Ads: (Please Click!)

Wednesday, December 16, 2009

Bersenamlah


Nama saya Zulkifli. Saya seorang pesara guru. Saya dikenali dengan panggilan Aboh (Abah) atau Cikgu Zul. Umur 57 tahun. Melihat kepada wajah, ramai yang tidak menyangka saya sebenarnya seorang 'lelaki pencen'. Saya sudah tua. Tapi sesiapa yang mengenali saya, pasti sudah sedia maklum akan umur sebenar saya, termasuk guru-guru, bekas guru, pegawai dalam kementerian pendidikan, bekas murid, dan kakitangan sekolah yang pernah saya bekerja suatu ketika dahulu. Tetapi tidak kepada yang baru mengenali saya. Ramai yang menyangka saya dalam lingkungan 40-an saja. Kenapa? Saya ada rahsianya.

Ini bukan cerita karut mahupun cerita rekaan. Cerita ini juga bukan berbentuk iklan, mengajak orang ramai membeli sesuatu produk. Tidak perlu produk. Cerita ini adalah dari pengalaman saya sendiri. Semoga cerita saya ini sedikit sebanyak memberi pandangan luas dan fikiran yang membuka kepada anda.

Klik sini untuk teruskan bacaan..

Sewaktu di sekolah dahulu, saya pernah menjadi guru sukan. Saya mengajar anak murid di bawah jagaan saya mengenai sukan. Sehingga pencen pun saya tidak tinggalkan untuk bersukan, termasuk senaman. Namun pada usia saya kini, saya sudah kurang bersukan. Namun aktiviti bersenam di pagi hari tetap wajib dalam diri saya.

Pada suatu hari iaitu beberapa tahun sebelum saya bersara, terjadi kejadian yang agak melucukan. Disebalik kejadian itu juga sebenarnya terselit ilmu dan contoh tauladan untuk saya, dan juga sesiapa yang mendengar cerita saya. Sewaktu itu saya ke bandar keseorangan, tanpa bertemankan isteri, atas urusan peribadi. Saya pun lupa apakah urusan tersebut. Saya berjalan menyusuri kaki lima di sebuah bank di bandar Chukai, Kemaman. Sewaktu saya berjalan, saya mendengar jeritan kuat tidak jauh dari situ. Saya dapat pastikan suara itu adalah suara seorang wanita. Saya berhenti melangkah. Saya lihat ada seorang lelaki berlari dari arah bertentangan dengan saya. Dia lari lurus menapak di atas jalan raya yang agak lengang.

"Tolong! Beg saya! Beg saya!" jerit seorang remaja perempuan sambil melambai-lambaikan tangan. Dia seakan memanggil sang peragut untuk memulangkan kembali beg sandangnya. Kadang-kadang bila kita fikir, lucu juga. Mungkin tabiat orang kita. Lebih tepat lagi orang wanita kita. Bila 'dirampas' sesuatu dari genggaman atau diragut oleh seseorang, secara spontan tangan mereka akan melambai. Entah melambai kepada siapa. Panggil beg itu agaknya.

Kebetulan peragut itu berlari bertentangan arah dengan saya yang sedang melintas jalan untuk ke lot bangunan di seberang. Entah apa nasib saya, pada waktu itu tiada seorang pun yang melihat atau cuba untuk masuk campur. Saya seorang diri pada waktu itu. Saya beranikan diri bersetentang muka dengan peragut. Namun peragut itu licik benar. Bila hampir dengan saya dalam beberapa meter, dia cuba mengelak dan terus melarikan diri. Saya lihat dia memeluk erat beg warna hitam milik remaja wanita yang menjerit tadi. Dengan tenaga yang ada, saya mengejar. Sampai di suatu simpang, dia berhenti kerana keadaan sesak dengan kenderaan. Peragut itu memalingkan badan dan melihat saya berlari dan menghampiri. Saya agak ranjat bila peragut itu membuka langkah silat!

"Ah, sudah," bisik saya. Saya cuba menapak perlahan untuk menghampirinya. Tetapi saya lagi sekali agak terperanjat bila satu jurus tumbukan laju hampir mengenai muka saya. Saya melangkah undur beberapa tapak. Saya perhatikan peragut itu membuka jurus silatnya lagi. Tetapi agak berterabur. Malang bagi saya, saya tidak tahu bersilat!

"Jangen rapat'in! Kalo berani masukk! Masuukkk!!!" jerit peragut itu kuat. Dari jeritannya saya dapat mengagak bahawa lelaki peragut itu adalah Mat Indon atau lebih tepat lelaki pendatang dari Indonesia. Saya tidak endah. Saya cuba rapat dan merampas beg dari genggaman lelaki peragut itu. Zus! Zus! Beberapa jurus sepak terajang diberikan kepada saya. Tapi saya dapat elak dengan jayanya. Angin hayunan kaki menyapu lembut muka saya. Kami berdua bertarung agak sengit. Saya tidak mampu berbuat apa-apa kecuali elak dan terus mengelak. Langsung tiada peluang untuk menyerang balas. Agak hebat juga jurus peragut itu. Setelah 30 minit bertarung, lelaki peragut itu berhenti dan nafasnya naik turun laju. Dia semput.

"Ini tidak boleh jadi. Aku mesti tewaskan dia," bisik saya. "Serahkan beg. Kalau tidak, kau menyesal," ugut saya kepada peragut itu. Ternyata peragut itu berdegil. Sudah namanya penjenayah. Mereka tidak akan mengaku kalah. Langsung peragut itu memberi satu tendangan laju ke arah muka kiri saya. Saya dapat membaca langkahnya. Saya membuat satu aksi akrobatik. Saya kangkangkan kaki. Saya lentur badan saya kebelakang. Tangan saya menapak ke tanah. Zusss! Saya menendang laju ke arah 'anu'nya. Thuddd!! Lelaki tadi tumbang dan menggelepar sambil memegang 'anu'nya.

Sewaktu itu barulah saya dapat mencapai beg sandang bewarna hitam. Ketika itu juga, datang ramai orang mengelilingi saya. Ada yang menepuk bahu dan bertanya, "Pakcik tak apa-apa?" "Pakcik okay?" Alhamdulillah saya okay. Jawab saya dengan nada selamba. Mulut peragut itu berbuih menahan kesakitan. Saya terus meminta salah seorang lelaki untuk menghantar peragut itu ke balai polis. Tetapi lelaki itu seakan panik. Tidak tahu berbuat apa-apa bila melihat mulut peragut berbuih dan badan menggeletar. Dia sarankan untuk dihantar ke hospital terlebih dahulu. Datang seorang lelaki tua dan menahan lelaki itu dari mengangkat peragut. "Biarkan. Biar saya buat," katanya.

Saya lihat lelaki tua itu memegang sesuatu di celah kangkang peragut. Saya membongkokkan badan dan mengendap dekat. Lelaki tua itu memegang buah 'anu' si peragut. Lalu ditariknya. Tup! Seraya itu, lelaki peragut itu bangun dan agak terpinga-pinga. Selepas sedar, peragut itu dibawa ke balai polis. Berkampunglah si peragut dilokap selama seminggu.

Keesokkan harinya, kecoh satu sekolah tempat saya bekerja. Rasa bangga pun ada. Malu pun ada. Bila masuk ke kelas, ramai anak murid saya bertanyakan saya tentang kejadian tersebut. Saya bercerita kepada mereka. Berderai hilai ketawa kerana lucu mendengar cerita saya.

Pernah suatu petang, ada cikgu-cikgu bertanyakan kepada saya. Bagaimana saya boleh melenturkan badan seperti akrobatik? Dengan tenang dan kuntum senyum dibibir, saya menjawab, "Bersenam dengan tali. Skipping!" Saya menegaskan bahawa saya boleh buat pelbagai gaya dengan tali skipping. Sambil duduk. Berdiri. Malah dengan bangkit tubi pun. Ramai cikgu yang teruja. Saya juga mengesyorkan mereka agar terus bersenam kerana senaman itu amat penting terutama kepada mereka-mereka yang sudah lanjut usia.

Jadi secara kesimpulan dari cerita saya, bersenamlah! Bersenam itu penting. Mana tahu besar kemungkinan perkara seperti ini berlaku juga kepada kita. Malang tidak berbau, bukan?
Seperti yang diceritakan sendiri oleh Cikgu Zul atau Aboh kepada penulis. Kini Aboh tidak lagi mendidik anak murid. Aboh kini aktif sebagai aktivis sosial, seperti membantu ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim, dan fakir miskin. Berkat aktiviti sosialnya, beliau kini masih sihat seperti kebanyakan lelaki yang berumur lingkungan 30 hingga 40-an. Walhal umur Aboh dengan ayah penulis tidak jauh beza. Tetapi ayah penulis tidaklah seaktif Aboh. Jadi, marilah kita bersenam untuk kesejahteraan dan kesihatan tubuh badan kita. =)

Friday, December 11, 2009

Tersadung Kaki Memang Menyeronokkan

Petang semalam aku pulang ke rumah kira-kira pukul 7 petang. Selepas puas lepak menghabiskan masa bersama rakan-rakan, aku pulang bersama majalah Mastika, majalah kegemaran aku. Aku cuba menyoroknya di bawah seat motosikal. Aku sudah sedia maklum akan 'larisnya' majalah ini bila sampai ke rumah kelak. Ada saja tangan-tangan yang hendak merampasnya dari aku.

Tiba di rumah, aku selitkan majalah itu di dalam baju. Aku kuakkan pintu rumah. Mujur, tiada sesiapa. Aku keluarkan majalah itu dari baju dan memalingkan muka ke arah pintu dan terus menguncinya. Sebaik berpaling ke dalam rumah, aku terperanjat apabila memandang sebujur tubuh yang amat aku kenali. Berdiri bercekak pinggang. Kakak!!!

"Sorok apa tu?" tanya tanya kakakku. Dia menggerakkan sedikit keningnya, turun naik. Dia tersenyum simpul. Kaki kanannya menghentak-hentak lantai perlahan. Gaya ala Robinhood pula.

Klik sini untuk teruskan bacaan..

Aku kelu untuk berkata-kata. Hanya perkataan 'er' yang keluar dari mulut. Aku tersengih seperti kerang busuk. Aku mengalihkan majalah Mastika ke belakang aku. Namun aku tahu aku sudah terlambat.

"Tak payah nak sorok-sorok. Akak dah nampak. Bak sini!" pinta kakakku secara paksa tetapi terselit gurau. Aku cuba lari. Berjaya. Aku berlari anak sambil perli ke arah kakak aku yang berlari perlahan. Macam siput, kataku. Bak kata orang tua-tua, jangan berkasar dan menyakiti hati orang yang lebih tua. Padah jawabnya.

Bila aku berpaling ke depan sambil berlari, aku tersadung kakiku sendiri. Kedebuk! Aku jatuh seperti nangka busuk. Dahi aku tersembam ke lantai. Sakitnya, hanya Allah yang tahu. Kakakku menjerit. Dia mendapatkan aku. Dia bertanya adakah aku okay atau tidak. Aku mengangguk. Aku memberitahunya yang aku sedikit pening. Dia gelakkan aku separuh mati. Aku diam dan tersengih.

Selepas ketawa seketika, aku bingkas bangun. Aku lihat kakak aku terus meluru masuk ke biliknya. Aku terdengar dia mengunci pintu biliknya. Aku langsung saja melangkah menuju ke arah bilikku. Seketika, aku teringat akan majalah Mastika yang baru saja aku beli petang tadi. Eh? Di mana? Aku mencari sekeliling. Tempat aku jatuh seperti nangka busuk tadi. Tiada. Aku terus jatuh syak.

Aku menuju ke bilik kakakku. Terus aku mengetuk pintu biliknya bertalu-talu. Diam di dalam. Dalam beberapa minit, emak aku keluar dari bilik kakakku. Aku pula yang dimarahi emak sebab membuat bising. Memang kebiasaan bagi emak aku, bersolat di dalam bilik kakak aku berbanding biliknya sendiri. Nah. Mastika 'dirampas', aku pula dimarahi. Dengan langkah longlai, aku masuk ke bilikku dengan perasaan dendam yang mendalam. Di dalam kepalaku terbayang betapa besarnya kakakku gelak. Ditangannya memegang majalah Mastika, kepalanya bertanduk merah, mukanya bengis. Hampeh!

Aku menggosok-gosokkan dahiku yang sakit tadi. Daripada kejadian tadi, sakit dapat, marah maki pun dapat. Majalah kesayangan aku.. esok sajalah aku baca!

Tuesday, December 01, 2009

"Haiya..!"

Saya adalah seorang guru. Saya sudah berkecimpung dalam bidang ini sudah lebih 7 tahun. Saya sudah berkahwin dan dikurniakan 4 orang anak. Alhamdulillah, kerjaya saya selaku guru sangat memuaskan hati sendiri dan guru-guru yang lain. Berpengalaman kerjaya saya ini, saya telah dilantik oleh kerajaan sebagai pegawai pemeriksa peperiksaan besar bagi sekolah menengah iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2 tahun lepas. Selama 2 tahun itu, pelbagai pengalaman pahit manis telah saya tempuhi. Ada yang lucu juga.

Tahun ini, saya ditugaskan untuk menjadi petugas peperiksaan SPM di sekolah menengah di sebuah daerah di Johor. Saya ditugaskan untuk berkawal di dewan peperiksaan di sana. Pada sepanjang hari pertama, peperiksaan berjalan dengan lancar. Tiada masalah besar yang saya hadapi. Kes kelewatan, tertinggal kad pengenalan, dan ketidak hadiran pelajar ke dalam dewan peperiksaan adalah perkara biasa.

Klik sini untuk teruskan bacaan..

Masuk pada hari ke-empat saya bertugas, saya hadir bertugas di dewan peperiksaan agak lambat kerana kereta saya bermasalah ketika di dalam perjalanan. Alhamdulillah, ketua petugas tidak memperbesarkan perkara itu. Peperiksaan bermula pada pukul 8 pagi dan jadual seterusnya menyusul pula pada pukul 2 petang.

Pada hari tersebut, setelah saya selesai membuat edaran kertas penanda jawapan di setiap meja calon di dalam dewan, saya keluar dan berdiri di luar dewan. Waktu itu sudah terdapat hampir separuh calon yang telah bersiap sedia untuk masuk ke dalam dewan. Setelah hampir pukul 2 petang, saya mengarahkan calon-calon itu masuk ke dalam dewan segera. Calon-calon tersebut memasuki dewan peperiksaan. Cuma pada ketika itu saya terlihat ada seorang pelajar perempuan cina masih di luar dewan dan terbongkok-bongkok seakan mencari sesuatu. Saya perhatikan pelajar itu yang hanya beberapa meter saja jaraknya dari tempat saya berdiri. Pelajar itu menguis-nguis rumput-rumput yang kelihatan panjang dengan kakinya. Tangan kirinya memegang erat sesuatu. Pen dan nampak sedikit hulu pembaris. Setelah beberapa minit saya melihat gelagat pelajar perempuan cina itu, saya kehairanan. Apa yang dicarinya?

"Hello, cari apa?" tegur saya setelah mendekatinya. Pelajar itu memaling mukanya kepada saya. "Haiya..!" balasnya sambil kembali terbongkok-bongkok. Dia menyambung kembali pencarian yang tidak diketahui. Saya kaget. Saya mengerutkan muka. Pelajar tadi tidak langsung menjawab soalan saya. Saya bertambah kehairanan.

"Kamu mencari apa dari tadi?" tanya saya lagi. Saya tidak berpuas hati. Dan lagipun peperiksaan akan bermula tidak lama saja lagi. Saya tidak mahu mana-mana calon lewat dan lambat memasuki dewan. Mengikut undang-undang peperiksaan SPM pun memerlukan masa kehadiran awal 30 minit sebelum masa sebenar peperiksaan bermula. Pelajar tadi memalingkan mukanya kepada saya. Sama juga jawapannya. "Haiya..!" katanya sambil menepuk dahi. Dia tercari-cari lagi.

"Kamu cari pen kamu jatuhkah?" tanya saya, cuba menganggar agak. Sama juga jawapan yang terpacul dari mulutnya. "Haiya..!" Cuma nadanya agak tinggi sedikit.

"Kamu mencari IC kamu kah?"

Sebaik saja saya bertanya soalan itu, pelajar perempuan cina itu menepuk dahi sambil melihat sesuatu di tangannya. Saya nampak kad pengenalan di dalam genggamannya. Lagi sekali pelajar itu menjerit. Agak kuat. "Haiyaaaa..!!" Dia bingkas bangun dan terus memasuki dewan. Tinggallah saya terkebil-kebil berdiri di luar dewan. Barulah saya ketahui apakah bendanya yang dicari oleh pelajar tersebut. Kad pengenalan rupa-rupanya. Agak lucu tingkahnya. Saya cuba menahan ketawa dan terus melangkah memasuki dewan.

Sewaktu pulang ke rumah, saya menceritakan kejadian tadi kepada suami. Tergelak besar suami saya. Masakan tidak. Sesuatu benda yang kita sangkakan tercicir atau hilang sebenarnya ada pada tangan kita. Suami saya juga pernah bercerita sewaktu masa dahulu. Lebih kurang juga ceritanya. Cuma ia berlaku kepada suami saya sendiri. Kami gelak bersama-sama setelah suami saya cuba membezakan ceritanya dengan cerita saya tadi. Geli hati sungguh.
Cerita ini adalah berdasarkan kisah benar cuma ada penokok tambahan untuk menyegarkan jalan cerita.

Saturday, November 28, 2009

Boling Percuma: Sila KORBAN Bola Boling Itu!

Hari ini hari raya Aidiladha. Sudah tentunya kita semua yang berstatus agama Islam menyambut 10 Zulhijjah ini dalam suasana ceria seperti hari raya Aidilfitri. Bezanya, hari raya ini lebih 100,000 ekor lembu dan kambing di Malaysia tumbang hilang nyawa kerana dikorbankan. Rahmat Aidiladha tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Sembahyang Aidiladha dan sembahyang Jumaat pada hari yang sama. Jumaat; hari yang penuh dihormati dari 6 hari lainnya.

Malam tadi, aku dijemput ke rumah oleh kawan aku, Awie, kerana keluarganya mengadakan BBQ. Aku tiba agak lewat iaitu dalam pukul 9.20 malam. Sepatutnya acara bermula selepas Isyak, iaitu kira-kira dalam pukul 8.15 malam. Menyusul tiba pula, Safwan dan Pendi. Kira-kira 30 minit kemudian, Awal pula menyusul tiba dengan Vespanya.

"Aku baru balik dari Mesra Mall, Kertih," katanya seraya menghulurkan jabat salam. Aku menyambut salamnya lalu bertanya, "Buat apa?"

Klik sini untuk teruskan bacaan..

"Giant yang asalnya nak buka tak jadi, kan?" Aku mengangguk. "Sekarang dah buka. Tapi bukan Giant la tp TMC," lanjut Awal lagi.

"TMC?!" Kami bertanya serentak. Dalam kepalaku berputar akan keratan akhbar yang mengatakan Giant di Mesra Mall menarik diri untuk membuka cawangannya di situ. Sebabnya, aku pun sudah lupa. Lebih kurang masalah dalaman dan kelulusan kerajaan negeri juga.

"Tamil Melayu Cina!" sampuk Safwan, yang juga kawanku. Dia ini agak lucu. Pandai berjenaka. Kami gelak besar.

"Apa maksudnya?" tanya aku.

"Entahlah. Khabarnya ia salah satu anak syarikat Menteri Besar. Ya atau tidak, wallahua'lam," jawab Awal.

Kami terdiam.

"Boling pun ada! Free lagi beb!", sambung Awal lagi. "Hah? Boling? Free?! Kau biar betul, Awal!" kataku seakan tidak percaya.

"Betul. Tapi bila dah namanya free, orangnya faham-faham sajalah.. Seorang sekali baling. Bergilir-gilir. Main plak ramai untuk 1 lane. Memang gilo!", kata Awal.

Kepala aku mula berputar. Pertamanya, opening TMC dan boling adalah pada hari raya Aidiladha. Hari raya pertama dan hari Jumaat pula tu. Kedua, permainan boling pula adalah percuma. Aku sebenarnya bimbang hendak komen banyak-banyak. Aku diam saja. Cuma dalam kepala ini berputar pelbagai perihal.

Majlis selesai pada pukul 12 malam.

Balik ke rumah, aku terus menyambar Celcom berukband (yang dipinjam sementara dari abang aku) dan terus mencari bahan. Akhirnya aku terjumpa artikel ini. Artikel masih baru. Aku tidak tertarik dengan 'keterujaan' setiap ayat-ayat artikel tersebut. Apa yang aku ingin tahu, apakah betul TMC milik Menteri Besar? Kenapa ia dibuka pada hari raya Aidiladha? Langsung tiada hormatkah? Menarik perhatian orang ramai untuk menuju tempat-tempat begitu di hari raya? Namun hampir sejam mencari, aku gagal menjumpai bahan untuk menjawab persoalan aku tadi.

Di akhir artikel, aku sedikit tertarik bila penulis menasihati muslimin dan muslimat, agar jangan terlalu seronok bermain boling sehingga lupa ibadah, sedangkan pada isi artikelnya penuh dengan ayat-ayat keterujaan. Siap menganggap tempoh menunggu adalah 'PENGORBANAN'. Lucu betul. Kebetulan opening pada hari 'korban'! Apa cerita, ya kawan? Tidak mengapalah. Itu hak penulis. Suka hati dialah. Sekurang-kurangnya dia pandai menyelitkan unsur nasihat di akhir artikelnya.

Aku membaca lebih dua kali artikel tersebut. Aku cuba bezakan Mesral Mall dengan pasaraya-pasaraya di Bukit Bintang. Aku tersenyum. Akhirnya aku tutup browser, putuskan internet, tutup komputer, dan tidur. Biarlah bahan yang aku cari tidak menjawab kepada persoalan aku. Namun, ada beberapa perkara yang telah aku dapat simpulkan dari keseluruhan persoalan.

1- Semua orang suka shopping. Hari raya sudah tentunya ramai perantau pulang ke kampung. Maka, orang tentulah ramai. Tambah pula, di Kertih tiada shopping complex besar selain Mesra Mall. Gabungan hari raya, orang ramai, dan suka shopping, taukeh buat duit adalah jawapannya!

2- Semua orang suka hiburan. Sama seperti ayat di atas. Cuma kesimpulannya lain. Gabungan gari raya, orang ramai, kaki enjoy, makhluk stress yang tinggal di kota, dan kaki ponteng perihal wajib, maksiat dan dosalah jawapannya!

Korban sajalah bola boling itu, wahai pengunjung Mesra Mall sekalian!

Thursday, October 08, 2009

Search Results:

Loading

Sunday, September 13, 2009

Lekaslah sembuh..


NURAMIRA SYAFIQA BT ROHANI kini di terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital JB. Berumur 16 tahun dan berasal dari Segamat, Johor. Beliau terlantar gering kerana pendarahan teruk di dalam otak akibat kemalangan setahun yang lalu. Wahai kawan-kawanku, sama-samalah panjatkan doa ke hadrat Illahi agar dicurahkan kembali keselamatan dan kesihatan yang baik untuk dia!
Kronologi: (Klik sini)
Jumaat, 28 Ogos 2009.
Petang, aku mendapat SMS dari rakan Nuramira. Khabar yang tidak baik. Nuramira dimasukkan ke ICU. Malamnya, anak saudara yang paling rapat, bernama Niena, SMS aku menyatakan keadaan Nuramira amat kritikal. Peluang untuk hidup tipis, iaitu 40%. Lewat malam, Niena SMS lagi mengkhabarkan bahawa Nuramira koma.

