Salam.
Sadis, memang sadis! Dahsyat, memang dahsyat!
Kepala dilenyek tayar lori.
Hancur beb!
Walau bagaimanapun, keselamatan diri itu lebih utama. Hati-hati, kawan!
Sadis, memang sadis! Dahsyat, memang dahsyat!
Aku sebenarnya tak pasti kat mana kejadian ni berlaku. Melihat dari raut wajah ibu kepada kanak-kanak perempuan ni macam orang India atau Nepal. Entahlah. Ngeri! Sesiapa yang ada penyakit darah tinggi atau emosi disorder (haha!), sila jangan tengok. Ini betul-betul 18 SG!
Kepala dilenyek tayar lori.
Ini mak dia. Nampak tak helmet kat situ? Aku tak pasti kenapa ada satu je helmet. Helmet milik mak dia ke kanak-kanak perempuan tu ke, aku tak pasti. Nampak macam besar je kan? Boleh agak tak siapa yang pakai?
Hancur beb!
Pengajaran yang boleh kita ambil dari gambar-gambar ni; hati-hatilah ketika membawa motosikal. Lebih tepat lagi, hati-hati ketika berada di jalanraya. Tak kira la anda pejalan kaki ke, penunggang motosikal ke, pemandu bas ke, maut tak kenal sesiapa. Malang tak berbau. Sentiasalah utamakan apa yang perlu diutamakan, contohnya kalau kita sebagai pemandu kereta, utamakan pejalan kaki dan penunggang motosikal. Alaaa.. macam korang ambi lesen dulu la. Apa yang cikgu ajar? Hehe.
Walau bagaimanapun, keselamatan diri itu lebih utama. Hati-hati, kawan!







Antara faktor umum yang dikategorikan adalah;
Tekanan dan Stress
Faktor yang membawa kepada tekanan dan stress bergantung kepada seseorang individu. Biasanya tekanan yang paling kuat impaknya berlaku kepada individu yang mengalami masalah kesempitan kewangan, masalah keluarga, tekanan di tempat kerja, dan sebagainya. Kes-kes seperti ini mendorong seseorang manusia bertindakan di luar kawalan dan fikiran normal mereka. Ada sesetengah golongan akan didorong oleh perasaan marah dan dendam tatkala diselubungi oleh tekanan-tekanan tertentu.
Masalah Mental
Akibat daripada tekanan dan stress, memungkinkan permasalahan mental boleh berlaku kepada sesetengah individu. Ia tidak mengira usia, pangkat, atau latar belakang. Sesetengah orang mengatakan bahawa faktor keturunan memungkinkan masalah mental berlaku dan turun menurun kepada anak-anak dan cucu-cucu si pesakit mental. Fakta ini mungkin benar. Jika ini terjadi kepada seorang individu, tiada lagi istilah belas ehsan, kasihan, baik atau buruk, serta keperikemanusiaan di dalam jiwa individu tersebut.
Kurang Pendidikan Moral
Agama, kepercayaan, iman, dan pegangan kepada sesuatu adat dan adab adalah beberapa elemen yang termasuk dalam konteks moral. Bila disebut moral, ia merangkumi elemen-elemen ini di dalam diri manusia. Seharusnya elemen-elemen ini perlu teguh dan kuat bagi melahirkan moral yang bermutu di dalam diri manusia. Faktor lemahnya moral juga menjadi penyebab berlakunya peningkatan kes-kes bunuh di Malaysia. Maka, adalah perkara wajib bagi setiap individu memahami dan mendalami pendidikan moral yang bukan hanya bermula di rumah, malah di sekolah dan juga institusi-institusi luar yang lain.
Sesungguhnya bagi yang beragama Islam, iman dan nilai-nilai murni seorang mukmin perlulah selalu diterapkan di dalam diri pada setiap masa. Ini bagi membataskan perasaan amarah, dengki, khianat, tidak berhati perut, kejam, dan banyak lagi perkara negatif yang ada agar tidak terlintas dan terbit di hati. Dengan selalu berzikir dan selawat juga mampu menyekat hati kita daripada perkara-perkara buruk ini.