Loading...
Insanity vs Stupidity: Surat bapa kepada anaknya..

Surat bapa kepada anaknya..

Wednesday, April 29, 2009

Pak Hamid sudah 22 tahun mendirikan rumahtangga.. selama tempoh itu, dia dikurniakan 4 orang anak.. 3 lelaki dan seorang perempuan.. anak yang sulung, lelaki, berusia 20 tahun.. kemudian disusuli perempuan 16 tahun, lelaki 15 dan 13 tahun.. semua anak-anak Pak Hamid masih bersekolah, kecuali yang sulung.. anaknya yang sulung masih lagi menganggur.. namanya Faris.. sudah penat Pak Hamid menasihati dan memarahinya.. disuruhnya Faris melanjutkan pelajaran, Faris berkeras mengatakan keputusan SPM-nya tidak layak untuk meneruskan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.. disuruhnya pula bekerja, pelbagai alasan yang diberikan oleh Faris.. dan kini, Faris hanya terperap di rumah mengalahkan anak dara..

di suatu hari minggu, Faris bersantai di depan televisyen sambil melayan PS3 yang baru saja dibelinya.. dia khusyuk sekali bermain permainan lumba kereta.. sedari pagi hinggalah tengahari, dia tidak berganjak dari depan televisyen.. hari-hari sebelumnya juga dia begitu.. tidak lekang dari PS3 barunya.. PS3 baru itu membuatkan Faris leka dengan dunianya.. tiba-tiba Faris di datangi oleh adik bongsunya, Kimi.. adiknya itu menghulurkan sepucuk surat kepadanya..

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

"surat apa ni?", tanya Faris..

"ntah.. bapak yang kasi.. baca la sendiri..", balas Kimi..

"ha? bapak? apa kes bapak bagi surat pulak ni? peliknya..", kata Faris sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.. dia mengoyakkan bucu surat tersebut lantas menarik sekeping kertas di dalamnya.. lalu dibacanya..

Faris..
mungkin Faris sedikit hairan dan keliru bila bapak bagi surat ni kat Faris.. Faris jangan risau.. ini bukan wasiat atau surat saman.. sebab apa bapak bagi surat, masakan boleh bercakap bersetentang muka dengan Faris? tak perlulah Faris berfikir pasal tu.. cuma bapak mahu, Faris bacalah surat ini sampai habis.. Faris akan tahu apa tujuan bapak tulis surat ini.. ini adalah antara bapak dengan Faris seorang saja..

Faris..
tahukah Faris hidup bapak dahulunya susah? dulu tak seperti sekarang.. dulu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. bapak tahu Faris tak ingat dengan atuk dan nenek.. masa Faris masih kecil, mereka telah pun pergi meninggalkan kita.. tahukah Faris bahawa atuk dan nenek sama-sama bekerja? kenapa? semua kerana bapak.. bapak anak tunggal atuk dengan nenek.. bapak adalah anak kesayangan atuk dengan nenek.. bapaklah segala-galanya bagi mereka.. mereka sanggup bekerja demi menyara keluarga.. walaupun begitu, zaman remaja bapak tidaklah seperti remaja-remaja sekarang.. untuk pengetahuan Faris, di usia seawal 14 tahun bapak sudahpun bekerja.. keputusannya, lihatlah apa yang ada pada keluarga kita.. semuanya hasil dari titik peluh bapak..

Faris..
sepanjang perjalanan hidup remaja bapak, tiada seminit pun saat manis seperti kamu.. duduk di rumah menonton televisyen.. petang-petang bermain bola bersama rakan-rakan sejiranan.. bila lapar, masuk saja ke dapur, makanan terhidang.. bila bosan di rumah, tunggang motosikal dan terus ke bandar.. ke shopping complex.. tapi, tidak pada bapak.. hari remaja bapak semuanya di habiskan di ladang milik lelaki india! Faris tahukah masa bila bapak mengalami masa remaja yang amat indah? tahu? itulah semasa bapak mengenali mama mu.. sehinggalah kami berkahwin dan dikurniakan anak-anak termasuk kamu.. mama dan kamu semualah permata bagi bapak..

Faris..
diharap Faris faham cerita-cerita bapak tadi.. bapak bukanlah menyalahkan takdir atau sesiapa saja.. bagi bapak, yang lepas biarlah ia berlalu.. akhir kata, bapak ada satu permintaan..


bapak pun mahu bermain permainan televisyen tu! bagi peluang kepada bapak!
Faris menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.. "bapak aku ni buang tebiat ke apa?"

Comments

13 Responses to “Surat bapa kepada anaknya..”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

♥ sOFIa ♥ said...

bapa itu sungguh cumel.
memberi anak maksut tersirat.

:)

April 29, 2009 2:58 AM
CaPiQa said...

la, bapak dia nak sampaikan pesanan penaja je rupanya. hehe..

pesanan penaja: kanda, dinda mau psp buley? ahakz! lalala~~~ ^_^

April 29, 2009 7:58 AM
suezensuzanna said...

huuhu...luv ur dad:D

April 29, 2009 10:22 AM

lawak ar,
tapi kan, aLyn cuma nak menangkis habis- habisan penyataan pasal "terperap di rumah mengalahkan ank dara"..
ooowh!!..

April 29, 2009 10:57 AM
hasni said...

huhu
lawak2
ingtkan bapak nya nak nasihtkan dia
rupa2nya
bapakknya nak juin
hihi
bapaknya sguh cumil;-p

April 29, 2009 11:36 AM
Tirana said...

Dalam2 serius tu pun ada lawaknya...hehehe

April 29, 2009 11:42 AM
chipsmore said...

la...baru nk sedih2x..
bila da bace smpai abes surat tu..
mau je terajang bapak c faris tu..
haha

April 29, 2009 1:12 PM
my name is Ain said...

hahaa..klaka betol...
ingtkan bapak die nk kawen laen ke apa, rupa2 nya nak main PS3 jugak..

April 29, 2009 2:55 PM
Yuna@Fah said...

mule2 tu dah byg endingnye, ingatkan faris akan insaf..tp.........huhu

April 29, 2009 2:59 PM

sofia: haha.. cumel ke? sengal ada la.. =P ops..! idea aku.. ngee..~!

capiqa: xleh3!! abes blaja dpt 4 flat bru bleh bagi.. =P

suezen: ops..! cerita rekaan sy semata-mata.. hakhak.. =P

alyn: er.. dhtu nak change ape ek? hehe..

hasni: kesian bapak die.. teringin gak wooo maen game.. dlu2 mne ade game2 konsol neh..haha.. =))

tirana: gaya penulisan.. =)

chipsmore: kalu laki u dh sure wat gitu.. buang tebiat kan? haha..

ain: tu la psl.. =))

yuna: anda silap.. lps ni kne baca berhati-hati.. =P

April 29, 2009 4:47 PM
Monkey D Luffy said...

tak boleh blah punya bapak!

April 29, 2009 9:30 PM

oh bapak camni... i liiikeeeeee! =P

April 29, 2009 10:23 PM