Sabtu, 29 Ogos 2009.
Aku mendapat SMS dari Niena. Khabar baik dan gembira. Doktor berjaya menstabilkan Nuramira. Dia masih dalam koma tapi keadaan stabil. Denyutan jantung lemah. Petang, Niena memberitahu Nuramira memberi respons.

Ahad, 30 Ogos 2009.
Paginya, Niena SMS aku awal. Khabar darinya Nuramira mula sedar tetapi tidak lama. Paling lama 5 minit, dan mula bercakap.

Isnin, 31 Ogos 2009.
Aku mendapat SMS pertama dari Nuramira. Dia mulai laju menaip SMS. Dia mengadu masih sakit di bahagian kepala. Lewat petang, aku YM dengan Niena. Dia khabarkan keluarga Nuramira akan mencari alternatif untuk mengubati sakit Nuramira.

Selasa, 1 September 2009
Pagi-pagi lagi sudah meninggalkan SMS di telefon bimbit aku. Aku membalas seperti biasa. Alhamdulillah, dia mulai stabil.

Rabu, 2 September 2009
Subuh tadi, Nuramira mengkhabarkan bahawa tidak lama lagi dia akan dipindahkan ke wad biasa. Namun lebih kurang pukul 10 malam, baru Nuramira dipindahkan. Beliau sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca dan blogger yang sudi mendoakan untuk beliau.

Ahad, 6 September 2009
Nuramira semakin sihat. Cuma terkadang kepalanya sedikit sakit-sakit. Sakitnya seperti sakit kepala biasa. Alhamdulillah.

Ahad, 13 September 2009
Nuramira telah keluar dari hospital pada sebelah pagi. Dan kini beliau sedang berehat dirumah. Tidak sabar ke sekolah, katanya. Alhamdulillah. Semoga dia kembali aktif seperti remaja-remaja yang sebaya dengannya.

Beliau adalah salah seorang blogger kita. KLIK SINI untuk ke blog beliau.

Friday, September 11, 2009

Ragam Jijie

Dum!

Jijie menghempas beg sekolahnya di atas meja dapur. Ibunya, Mak Gayah, yang sibuk bekerja di dapur menguruskan sekian hal rumahtangga agak terkesima dan sedikit terkejut. Jijie segera melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang agak empuk itu. Kerusi yang agak mahal yang dibeli oleh ayahnya, Pak Hamid, diperbuat oleh kayu berkualiti jati. Pelapiknya sedia dilapik dengan kulit khas yang membaluti gabus dan kain lembut. Kain khas yang berkualiti itu juga yang memberi keselesaan penuh bila siapa punggungnya melabuh. Ibu Jijie menyukainya. Ayah Jijie menyukainya. Abang Jijie menyukainya. Malah Jijie sendiri menyukainya. Di kerusi dan meja dapur itu jugalah Jijie gemar mengulangkaji pelajarannya.

Ditenung mata ibunya dengan pandangan sayu. Ibunya memandang tanpa berkerdip.

"Kenapa, Jie?" tanya ibunya. "Balik saja terus marah-marah? Mengamuk?"

Jijie diam. Membisu. Jijie memuncungkan bibirnya. Dia menjuih.

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

"Eh, Jijie ni. Mak tanya kenapa tak menjawab?" tanya ibunya sedikit meninggi suara. Ditangannya memegang senduk bulat. Dia sedang menggulai. Gulai ikan masih menggelegak di atas dapur yang berasap. Kelihatan wap-wap panas terawang terbang ke udara dan lenyap dari pandangan. Sebati dengan udara sekitar. Jijie memandang senduk yang dipegang ibunya. Ada air gulai menitis dua di atas lantai. Dia memerhati saja tanpa menjawab soalan yang diaju ibunya. Kakinya yang pendek tidak mencecah lantai, digoyang-goyang sehingga menggerakkan kerusi meja.

Tiba-tiba ibunya mengetuk perlahan di atas meja dengan buntut senduk yang dipegangnya tadi. Jijie tersentak. Dia tersengeh seperti kerang busuk ke arah ibunya. Menampakkan gigi-giginya yang rongak dan tidak tersusun itu.

"Hee.. tak ada apa-apalah Mak," jawab Jijie, sambil tersengih. Dia bingkas bangun dan masuk ke dalam bilik air.

Mak Gayah mengetap bibirnya, geram. Dengan kenakalan Jijie selalu membuatnya dia geram. Kadang-kadang dicubit-cubit pipi Jijie hingga merah. Tapi Jijie tidak pernah serik.

Keesokkannya adalah hari minggu. Pada kebiasaan tengaharinya Jijie tiada dirumah hingga membawa ke lewat petang. Di sungai atau mungkin juga di kebun Wak Saman. Setidaknya pun di padang bola bersama rakan-rakannya. Balik dengan pakaian berpeluh dan comot dengan selut dan coklat lumpur. Juga adakalanya di rumah Tukya yang bekerja sebagai penoreh getah. Tukya saja yang selalu disebut-sebut oleh Jijie bahawa dia antara lelaki tua yang kuat sangat melatah. Latahnya mengalahkan si nenek tua, katanya. Ya, benar. Sememangnya Tukya melatah sehingga melampau-lampau. Bersilat berguling adalah perkara kecil. Lucu, katanya si Jijie.

Mak Gayah dan Pak Hamid melihat ke arah Jijie yang duduk merenung jauh ke arah kolam. Dia duduk mencangkung. Terkadang duduk melunjurkan kaki ke dalam kolam. Digoncang-goncangkan air kolam dengan kakinya. Tampak sayu di wajahnya.

"Tengok tu, bang. Dah dua tiga hari saya lihat dia macam tu. Bila ditanya, katanya tiada apa-apa. Saya risaulah, bang," adu Mak Gayah kepada suaminya. Pak Hamid menggeleng-gelengkan seraya menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

"Abang-abangnya pun dia buat macam tu. Sepatah ditanya, sepatah dia jawab. Dua patah ditanya, dua patah dijawabnya. Hairan saya. Tak pernah-pernah dia buat fiil macam ni," keluh isterinya lagi. Pak Hamid hanya diam membisu. Disedutnya rokok yang sedia membakar dihujung bibirnya yang hitam. Mujurlah puting coklat yang membatas bibirnya dari membakar.

"Nanti abang tanya," tegas Pak Hamid.

"Cubalah kalau boleh," balas Mak Gayah.

Mak Gayah melihat suaminya berjalan merapati Jijie. Suaminya duduk mencangkung di sebelah Jijie. Dia lihat bibir suaminya bergerak-gerak tanpa kedengaran suara. Dia yang berdiri jauh hanya memerhati reaksi dan respons anaknya, Jijie. Jijie seperti itu juga. Muka masam mencuka. Kadang-kadang menjuih bibir. Kadang-kadang memuncungkan mulutnya. Diangguk dan terkadang digelengkan kepala.

Beberapa ketika kemudian, Pak Hamid berjalan mendapatkan isterinya. Lantas dia berkata, "Abang give up. Entah apa yang dia nak, abang pun tak tahu. Seperti yang awak cakap. Sepatah ditanya, sepatah dijawabnya. Dua patah ditanya, dua patahlah juga dijawabnya," keluh Pak Hamid. Mak Gayah hanya tersengeh.

"Dah saya katakan tadi, abang tak percaya," perli Mak Gayah.

"Hm. Awak ada tahu tak kot la dia minta apa-apa dengan awak?" tanya suami.

"Minta sesuatu dari saya?" soal isteri kembali. Dia merenung berfikir. Mengimbas kejadian kebelakangannya.

"Saya rasa tak ada, bang. Kenapa?"

"Masakan abang tahu kot dia merajuk dengan awak. Dia minta sesuatu awak tak kasi."

"Tak ada! Memang tak ada."

Diam.

"Hah, abang tu. Abang macam mana? Kot abang yang buat dia merajuk, masakan saya tahu?" soal isteri kepada suami.

"Seingat abang, tak ada! Sumpah tak ada!", jawab suami.

"Hairan, ya. Macam-macam fiil anak kesayangan kita seorang ni."

"Dahlah. Biarkan dia di situ. Nanti lama-lama okay lah dia tu!" tegas suami lalu dipimpin tangan isteri masuk ke dalam rumah.

**********

Hari ini hari Jumaat. Sekolah rendah tamat awal pada hari ini kerana peperiksaan UPSR sedang dijalankan. Jijie pun pulang awal ke rumah. Pada tengahari, dia pulang girang tanpa murung seperti dua tiga hari sebelumnya. Setelah memberi salam, dia masuk ke dalam rumah sambil menyanyi. Girang.

Pak Hamid dan Mak Gayah memandang sesama sendiri. Terkebil-kebil, kehairanan.

"Dia dah okay kot," kata Mak Gayah. Pak Hamid hanya tersenyum dan mengangguk.

"Mari kita cakap-cakap dengan dia, bang," pelawa Mak Gayah. Suaminya menggelengkan kepala seraya berkata, "Awak sajalah yagn pujuk dia."

Bingkas Mak Gayah bangun dan berjalan memasuki bilik Jijie. Kelihatan Jijie berbaring di atas katil. Dia masih berpakaian sekolah. Masih berstokin busuk. Dia baring bersilang kaki. Digoyang-goyang kakinya gaya seorang anak Dato'.

"Anak mak dah okay kot," kata Mak Gayah memulakan bicara. Jijie tidak membalas. Dia hanya menyanyi. Jelas nanyiannya adalah lagu Siti Nurhaliza. Memang Jijie meminati Siti Nurhaliza walaupun wanita idamannya itu sudahpun dimiliki oleh Dato' K. Tapi Jijie tidak peduli itu semua. Dia masih meminati Siti Nurhaliza. Dia cantik dan comel macam Jijie, katanya. Kak Siti sayang Jijie, ujarnya pada suatu petang. Ditunjukkan buku kecil hitam hadiah istimewa yang dipos khas dari Siti Nurhaliza kepada Jijie selaku peminat cilik. Buku itu jugalah dikeleknya ke seluruh kampung. Masa itu Siti belum berkahwin. Mungkin juga belum mengenali Dato' K. Ditunjukkan kepada Tok Imam. Ditunjukkan kepada Wak Saman. Ditunjukkan kepada Mak Leha. Ditunjukkan kepada Aki Tok Siak. Heboh satu kampung mengatakan Kak Siti sayangkannya.

"Jijie okay lah, Mak. Kenapa Mak tanya?", tanya Jijie perlahan.

"Yalah. Kenapa dua tiga hari ni Jijie tak macam biasa? Sedih.. termenung.. kenapa Jie sayang?" tanya Mak Gayah lagi.

"Tak ada apalah!", jawab Jijie ringkas. Mak Gayah agak tergamam.

"Kalau Jijie tak cerita kat Mak, macam mana Mak nak tahu?" pujuk Mak Gayah.

Jijie terdiam. Mak Gayah terdiam.

Tiba-tiba Jijie bersuara.

"Mak ingat kan cikgu comel yang Jijie cerita hari tu?" kata Jijie lantas bingkas bangkit dari baringnya.

"Cikgu yang mana?"

"Ala.. Cikgu Sofea!"

"Oh ya, mak ingat. Kenapa dengan cikgu tu?"

"Dia sayangkan Jijie tapi kenapa dia kahwin dengan lelaki lain dan pindah sekolah?"

"HAH?!" Mak Gayah terkejut. Dia ketawa berdekah-dekah. Ada manik kecil merembes dari kelopak matanya. Habis ketawa, dia bertanya lanjut, "Dia kahwin? Pindah sekolah?"

"Ha'a. Dia kahwin. Cikgu besar cakap, dia pindah sekolah sebab ikut suami. Kenapa kena ikut suami, Mak?" tanya Jijie terkebil-kebil. Dia tidak faham.

"Ya lah. Dah kahwin kena lah ikut suami. Ikut arahan suami. Mak ingat suami dia suruh pindah sekolah yang dekat dengan rumah suami dia kot," jelas ibunya.

"Huh!" keluh Jijie lantas dia baring kembali.

"Eh, kenapa sayang?". Mak Gayah mengusap-usap kepala Jijie perlahan. Ditenungnya mata anaknya yang manja itu dalam-dalam.

"Yelah.. Cikgu tu sudah mengecewakan cinta Jijie tau. Kecik hati Jijie," jelas Jijie sambil memuncungkan bibirnya.

Mak Gayah terkejut. Langsung dia ketawa berdekah-dekah. Ditampar-pampar manja peha Jijie. Jijie menjuih. Melihat ibunya ketawa tanpa henti, dia juga turut tersengeh. Lucu melihat ibunya ketawa.

"Dahlah, Jijie. Tunggu Jijie besar dulu, baru Mak tunjukkan 'cinta hati' Jijie yang sesuai untuk Jijie, okay?" kata Mak Gayah sambil mengenyitkan mata kepada Jijie.

"Okay, Mak! Janji, ya?" balas Jijie sambil memberikan isyarat 'bagus' kepada ibunya. Mak Gayah hanya menggeleng-gelengkan kepala. Dia tidak menyangka sebegitu besar angan-angan anak teruna ciliknya ini.

Friday, September 04, 2009

Tanam 'baja' blog, dapat 'buah' duit

(Click for enlarge)

Akhirnya..
Penantian selama berbulan-bulan barulah cheque untuk Nuffnang aku dihantar hari ini. Entah bila sampai ke rumah pun aku belum pasti. Ini first cheque yang aku claim. Hampir setahun aku biar earnings tu naik. Cukup target, aku pun claim. Cuba teka berapa. Hehehe..

Jadi kepada sesiapa yang suka berblogging tu, apa salahnya kalau letak ads satu di blog korang. Sekurang-kurangnya dapat juga duit walaupun 'ciput'! Betul tak?

Wednesday, September 02, 2009

Mengurat sepak terajang

Malam semalam, aku tengok orang bertumbuk, bergaduh. Kecoh dibuatnya. Waktu itu sudah lewat. Kira-kira lewat pukul 11 malam.

"Latip! Ada orang bertumbuk kat depan sana!" teriak kawan aku. Aku bingkas bangkit dari tempat duduk aku. Mood melayan gadis-gadis di Tagged terbantut. Aku terus saja keluar melalui pintu kaca Cyber Cafe (CC).

"Mana? Mana?" soal aku sambil melilau memandang kiri kanan depan. Tentunya tidak ke belakang. Mencari di mana orang bergaduh.

"Sana! Seberang sana! Jom ikut aku," kata kawan aku. Aku membontoti kawan aku hingga ke hujung deret bangunan kedai di sini.

"Tu! Tengok!" Aku memandang ramai kaum adam mengerumuni sesuatu. Aku lihat beberapa orang lelaki sedang duduk dan yang berdiri memandang kepada lelaki yang sedang duduk itu pula. Aku lihat dari jauh mulut mereka bergerak-gerak. Bercakap sesuatu kepada lelaki yang sedang duduk. Jauh berbalam-balam disebabkan kepekatan malam, hanya diterangi lampu jalan dan sport-light di situ. Sedikit membantu aku melihat aksi di situ. Aku berdiri jauh.

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

Tiba-tiba aku melihat aksi seperti Jackie Chan. Tak kurang juga aksi seperti Jet Li. Terbang sana, terbang sini. Melayang. Kaki dijuntai mengenai tepat di kepala seorang lelaki berbaju putih lengan panjang. Dibelasahnya tanpa belas ehsan. Disikunya. Dilututnya lelaki itu hingga terbaring di atas bonet kereta orang di situ. Tuan punya kereta itu keluar dan menjerit kuat. Suaranya bergema di setiap tempat. 'Sayangkan kereta kemek!' fikirku. Tuan punya kereta tadi cuba menghalau pergaduhan tadi tanpa meleraikan keadaan. Pelik. Dia masuk kereta dan dialihkan keretanya ke depan sikit.

Aku semakin galak melihat. Aku cuba mengajak kawan aku untuk lihat dengan lebih dekat. Dia enggan. Takut agaknya. Atau mungkin tidak mahu masuk campur. Aku tidak kisah. Aku pergi dekat juga. Seorang diri. Dalam berjalan kaki itu, aku lihat ada lagi dua orang lelaki kena belasah. Seorang kurus rendah berpakaian ala hip-hop. Dan seorang lagi tinggi lampai dan kurus. Mereka dibelasah secara beramai-ramai. Kadang-kadang tercampak dan melekat di dinding lot kedai di situ. Disikunya. Dilututnya. Disepaknya. Diterajangnya. Ditumbuknya hingga nampak darah terbang di udara. Ada juga anasir putih terbang di udara. Gigi agaknya.

Tiba dekat, mereka memegang tangan lelaki yang teruk dibelasah tadi. Seorang terjelepuk di atas kaki lima. Lengannya menutup mulut menghalang darah mengalir keluar dari mulut. Aku berdiri hanya memerhati. Hati gelegak untuk masuk campur. Namun aku cuba bersabar. Aku mendengar dengan teliti percakapan mereka.

Dikalangan mereka, aku lihat ada seorang perempuan cantik berdiri sambil memeluk tubuh. Hanya melihat ketiga-tiga lelaki tadi dibelasah. Aku hairan. 'Buat apa perempuan ni kat sini?' fikirku.

"Kenapa?" Seorang lelaki entah dari mana, cuba masuk campur.

"Budak celaka ni. Kacau bini orang!"

Aku tersentak. Bini orang?! Aku bertambah teruja ingin tahu. Aku berdiri rapat lagi. Ketiga-tiga lelaki yang teruk dibelasah tadi dipaksa untuk meminta maaf kepada perempuan cantik. Dia tersenyum. Seolah-olah puas melihat lelaki tadi dibelasah. Berkali-kali aku mendengar lelaki-lelaki itu memohon ampun dan maaf. Seorang lelaki tegap dan tinggi menjerit di muka mereka.

"Aku takkan maafkan kau! Ingat! Aku tak mahu jumpa muka korang lagi kat sini! Kalau tak..siap korang!" ugut lelaki itu sambil meninggikan suara.

Orang mula bersurai bila lelaki tegap dan tinggi tadi menarik tangan perempuan cantik pergi dari situ. Oh. 'Mungkin laki bini,' fikirku.

Setelah disiasat dengan mendengar mulut-mulut di situ, barulah aku faham bahawa ketiga-tiga lelaki yang teruk dibelasah tadi itu cuba membuat onar. Kerana sedikit SMS lucah dan kenakalan yang melampau, mereka dibelasah teruk oleh rakan-rakan lelaki tegap kurus, yang merupakan suami kepada perempuan cantik itu tadi.

Sinopsisnya begini. Ketiga-tiga lelaki itu mengenali perempuan itu dari seorang kawan. Diambilnya nombor telefon dan mula berSMS. Lama-kelamaan semakin galak. Akhirnya berbaur lucah. SMS terakhir, salah seorang dari ketiga-tiga lelaki tersebut mengajak untuk 'tidur' di hotel murah berdekatan. Dan, akhirnya.. berakhir dengan sakit dipipi kerana disiku, ditumbuk. Sakit diperut kerana disepak, diterajang.

Kasihan.

Aku kira, mereka mungkin ingat bahawa perempuan yang mereka berSMS selama ini adalah anak dara atau awek atau... ntah! Rupa-rupanya bini orang!

Aku juga dapat tahu ketiga-tiga lelaki itu bukanlah orang yang tinggal berdekatan. Orang luar. Luar dari daerah sini. Datang sini untuk belajar. Belajar? Betulkah datang sini belajar? Atau...

Ingat! Nak mengurat perempuan sekarang kena berhati-hati. Jangan sampai diurat bini orang!

Friday, August 21, 2009

Berjilbab tapi celaka!

Maaf kerana tajuk entry sedikit berbunyi kasar dan mungkin 'kurang ajar'. Bukan aku sengaja provokasikannya. Ini adalah realiti. Setelah apa yang terjadi beberapa jam yang lepas, barulah aku boleh mempersetujui dengan apa yang rakan-rakan aku katakan sebelum ini bahawa, 'berpakaian sopan tak semestinya baik' atau 'bertudung labuh tak semestinya alim'!

Beberapa jam yang tadi, aku ke salah satu tempat yang boleh dikatakan terkenal di Kemaman. Niat aku satu; mencari bundle yang baru dibuka beberapa hari yang lepas. Sedang aku naik tangga bergerak untuk ke tingkat atas, aku melalui lorong yang agak sunyi. Hari Jumaat adalah hari minggu di pantai timur. Maka, banyak kedai yang belum dibuka selepas solat Jumaat, dan ada juga yang tutup pada hari Jumaat. Aku berjalan sepanjang lorong sunyi tersebut. Bila tiba di koridor atas, anak mata aku terlihat sesuatu yang agak pelik di sudut hujung di koridor tersebut. Sudut tersebut amatlah tersembunyi dari pandangan dari bawah. Kaki aku berhenti melangkah.

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

"Apa benda tu?" bisik hatiku. Aku lihat seperti kain lebut berwarna coklat cerah bergerak-gerak. Kalau lihat secara teliti, seakan-akan kain tudung. Aku kehairanan, dan aku teragak-agak untuk pergi secara dekat.

Namun, aku cuba berjalan menghampiri apabila hati aku merasa kurang senang dan timbul syak. Bila tinggal hanya beberapa meter, aku terkejut. Aku lihat ada sepasang lelaki dan perempuan! Perempuan tersebut menyedari akan kehadiran aku. Dia seolah-olah menggelabah. Bila tinggal jarak setapak, aku terus saja menjerkah.

"Apa buat di sini?!" jerkah aku.

"Er.. sembang-sembang je, bang," jawab budak lelaki itu. Aku kira-kira budak lelaki tersebut mungkin sebaya adik aku. Budak sekolah. Teramat muda. Yang perempuan itu pula, berjilbab dan berpakaian 'cukup sifat', menutup segala aurat. Air wajah juga muda.

"Sembang?! Sembang apa di tempat sunyi macam ni?!" jerkah aku lagi. Aku makin meninggi suara. Jantung aku berdegup kencang kerana menahan amarah. "Baik kau blah sekarang sebelum aku pukul kau!" sambung aku, cuba menghalau budak tersebut.

Tanpa bercakap banyak dan tanpa melawan, budak tersebut terus beredar. Perempuan berjilbab tadi terus berdiri di hadapan aku dengan memalingkan muka ke arah lain. Tangannya memegang telefon bimbit. Dia tergamam.

"Hoi! Kau tahu tak perbuatan kau ni haram di sisi Islam? Kau tahu agama tak?!" Perempuan itu diam. "Kau ni orang Islam ke kafir?!" tanya aku lagi tanpa merendah sedikit pun suara. Perempuan tadi masih diam seribu bahasa.

"Celakalah kau!", jerkah aku. "Mampus kau kalau mak bapak kau tahu apa yang kau buat ni. Berani kau buat maksiat! Esok dah nak puasa, kau tahu tak?!"

Perempuan tadi berpaling. Kemudian, dia memandang ke arah lain kembali. Aku jadi semakin marah. Sebelum ada apa-apa yang terjadi, aku terus beredar. Aku sempat lagi berkata, "Pakai saja jilbab! Tutup aurat! Tapi bodoh buat maksiat! Celaka!"

Tapi, aku tak kata semua yang berjilbab itu jahat, ok?

Tuesday, August 18, 2009

Aku sayang Tokwan

Petang itu aku pulang lewat ke hostel. Kelas dari awal pagi dan terus menerus hingga ke petang dengan hanya diselangi rehat selama 15 minit, membuatkan aku sedikit keletihan. Pulang ke hostel pula dengan berjalan kaki kira-kira hampir 2 kilometer. Entah kenapa pada hari itu, fikiran aku seolah-olah terganggu dan runsing. Entah apa yang bermain dibenak fikiran aku pun sendiri tidak pasti. Kerana itu, segala perkara yang aku lakukan menjadi serba tidak kena. Sehinggakan perbualan aku dengan kawan-kawan tidak menepati topik. Aktiviti kurikulum tergendala. Interaksi di dalam kelas sedikit merosot.

Selesai menunaikan solat Asar, aku mendapat panggilan telefon daripada ayah aku. Suara serak basah ayahku sedikit berbeza dari kebiasaan. Aku terkesima namun aku berbual seperti biasa. Tetapi aku tidak menyangka bahawa panggilan tersebut memberi satu perkhabaran yang tidak menggembirakan hati aku. Di akhir perbualan, aku rasakan seolah-olah jantungku hendak gugur jatuh ke bumi.

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

"Tiket bas pukul berapa paling awal?" tanya ayahku.

"Tak pasti," jawab aku ringkas. "Kenapa?"

"Boleh tak pergi tengok tiket bas terawal sekarang?" arah ayahku. "Kalau ada paling awal dari sekarang, terus beli. Balik kampung sekarang," sambung kata ayahku.

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Arahan ayah aku sedikit membuatkan aku kehairanan. "Kenapa ayah?" aku bertanya lagi. Ingin mengorek perihal yang sebenarnya. Ayahku terdiam seketika. Setelah diasak-asak dengan soalan yang sama, akhirnya ayah aku menjawab.

"Bukan ayah tak mahu bagitahu. Tapi ayah tak mahu fikiran mu terganggu," kata ayahku.

"Kenapa? Sebab apa?"

"Begini.. Erm.. Tapi ayah harap mu jangan terkejut dan.. Sudah sampai masa DIA pergi.. jadi.."

"HAH?! DIA?! Siapa, ayah?!" tanya aku dengan suara sedikit meninggi. Ayah aku terdiam kembali. Kemudian ayah cuba memujuk aku dengan kata-kata yang lembut.

"Bawa bersabar dan mengucap, ya. Tokwan dah tak ada. Dah meninggal malam tadi!"

"TOKWAN?!"

Aku terdiam seribu bahasa. Di akhir panggilan itu juga, ayah aku meminta berkali-kali untuk aku pulang ke kampung. Aku menekan punat merah pada telefon bimbit. Arahan untuk 'pulang ke kampung' oleh ayah aku membuatkan aku kelam kabut. Air mata mula ingin mengalir namun aku cuba bertahan dengan paksa. Rakan sebilik aku cuba membantu aku. Dengan bergegas aku dan seorang rakan sebilikku ke bandar Kota Bharu untuk mendapatkan sekeping tiket ke Kemaman. Malangnya, tiket petang semuanya habis. Hanya tinggal tiket sebelah malamnya.

**********

Cuaca lewat malam sedikit terasa dingin. Hembusan lembut angin kipas menggerak-gerakkan kain penghadang dan langsir yang sedia tergantung. Tangan aku mengusap-usap dahi jasad yang terbaring kaku di hadapan. Kain putih yang membalut dan sedikit bau yang kurang enak. Aku menguis semut yang merayap di kain yang membaluti jasad itu. Bibir aku tidak putus membacakan surah Yassin. Tangan kanan ku pula memegang kitabnya yang berwarna kuning. Suara aku diselang selikan dengan lunakan suara adik aku membaca surah. Kepala aku sedikit pening kerana tidak cukup tidur. Fikiran berserabut. Emosi terganggu. Benak aku pula mengimbau peristiwa lampau.

"Mak! Nak 2 ringgit. Isi minyak," kata aku kepada mak. Mak tidak cakap banyak, terus saja menghulurkan not 1 ringgit 2 keping. "Bawa moto elok-elok," pesan mak aku. Aku hanya menganggukkan kepala.

Aku menghidupkan enjin motosikal. Banyak kali. Agak sukar untuk menghidupkan motosikal kerana enjinnya masih sejuk. Tambah pula pagi itu cuaca agak sejuk. Sudahlah motosikal 2 lejang. Agak cerewet. Tiba-tiba aku disapa dari arah kanan. Aku sedikit tersentak.

"Dah nak pegi sekolah?"

"Ya, Tokwan," jawab aku ringkas. Aku melontarkan senyuman pagi. Tokwan membuka pintu dapurnya luas-luas tanpa memandang ke arah aku. "Ah, tak perasan pula Tokwan. Susah-susah je aku senyum!" bisik hati aku.

Aku menghidupkan lagi motosikal. Setelah enjin dihidupkan, Tokwan menghulurkan sesuatu kepadaku. Kertas berwarna hijau.

"5 ringgit?" soal aku. Aku tersenyum, gembira. "Banyaknya Tokwan. Biasanya 2 ringgit je," kata aku.

"Guna sajalah..! Tokwan ada duit lebih. Tokwan bagilah kat cucu Tokwan yang nak sekolah. Kalau lebih, simpan sajalah," jawab Tokwan ringkas. Aku tersengih. Selepas bersalaman dengan Tokwan, aku terus bertolak ke sekolah. Sempat juga Tokwan menasihati aku untuk belajar rajin-rajin untuk peperiksaan SPM nanti...

Aku membimbit buku sekolah dan nota-nota. Aku berjalan laju ke rumah Tokwan. Aku masuk menerusi pintu dapur, keluar ke arah pintu dapur kedua, dan duduk di meja luar rumah. Aku meletakkan buku-buku di atas meja. Aku pergi ke tempayan Tokwan dan membasuh muka. "Hari ini aku mesti rajin! Yeah!" jerit aku keseorangan. Aku kembali ke meja dan terus mengulang kaji pelajaran. Begitulah rutin harian aku setelah pulang dari sekolah. Memandangkan peperiksaan SPM sudah hampir, aku banyak menghabiskan masa di rumah Tokwan untuk mengulangkaji pelajaran. Lagipun rumah Tokwan sunyi, tiada sesiapa. Tokwan tinggal keseorangan di rumah pusaka datuk aku. Mujurlah rumah aku bersebelahan saja dengan rumah Tokwan.

Beberapa minit kemudian, aku ternampak Tokwan berjalan dari jalan seberang dan terus ke pagar rumah Tokwan. Aku lihat di kiri kanan tangannya menjinjing beg plastik yang penuh dengan sayur-sayuran.

"Tokwan! Tokwan dari mana?" tanya aku. Aku lihat Tokwan menuruni tangga dan masuk ke dalam rumah menerusi pintu dapur kedua.

"Dari pasar!" jawab Tokwan dan diteruskan dengan kata-kata yang aku tidak fahami. Dia membebel. Menerusi bibit-bibit katanya, seolah-olah dia membebel pasar itu jauh dari rumah, cuaca panas, lutut sakit, dan sebagainya. Ya.. aku lihat Tokwan duduk dan mengurut-urut lututnya. Lenguh dan sakit, katanya. Tudung yang dipakainya tadi dicampak di atas kerusi, dekat dengan aku.

"Kenapa tak pergi dengan ayah?" tanya aku.

"Huh! Ayah kau tu.. sibuk menukang aje kerjanya.. harapkan adik kau, adik kau pula tak balik-balik sekolah lagi. Huh.. sakit.." keluh Tokwan panjang dan diteruskan membebel. Tangannya masih mengurut lututnya.

"Ala.. ayah suruh Tokwan bersenam je tu!" kata aku sambil ketawa. Tokwan marah tapi akhirnya ketawa juga.

Ada satu peristiwa dan kata-katanya sehingga kini tidak akan aku lupakan..

Aku merajuk pada petang itu. Aku bergaduh dengan adik. Entah tentang perkara apa. Aku membebel dan marah-marah di hadapan Tokwan. Aku sedikit mengamuk.

"Sudah-sudahlah.. tak baik marah-marah camtu.." pujuk Tokwan sambil mengurut-urut lututnya.

"Huh! Tak suka kat adik!" kata aku. "Tokwan pun mesti tak suka adik! Mesti!" hasut aku kepada Tokwan.

"Mana boleh macam tu.. sudah, sudah! Nanti jangan harap Tokwan nak bagi duit sekolah lagi, " ugut Tokwan pula. Ugutan tersebut membuatkan aku terdiam. Aku merenung ke tanah. Tokwan bangun dan merapati aku. Dia mengusap-usap kepala aku seraya berkata, "Tokwan sayang semua cucu-cucu Tokwan.. Tak kira siapa pun." Aku mendongak menatap wajah Tokwan yang berkedut. Terpancar cahaya senyuman terukir diwajahnya. Senyuman itu membuatkan aku tenang. Lantas aku memeluk Tokwan..

Pagi itu orang ramai di rumah Tokwan. Aku sedikit rimas dan duduk di pangkin yang disediakan di luar rumah Tokwan. Aku mengesat peluh yang mula jatuh ke muka. Aku menunduk ke bumi dan aku memanjatkan doa. Aku mengeluh berat setelah mengaminkan doa di dalam hati. Kenangan demi kenangan terlintas dikotak fikiran aku. Kalaulah waktu itu aku berada di kampung. Alangkah bahagianya aku jika aku sempat mencium tangannya. Alangkah seronoknya jika bersamanya menonton cerita-cerita P Ramlee yang menjadi kesukaannya. Alangkah sedapnya lidah ini merasa segala keropok dan pelbagai jenis pengat yang dibuat sendiri olehnya. Ah, kenapa perlu aku ingat semua itu. Aku rasakan dadaku sebak.

Tiba-tiba aku rasakan bahu aku ditepuk dari belakang. Aku menoleh.

"Abang. Arwah dah nak mula diusung ke kubur. Marilah," pelawa adikku. Aku hanya mengangguk. Aku bangun perlahan. Aku melangkah menuju ke arah orang ramai yang mengusung. Aku berdiri dari belakang tanpa melihat ke depan.

"Al-Fatihah!"

**********

Aku melihat dari jauh kubur Tokwan. Tanah yang merah dan lembut menyedapkan hati aku. Dan seraya aku berbisik, "Tokwan.. bersemadilah Tokwan bersama To'ki di sana.. moga tuhan menempatkan Tokwan bersama dan To'ki bersama orang-orang yang beriman. Kami semua akan hadiahkan doa untuk kebahagiaan Tokwan di sana.."

Malam tersebut, aku tidak dapat tidur. Wajah Tokwan, gurauan Tokwan, nasihat Tokwan, dan segala-galanya fasal Tokwan bermain diminda. Tanpa aku sedar, air mata aku mengalir. Lama kelamaan, makin laju. Hingga aku teresak-esak. Aku bersedih kerana Tokwan tidak dapat menikmati rumah baru yang ayah dan aku adik beradik bina sama-sama.

"Bingkai tingkap rumah ni la Tokwan selalu tengok ayah buat," kata ayah, pada suatu petang. "Tokwan tak tanya ayah lebih-lebih. Sebab Tokwan tahu ayah akan marah dia," sambung ayah lagi. Mata aku berkelip-kelip mendengar cerita ayah. Tekun. Ayah mencucuh rokok daunnya lantas dihisap rokok itu dalam-dalam. Kemudian, ayah termenung seketika.

"Tokwan ada bertanya kat ayah sekali, 'Banyak bingkai? Nak buat apa?' Ayah jawab, 'Nak buat rumahlah! Rumah baru!' Tokwan diam. Selepas itu Tokwan tanya lagi, 'Bilik untuk Tokwan ada tak?' Ayah tak jawab. Ayah diam saja," cerita ayah aku panjang lebar.

"Kenapa ayah tak jawab?" tanya aku. Ayah aku terdiam. Dia termenung. Mak aku pun terdiam juga.

"Untuk pengetahuan kau, bilik kau duduk sekarang ni adalah bilik Tokwan!" kata ayah aku. Aku tersentak. Aku menunduk, memandang lantai rumah. Hati aku tiba-tiba terasa sebak. Alangkah bertuahnya aku. Hanya kebetulan aku dapat bilik yang sepatutnya diduduki oleh Tokwan. Aku mengesat mata cepat-cepat. Ayah aku tidak menghirau. Dia diam saja. Ayah mengeluh berat, seraya berkata, "Tak sempat Tokwan kau duduk rumah ni. Hajat dan keinginannya tak kesampaian."

**********

Kini, sudah 3 tahun berlalu. Aku pun sudah habis belajar. Dan aku pun sudah dewasa. Hari Raya Aidilfitri tahun lepas aku sempat ke kubur Tokwan. Alhamdulillah.. sejuk mata aku memandang kubur Tokwan. Bersih. Seolah-olah ada orang menjaganya. Keluarga kami yang sibuk, langsung tidak ke kubur Tokwan pada hari-hari lainnya. Pada hari raya begini sajalah kami berpeluang ke kubur Tokwan. Maafkan kami, Tokwan. Walaupun begitu, kami semua tidak akan lupakan Tokwan.

Apa yang menyedihkan aku bila kenangan bersama Tokwan sentiasa bermain di kotak fikiran aku. Ya.. aku memang rapat dengan Tokwan dahulu. Adik aku pun begitu juga.

Nenek aku, Tokwan, meninggal pada malam hari Nisfu Syaaban, 3 tahun yang lepas. Dalam keluarga, dia adalah ahli keluarga yang tertua. Selepas kehilangannya, kami sedikit terasa. Namun aku bersyukur. Pemergiannya pada malam yang baik, hari yang baik, sedikit melegakan hati aku. Ayah dan mak sudah memujuk. Aku menerima dengan hati yang terbuka. Setiap yang hidup pasti akan mati...

Allahyarhamah Chik binti Salleh (Tokwan - duduk)

Tokwan..

Walaupun sudah 3 tahun berlalu, wajah Tokwan tidak pernah luput dari ingatan saya. Gambar di atas, adalah salah satu gambar yang selalu saya tatap. Saya sembunyikan dari pengetahuan ayah dan mak. Ayah dan mak larang saya menatap. Dosa, kata mereka. Ya, saya tahu berdosa. Tapi.. saya rindu sangat-sangat kat Tokwan..

Tokwan..

Saya menulis entry ini dengan linangan air mata. Bukannya apa. Setiap kali Ramadhan menjelma, saya teringatkan Tokwan. Lebih-lebih lagi pada malam Nisfu Syaaban. Baru-baru ini saya tidak ke surau seperti tahun-tahun yang lepas. Saya mengaku saya tidak mampu, Tokwan. Saya tak mampu hendak bangun dan gagahkan diri ke surau. Saya amat sebak, Tokwan..

Tokwan..

Saya masih pegang lagi duit RM 1 kertas lama pemberian Tokwan. Kawan suruh jual. Katanya, ia mampu dijual dengan harga yang tinggi. Tapi saya enggan. Dengan duit ini saja yang boleh saya kenangkan diri Tokwan. Saya sayang Tokwan. Dulu, saya ke sekolah Tokwan selalu bagi duit. Saya dah besar pun Tokwan tak kisah. Tokwan tetap beri. Saya kata saya malu, Tokwan ketawa. Bila Tokwan kata Tokwan sakit belakang, saya pijak belakang Tokwan sampai Tokwan tak sedar Tokwan tertidur. Tokwan ingat tak? Mesti ingat, bukan? Saya tahu ingatan Tokwan sangat kuat. Dulu pernah Tokwan marah dan jerkah pada saya. Hinggakan hampir seminggu saya tidak ke rumah Tokwan. Saya merajuk. Tapi Tokwan pujuk saya dengan membeli ais krim kotak besar. Saya termakan pujuk. Saya amat rindukan Tokwan..

Tokwan..

Saya tak mampu menaip lagi. Dada saya sebak. Mata saya dah berair. Izinkan saya berhenti di sini. Tidak mampu saya mengingati lagi kenangan bersama Tokwan. Semoga Tokwan bahagia di sana.. Amin..

Sunday, August 16, 2009

Suara.. Aku berharap..

jom layan dua lagu ni.. sama je cuma singer je lain.. aku suka lagu-lagu ni.. mengimbau banyak kenangan..



DOWNLOAD THIS SONG!



DOWNLOAD THIS SONG!

Monday, August 10, 2009

Mengigau

Hari ini aku agak sibuk. Pukul 11 pagi tadi, aku dikejutkan oleh panggilan rakan aku. Dia meminta sedikit pertolongan dari aku untuk menyelesaikan masalahnya. Walaupun masalah dia tidaklah sebesar mana, tetapi terpaksa rushing kerana ingin mengejar masa. Memang potong stim betul. Tengah best tidur di waktu tengahari, ada pula orang mengacau.. haha..

Untuk pengetahuan semua, oleh kerana aku tiada pekerjaaan, aku sekarang hanya menolong rakan sekerja lama aku dulu. Bisnes dalam bidang IT juga iaitu cyber cafe (CC). Walaupun tidak bergaji, namun aku happy. Dalam pukul 3, aku dan beberapa orang rakan sekerja lama mengajak aku ke Dungun. Kebetulan aku tiada kerja dan aktiviti yang hendak dilakukan. Jadi aku bersetuju. Beberapa minit kemudian, kami terus bertolak ke Dungun. Di sana aku sibuk membantu rakan aku fasal CC dia.

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

Kira-kira dalam pukul 6.15 petang, kami berangkat pulang. Segala masalah di CC dapat diselesaikan pada hari ini. Alhamdulillah..

Dalam perjalanan pulang, aku tertidur kerana kepenatan. Aura kesedapan penyaman udara dan suasana keliling yang agak redup, ditambah pula dengan hujan renyai-renyai, memang syok untuk tidur. Agaknya dalam 15 minit aku terlelap. Aku duduk di seat hadapan bersebelahan dengan pemandu.

Tiba-tiba aku bangkit dari tidur dan terus bertanyakan satu soalan pelik kepada kawan aku yang sedang memandu, "Kau jadi ke nak repair?" Kawan aku agak terkebil-kebil lantas dia bertanya, "Repair? Repair apa?!" Aku jadi terkesima. Suasana dalam kenderaan sunyi sejenak. Dalam beberapa detik aku terdiam berfikir. Aku dapat rasakan terdapat 'mata' sedang memandang pelik dari segenap arah. Aku memusingkan kepala dan berkata, "Aku mengigau!" Apa lagi.. Kawan-kawan aku tergelak besar. Ya, memang. Aku terdiam sebentar tadi kerana cuba mengingati apa yang berlaku. Bila menyedari aku bermimpi, dan mendapat tahu soalan yang aku tuju hanya logik dalam mimpi, aku seolah-olah rasa diri aku ini sekecil kotak rokok!

Sampai ke Kemaman aku masih kena gelak dengan kawan-kawan aku sendiri. Malu hanya tuhan yang tahu...

Apa?

Korang pun gelakkan aku, ya?!

Ingat tau pesan Rasulullah SAW; jangan tidur selepas Asar dan/atau sebelum Maghrib! Jika tidak, beginilah jadinya!

Thursday, August 06, 2009

Ixora

Ixora..

dari dulu lagi aku tak tahu apa makna sebenar perkataan ini.. yang menariknya, perkataan ini kelihatan di dua tempat di Kemaman.. satu di kawasan perumahan, dan satu lagi di sekolah rendah.. sebenarnya tiada sebarang motif aku cipta entry ini.. mungkin ini satu kejutan untuk Cik Ixora kot..

kepada Cik Ixora, walaupun kamu tidak memenangi contest 'potret paling cun', kamu tetap cun se'cun' nama Ixora tu sebenarnya.. hehe.. kekurang-kurangnya, tengok saja signboard Ixora ini, teringat juga rakan aku yang ber'nickname' Ixora ni..

Klik sini..

Taman Ixora, Kemaman Terengganu.. signboard kat seberang jalan.. kat sini ada tempat untuk U-turn.. boleh dikatakan tiap-tiap hari aku amik U-turn ni.. so, tiap-tiap hari jugalah nampak signboard ni..

Dewan Ixora, Sek. Keb. Binjai Kemaman Terengganu.. signboard yang sempat aku snap semasa membuat penghantaran printer ke sekolah ini..

Anda mungkin mengenali Cik Ixora.. dan mungkin tidak.. yang tidak, KLIK SINI untuk mengenali beliau..



cun tak? hehe.. she's just a friend of mine actually, okay? er.. Cik Ixora, saya mencilok gambar kamu di blog kamu.. permisi ya.. =P

Syahadat Tokku Paloh



Ertinya aku ketahui dan aku iktiqad dengan hatiku dan aku nyatakan bagi yang lain daripadaku akan bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah jua yang kaya Ia daripada tiap-tiap yang lain daripada-Nya dan berkehendak oleh tiap-tiap yang lain itu kepada-Nya. Lagi yang bersifat Ia dengan tiap-tiap sifat kesempurnaan yang maha suci Ia daripada segala kekurangan dan daripada barang yang terlintas Ia di dalam segala hati daripada barang yang tiada patut Ia bagi-Nya lagi tiada beristeri dan tiada anak dan tiada yang memperanakkan bagi-Nya. Dan tiada menyamai Ia pada zat-Nya dan sifat-Nya dan af'al-Nya akan seseorang maka Ialah Tuhan yang menjadi Ia akan segala makhluk yang 'ulvi-Nya dan syufli-Nya lagi ketunggalan Ia pada mengadakan dan mentiadakan dengan kekerasan takluk qudrat dan iradat-Nya maka terserahlah segala kainat ini semuanya pada bawah perintah-Nya dan tiadalah jenis 'itirat bagi seorang jua pun akan kehendak-Nya.



Dan aku ketahui dan aku iktiqad dengan hatiku dan aku nyatakan bagi yang lain daripadaku akan bahawa sungguhnya penghulu kita Nabi Muhammad anak Abdullah itu hamba Allah dan pesuruh-Nya kepada sekalian makhluk lagi sangat benar ia pada tiap-tiap barang yang ia khabarkan dengan dia daripada Tuhannya. Maka wajiblah atas tiap-tiap makhluk itu benar akan dia dan mengikut akan dia dan haram atas mereka itu mendusta akan dia atau menyalahi akan dia maka barang siapa yang mendusta ia akan dia maka orang itu zalim ia lagi kafir ia, dan barang siapa yang menyalahi ia akan dia maka orang itu derhaka ia lagi binasa ia. (Mula menadah doa) Mudah-mudahan memberi taufiq akan kita oleh Allah bagi sempurna mengikut akan dia dan mengurnia ia bagi kita akan sempurna berpegang dengan jalannya dan menjadi ia akan kita akan setengah daripada orang yang menghidup ia akan segala hukum syariat-Nya dan memati Ia akan kita atas keagamaan-Nya dan menghimpun Ia akan kita serta perhimpunannya. Demikian lagi segala yang memperanak akan kita dan ahli kita dan segala saudara kita dan yang kasih la akan kita dan segala sahabat kita daripada segala orang yang Muslimin. Amin.
Syahadat Tokku ini adalah satu amalan tambahan yang kebiasaannya di baca selepas sembahyang 5 waktu, ketika bangun tidur, mahupun bacaan amalan harian. Marilah kita amalkan syahadat ini. Moga mendapat manfaat daripadanya..

Monday, August 03, 2009

Aku mula bosan dengan drama melayu!

aku dah bosan dengan drama melayu.. buka saja televisyen, kalau tak cerita hantu dan bomoh, mesti cerita cintan cintun.. lebih-lebih lagi bila masa tengahari.. jangan kata drama melayu malaysia, nah tv2, tv3, tv9 semua tayang drama indon.. dan kadang-kadang drama tersebut tidak ada beza sangat pun dengan drama yang seangkatan dengannya.. contoh drama 'Intan' dan 'Segar'.. Segar ke? ntah la.. aku bukannya layan sangat.. bila difikirkan balik, pengarah melayu kita ini ketandusan idea sangatkah? penyiar televisyen kita menghadkan ke siaran drama melayu malaysia?

sebenarnya aku tak nampak ke mana hala tuju filem dan drama melayu.. sikit-sikit cerita hantu.. sikit-sikit cerita pasal mistik dan mitos.. hari ini sahaja, hampir 4 cerita melayu yang berunsur hantu dan mistik di televisyen bila saja aku ubah channel.. bukankah elok kalau kita ubah konsep perfileman melayu dengan menerapkan dengan unsur dakwah dan tauladan? huh.. tak hairanlah minda budak-budak sekarang macam kuno dan cetek!

dulu, aku sangat suka drama Kisah Benar.. sebabnya ending cerita ada pedoman dan iktibar yang boleh memberi impak besar dalam hidup aku.. contohnya keterlanjuran dalam percintaan.. sehingga kini, aku masih teringat kesan dan iktibar dari salah satu cerita dalam slot tersebut.. baru-baru ini, aku nampak siaran Kisah Benar masih disiarkan.. namun hanyalah tayangan ulangan.. entah cerita tahun berapa.. kenapa tiada update? cerita tak lakukah?

*** aku benci 'Ewah-Ewah' bodoh tu.. bising bingit macam sial..!

kalaulah seniman agung P Ramlee masih hidup.. mesti dia sedih tengok masyarakat melayu sekarang..

Thursday, July 30, 2009

KL.. again..

actually, ahad hingga selasa baru-baru ini aku ke KL secara senyap-senyap.. dengan korang pun aku tak bagitahu.. haha.. kejam kejam.. tujuan asal, nak cari tempat yang boleh recover/repair aku punya board hard dick disk yang dah terbakar.. cari punya cari sampai ke lowyat plaza pun cam hampeh.. ada satu company tu minta sampai RM 1,200 untuk recover aku punya 320GB hard disk.. gilo apo?! at last, aku just hangin around with friends aje area KL.. kat bawah ni sedikit gambar yang boleh aku tunjuk kat korang.. memang sedikit sangat pun.. malas nak tunjuk (interframe) banyak-banyak sangat.. haha..

bangunan KLCC yang sekejap aku bangga, dan sekejap aku tak bangga.. hahahaha..

aku sempat pusing-pusing area Bukit Bintang.. dan sempat juga aku snap tempat kerja (outstation) aku beberapa bulan yang lepas.. ni la banknya..

jalan-jalan juga.. sembahyang jangan dilupakan.. aku sempat singgah Masjid Kampung Baru.. snap sekali dengan KL Tower tuh.. hehe..

salah satu signboard pelik yang aku jumpa sepanjang pusing-pusing bandar KL.. cam bodoh sengal je signboard cenggini..

sebenarnya, ada satu destinasi yang cambest kat area Kampung Baru ni.. dah penat pusing-pusing kan.. perut pun dah lapar.. jadi, "let's jalan-jalan cari makan!" mana ek? KLIK SINI


JENG JENG JEEENNNGGGG!!!

ini la dia.. HR Steak House.. lapor weh! =P

ini yang aku minta.. Sizzling Lamb.. sodap!

plingggg!! kejap je aku mamam.. hahahaha..

kete buruk sape ntah.. hehehe..

interframe kejap.. =P

ensem tak aku? hahahaha.. =P

ada blogger nak jumpa aku di KL ke? maaf lew.. aku malas nak alert..

Friday, July 24, 2009

Cerita Si Pengawal Keselamatan

saya bekerja di sini sudah lebih dari lima tahun.. sesudah pencen, saya banyak menghabiskan masa di rumah.. namun dalam beberapa bulan, saya merasa sungguh bosan.. jadi saya memilih untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah ini.. saya mempunyai beberapa orang anak.. mereka sudah pun dewasa dan ada juga yang telah berumahtangga.. sejak kematian isteri tercinta pada tahun 2008, saya tiada sesiapa lagi kecuali anak perempuan saya, dan pelajar-pelajar di sekolah ini.. di rumah, anak perempuan saya yang bertanggungjawab menjaga saya.. dan di tempat kerja pula, saya menganggap pelajar di sekolah ini seperti 'anak-anak' saya..

dahulu hati saya keras seperti batu.. bila usia menjangkau senja, ia sudah menjadi gering dan mudah tersentuh.. siapa tidak kecewa dan berasa kecil hati apabila 'anak-anak' di sekolah ini menganggap saya seperti 'sampah'?! saya orang tua, dan sepatutnya saya perlu dihormati.. bukannya dicaci maki..

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

saya tidak menyangka remaja kini semakin bermasalah.. kalau di zaman saya dahulu, sekolah antara satu tempat mulia selepas masjid dan surau.. guru pula antara golongan yang perlu dihormati dan ditakuti selepas imam dan guru mengaji.. kini tidak lagi.. semua sudah berubah.. jika guru-guru pun langsung tidak dihormati apatah lagi saya.. lelaki tua yang hanya seorang pengawal keselamatan.. tugas yang hanya mengawasi keluar masuk manusia dari kawasan sekolah ini.. gaji pula tidaklah setanding guru yang mengajar di sini..

pernah pada tahun 2008, saya menangkap pasangan pelajar lelaki dan perempuan sedang berkhalwat di blok lama sekolah ini.. seperti pasangan 'beruk'! saya memarahi mereka.. saya meminta kad pengenalan mereka berdua, namun saya pula dimarahi dan dimaki.. sudahlah diherdik, saya juga dimarahi oleh kedua ibubapa pelajar tersebut selepas mereka dipanggil oleh pengetua sekolah.. kata mereka, saya tiada hak untuk mencampuri urusan keluarga mereka.. saya begitu kecewa dengan alasan yang diberi oleh kedua ibubapa mereka.. tiada maruahkah mereka? jika dipandang dari sudut agama, berkhalwat adalah haram.. tapi ibubapa pula seolah-olah tidak mengambil berat tentang hal itu dan langsung tidak merasa bimbang akan masa depan anak-anak mereka..

(sekadar gambar hiasan)

pada tahun yang sama, sekolah ini gempar dengan kematian seorang pelajar lelaki di Pahang.. pelajar tersebut adalah pelajar sekolah ini.. apa punca dan tujuan pelajar itu lari saya sendiri pun tidak tahu.. apa yang saya dengar dari mulut cikgu di sini, budak lelaki itu lari dari asrama pada waktu malam dengan melompat pagar belakang sekolah.. dia lari mengikuti kawan sekampungnya.. akhirnya, pihak sekolah mendapat berita kematian pelajar tersebut pada keesokkan harinya.. setelah disiasat, pelajar tersebut pergi berkelah tanpa kebenaran guru di suatu tempat terkenal di Pahang..

bukan itu sahaja malah ada yang lebih teruk lagi.. ini berlaku kepada pelajar perempuan pula.. ibubapa pelajar tersebut datang ke sekolah menangis dan meraung seperti dirasuk jembalang.. awalnya, saya dipanggil oleh pengetua untuk ke bilik disiplin.. sebaik tibanya di sana, saya lihat bapa budak itu mengamuk dan menengking dengan kuatnya.. ibunya pula tidak henti-henti menangis.. pengetua membisikkan sesuatu ke telinga saya.. alangkah terkejutnya saya, sehinggakan jantung saya berdegup kencang.. rupa-rupanya pelajar perempuan tersebut ditangkap oleh Jabatan Agama Islam di sebuah hotel di Kuala Lumpur kerana berzina! saya istighfar dan mengucap panjang.. saya memandang ke arah kedua ibu bapa pelajar perempuan tersebut.. terpampang jelas kekecewaan pada raut wajah bapa si pelajar perempuan tersebut.. terdetik dihati saya, alangkah berdosanya seorang anak membuatkan ibu bapa menitiskan air mata dan memutuskan harapan mereka.. betapa besar harapan ibu bapa yang menggunung, dan akhirnya berkecai dengan perbuatan anak yang tak tahu mengenang budi dan pengorbanan ibu bapa.. beberapa hari kemudian, saya mendapat tahu bahawa pelajar perempuan tersebut akhirnya dibuang sekolah..

remaja tiada adab? (sekadar gambar hiasan)

apa yang menyedihkan saya, ada remaja sekolah yang biadab.. tidak tahu menghormati orang yang lebih tua.. baru-baru ini, peperiksaan sedang dijalankan di sekolah ini.. saya difahamkan jadual peperiksaan akan habis lebih awal dari jadual kelas harian biasa.. namun saya mendapat arahan agar tidak membenarkan pelajar sekolah pulang awal dari waktu pulang pada hari persekolahan biasa..

pada suatu hari, saya pandang dari jauh.. saya dapati seorang pelajar lelaki berjalan laju ke arah tempat letak motosikal.. dia menghidupkan enjin motosikalnya dan meluru untuk keluar.. saya cuba untuk menahannya.. dia berhenti betul-betul di hadapan saya.. saya melarangnya dan menyatakan padanya bahawa bukan masanya lagi untuk dia pulang ke rumah.. saya menasihati agar dia masuk ke kelas semula, namun budak itu berdegil mahu pulang juga.. saya menggelengkan kepala tanda menyatakan tidak boleh.. tetapi saya diugut oleh pelajar lelaki tersebut.. dia nekad mahu melanggar saya jika saya cuba menghalangnya.. apa boleh saya buat.. saya membiarkan saja dia pergi.. beberapa ketika, saya merasa panas di pipi.. tanpa saya sedar, air mata saya mengalir..

kes gaduh sudah menjadi trend di sekolah (sekadar gambar hiasan)

sebenarnya, banyak lagi kes yang saya hadapi.. kes gaduh, tangkap khalwat, peras ugut, melawan guru, cabul pelajar perempuan, vandalisma, tak perlu saya cakapkan lagi.. kes ini setiap tahun ada.. malah menurut laporan sekolah, ia semakin meningkat.. cuma pihak sekolah hanya merahsiakan perkara ini dari pengetahuan umum.. saya begitu kecewa bila ada ibu bapa yang hanya tahu menghantar anaknya ke sekolah, tanpa mengambil tahu perkembangan anak-anaknya di sekolah..

saya tidak salahkan guru atau sekolah dalam hal masalah remaja sekolah ini.. dari pengalaman dan pemerhatian saya, ibu bapalah yang patut dipersalahkan.. kalau tidak dari sikap sambil lewa ibu bapa, masakan masalah remaja sekolah berlaku dan semakin meningkat? ibu bapa sepatutnya perlulah memberi perhatian yang lebih, tidak kiralah samada anak lelaki mahupun anak perempuan.. tidak bermakna umur mereka meningkat dan dewasa (kononnya) mereka patut 'dilepaskan' dan bebas untuk berfikir dan berdikari.. memang benar mereka patut berdikari tetapi biarlah ada had-had dan batas-batasnya selari dengan pemerhatian ibu bapa.. bukannya seperti melepas lembu dari kandang.. sepatutnya sewaktu mereka di peringkat usia remaja inilah kita sebagai ibu bapa perlu memberi perhatian yang lebih berbanding mereka di usia kanak-kanak..

'saya' yang dimaksudkan dari cerita di atas adalah hasil perbualan aku dengan salah seorang pengawal keselamatan yang bertaraf pakcik semasa aku sampai ke sekolah menengah teknik daerah kelahiran aku.. pada masa itu aku menjemput adik aku untuk pulang dari sekolah.. kebetulan aku sampai awal di sekolah tersebut.. maka, aku mengambil kesempatan untuk berbual dengan pakcik tersebut dahulu sementara menunggu adik aku balik.. maaf, aku terlupa ingin bertanya nama pakcik tersebut.. semua cerita di atas adalah BENAR yang keluar dari mulut pakcik itu sendiri.. sebenarnya banyak lagi yang diceritakan oleh pakcik itu, tapi aku dah lenguh nak menaip.. dan aku rasakan macam common saja yang lain-lainnya..

Wednesday, July 08, 2009

Bakal menantu aku..

tapir yang sungguh comel.. (iklan je..)

mata aku tampak sedikit merah dan lebam disekitarnya.. bila menatap di depan cermin tengahari tadi, seperti mata koala pula walaupun aku sebenarnya sukakan tapir.. tapi tak semestinya aku hendak jadi seperti tapir.. hehe.. ini semuanya disebabkan oleh gejala tak boleh tidur pada malam semalam.. tapi mujurlah Allah sisihkan aku daripada penyakit yang bergelar isomnia! balik dari lepak bersama kawan-kawan, aku hanya sempat tidur tidak sampai 30 minit! selepas itu, aku banyak termenung dan berfikir.. terima kasih kepada yang 'terlibat' itu..

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

sampai sekarang aku masih belum tidur.. suasana sibuk di CC kawan aku membantutkan aku untuk pulang ke rumah dan tidur.. sejak menjadi 'penganggur sementara', aku banyak menghabiskan masa di CC kawan aku ini, menolong apa yang patut.. aku memang tidak lekat di rumah.. ada saja kerja di luar.. aku memang dari dulu tak boleh duduk diam di rumah.. beberapa hari yang lepas pun, aku sibuk ke Dungun.. dan hari ini, ke Kuantan pula.. akulah penganggur yang sibuk..

**********

selesai sembahyang maghrib, aku hendak ke CC.. tiba-tiba ibu aku memanggil aku.. aku menyahut, dan mendapatkan ibu di dapur..

"apa dia, mak?", tanya aku..

"macam mana?", soal mak aku kembali..

"macam mana apa, mak?"

"perihal semalam lah.."

"hal semalam? er.. mak ni.. betul-betul ke ni?!", kata aku sambil menjegilkan mata.. ibu aku hanya tersenyum..

"mak ni nak kena ni..", bisik hati aku.. lantas aku berkata, "kejap ye, mak.. nak amik gambar bakal menantu mak!"

aku bergegas masuk ke dalam bilik.. aku memandang ekor mata ke arah ibu aku.. dia seolah-olah terpinga-pinga.. selepas beberapa minit kemudian, aku mendapatkan ibu kembali..

"nah..! ini menantu mak.. esok juga saya nak mak masuk meminang dia..!", tegas aku dan terus melangkah pergi..

"siapa..?", kata ibu aku perlahan.. dari jauh aku dengar suara ibu aku memekik..

"macam mana mak nak masuk meminang dia latip oiii!!!!!"

Nak tengok bakal bini aku? Klik ni..

lantaklah, mak.. gatal sangat nak menantu.. pergi India sana then masuk meminang untuk aku, ya mak..! hahahaha!!! :P

Tuesday, July 07, 2009

Mengajak anda berfikir fasal...

sudah seminggu lebih aku tidak bekerja.. aku masih lagi di kampung.. aku 'isytiharkan' diri aku sebagai kontraktor penganggur sementara.. bad luck.. sebabnya, tak perlu korang tanya.. planning aku untuk memiliki laptop sendiri sedikit terbantut.. tambahan lagi, hutang dengan si polan dan si polan semakin hari semakin bertambah.. ops! jangan salah faham ya.. bukan ah long ya..

aku sebenarnya sedikit terkilan dan bercampur baur dengan rindu untuk membaca, meninggalkan komen, bersembang, dan sebagainya dengaan kawan-kawan di dunia internet ini.. kesemua kesulitan yang aku alami sedikit menguji kehidupan aku.. namun aku pasrah.. mujurlah ada CC kawan aku.. boleh aku surfing free walaupun sekejap mengisi masa hobi baru aku ini.. hehe..

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

oh ya.. kat sini aku ingin membuat pengumuman sedikit.. fasal domain .net aku tu, kemungkinan aku tidak akan teruskan untuk mengubahnya.. sebab sudah berhari-hari dan hampir seminggu lebih aku setup masih juga gagal.. aku tidak tahu sebab munasabahnya.. sedangkan blog pemenang-pemenang yang lain langsung tiada masalah.. aku sudah mencuba pelbagai cara, termasuklah membuka akaun baru, serta membuat blog baru, dan bertanya kepada Google HelpDesk.. hasilnya juga sama.. hendak dikatakan blog aku bermasalah, tidak mungkin.. entahlah.. hm.. rugi RM30 di situ.. apa boleh buat.. terkilan juga sebenarnya.. kasihan aku penat-penat menulis entry cerita sedih.. huhuhu..

**********

tengahari tadi, aku bersembang dengan ibu aku.. sedang rancak berbual dengan gurau senda, hilai ketawa, dia melontarkan persoalan yang cukup menggugurkan jiwa raga.. kalau tidak silap, inilah kali kedua dia bertanya soalan yang sama! buang tebiat kot ibu aku ni..

"bila lagi hendak kahwin? umur dah 25 sesuai sangat lah tu..!"

ibu oh ibu.. persoalan demikian membuatkan aku terdiam.. lidah terkelu.. mengambil masa beberapa saat untuk aku menjawab persoalan ibu aku..

"kerja tak stabil, camne nak jaga anak pompuan orang, mak oi.. nantilah.. belum sedia..", balas aku ringkas.. ibu aku hanya terdiam..

"gaji ribu-ribu tak stabil lagi? teman wanita macam mana?", tanya ibu aku..

ribu la sangat.. aku terdiam lagi.. aku memandang kalendar di satu sudut dinding dapur..

"eh, mak! bulan puasa dah nak dekat kan?! er.. baju melayu belum tempah lah! baju raya pun belum beli!", kata aku.. aku cuba untuk mengubah topik..

"ha'a la.. sebulan lagi tu! baju mak pun belum beli lagi..", kata ibu aku sambil mengeluh.. "tunggu juga orang tu bagi something kat mak!", sambung kata ibu aku sambil menjeling kepada aku..

mak oh mak.. perli nampaknya.. tapi aku tidak kisah.. yang penting, aku berjaya ubah topik perbualan fasal kahwin! hehe.. beberapa hari yang lepas pun begitu.. pada malam hari tersebut, kawan aku menjemput aku untuk tahlil.. maka, selesai solat isyak di rumah, aku bersiap-siap memakai baju melayu.. segak bak pahlawan dahulu kala.. aku melintas lalu di hadapan kedua ibubapa aku.. langsung ayah aku bertanya..

"alahai anak teruna ayah.. nak ke mana tu lawa-lawa pakai baju melayu?"

"ke majlis tahlil, ayah..", jawab aku ringkas sambil tersenyum..

"majlis tahlil ke majlis nikah?"

"nikah?"

"ye la.. mana la tau anak teruna ayah ni kot bernikah senyap-senyap!", perli ayah aku sambil gelak-gelak..

amboi ayah ni.. ke situ pula.. aku gelak saja.. ayah aku memang begitu.. kadang-kadang tegas dan serious.. kadang-kadang lawak dia tu aku sendiri tak bleh blah..!

nanti ya, mak dan ayah.. suatu hari nanti aku akan bawa balik seorang perempuan yang cantik lagi baik selaku menantu mak dan ayah.. kalau tidak pun, mak dan ayah sajalah yang tolong carikan! ayah pun kalau nak tambah lagi sorang ok juga! turn aku carikan.. hahaha..


**********

ini kisah dikala petang pula.. aku lepak di luar CC kawan aku.. mata melilau melihat telatah orang di sekeliling.. ada yang sibuk membeli belah untuk persiapan raya.. membimbit beg plastik pelbagai saiz.. seronok melihat mereka semua.. ada yang bekeluarga, ada juga bersama rakan taulan.. tidak kurang ada yang berpasangan.. dari kecil sekecil budak sekolah hinggalah yang berumah tangga..

aku memerhatikan satu pasangan.. cukup bahagia.. jalan berpegangan tangan.. si lelaki kurus, rendah, dan agak tampan.. si perempuan dengan muka yang bersih dan ayu.. sungguh secocok mereka berdua.. agak lama aku memerhati, aku perasan ada tanda merah di jari tangan masing-masing.. wah, merah inai! rupa-rupanya baru kahwin.. baguslah.. berkahwin pada waktu hampir-hampir bulan Ramadhan..

aku memerhati sehinggalah pasangan tersebut hilang dari pandangan di tengah-tengah kesesakan bandar Chukai.. aku tersenyum sendirian.. dibenak, aku cuba membayang saat-saat indah aku bersama dengan bakal isteri aku kelak.. begitukah? hm.. mungkin..

** aku belum sampai tahap kempunan mahu kahwin, ok?

Sunday, July 05, 2009

Zemanta: enhancing your blogging style!

beberapa minit tadi, aku bosan tahap tapir.. nasib baik tapir lebih kacak dari aku.. kalau tidak, sudah tentu wanita-wanita mengerumuni aku.. haha.. *ayat tak boleh blah!* sedang aku syok klik situ sana sini, aku terjumpa satu buzz mesej dari Google pasal Zemanta..

apa sebenarnya Zemanta ni?

klik imej untuk full view.. (auto open new window)

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

kalau sebelum ini, aku ada post pasal Blogger in Draft, di mana Google menyediakan satu platform editor blogger yang lain yang lebih tampak elegan dan mudah berbanding editor biasa kita gunakan.. namun pokoknya Zemanta bukanlah salah satu tools atau utiliti yang disediakan khas oleh Google..
Zemanta is a revolutionary new platform for accelerating on-line content production for any web user. Zemanta then combs the web for the most relevant images, smart links, keywords and text, instantly serving these results to the user to enrich and inform their content.
apa yang aku faham di sini, sesuatu elemen dari entry aku seperti link, gambar, dan katakunci akan di-link ke web lain.. sebagai contoh, di dalam entry aku itu terdapat satu gambar bertajuk 'bicycle', dan satu katakunci 'Bob Dylan'.. kedua-dua elemen ini akan di-link terus kepada web-web berkaitan di serata dunia seperti Amazon, Wikipedia MovieDB, dan sebagainya.. selain itu, Zemanta juga akan 'mengesyorkan' tag atau label yang berkaitan dengan entry aku.. manakala elemen gambar pula akan di-link kepada gambar yang berkaitan dengan 'bicycle' samada pada Wikipedia, Flikr, dan sebagainya..

mungkin penerangan saya agak kabur dan kurang jelas.. anda boleh jalankan demo secara langsung pada link Zemanta.. klik SINI untuk terus ke web demo tersebut..

tapi aku rasa mungkin penulis blog bahasa melayu kurang berminat dengan addon ini memandangkan ia semua auto-generated dengan bahasa inggeris.. sebaliknya menjadi satu kelebihan kepada penulis blog berbahasa inggeris.. aku tidak pasti samada Zemanta ini generated dengan web-web bahasa melayu yang lain.. aku tidak mencuba.. namun, anda boleh mencubanya sendiri.. klik SINI untuk memuat turun addon ini bergantung kepada jenis browser yang anda gunakan.. anda boleh gunakan entry INI dengan copy dua perenggan dan paste ke dalam editor Zemanta tersebut.. kemudian, cuba preview.. akan akan melihat hasilnya.. (maaflah.. aku tiada masa sangat nak buat tutorial.. entry ini hanya untuk review aku, bukannya tutorial! harap maklum..)

berita baiknya, Zemanta ini bukan sahaja addon untuk Blogger, malah pengguna Wordpress, Typepad, dan pelbagai platform lagi!

aku bagi 4 star untuk Zemanta! *wink!*
 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger