Ads: (Please Click!)
Showing posts with label Japan. Show all posts
Showing posts with label Japan. Show all posts

Saturday, March 12, 2011

VIDEO GEMPAR!!! Tsunami Dan Gempa Bumi Meranapkan Jepun!

Tsunami di Jepun
Bencana gempa bumi berkekuatan 8.9 skala richter beserta tsunami terjadi di pantai timur laut di Jepun dilaporkan telah mengorbankan 23 orang setakat ini dan mencederakan berpuluh-puluh lagi penduduk lain. Sebuah gempa bumi besar kedua berskala 7.4 skala richter pula dilaporkan menyusul kemudian dan menggoncangkan bumi Jepun.

READ MORE / LESS >>

Pihak U.S. Geological Survey menamakan gempa tersebut sebagai gempa 'mega'.

Getaran terjadi sekitar 230 kilometer timur laut Tokyo dan pada kedalaman sekitar 15 batu. Gempa terjadi pada waktu 2.46 petang di Tokyo dan hampir berada dari Honshu, pulau terpadat di Jepun. Badan meteorologi Jepun memberi amaran bahawa tsunami setinggi 20 kaki boleh menyerang pantai dekat wilayah Miyagi, iaitu wilayah yang paling dekat dengan pusat gempa.










Tidak sampai sebulan kejadian gempa bumi di Christchurch, New Zealand reda, kini berlaku pula gempa bumi 'mega' berlaku di pantai timur laut Jepun, termasuk bandar Onamaha di Fukushima! Ini menunjukkan bukti kerak-kerak bumi semakin bergerak di serata dunia lantas bencana yang serupa bakal berlaku di mana-mana sahaja!

Walau apa pun, sama-samalah kita panjatkan doa agar dihindari bencana seperti ini di bumi Malaysia kita!


Monday, October 25, 2010

Selepas 30 Tahun, Selamat Tinggal Walkman!


Setelah berita pemberhentian pengeluaran cakera liut (floppy disk) pada bulan Mac 2011 diuar-uarkan, syarikat elektronik terbesar Jepun iaitu Sony telah menghentikan pembuatan dan pengedaran teknologi pemain kaset Walkman, pemain muzik mudah alih pertama berkos rendah.

Read more/less..

Menurut IT Media, batch pengeluaran terakhir akan dihantar ke peruncit Jepun pada bulan April 2011. Setelah unit-unit tersebut dijual, Walkman baru tidak akan dikilangkan lagi, mahupun didapati di kedai-kedai elektronik di seluruh dunia.

Walkman generasi pertama (yang disebut Soundabout di AS, dan Stowaway di UK) telah dikeluarkan pada 1 Julai 1979 di Jepun. Walaupun kemudiannya menjadi kejayaan besar, ia hanya dijual 3000 unit pada bulan pertama. Sony berhasil menjual sekitar 200 juta iterasi dari kaset Walkman sahaja.

Ironinya, pengumuman itu disampaikan hanya satu hari sebelum menjelang ulang tahun yang kesembilan iPod iaitu pada 23 Oktober, walaupun punca penurunan penjualan kaset Walkman adalah disebabkan oleh letupan populariti pemain CD dalam tahun 90-an, bukannya iPod!

Berita AP melaporkan bahawa walaupun penjualan Walkman telah berhenti di Jepun, peranti tersebut masih akan dibuat oleh pengilang China dan akan dijual di Amerika Syarikat dan UK.

Aduka: Sempat juga memiliki Walkman Sony dan mengumpul puluhan keping kaset untuk koleksi peribadi.

Friday, October 22, 2010

HRP-4C : Robot Bintang Pop Pertama Di Dunia!

Kita sekarang dikejutkan dengan robot bintang pop pertama di dunia!


Read more/less..

HRP-4C, juga dikenali sebagai divabot adalah Robot Bintang Pop yang pertama di dunia. Ia mampu bernyanyi dan menari pada masa yang sama. Bahkan ia boleh memastikan tariannya selaras dengan penari latar belakang. Walaupun dengan tangan yang besar dan berkaki perak palsu, divabot berupaya bergerak dalam rentak yang cukup baik dan menakjubkan!

Ia dibangunkan oleh Institute of Advance Industrial Science and Technology di Jepun. Divabot menggunakan perisian khusus untuk menafsirkan gerakan penyanyi dari seorang pemain, beserta dengan perisian Yamaha Vocaloid untuk penyampaian suara.


Masataka Goto, yang merupakan ketua kumpulan Institut Media Interaktif berharap robot ini boleh menghiburkan sesiapa saja di dalam industri suatu hari kelak.


Selepas melihat akan video ini barulah aku sedar bahawa teknologi sekarang sememangnya bergerak laju sepertimana yang telah diuar-uarkan di media massa dan media cetak. Walaupun begitu, adalah wajar bagi kita supaya terus mengikuti perkembangan teknologi supaya kita tidak ketinggalan. Shahadan negara kita sememangnya sudah ketinggalan beberapa tahun dalam bidang teknologi perobotan berbanding negara Jepun. Negara jiran apatah lagi.

Aduka: Dulu robot ala-ala R2D2, kemudian robot anjing. Sekarang robot boleh menari dan menyanyi la plak. Lepas ni, kemungkinan robot untuk perang plak! Boleh jadi? Hmmm...

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger