Ads: (Please Click!)

Thursday, October 28, 2010

Tutorial: Facebook Shoutbox!

Salam.

Semalam, aku menemui salah satu widget yang cukup menarik daripada Facebook Developer. Biasanya, shoutbox kita lihat seperti di bawah.


Read more/less..

Oh tidak, tidak! Aku mahu tukar. Ini amat sesuai kepada sesiapa yang suka dengan aplikasi Facebook. Macam aku. Hehe. Jadi, aku buat perubahan sedikit. Tengok gambar di bawah.


Ada beza, bukan?

Sebenarnya, widget ini sesuai digunapakai untuk membincangkan sesuatu event. Biasanya, di Facebook kotak ini kita lihat di sudut bawah Event Discussion. Tidak mengapa. Kita buat lain dari yang lain sikit. Kita mahu guna widget ini menggantikan Shoutbox yang biasa kita guna.

Ambil perhatian!

Anda lihat di blog aku, widget ini hanya sementara sahaja. Dengan kata lain, hanya untuk preview anda sahaja. Aku akan remove balik dalam lebih kurang dua minggu atau sebulan kemudian. Sebab apa? Widget ini ada sedikit kelemahan. Secara umum aku cakap, shoutbox diletakkan oleh blogger adalah semata-mata kerana trafik. Blogger lain boleh singgah di blog kita dan 'meninggalkan jejak' berupa URL atau link blog mereka sendiri. Widget ini adalah sebaliknya. Tiada kotak spesifik untuk membolehkan anda meletakkan link blog anda. Boleh pun, secara manual.

Satu lagi kelemahan, apa yang telah post tidak boleh di delete kembali. Dammit.. T_T


Bagaimana cara meletakkan widget ini?

Mudah. Tutorialnya sama sepertimana anda menggunakan hidden shoutbox anda sekarang. Berlambak di internet. Salah satunya adalah di LINK INI. Anda boleh ikut caranya. Cuma, pada nombor 4, sila copy dan paste code di bawah.

<iframe src="http://www.facebook.com/plugins/live_stream_box.php?app_id=[FACEBOOK ID]&width=300&height=400&via_url&always_post_to_friends=true" scrolling="no" frameborder="0" style="border:none; overflow:hidden; width:300px; height:400px;" allowTransparency="true"></iframe>

Yang bertanda merah, sila gantikan dengan Facebook ID anda. Cara mahu mendapatkan Facebook ID anda ialah:

1 - Klik Profile di Facebook.
2 - Alihkan mouse di atas gambar profile anda.
3 - Right click dan 'Copy Link Location' (Mozilla).

Ini contoh aku punya Facebook ID bila di paste: http://www.facebook.com/album.php?profile=1&id=1814790405

Nombor yang panjang di akhiran link tersebut adalah Facebook ID anda! Copy nombor itu sahaja, okey?

Sekian, selamat mencuba!

Wednesday, October 27, 2010

P. Ramlee Dan VHS Tape


"Anda kenal siapa P. Ramlee?"

Bila diajukan soalan yang sedemikian, jarang sangat kita dengar (mungkin tidak akan dengar langsung) jawapan yang dijawab adalah TIDAK. Tanyalah sesiapa sahaja, semua golongan, bahkan segenap lapisan masyarakat dan usia mengenali seniman agung tanahair ini. Jangan ditanya kepada budak-budak bawah 3 tahun pula ya.

Read more/less..

Aku pernah membaca satu artikel di blog kawan-kawan blogger. Pengalaman beliau mendengar kanak-kanak seusia 4 atau 5 tahun menjerit-jerit nama P. Ramlee tatkala melihat cerita-cerita seniman agung itu tersiar di kaca televisyen. Ya. Kanak-kanak pun mengenali P. Ramlee! Jika anda tidak mengenali P. Ramlee, anda adalah salah seorang warganegara Malaysia yang amat rugi. Hanya dialah seniman anak jati Melayu Malaysia yang begitu gah sepanjang zaman. Hanya beliaulah yang pernah mengharumkan seni filem Melayu di arena antarabangsa, contohnya di China, Jepun, Filipina dan pelbagai lagi negara-negara Asia. Malah, walaupun filem-filem P. Ramlee hanya hitam dan putih (kecuali filem 'Hang Tuah'), filem-filem menjadi 'evergreen' hingga kini!

Aku sebenarnya bukan mahu bercerita mengenai siapa P. Ramlee. Aku bukan mahu membuat biodata mengenai beliau juga. Sebaliknya aku mahu bercerita sedikit sebanyak bagaimana aku mula mengenali P. Ramlee.

Pada zaman awal 90-an, jangan haraplah mahu cari CD. Tidak akan jumpa. Dahulu cuma popular dengan VHS tape. Kalau budak-budak zaman sekarang tengok, mereka akan cakap itu 'kaset saiz XL'. Sebab? Sebabnya dia memang besar! Lihat gambar di bawah.


