Ads: (Please Click!)
Showing posts with label bersetubuh. Show all posts
Showing posts with label bersetubuh. Show all posts

Friday, November 12, 2010

Kondom


Pada tahun 1960-an, negara India mengalami pertumbuhan penduduk yang tersangat padat. Ini adalah kerana tahap kelahiran satu-satu isi rumah mencapai nisbah yang amat tinggi jika dibandingkan dengan negara-negara yang lain. Ditambah lagi dengan isu kebuluran dan kemiskinan.

Read more/less..

Mahu dijadikan cerita, seorang wakil dari satu badan sukarelawan Amerika (US) telah datang ke negara itu untuk membuat satu sesi ceramah mengenai perancangan keluarga. Sukarelawan itu bernama Ronald Albert. Albert telah berkampung di negara miskin itu selama beberapa bulan untuk membuat pemerhatian terlebih dahulu bagi merangka isi-isi ceramahnya kelak.

Tibalah hari untuk ceramah.

Albert dengan bangga telah memanggil semua kaum lelaki untuk mendengar ceramahnya. Maka, berkerumunlah kaum lelaki membanjiri ceramahnya. Ada bisik-bisik mengatakan ceramah Albert nanti adalah berunsurkan lucah dan seks. Suka sangatlah kaum lelaki India itu sehingga sanggup bercuti kerja semata-mata mahu menghadiri ceramah dari Ronald Albert. Sehinggakan belum pun ceramah dibuat atau tamat, Ronald Albert telah mendapat satu gelaran yang cukup gah dari kaum lelaki India. 'Lelaki Simbol Seks'!.

Di dalam ceramah Albert, beliau telah memperkenalkan kondom kepada kaum lelaki India. Sejurus sahaja Albert menunjukkan bagaimana bentuknya kondom, kaum lelaki India ketawa terbahak-bahak. Mereka fikir, masakan benda nipis dan kecil itu mampu menyekat pertumbuhan dan kelahiran di antara mereka. Kaum lelaki India memperlekeh-lekehkan Albert. Albert hanya tersenyum sahaja.

"Ini adalah anugerah dari Tuhan! Dengan ilmu yang saya ada, benda inilah yang telah popular di negara kami!" laung Albert dalam ceramahnya.

Meloponglah kaum lelaki India kerana laungan lantang Albert itu. Oleh kerana didorong perasaan taksub dan ingin tahu, akhirnya kaum lelaki India dapat menerima kenyataan Albert walaupun masih ragu-ragu. Kemudian, Albert pun mula membahagi-bahagikan kondom kepada setiap lelaki yang hadir.

"Okey. Sebelum kalian melakukan persetubuhan, pastikan anda memakai kondom (sambil menunjukkan kondom ke atas). Ini adalah kondom. Ia selamat dan tidak memberikan kesan yang buruk kepada si pemakai," kata Albert.

"Cara memakainya.. pakaikan kondom ini pada 'barang' anda masing-masing macam ni (sambil memasukkan jari ke dalam kondom). Kemudian, anda berseronoklah dengan aktiviti seks anda! Mudah, bukan?"

Ucapan Albert membuatkan kaum lelaki India ketawa ceria dan gembira. Tidak disangka-sangka oleh mereka, cara pemakaian kondom adalah mudah dan senang. Malahan harga kondom tersebut tidaklah mahal sangat.

Selesai ceramah, Albert pulang ke US. Dia berjanji akan datang kembali dalam beberapa tahun untuk melihat hasilnya, seterusnya mengemaskini data-data nisbah pertambahan penduduk di India.

4 tahun telah berlalu..

Seperti yang dijanjikan, akhirnya Ronald Albert menjejakkan semula kakinya di negara India. Alangkah terkejutnya beliau bahawa penduduk India tidak berubah. Malah lebih ramai dari apa yang dijangkakannya!

"Macam mana boleh jadi macam ni?" fikir Albert sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia berasa sungguh tercabar dan hairan. Sudah bertahun-tahun kondom diperkenalkan di US dan hasilnya sungguh berjaya. Masakan di negara India ini tidak? Maka, Albert sekali lagi membuat sesi ceramahnya.

"Empat tahun yang lalu, saya pernah memperkenalkan kondom kepada kalian, bukan?" soal Albert kepada kaum lelaki India. Lantas kaum lelaki India mengangguk serentak.

"Habis, macam mana isteri-isteri kalian boleh mengandung lagi?" soal Albert lagi. Kaum lelaki India menggelengkan kepala serentak tanda tidak tahu menahu.

"Adakah kamu guna kondom sebelum melakukan seks?"

Kaum lelaki India mengangguk kepala. Serentak.

"Kamu guna kondom yang sama?"

Kaum lelaki India menggeleng kepala. Serentak juga.

"Jadi, kamu semua beli sendiri kondom itu?"

Kaum lelaki India mengangguk kepala serentak lagi.

Hairan! Kusut fikiran Albert dibuatnya. Selama beberapa minit dia termenung, berfikir. Tiba-tiba, dia bangun dan bertanya.

"Boleh tak salah seorang dari kamu menunjukkan macam mana kamu aplikasikan apa yang saya ajar dahulu? Di sini. Di hadapan semua orang," arah Albert sambil mengacungkan jari telunjuk nya ke arah pentas.

Berdiri seorang lelaki berbadan tegap. Dia pun berdiri di atas pentas.

"Okey. Tunjukkan," arah Albert lagi.

Lelaki berbadan tegap itu tersenyum. Dia memegang kondom di tangan kirinya lantas mengangkat kondom tersebut. Seterusnya, dia menyarung kondom itu ke ibu jari kirinya. Kemudian, dia menggayakan tangannya di hadapan alat sulit sambil dia menggoyangkan punggungnya ke depan dan ke belakang beberapa kali sambil berkata, "Ahh! Ahhh! Aaahh!!"

Albert menepuk dahi. Patutlah isteri-isteri kaum lelaki India mengandung lagi. Rupa-rupanya kaum lelaki ini memakai kondom pada jari mereka sebelum melakukan persetubuhan, bukannya pada ##### mereka!


Hahahahahaha!

Aduka: Untuk mengurangkan kes buang bayi, sekarang ini kerajaan Malaysia 'menggalakkan' pemakaian kondom sampaikan di akhbar pun mesti ada iklan kondom! Tak percaya? Tengok Harian Metro!

Wednesday, October 20, 2010

Mak! Bersetubuh Tu Apa?


Pada waktu kecil kira-kira dalam lingkungan umur 10 ke 12 tahun, aku suka membaca salah satu buku yang di beli oleh kakak aku yang tertajuk 'Himpunan Doa-Doa Harian' hasil tulisan oleh salah seorang ustaz yang agak terkenal di Malaysia. Sudah lupa namanya.

Read more/less..

Dalam buku yang setebal 200 lebih muka surat itu, boleh dikatakan hampir setiap hari aku membaca dan menghafalnya. Oh, nampak sangat aku baik dan alim gila waktu itu, bukan? Haha. Meskipun begitu, daya ingatan aku tidaklah sekuat mana pun. Sekarang pun banyak yang lupa. Apabila ada sahaja kelapangan waktu, aku akan terperap di dalam bilik dan membaca buku tersebut walaupun ada beberapa bab dan doa aku baca dan hafal berkali-kali. Tanpa rasa jemu.

Hendak dijadikan cerita, dalam banyak-banyak himpunan doa itu ada satu doa yang agak memeningkan dan mengelirukan aku. Melihat pada maknanya pun tidak sama dengan tajuk doa. Pada awalnya aku membiarkan dulu doa tersebut. Baca doa-doa yang lain. Oleh kerana terdetik perasaan ingin tahu juga, aku kembali di halaman doa tersebut. Baca dan fikir.

Aku pernah mendengar ceramah dari seorang ustaz sewaktu aku berumur 11 tahun. Ujarnya, 'ilmu yang kita pelajari hendaklah berguru. Dengan guru, kita tidak mudah sesat. Bahkan jika mempelajari seorang diri, syaitan akan suka mendampingi lantas menghasut kita. Guru pula tidak semestinya dari kalangan ustaz dan ulama. Boleh jadi ibubapa kita juga.' Sememangnya berguna nasihat ustaz itu. Lantas, aku ingin ajukan soalan itu kepada emak aku.

Emak aku sedang sibuk memasak di dapur. Aku memanggil-manggil emak beberapa kali sambil memegang buku tersebut. Tanpa menoleh, emak menyahut beberapa kali. Kelihatan kakak yang sedang duduk di kerusi sambil menyiang ikan turut memandang aku.

Tatkala aku menghampiri emak, dengan suara lantang aku bertanya, "Mak! Bersetubuh tu apa?"

Aku lihat reaksi muka emak seakan terkejut. Aku bertanya lagi, "Apa tu, mak?"

Emak memandang kakak. Aku turut memandang kakak kalau-kalau kakak ingin menjawab persoalan aku itu. Namun tidak. Kakak menjeling ke arah aku dengan muka yang bengis. Tiba-tiba emak bersuara.

"Bersetubuh tu, bersetubuhlah!" kata emak sambil memeluk tubuhnya sendiri.

Pada mulanya, aku tidak faham. Beberapa kali emak membuat gaya memeluk tubuhnya sendiri.

"Bersetubuh tu macam.. perlindungan diri kita dari syaitan la ya?" soal aku lanjut.

Emak hanya mengiakan sambil menganggukkan kepala. Ketika itu, aku memandang kakak. Mukanya masam mencuka. Aku hairan tapi aku tidak mempedulikan reaksi kakak. Pada hematku mungkin kakak marah sebab aku mengganggu emak yang sedang memasak.

"Mak biasa baca doa ni kan? Nak lindung anak-anak mak?" soal aku lagi.

"Baca yang macam mana?" Emak menyambung kerjanya tanpa memandang ke arahku.

"Begini doanya, mak. Bismillaahi, Alloohumma jannibnaashshaythoona wa jannibishaiythoona maa rijaktanaa. Maksudnya; Dengan Nama Allah, ya Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkan syaitan agar tidak mengganggu apa (anak) yang Engkau rezekikan kepada kami."

Emak dan kakak terdiam.

"Ha, yalah tu. Dah dah! Pergi main jauh-jauh sana!" jerit kakak secara tiba-tiba.

Dengan wajah ceria, aku kembali ke bilik aku yang berada di tingkat dua. Berkali-kali selepas itu, aku membaca doa tersebut. Aku fikir, bila kahwin nanti dan mendapat anak, aku mahukan Allah melindungi anak-anak aku.

* * * * * * * * * *

Haha.

Itu cerita belasan tahun yang lalu. Kini, bila sudah meningkat dewasa dan belajar macam-macam, barulah aku tahu apa tujuannya dan bila patut dibaca doa tersebut. Bila ingatkan kembali peristiwa itu, aku gelak seorang diri. Yang kelakarnya, kenapalah aku berdoa untuk masa depan. Minta dilindungi bakal anak-anak aku pula. Haha.

Dan yang paling penting, setelah mengetahui hal yang sebenar tentang doa itu, barulah aku tahu yang emak dan kakak telah menipu aku!

Haha.

Tidak mengapalah. Mungkin mereka tipu sunat saja kot!

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger