Ads: (Please Click!)
Showing posts with label shoutbox. Show all posts
Showing posts with label shoutbox. Show all posts

Monday, February 21, 2011

Real Faceblog : Kini Blog Aduka Dilengkapi Dengan Sistem Notifications!

Salam.

Alhamdulillah, setelah lebih enam bulan Blog Aduka bertransformasi ke template ala-ala Facebook, kini blog ini maju setapak lagi dengan menyediakan sistem Notifications! Sistem ini lebih kurang Notifications di Facebook, cuma tidak sehebat di Facebook. Ia hanya memaparkan komen-komen yang telah dibuat oleh pembaca blog ini pada ruang Facebook Comment Box.

READ MORE / LESS..

Sebenarnya, sistem ini sudah dipasang lebih kurang pada awal bulan Januari yang lalu. Cuma masih terdapat pengubahsuaian sedikit sebanyak.

Tujuan sistem ini dipasang di blog adalah untuk melihat senarai-senarai komen yang telah dibuat oleh pembaca. Sebelum kewujudan sistem ini, menjadi kesukaran bagi aku untuk melihat siapa yang telah komen di blog. Oleh itu, aku terpaksa mencari cara alternatif supaya aku dapat melihat, balas, delete, ban, dan sebagainya komen-komen yang telah dibuat oleh pembaca. Sistem Facebook Comment Box ini tidaklah seperti Blogger Comment biasa yang boleh di-monitor dengan klik pada tab 'Comments' pada Dashboard. Jadi, dengan adanya sistem ini, penulis blog dapat mengurus dan mengendali komen-komen dengan lebih mudah. Dan anda juga dapat melihat rekod komen-komen yang ada.

Jika anda masih juga kabur-kabur dengan penerangan aku di atas, sila lihat demontrasi di bawah. Gambar yang di sediakan akan 'auto open new tab' selepas di klik. Klik untuk besarkan.

Klik pada ikon 'Notifications' seperti gambar di atas.

Tetingkap lain akan terbuka pada tab yang baru secara automatik apabila ikon 'Notifications' ini di klik.

Inilah dia antaramuka senarai komen-komen yang telah dikomen pada ruang Facebook Comment Box yang telah dipasang di blog ini. Dapat lihat?

Wow! Rupa-rupanya sudah 900 komen telah dibuat oleh pembaca.

Untuk mudah dan tampak cantik, aku telah membuat hanya 7 komen dipapar untuk satu halaman. Bermakna, aku boleh klik 'Next', 'Previous', 'First', 'Last' serta hanya klik pada nombor-nombor halaman. Anda cubalah sendiri.

Tutorial?

Maaf. Buat masa ini, Facebook Comment Box dan sistem Notifications sepertimana ada terpasang di blog ini tidak akan dibuat tutorial. Setelah banyak pembaca copy-paste-edit (plagiat) tutorial Facebook Shoutbox yang pernah aku buat suatu ketika dahulu kemudian mengaku tutorial tersebut dicipta oleh mereka-mereka, aku jadi agak kecewa. Bukannya kedekut ilmu. Sekurang-kurangnya bagilah sedikit penghargaan (credit). Ini tidak. Tidak mengapalah. Bila hati sudah terbuka untuk berkongsi, tutorial ini akan menyusul juga. InsyaAllah. Cuma masih belum tahu bila. Agaknya, biarlah aku menggunakan ia puas-puas dulu. Hehe.

UPDATE!

Baru-baru ini, aku telah terjumpa satu blog yang menyerupai blog aku. Template sama dan diberi nama Faceblog juga, cuma warna template-nya saja berlainan. Logo pun lain kerana telah diubahsuai menjadi 'Faceblog'. Agak kreatif jika dibandingkan dengan aku yang tidak tahu design Photoshop ini. Hehe. Tapi tidak mengapalah. Template ini percuma, jadi tidak hairanlah ramai orang pakai. Lagipun sistem Faceblog dia jauh beza lagi dengan Faceblog aku. Ada sesiapa mahu volunteer untuk ubah logo Blog Aduka? Hehe.

Kepada semua yang menyokong Blog Aduka, aku sangat-sangat menghargai sokongan anda semua. Anda selalu jenguk-jenguk blog ini. Selalu blogwalk. Selalu komen. Bagus. Teruskan menyokong!

UPDATE!

Bagi pengendali website biasa (regular site), anda boleh memasang Facebook Like Button With Open Graph dengan mengikuti tutorial yang pernah aku buat dahulu. KLIK SINI.

Untuk blogger pula, aku pernah buat tutorial Facebook Comment Box dan Like Button. Cuma cara lama.

KLIK SINI UNTUK FACEBOOK COMMENT BOX.

KLIK SINI UNTUK FACEBOOK LIKE BUTTON.

Untuk tutorial Facebook Share Button pula, KLIK SINI.

Untuk tutorial Facebook Shoutbox, boleh KLIK SINI.

Aduka: Kalau rasa artikel ini menarik untuk dikongsi, sila klik butang 'Share' atau 'Like'. Terima kasih.

Thursday, October 28, 2010

Tutorial: Facebook Shoutbox!

Salam.

Semalam, aku menemui salah satu widget yang cukup menarik daripada Facebook Developer. Biasanya, shoutbox kita lihat seperti di bawah.


Read more/less..

Oh tidak, tidak! Aku mahu tukar. Ini amat sesuai kepada sesiapa yang suka dengan aplikasi Facebook. Macam aku. Hehe. Jadi, aku buat perubahan sedikit. Tengok gambar di bawah.


Ada beza, bukan?

Sebenarnya, widget ini sesuai digunapakai untuk membincangkan sesuatu event. Biasanya, di Facebook kotak ini kita lihat di sudut bawah Event Discussion. Tidak mengapa. Kita buat lain dari yang lain sikit. Kita mahu guna widget ini menggantikan Shoutbox yang biasa kita guna.

Ambil perhatian!

Anda lihat di blog aku, widget ini hanya sementara sahaja. Dengan kata lain, hanya untuk preview anda sahaja. Aku akan remove balik dalam lebih kurang dua minggu atau sebulan kemudian. Sebab apa? Widget ini ada sedikit kelemahan. Secara umum aku cakap, shoutbox diletakkan oleh blogger adalah semata-mata kerana trafik. Blogger lain boleh singgah di blog kita dan 'meninggalkan jejak' berupa URL atau link blog mereka sendiri. Widget ini adalah sebaliknya. Tiada kotak spesifik untuk membolehkan anda meletakkan link blog anda. Boleh pun, secara manual.

Satu lagi kelemahan, apa yang telah post tidak boleh di delete kembali. Dammit.. T_T


Bagaimana cara meletakkan widget ini?

Mudah. Tutorialnya sama sepertimana anda menggunakan hidden shoutbox anda sekarang. Berlambak di internet. Salah satunya adalah di LINK INI. Anda boleh ikut caranya. Cuma, pada nombor 4, sila copy dan paste code di bawah.

<iframe src="http://www.facebook.com/plugins/live_stream_box.php?app_id=[FACEBOOK ID]&width=300&height=400&via_url&always_post_to_friends=true" scrolling="no" frameborder="0" style="border:none; overflow:hidden; width:300px; height:400px;" allowTransparency="true"></iframe>

Yang bertanda merah, sila gantikan dengan Facebook ID anda. Cara mahu mendapatkan Facebook ID anda ialah:

1 - Klik Profile di Facebook.
2 - Alihkan mouse di atas gambar profile anda.
3 - Right click dan 'Copy Link Location' (Mozilla).

Ini contoh aku punya Facebook ID bila di paste: http://www.facebook.com/album.php?profile=1&id=1814790405

Nombor yang panjang di akhiran link tersebut adalah Facebook ID anda! Copy nombor itu sahaja, okey?

Sekian, selamat mencuba!

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger