Itu yang sepatutnya perkataan yang sesuai untuk aku. Sudah berkurun para blogger di luar sana menyertai GengBlogger (GB) sedangkan aku masih terhegeh-hegeh di laman sesawang GB tersebut. Hendak mendaftar pun terkapai-kapai. Semalam, hampir 15 minit, barulah aku dapat mendaftar di GB. Tersedar bahawa perlu berdaftar di Facebook terlebih dahulu. Mujurlah aku sudah ada akaun Facebook.

Terus terang aku cakap, aku tidak tahu bagaimana fungsi GB. Haha. Tengok orang ramai join, aku pun join juga. Yang aku perasan, banyak artikel dan member-member di sana. Cik Lolly kita pun ada!

Excuse me, mahu tanya.. artikel yang lepas-lepas tak boleh ke terbit balik kat GB? *Tunjuk ajarku sifu!*