Sewaktu kecil, aku sudah didedahkan dengan filem-filem Melayu selain dari cerita-cerita kartun. Ayah akulah pembawanya di dalam keluarga. Ayah aku adalah salah seorang peminat setia seniman agung Tan Sri P. Ramlee. Selain P. Ramlee, ayah aku juga pengumpul VHS tape cerita-cerita hindustan klasik seperti 'Roti Kapada Aur Makann', 'Sanggam', dan sebagainya. Yang menariknya, koleksi-koleksi filem VHS yang ada pada ayah aku bukannya dari filem yang direkod khas sepertimana era CD sekarang. Tunggu enam bulan, sudah boleh dapat dalam bentuk CD atau DVD. Gambar pula cantik. Berminyak. Sebaliknya, filem di VHS tape dahulu hanya direkod yang tersiar di televisyen sahaja! Mahu cari filem-filem terbaru di kedai-kedai? Jangan harap mahu jumpa!

Apa kaitan VHS tape dengan P. Ramlee?

Yalah. Budak-budak sekarang boleh mengenali P. Ramlee di televisyen dan koleksi CD. Dahulu kalau mahu tengok cerita P. Ramlee tersiar, amat jarang sekali kecuali pada hari-hari peringatan kepada seniman agung itu. Kalau ada pun, hanya filem-filem yang masyhur sahaja. Filem-filem lain yang kurang menyengat boleh dikatakan tidak tersiar langsung! Pada zaman aku pula, aku mengenali P. Ramlee hanya dari VHS tape yang direkod oleh ayah aku.

Antara banyak-banyak filem lakonan P. Ramlee, aku paling gemar tengok 'Seniman Bujang Lapok'. Cerita itu agak lawak bagi aku hatta waktu itu aku berumur 6 hingga 8 tahun. Aku akan mainkan VHS tape filem tersebut berulang-ulang kali tanpa rasa jemu. Filem 'Pendekar Bujang Lapok' pun begitu juga. Boleh dikatakan waktu kecil aku banyak masa lapang. Dengan masa lapang itulah aku boleh katakan sepanjang masa melayan VHS tape filem-filem P. Ramlee.

Pernah suatu hari oleh kerana acap kali 'Rewind', 'Stop', dan 'Play', tali VHS tape itu terputus. Bila terputus tali VHS tape itu akan terlekat di dalam VHS player. Ayah aku kerap kali juga membebel dan memarahi aku. Pernah juga ayah aku menyembunyikan remote control VHS player semata-mata tidak membenarkan aku 'Rewind', 'Stop', dan 'Play' mana-mana VHS tape cerita P. Ramlee.

"Cerita (VHS tape) kartun tak apa!" marah ayah aku.

Maka pernah juga beberapa kali ayah aku menyimpan VHS tape filem-filem P. Ramlee di dalam almarinya dan dikunci. Yang diletakkan di ruang tamu hanya cerita-cerita yang kurang 'menyengat' dan bosan bagi ayah aku. Ya. Ayah aku sangat sayangkan VHS tape cerita-cerita P. Ramlee. Minatnya menurun kepada anak-anaknya. Salah seorang adalah aku.

Waktu sekolah, aku pernah membuat satu folio lengkap Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee. Agak tebal. Boleh dikatakan folio aku antara tertebal berbanding dengan kawan-kawan sekelas yang lain. Punyalah minat.

Selepas kegemilangan pemain CD, kami sekeluarga seolah-olah 'meminggirkan' VHS tape tersebut. Hampir satu tahun VHS tape tersebut terbiar sebelum kami berpindah rumah. Sewaktu membuka almari hijau milik ayahku itu, aku dapati kesemua VHS tape itu sudah dijangkiti kulat. Ia berwarna putih. Biasanya kulat akan menyerang pada pita dan kawasan dalam tape. Sebenarnya kulat tersebut boleh dicuci dengan cecair alkohol, seperti pencuci CD sekarang. Namun, kulat yang menyerang agak terlalu kritikal.

Aku mengumpul VHS tape yang rosak di suatu sudut. Aku lihat ayah kelihatan sugul. Matanya merenung ke arah VHS tape tersebut. Agaknya kenangan-kenangan mula berputar di dalam benaknya, fikirku. Aku senyum dan bertanya adakah ayah mahu menyimpan lagi VHS tape tersebut? Ayah mahu membuangnya. Semua? Ya, semua! Duka dan kenangan ayah terubat setelah ayah menemui VCD filem-filem P. Ramlee dan hindustan klasik di pasaraya Mydin. Itu dia! Hampir ratusan ringgit dihabiskan untuk memborong VCD tersebut. Kekadang ada filem yang tertinggal. Itu kami berpakat adik beradik membelinya sekeping ada dua keping pada hari-hari lainnya. Seronok juga melayan VCD filem klasik. Gambarnya lebih cantik. Tiada gambar belang-belang di kaca televisyen yang boleh mengganggu tontonan kami lagi. Seronok!

Sayangnya, dalam bertahun selepas itu banyak koleksi tersebut hilang. Samada dicuri atau dipinjam orang. Ada juga beberapa keping yang rosak akibat calar balar. Bila difikirkan, ada keburukan juga CD ini.

Biasalah. Tahun makin meningkat, sifat ingin tahu manusia semakin meningkat juga. Era semakin baharu, teknologi juga semakin maju dan baharu juga. Terkini dan sentiasa up-to-date. VHS atau CD sebegini sudah ketinggalan jauh. Itu belum lagi 'piring hitam'. Terus terang cakap, aku sempat mendengar bunyi-bunyian yang keluar dari cerobong pemain piring hitam. Jika tidak silap, aku mendengarnya pada tahun 1991 meskipun pemain piring hitam susah dijumpai lagi pada tahun 90-an. Kebanyakkannya adalah koleksi khazanah peribadi. Dan.. ya. Muzik yang aku dengar dari cerobong piring hitam itu adalah nyanyian dari P. Ramlee!

Dapat hidup di zaman milennium 'titanium' ini sebenarnya dirasakan amat bertuah sekali. Walaupun lambakan sinetron dan drama yang ntah-apa-apa semakin menjadi-jadi di televisyen sekarang, terselit juga filem-filem Melayu agung di antaranya. Baguslah. Terkini, pihak Astro menayangkan beberapa filem-filem P. Ramlee yang dimuatkan di channel-channel mereka yang tertentu. Walaupun tidak semua filem P. Ramlee ada, namun memadailah.

Sekarang pun ramai blogger yang menulis fasal P. Ramlee, bukan? Bagus sangatlah. Sekurang-kurangnya melambang sedikit penghormatan kepada Allahyarham P. Ramlee. Hormat itu dibolehkan. Jangan sampai 'memuja' pula, okey?

Al-Fatihah kepada Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee atau nama sebenar beliau Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh.

Aduka: Masih meminati P. Ramlee sehingga sekarang! Anda pula, bagaimana?

Monday, October 25, 2010

Selepas 30 Tahun, Selamat Tinggal Walkman!


Setelah berita pemberhentian pengeluaran cakera liut (floppy disk) pada bulan Mac 2011 diuar-uarkan, syarikat elektronik terbesar Jepun iaitu Sony telah menghentikan pembuatan dan pengedaran teknologi pemain kaset Walkman, pemain muzik mudah alih pertama berkos rendah.

Read more/less..

Menurut IT Media, batch pengeluaran terakhir akan dihantar ke peruncit Jepun pada bulan April 2011. Setelah unit-unit tersebut dijual, Walkman baru tidak akan dikilangkan lagi, mahupun didapati di kedai-kedai elektronik di seluruh dunia.

Walkman generasi pertama (yang disebut Soundabout di AS, dan Stowaway di UK) telah dikeluarkan pada 1 Julai 1979 di Jepun. Walaupun kemudiannya menjadi kejayaan besar, ia hanya dijual 3000 unit pada bulan pertama. Sony berhasil menjual sekitar 200 juta iterasi dari kaset Walkman sahaja.

Ironinya, pengumuman itu disampaikan hanya satu hari sebelum menjelang ulang tahun yang kesembilan iPod iaitu pada 23 Oktober, walaupun punca penurunan penjualan kaset Walkman adalah disebabkan oleh letupan populariti pemain CD dalam tahun 90-an, bukannya iPod!

Berita AP melaporkan bahawa walaupun penjualan Walkman telah berhenti di Jepun, peranti tersebut masih akan dibuat oleh pengilang China dan akan dijual di Amerika Syarikat dan UK.

Aduka: Sempat juga memiliki Walkman Sony dan mengumpul puluhan keping kaset untuk koleksi peribadi.

Friday, October 22, 2010

HRP-4C : Robot Bintang Pop Pertama Di Dunia!

Kita sekarang dikejutkan dengan robot bintang pop pertama di dunia!


Read more/less..

HRP-4C, juga dikenali sebagai divabot adalah Robot Bintang Pop yang pertama di dunia. Ia mampu bernyanyi dan menari pada masa yang sama. Bahkan ia boleh memastikan tariannya selaras dengan penari latar belakang. Walaupun dengan tangan yang besar dan berkaki perak palsu, divabot berupaya bergerak dalam rentak yang cukup baik dan menakjubkan!

Ia dibangunkan oleh Institute of Advance Industrial Science and Technology di Jepun. Divabot menggunakan perisian khusus untuk menafsirkan gerakan penyanyi dari seorang pemain, beserta dengan perisian Yamaha Vocaloid untuk penyampaian suara.


Masataka Goto, yang merupakan ketua kumpulan Institut Media Interaktif berharap robot ini boleh menghiburkan sesiapa saja di dalam industri suatu hari kelak.


Selepas melihat akan video ini barulah aku sedar bahawa teknologi sekarang sememangnya bergerak laju sepertimana yang telah diuar-uarkan di media massa dan media cetak. Walaupun begitu, adalah wajar bagi kita supaya terus mengikuti perkembangan teknologi supaya kita tidak ketinggalan. Shahadan negara kita sememangnya sudah ketinggalan beberapa tahun dalam bidang teknologi perobotan berbanding negara Jepun. Negara jiran apatah lagi.

Aduka: Dulu robot ala-ala R2D2, kemudian robot anjing. Sekarang robot boleh menari dan menyanyi la plak. Lepas ni, kemungkinan robot untuk perang plak! Boleh jadi? Hmmm...

Wednesday, October 20, 2010

Mak! Bersetubuh Tu Apa?


Pada waktu kecil kira-kira dalam lingkungan umur 10 ke 12 tahun, aku suka membaca salah satu buku yang di beli oleh kakak aku yang tertajuk 'Himpunan Doa-Doa Harian' hasil tulisan oleh salah seorang ustaz yang agak terkenal di Malaysia. Sudah lupa namanya.

Read more/less..

Dalam buku yang setebal 200 lebih muka surat itu, boleh dikatakan hampir setiap hari aku membaca dan menghafalnya. Oh, nampak sangat aku baik dan alim gila waktu itu, bukan? Haha. Meskipun begitu, daya ingatan aku tidaklah sekuat mana pun. Sekarang pun banyak yang lupa. Apabila ada sahaja kelapangan waktu, aku akan terperap di dalam bilik dan membaca buku tersebut walaupun ada beberapa bab dan doa aku baca dan hafal berkali-kali. Tanpa rasa jemu.

Hendak dijadikan cerita, dalam banyak-banyak himpunan doa itu ada satu doa yang agak memeningkan dan mengelirukan aku. Melihat pada maknanya pun tidak sama dengan tajuk doa. Pada awalnya aku membiarkan dulu doa tersebut. Baca doa-doa yang lain. Oleh kerana terdetik perasaan ingin tahu juga, aku kembali di halaman doa tersebut. Baca dan fikir.

Aku pernah mendengar ceramah dari seorang ustaz sewaktu aku berumur 11 tahun. Ujarnya, 'ilmu yang kita pelajari hendaklah berguru. Dengan guru, kita tidak mudah sesat. Bahkan jika mempelajari seorang diri, syaitan akan suka mendampingi lantas menghasut kita. Guru pula tidak semestinya dari kalangan ustaz dan ulama. Boleh jadi ibubapa kita juga.' Sememangnya berguna nasihat ustaz itu. Lantas, aku ingin ajukan soalan itu kepada emak aku.

Emak aku sedang sibuk memasak di dapur. Aku memanggil-manggil emak beberapa kali sambil memegang buku tersebut. Tanpa menoleh, emak menyahut beberapa kali. Kelihatan kakak yang sedang duduk di kerusi sambil menyiang ikan turut memandang aku.

Tatkala aku menghampiri emak, dengan suara lantang aku bertanya, "Mak! Bersetubuh tu apa?"

Aku lihat reaksi muka emak seakan terkejut. Aku bertanya lagi, "Apa tu, mak?"

Emak memandang kakak. Aku turut memandang kakak kalau-kalau kakak ingin menjawab persoalan aku itu. Namun tidak. Kakak menjeling ke arah aku dengan muka yang bengis. Tiba-tiba emak bersuara.

"Bersetubuh tu, bersetubuhlah!" kata emak sambil memeluk tubuhnya sendiri.

Pada mulanya, aku tidak faham. Beberapa kali emak membuat gaya memeluk tubuhnya sendiri.

"Bersetubuh tu macam.. perlindungan diri kita dari syaitan la ya?" soal aku lanjut.

Emak hanya mengiakan sambil menganggukkan kepala. Ketika itu, aku memandang kakak. Mukanya masam mencuka. Aku hairan tapi aku tidak mempedulikan reaksi kakak. Pada hematku mungkin kakak marah sebab aku mengganggu emak yang sedang memasak.

"Mak biasa baca doa ni kan? Nak lindung anak-anak mak?" soal aku lagi.

"Baca yang macam mana?" Emak menyambung kerjanya tanpa memandang ke arahku.

"Begini doanya, mak. Bismillaahi, Alloohumma jannibnaashshaythoona wa jannibishaiythoona maa rijaktanaa. Maksudnya; Dengan Nama Allah, ya Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkan syaitan agar tidak mengganggu apa (anak) yang Engkau rezekikan kepada kami."

Emak dan kakak terdiam.

"Ha, yalah tu. Dah dah! Pergi main jauh-jauh sana!" jerit kakak secara tiba-tiba.

Dengan wajah ceria, aku kembali ke bilik aku yang berada di tingkat dua. Berkali-kali selepas itu, aku membaca doa tersebut. Aku fikir, bila kahwin nanti dan mendapat anak, aku mahukan Allah melindungi anak-anak aku.

* * * * * * * * * *

Haha.

Itu cerita belasan tahun yang lalu. Kini, bila sudah meningkat dewasa dan belajar macam-macam, barulah aku tahu apa tujuannya dan bila patut dibaca doa tersebut. Bila ingatkan kembali peristiwa itu, aku gelak seorang diri. Yang kelakarnya, kenapalah aku berdoa untuk masa depan. Minta dilindungi bakal anak-anak aku pula. Haha.

Dan yang paling penting, setelah mengetahui hal yang sebenar tentang doa itu, barulah aku tahu yang emak dan kakak telah menipu aku!

Haha.

Tidak mengapalah. Mungkin mereka tipu sunat saja kot!

Tuesday, October 19, 2010

Surat Mohandas Gandhi Untuk Hitler Sebelum Poland Diserang

Poland diserang oleh Jerman, sehingga banyak orang percaya apa yang terjadi adalah permulaan bagi Perang Dunia II. Hanya lebih dari sebulan sebelum hal ini terjadi, Mohandas Gandhi menulis surat yang menjadi salah satu dari dua surat untuk Adolf Hitler dalam usaha untuk mencegah perang yang semakin mendekat. Ini perkataan-perkataan tertentu tidak pernah dicapai oleh Hitler kerana campur tangan oleh kerajaan Inggeris.

Read more/less..


As at Wardha,
C. P.,
23-7-'39

Dear friend,

Friends have been urging me to write to you for the sake of humanity. But I have resisted their request, because of the feeling that any letter from me would be an impertinence. Something tells me that I must not calculate and that I must make my appeal for whatever it may be worth.

It is quite clear that you are today the one person in the world who can prevent a war which may reduce humanity to a savage state. Must you pay that price for an object however worthy it may appear to you to be? Will you listen to the appeal of one who has deliberately shunned the method of war not without considerable success? Any way I anticipate your forgiveness, if I have erred in writing to you.

I remain,

Your sincere friend

M. K. Gandhi

HERR HITLER
BERLIN
GERMANY.


Aduka: Tiba-tiba minat dengan sejarah.

Sunday, October 17, 2010

Kalau Korang Ada iPhone, Berani Korang Buat Macam Ni?

Jom kita layan video yang dibuat oleh anak beranak Mat Saleh dari Brooklyn, US ni. Sangat kreatif dan berani! Kenapa aku kata kreatif? Kerana dengan menggunakan smartphone, mereka boleh menarik ribuan penonton di YouTube, dan ribuan pembaca di ruangan internet, kerana membuat kajian sebegini rupa. Aku kata berani kerana.. menggunakan iPhone untuk merekod semua ini!

Rekod apa?

Read more/less..

Jom, saksikan. Aku jadi ralit tengok video ni.


Korang ada iPhone? Jom try! Haha.

Source.

Friday, October 15, 2010

Boleh Tak Kalau Tiada Nama Sama?

Al-kisah...

Pagi itu, tidur aku diganggu oleh satu panggilan terus ke telefon bimbit aku. Mataku masih bengkak dan kepala mamai. Aku meraba-raba dalam suram mencari-cari telefon bimbit yang sedang menjerit. Tidak sedar telefon bimbit berada di bawah punggungku. Hati kecil aku mengomel kerana tidur yang terganggu.

Read more/less..

Panggilan segera aku jawab sedangkan mataku masih terkatup rapat.

"Hello, Latip," suara di dalam telefon memulakan perbualan.

"Haa," jawabku ringkas sekali.

"Kau ada kat mana?"

"Kat rumah. Tidur. Kenapa?"

"Bangun la wei. Aku nak kau ikut aku jap lagi."

"Kacau hari minggu aku la kau ni. Pergi mana?" soalku.

Aku bingkas bangkit dan duduk dibirai katil. Aku tenyeh-tenyeh mataku yang pedih dengan jari. Terasa seperti berpasir. Walaupun masih terasa kantuknya, benakku berputar. Mengira agak ke manakah destinasi yang bakal rakanku membawaku di hari minggu begini. Ke Kuantan-kah?

"Kau takde kerja, kan?" soal suara di dalam telefon tadi lagi.

"Takde. Kau nak ajak aku ke mana?" soalku.

"Tempat biasa!"

Aku terdiam. Mungkin disebabkan rasa yang amat mengantuk, otak aku agak lembab berfungsi. Aku tidak terus bertanya 'apakah' dan 'di manakah' tempat biasa yang dimaksudkan.

"Tunggu la sekejap. Aku nak mandi," kataku.

"Ok. 15 minit nanti aku call kau balik."

Aku terus ke bilik air untuk mandi. Kemudian aku bersiap-siap memakai pakaian yang kemas-kemas. Sembur minyak wangi satu badan sampai semerbak menusuk hidung. Sisir rambut ala-ala John Travolta dalam cerita Swordfish. Biar tampak macho. Manalah tahu kalau-kalau ada gadis yang terpikat atau berkenan setelah melihat penampilan aku. Aku berangan.

Aku siap bersarapan. Kemudian sampai satu pesanan ringkas masuk ke telefon bimbit ku. Aku lihat nombornya sambil berkerut muka.

"Siapa pula ni?" kataku perlahan, sendirian. Aku buka inbox dan baca.

"Maaf, bro. Tanya sikit. Latip mana ni? Duk mana?"

Eh. Apa hal pula ini? Aku hairan. Nombor siapa pula ini? Tiba-tiba sahaja bertanyakan soalan yang pelik-pelik. Aku tidak segera membalas mesej tersebut. Tetapi cuba berfikir, milik siapa nombor yang tertera di skrin telefon bimbitku. Biasanya jika ada rekod, sudah tentu nama pengirim terpampang pada mesej tersebut. Ini tiada.

Agak lama terfikir, barulah terlintas difikiran. Adakah nombor ini yang menghubungi aku tadi? Aku periksa rekod panggilan masuk. Memang sah! Nombor tadi. Siapa yang aku bercakap tadi ya? Terus aku membalas mesej masuk tadi.

"Eh kau ke yang call aku tadi? Siapa ni?"

Tekan butang send. Sending. Beberapa saat kemudian, delivered.

Aku menunggu balasan dengan tenang. Kemudian..

"Woi. Karim ni. Kau Latip Keli kan?"

Ah, sudah. Bila masa pula aku jadi penternak ikan keli? Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Perasaan aku tiba-tiba jadi tidak sedap. Rasa seperti geram dan marah. Berbaur-baur.

"Bukan. Ni Latip Ganu (Terengganu). Kau siapa?"

Send.. Delivered!

Mesej masuk lagi, "Latip Ganu? Pakai kereta Kelisa?"

Eh eh dia ni. Tadi keli. Ini kelisa pula. Sangka aku ini spesis ikan ke? Atau sangka aku ini penternak ikan? Penjual ikan? Pemborong? Atau apek penjual barang basah bermotor pot pot pot tu?

Aku balas, "Bukan. Kau salah orang ke?"

Sewaktu aku send mesej ini, aku rasa macam sudah 'terkena' hari ini. Sakit hati mula menyelubungi diri. Aku tunggu balasan dari nombor yang tidak dikenali itu. Lima minit. Kemudian, sepuluh minit.

Tiada mesej masuk selepas lebih sepuluh minit. Ah, sudah. Kena aku kali ini. Sedang aku tidak senang duduk, tiba-tiba mesej masuk. Aku menepuk dahi sesudah membaca mesej tersebut.

Mesejnya berbunyi begini, "Maaf bro. Aku ingat kau Latip Keli duk Gombak. Salah orang. Kebetulan nama bro sama dengan nama kawan aku. Nombor telefon pun hampir sama. Maaf ganggu!"

Celaka! Ada pula kes macam ini boleh berlaku? Amat-amat menyakitkan hati!

Aduka: Mahu tukar nama John Rambo plak. Agaknya ada sama lagi tak nama tu dengan nama-nama manusia kat Malaysia ni? Harap-harap tak ada! Heh!

Thursday, October 14, 2010

Bukan Waja Lancer 2.0 Tetapi Proton Inspira

Salam.

Sebentar tadi aku baru melihat berita di TV3 iaitu Buletin Utama tentangnya. Aku pernah menulis satu artikel mengenai desas desus kewujudan model terbaru dari Proton, iaitu Waja Lancer 2.0. Biasalah. Khabar angin. Bila melihat akan pelancaran model terbaru ini, aku agak takjub dan teruja. Masakan tidak, model terbaru keluaran Proton ini yang diberi nama Proton Inspira benar-benar menyerupai (klon) dengan model kereta Mitsubishi iaitu Lancer.


Read more/less..

Jangan terkejut. Pada artikel aku sebelum ini juga aku pernah menyatakan bahawa Proton telah melakukan usaha dan kerjasama dengan Mitsubishi. Maka, tidak hairanlah model terbaru ini juga disuntik dengan rekabentuk model Mitsubishi Lancer.

Ia di datangkan dengan Mitsubishi 4B10 1.8 liter enjin dengan 5 speed manual, Mitsubishi 4B10 1.8 liter enjin dengan 6 speed virtual ratio CVT gearbox, atau range tertinggi 2.0 liter 4B11 enjin dengan transmisi CVT yang sama ditambah dengan stereng shifter. Boleh dikatakan sebiji macam Lancer lahhhh..!





Model Proton terbaru ini juga bukan pengganti bagi model Proton Waja. Ia akan dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 10 November ini. Harga permulaan bagi model Proton Inspira ini adalah pada harga permulaan kompetitif iaitu RM 79,888.00 (OTR).
Rekabentuk sangat cantik! Namun sedikit pun tidak menggugatkan iman aku untuk 'memilikinya'. Haha.

Saturday, October 09, 2010

Facebook Plugin Yang Berguna

Salam semua.

Artikel ini adalah artikel perkongsian semata-mata. Tiada cara programming. Tiada tutorial. Cuma sekelumit informasi kepada sesiapa (blogger khasnya) yang ingin mempelajari mahupun memasang Facebook plugins ke blog mereka. Cuma yang beza, ia plugins yang biasa-biasa bagi aku. Jika mahu letak di blog, mungkin Like Button sahaja yang menarik.

Read more/less..

Pada awalnya, aku rujuk di link Facebook Developer iaitu Facebook Plugins ini. Segala yang ada di blog aku, seperti Like Button dan Activity Feed adalah merujuk di laman web tersebut. Tutorial pun begitu juga. Mungkin berlainan sedikit bagi Facebook Comment Box dan Share Button. Itu memerlukan coding dan pengetahuan yang lain, seperti JavaScript, FBML, dan sebagainya.

Ramai yang bertanya di chatbox bagaimana mahu memasang Facebook Comment Box. Ada juga yang bertanya bagaimana mahu buat layout ala-ala Facebook ini.

Yang comment box, susah mahu jawab sebenarnya. Aku ada menerima komen di tutorial Facebook comment box yang pernah aku buat dahulu. Aku minta maaf banyak-banyak. Itu tutorial lama. Jika ada kelapangan, aku akan buat artikel tutorial yang baru. InsyaAllah. Bagi layout ala-ala Facebook ini pula (aku panggil Faceblog), sebenarnya ia percuma di internet! Korang hanya perlu rajin membuat carian di Google sahaja. Hehe. Untuk transformasinya, korang perlu rajin meluangkan masa yang agak panjang.

Gambar di atas adalah koleksi plugins yang ada di laman Developer Facebook. Klik gambar untuk terus laman tersebut.

Aku sebenarnya tiada tips sangat perihal programming. yang boleh aku cakap, korang perlu research dan belajar. Banyakkan bertanya juga. Bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan.

Last but not least, ingin aku tekankan sekali di sini bahawa aku suka berkongsi. Aku tidak mahu berlagak yang aku pandai dan hebat. Ilmu ini tiada batasan. Kadang-kadang sehebat mana pun kita, hebat lagi yang Maha Berkuasa. Jika aku ini seorang yang hebat, blog aku bukan di PageRank 3. Blog aku bukan 'klon' sama dengan Facebook. InsyaAllah, mana yang baik untuk semua, aku kongsi di sini. Cuma apa yang terbatas adalah masa. Untuk seketika ini, aku agak sibuk. Hanya kelapangan di waktu malamnya.

Oh ya! Sebelum terlupa, ingin juga aku mengajak korang semua klik button Like untuk status Facebook aku ini. Klik link ini. Kalau anda belum add aku sebagai as friend, add aku dulu. Sebagus-bagusnya, tinggalkan mesej ketika add as friend tu. At least aku tahu korang adalah blogger.

Lagi, silakan meramaikan Facebook Fan Page blog aku ini, ya. Klik sahaja Like Aduka's Blog di sudut kanan atas blog ini. Terima kasih.

Friday, October 08, 2010

Proton Gen 2 dan Satria Neo Di Tarik Balik!



Salam.

Maaf sebab lama aku tak update blog! Hehe.

Pagi tadi, aku ke Kuantan menemani rakan aku untuk menyelesaikan perihal pinjaman peribadinya. Dalam kira-kira pukul 11 pagi, aku terdengar berita melalui radio (lupa apa nama stesen radionya) tentang penarikan balik kereta Proton model Gen 2 dan Satria Neo model H Line keluaran tahun 2004 hingga 2008.

Read more/less..

Agak terperanjat juga setelah penyampai berita memaklumkan bahawa, antara sebab penarikan balik model tersebut adalah kerana masalah yang boleh menjejaskan keselamatan dan pemanduan.

Pada mulanya, aku seperti tersilap dengar. Aku dengar seperti penarikan balik model kereta tersebut adalah disebabkan masalah sistem bunyi dan hon. Aku bertanya beberapa kali kepada rakan aku yang ketika itu sedang memandu sebab musabab penarikan tersebut. Namun, rakan aku itu membalas bahawa dia pun kurang peka. Tidak dengar dengan jelas. Yalah. Kami sedang bersembang lebat sewaktu berita itu sedang disampaikan.

Oleh kerana ingin tahu (walaupun aku tidak memiliki model kereta tersebut), aku terus belek-belek di ruangan berita online. Cari di Harian Metro, tiada. Kemudian Kosmo pula, tiada. Berita Harian, nah! Ada!

Ini adalah petikan berita:

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) memanggil semula kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan di antara 2004 hingga 2008 disebabkan kerosakan pada komponen 'clock spring' yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan.

Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata komponen terbabit menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada peralatan seperti radio, hon dan kawalan 'cruise'.

Katanya, ujian rutin mengenal pasti kerosakan pada 'clock spring' menyebabkan bunyi geseran dalam stereng, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang sendiri, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes lebih serius boleh menyebabkan pelepasan beg udara di bahagian pemandu.

Beliau berkata, panggilan sukarela itu adalah sebahagian daripada program jaminan kualiti global Proton membabitkan 15,911 unit atau dua peratus daripada 660,000 unit kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh berkenaan.

"Meskipun bilangannya kecil, keselamatan pelanggan kami sangat penting dan kami memohon maaf berikutan masalah itu. Kami berharap pelanggan memahami bahawa panggilan semula ini perlu untuk memastikan keyakinan berterusan terhadap keselamatan dan prestasi kenderaan mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Pemilik kenderaan yang terbabit boleh menghubungi mana-mana pusat servis Proton yang sah untuk membuat temu janji bagi mendapatkan pemeriksaan percuma. Semua kos buruh dan peralatan yang berkaitan penggantian 'clock spring' akan disediakan tanpa caj di pusat sah Proton di seluruh negara.

Proton akan menghantar surat kepada pelanggan yang terbabit untuk memaklumkan mereka mengenai perkara itu.

Pada masa sama, Proton membuka laman web khusus, www.protonaftersales.com untuk membantu pelanggan menyemak tahun pengeluaran kenderaan masing-masing. - Berita Harian Online.


Selepas membaca, barulah aku ketahui hal yang sebenar. Kemudian aku poskan berita ini di ruangan Wall Facebook.

15,911 unit! Gila. Banyak, bukan?

Adakah anda salah seorang dari bilangan tersebut? Jika ya, anda boleh menghantar sendiri kereta anda di pusat servis Proton yang terdekat ATAU dengan hanya mengisi borang secara online. Klik DI SINI untuk memeriksa.

Oh ya. Ini keselamatan kereta dan diri anda! Jangan berlengah. Ingat orang yang tersayang.. dan kereta kesayangan anda itu!

Update:

"Pemilik model yang terlibat boleh menghubungi mana-mana pusat servis sah Proton bagi pemeriksaan percuma, dan semua kos buruh dan alat-alat ganti berkaitan dengan penggantian clock spring adalah percuma. Kami mempunyai bajet dan ia bukanlah dalam jumlah yang besar yang kami perlu peruntuk, ia sekitar RM4 hingga RM5 juta dan saya tidak rasa ia akan menjejaskan Proton," kata Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir.

Clock spring itu menghubungkan suis dan beg udara kepada radio, hon dan kawalan kruis.

Panggilan sukarela itu, sebahagian daripada program Jaminan Kualiti Global syarikat, melibatkan 15,911 unit kereta di seluruh dunia (dua peratus) daripada 660,000 kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh empat tahun berkenaan.

Sejumlah 5,836 kereta di Malaysia terdiri daripada 4,128 Gen.2 1.6 A/T H-Line dan 1,708 Satria Neo 1.6 A/T Hi-Line disediakan dengan fungsi kruis auto. - Berita Harian Online.



Maaf. Video ini di ambil dari YouTube. Ada sedikit pengeditan yang tidak munasabah. Sila tumpukan pada penyampaian beritanya sahaja, okey? *Yang last tu juga!*

Sebab tu la banyak kereta model ni, asalkan accident mesti terbakar, kan? Haha!

Aduka: Tak suka kereta jenama Malaysia! :-)

Saturday, October 02, 2010

RM 10 Ribu Contest Dari Joegrimjow


Pergh! Bapak punya mewah Joe punya hadiah contest kan? RM 10 ribu tu!!!!

Read more/less..

Aku rasa, dalam banyak-banyak contest, contest Joe biasanya sangat-sangat mudah. Pandai la Joe ni buat contest. Hadiah plak.. mak oi.. boleh dikatakan sangat-sangat mewah! Dan.. aku adalah orang pertama yang menyertai contest dari Joe! Haha. Tak pernah-pernah jadi orang pertama yang turut serta. Biasanya sebelum-sebelum ini aku adalah antara orang yang terlewat. Alahai. Biasalah, PC tiada internet pun tiada.

Untuk entry kali ini aku ada tujuan sebenarnya. Pertama, mahu promosikan contest dari Joe ini. Kedua, mahu bantuan dari anda semua untuk 'Like' wall di Facebook aku. Hehe. Kepada sesiapa yang belum ada akaun aku as friend, klik Facebook aku di sini. Kemudian, sila like wall aku di sini.

Terima kasih di atas kerjasama korang!

Kalau korang nak join, klik link contest RM 10 ribu Joe kat SINI.

Sebenarnya, hadiah dia RM 100 aje.. Haha..!

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger