dua, pengaruh kepada orang lain yang melihat. Tiga, Cikgu Shida itu perempuan Muslim. Empat, beliau orang Melayu yang kaya dengan adat dan adab.

"Blog aku. Aku punya fasal la nak tulis apa pun!"

Sekarang barulah ayat ini boleh digunapakai, bukan? Haha.

Okey. Cukup untuk membebel. Lantaklah. Orang kita memang sensitif pada kritikan. Seperti katak yang keluar dari bawah tempurung, tapi ANGKUH bak enggang di awanan! Maksud? Fikir sendiri.

Jika pembaca, sila bukakan minda luas-luas. Mahu lihat siapa yang sudah terpengaruh dengan Cikgu Shida? Siapa yang menumpang populariti atas nama Cikgu Shida? Tapi orang ini bukan mengutuk. Beliau menyokong. Jom saksikan.



Habis saja melihat video ini, tekak aku berasa teramat-amat loya! Kahkahkahkah!

Dari hobi kepada 'penyakit'. Ingat pepatah orang tua-tua lama? Cakap bohong (tipu), nanti besar akan jadi pencuri? Pernah dengar? Jadi, apa yang aku maksudkan 'penyakit' tadi? Hah, yang 'pandai' sangat tu, fikirlah.

UPDATE!

Oh, rupa-rupanya ada versi penuh untuk video Cikgu Shida yang muncul di TV9 di YouTube! Ini dia.



Paku?! Belacan?! Kahkahkahkah!

Sedang asyik melayan YouTube, aku terjumpa satu video dari seorang mamat ni. Ini baru dikatakan kreatif dan... poyo? Saksikan.



Aduka: Agaknya artikel aku kali ni pasti akan dihentam lagi oleh pro-Cikgu Shida. Kehkehkeh.

Monday, November 01, 2010

Nama Anak

Pada suatu petang, aku di datangi oleh kawan lama. Lelaki. Kamal namanya. Waktu itu aku sedang senang minum petang bersama seorang lagi rakan aku di sebuah restoran di Kemaman.

Read more/less..

Dari jauh, aku lihat riak wajahnya kurang menyenangkan. Kelat dan muram. Aku menjemputnya turut serta minum petang. Setelah dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi, dia menunduk merenung lantai seraya mengeluh. Agak berat juga keluhnya. Aku yang ada sifat ingin tahu, langsung bertanya khabarnya.

"Aku baru dapat baby. Baby girl!" katanya. Aku agak tersentak. Masakan dapat anak masih berdiam durja? Isterinya ada masalahkah? Soalanku agak tersirat. Sedangkan di dalam kepalaku berputar dengan fikiran yang bukan-bukan. Sengaja aku bertanyakan begitu untuk menjaga hatinya. Namun, dia hanya menggelengkan kepala.

"Wife aku okey. Cuma..."

Kamal tidak menghabiskan kata-katanya. Sebaliknya, dia hanya merenung mataku sedalam-dalamnya.

"Cuma apa?" soalku sambil menoleh sekejap ke arah kawanku yang asyik berdiam diri sedari tadi. Dia hanya memasang telinga.

"Maaflah kalau aku bercerita sedikit tentang masalah aku ni. Tidak apa, kan?" soalnya sambil menjeling sekejap ke arah kawan di sebelahku.

"Oh, dia takde masalah, Kamal. Cerita ajalah. Yang mana boleh kami tolong, kami tolonglah," kataku sambil tersenyum. Aku sengaja menggunakan perkataan 'kami' agar kawanku di sebelah tidak merasa janggal. Kawanku hanya tersengih seperti kerang busuk. Sekejap-sekejap kawanku itu melayan SMS di telefon bimbitnya.

"Begini." kata Kamal. Kemudian dia menyambung, "Sejak baby girl aku lahir, aku dan wife aku belum lagi memutuskan nak bagi apa nama kat baby kami ni. Sampailah kami bawak balik baby girl kami ke rumah. Semalam kami gaduh."

"Gaduh? Sebab?" sampukku.

"Kami selisih nak bagi nama. Aku berkenan satu nama. Dia berkenan satu nama. Aku berkeras nak nama dari aku. Tapi wife aku pun berkeras juga mahu nama dari dia. Susah betul."

"Kau nak bubuh nama apa baby girl kau tu?"

"Raja Khuzaimah Aalia."

"Amboi! Cantiknya nama!" kataku dengan penuh teruja. Kamal hanya tersenyum kelat.

"Memang cantik pun. Tapi wife aku tak setuju. Dia mahu nama lain. Mahu nama dari dia gak macam mana sekali pun."

"Alaaa kau ni. Mengalahlah dengan wife kau. Ikut aja nama dia nak bagi apa pun."

"Dulu kami dah berjanji.. dah deal pun nama baby yang pertama, aku yang bagi! Bukan dia."

"Nama apa wife kau nak bubuh?"

"Raja Mardhiah Syamimi."

"Eh, cantik juga nama wife kau nak bagi. Cun!"

"Itu la masalahnya sekarang. Wife aku ni plak keras kepala sangat!"

"Haha. Kau pun sama! Alah kau ni. Bende senang camni pun kau tak boleh solve."

"Kau ada idea?"

Aku mengurut-urut dagu sambil berfikir. Di dalam benak terbayang-bayang bayinya yang comel. Terbayang muka ibu dan ayah bayi itu juga.

"Orang zaman sekarang ni ada satu trend. Satu cara yang amat berkesan. Kadang-kadang ramai sangat orang suka buat sekarang especially budak-budak muda," kata aku, bermukadimah.

"Macam mana?"

"Sekarang la kan, orang couple couple biasa combine nama masing-masing. Contohnya, Kamal dan Zuriati. Jadi la Kazue. Kau combine la nama baby kau tu. Nama yang kau nak combine dengan nama wife kau nak. Abih cerita!"

Kamal terdiam. Dia mengerutkan mukanya. Matanya memandang tepat ke arah mataku. Aku hanya membalas dengan senyuman.

"Betul juga kata kau tu, Latip! Terima kasih!" katanya sambil bingkas bangun dan menghulurkan salam kepada aku dan kawan aku di sebelah.

"Eh? Mahu ke mana?" soalku. Aku terpinga-pinga.

"Mahu balik. Bagitahu kat wife aku. Combine nama baby girl kami!"

Kamal beredar dari meja kami. Dia berlari-lari anak menuju ke keretanya yang tidak jauh diparkir tanpa memalingkan mukanya ke belakang. Gopoh benar nampaknya. Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah Kamal. Maklumlah. Orang baru dapat anak yang pertama, fikirku. Aku tersengih sendirian.

"Jahat betul kau, Latip."

Tiba-tiba kawanku di sebelah bersuara setelah beberapa minit kemudian. Aku menoleh ke arahnya dengan hairan.

"Jahat? Kenapa plak?"

"Kau tak sedar ke ape yang kau dah buat ni, Latip?" soal kawanku sambil tersengih-sengih. Kelihatan asap rokok berkepul-kepul terbang dari celahan jari kanannya hilang ke udara.

"Apa?" soalku. Aku masih kurang mengerti apakah maksud kawanku itu berkata sedemikian.

"Kau ni satu dol.. kau sedar tak jadi apa nama anak kawan kau tadi tu kalau kau combine?"

Aku terkedu. Sekilas tersedar akan kesilapan, lantas aku ketawa terbahak-bahak.

"Raja Khumar?! RAJA KUMAR!"

Kawan aku pun turut ketawa terbahak-bahak.

"Habis aku!" kataku sambil menepuk dahi.

Aduka: Tiba-tiba rasa bersalah dekat si Raja Kamarulhafiz tu. Camne nak cakap ya? +________+

Tuesday, September 21, 2010

Kantoi Dalam Peperiksaan?

Salam semua.

Amboi. Sejak memutuskan mahu jadikan blog aku ini selaku 'Facebook No 2' semalam, rasa macam rajin pula mahu update blog. Yalah. Mahu mengadap PC jangan haraplah. PC tiada. Ini pun mujurlah boleh akses melalui telefon bimbit. Alang-alang dapat servis internet percuma dari Maxis. Haha. Jangan tanya bagaimana mahu buat percuma, okey? :-P

Read more/less..

Hari ini, baru sebentar tadi aku baru sudah menduduki peperiksaan bagi Dye Penetration Inspection. Aku sedikit kelewatan memasuki bilik peperiksaan pada sebelah paginya. Sengaja aku berbuat begitu. Dan soalan teori tadi amatlah payah. Pening kepala juga dibuatnya. Di meja sebelah terdapat seorang lelaki Inggeris juga sedang menduduki peperiksaan. Khusyuk benar dia buat peperiksaan praktikal Ultrasonic. Peperiksaan teori aku selesai tengahari.

Ada perkara yang agak kecoh setelah semasa peperiksaan tamat. Kecoh di hostel. Bukan kecoh di bilik peperiksaan. Kes budak kantoi semasa di dalam bilik peperiksaan. Kasihan, budak itu kantoi tatkala dia selesai menjawab soalan teori. Khabarnya budak tersebut ingin menyerahkan 'toyol' kepada rakannya. Perbuatannya itu disedari oleh ketua pemeriksa. Apa lagi, terus dihalaunya budak itu oleh ketua pemeriksa. Budak tersebut dilarang untuk menduduki peperiksaan praktikal pada sebelah petangnya.

Kasihan, bukan?

Pssttt! Korang pernah menipu dalam peperiksaan, tidak? Tipulah jika korang menyatakan tidak pernah! Tapi, jika mahu menipu, buatlah secara professional. Jangan bagi kantoi. Macam aku. Haha. Bongkaknya. Kata orang, seelok-eloknya jangan menipulah! Menipu adalah sifat syaitan, bukan? Cikgu aku pernah bagi nasihat sewaktu aku di sekolah rendah; 'Jangan meniru, ditiru atau membawa toyol. Perbuatan itu umpama menipu diri sendiri. Menipu keupayaan sendiri. Nak pandai, buat cara nak pandai. Jadi sang kancil. Jangan jadi macam sang monyet. Faham ya, murid-murid?'

Maaflah, cikgu. Kadang-kadang je 'murid-murid' cikgu ni dengar cakap cikgu! Haha.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger