Ads: (Please Click!)

Sunday, June 21, 2009

Pendapatan pasif..


"gaji habis setelah beberapa ketika menerima gaji"

semua orang yang bergaji kecil akan mengalami masalah ini.. termasuk aku.. tambah-tambah lagi aku ini sememangnya mempunyai tabiat buruk yang tak boleh langsung aku kikis sejak dulu, iaitu boros BOROS.. namun, setelah beberapa bulan mengalami masalah rasa 'gaji-tak-cukup' ni, aku cuba belajar untuk berjimat.. walaupun terasa sedikit perubahan, namun aku tetap berada di dalam keadaan yang agak 'sesak'! dulu, poket tidak kering dari pitis.. sekarang kalau ada pun seringgit dua.. itu kira mujur! pertengahan bulan, syiling saja yang berkerincing di dalam poket seluar.. akhir bulan, nah.. habuk seluar saja yang ada!

baru-baru ini, PC aku rosak.. balik ke kampung, duit pula entah tercicir ke mana.. balik kampung seolah-olah rasa seperti orang miskin.. hajat untuk membeli 'power supply' baru tidak kesampaian.. mujurlah ada seorang kawan aku yang bekerja di Shah Alam bersedekah satu 'power supply' pejabatnya untuk aku semalam.. walaupun rasa segan, aku menerima.. orang memberi, kita menerima.. betul tak? rezeki jangan ditolak! hehe.. terima kasih ya, sobat sahabat!

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

masalah semakin meruncing apabila seseorang hamba Allah ini bersua denganku dengan mimik muka dan tona suara yang cukup-cukup kasihan.. seolah-olah tak makan 5 hari.. oleh disebabkan kasihan, aku pinjamkan RM50 kepada beliau.. moga-moga cukuplah ya dengan RM50 dalam masa satu minggu? harap-haraplah..

hari ini tiba saja di ofis, aku menyeluk kedua-dua poket seluar, kiri dan kanan.. bila ditarik tangan keluar, habuk.. poket kecik pula, duit syiling 30 sen.. aduh! tenat sudah! aku hidupkan PC ofis, lantas aku periksa baki yang masih tinggal di dalam akaun bank.. aku menarik nafas lega.. ada juga duit walaupun seciput!

zaman sekarang, kita tidak patut hanya bergantung kepada kerja pokok (kerja utama) kita semata-mata.. lebih-lebih lagi kepada seseorang yang bergaji kecil.. oleh yang demikian, pendapatan pasif perlu ada.. di zaman IT ini, orang di luar sana berkejar-kejar membina duit secara online.. walaupun begitu, aku sangat membenci perniagaan MLM secara online.. maaf ya.. entry aku ini bukan memberi peluang kepada 'kaki-kaki' MLM untuk menarik aku supaya menurut serta, okay.. tidak! jangan harap..

semalam, aku diperkenalkan kepada bekerja menerusi internet.. kerja yang masih lagi dalam bidang aku, iaitu online development.. lebih kurang kerja pengaturcaraan (programming) juga.. aku tertarik dengan website itu.. mana tidaknya.. minimum tawaran pendapatan pasifnya mencecah 500 dollar amerika! bila di'convert'kan kepada ringgit Malaysia, berapa ya? kerja adalah pelbagai.. design ada, web programming ada, upah menulis blog dan artikel ada, melukis pelan bangunan pun ada.. bak kata, macam-macam ada! aku lihat semalam, lebih kurang 25,000 kerja kosong ditawarkan dalam masa 15 hari! wah..! banyak, bukan?

selain itu, aku telah menyertai VineFire.. ada kat belah kanan blog aku ni kat seksyen 'Click Ads'.. yang ini aku diperkenalkan oleh rakan sepejabat aku.. nak kata macam Nuffnang tu, taklah sangat.. cuma yang ini kita perlu klik sendiri.. setiap satu klik, kita akan dapat duit.. sekarang, aku sudah mendapat lebih 400 dollar amerika tak sampai sebulan! namun, aku belum boleh menebus duit tersebut buat masa ini.. sedih betul.. Nuffnang pula, aku suka-suka tak 'cash-out' duit tersebut.. aku target dalam beberapa nilai, kemudian barulah aku cash-out.. sedikit lagi untuk mencapai target.. berapa korang tanya? haa.. itu rahsia! :P

pendapatan pasif sekarang amat penting.. bagi aku, kecil ke besar ke pendapatan seseorang, pendapatan pasif atau pendapatan sampingan adalah perlu.. aku membuka mata dan melihat kaum-kaum bukan melayu berniaga.. siang mereka berniaga lain, malam aktiviti lain pula.. lihat saja orang cina.. walaupun mempunyai pendapatan tetap tiap-tiap bulan, disebaliknya pula mereka masih lagi mempunyai 'lubang rezeki' alternatif yang lain.. seperti yang aku pernah kenali lelaki cina ini.. usianya lewat 40-an.. dia mempunyai pekerjaan tetap sebagai ketua kontraktor binaan.. siang dia sibuk di tapak projek.. malamnya pula, dia sibuk menguruskan kedai menjual aksesori telefon di bandar bersama anak-anaknya.. isterinya pula berniaga secara online.. isterinya sudah 2 tahun berkecimpung dalam bidang perniagaan di internet dengan menjual aksesori dan peralatan kecantikan wanita.. menarik, bukan? ada melayu yang macam itu? ada.. tapi mungkin kecil bilangannya..

ada juga rakan-rakan aku mencari duit pasif ini dengan menceburi bidang Foreign Exchange (Forex).. pada mulanya aku sangat tertarik.. aku cuba follow.. namun, permainannya amatlah sukar untuk difahami.. lalu aku berputus asa.. dari dulu lagi aku rasakan Forex bukan bidang aku..

**********

lewat malam semalam..

aku rasa sungguh kantuk.. aku berbaring di atas kerusi panjang di ruang tamu.. di satu sudut, ada seorang kawan aku yang khusyuk mengadap laptopnya.. mukanya lurus dan tampak tegas.. aku cuba mengintai dan ternampak satu graf yang sungguh kompleks bagi aku..

"buat apa? serious je muka aku tengok..", sapa aku..

"hmm.. ada la..", keluh kawan aku itu.. matanya langsung tidak berganjak dari merenung laptopnya.. tergambar kekesalan dimukanya.. dia masam mencuka.. aku terdiam..

"kau tadi tanya pasal duit pasif kan?", soal kawan aku..

"yalah.. kenapa? ada lubang duit lain lagi ke?"

"tadi aku dah perkenalkan kau satu website kerja secara online kan?"

"ya! jadi?"

"haaa.. ada satu lagi kau dari dulu tak tahu.."

"oh ye ke? apa dia? apa dia?", tanya aku yang agak teruja..

"kalau aku sebut tempat ni, confirm kau kenal punya! glamour satu Malaya! lelaki macam kau ni sesuai sangat la kerja kat situ!", kata kawan aku lalu tersengih seperti kerang busuk..

"mana?"

"lorong haji taib!", katanya selamba.. dia bingkas bangkit dan masuk biliknya.. tombol pintu dikunci.. terdengar suara ketawa di dalam bilik tersebut..

"celaka..!"

korang tahu mana lagi lubang untuk cari duit sampingan? bagitau aku okay? respons biar positif, okay!

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
23 Comments


23 Orang Kentut Madu:

CikYana(",) said... [Reply]

cikyana skrg lg la perlukan duit

nk byr loan lg..adeh

da la still jobless

da naik tension pk psl duit nie la

pape pun..

cikyana xkn mudah give up n berusaha smpai berjaya..hikhik

insyaALLAH..amin

Fah said... [Reply]

hehehe..lawak..tak terkata..hahaha..

haruan tasek said... [Reply]

informasi berguna untuk mendapatkan pendapatan pasif nie

iKa said... [Reply]

muahahahaha..
tapi..
pakcik ader bakat keje c2..
xmo try kew?
glamourrrrr tuu..
=p

KhairiL's said... [Reply]

jatuh miskin dh lpas umum keputusan contest tu

hehe

miss izan said... [Reply]

hahhaa...
ade rupa la ni...
tu seswai nak keja kat lorong hj taib..
;P

azizan4444 said... [Reply]

aku br je nak syor lorong haji taib tu.haha

kalau ad lubang bez tu share2 la bro

hasni said... [Reply]

haha
aduka
kamu sungguh lucu
terbahak2 aku gelak

DilOt said... [Reply]

haha...lorong hj taib...ape lg...kalo kat sane penuh...kat area jb ade...jalan dobi...terbuka tu....

faNna jiEha said... [Reply]

ahaha, kasihan sungguh.

lagi kasihan kena keje kat lorong hj taib. :P

hihihi

Precious said... [Reply]

Ai ... duit duit ... mana ko duit?

elle said... [Reply]

duit... duit... mmg bg mslh kt manusia...

mcm sy nih, duk rmh skrg mn ada duit. mmg la ada duit biasiswa n elaun praktikal tp xmsk2 pn lg. ntah bila nk msk pn xtau. jenuh dh gi check kt bank. ehehe...

skrg mmg dlm kemiskinan... dlm purse ada xsmpai 5hinggit. xdpt nk beli pape sgt... hadoiihh...

Anonymous said... [Reply]

Bro, nie kalu x silap aku rrrr..... nuffnang & certain site yang offer paid advertising nie dier pnye income syubhat. Why? Sebab certain ad ader arak (nuffnang confirm) atau mgkn ader ad sex + gambling @ adult content. Kalu dalam Islam apabila bercampurnya halal dan haram wajib kite ambik yang haram. Apa comment hang????

aduka said... [Reply]

anonymous: btol ke apa yg diuar-uarkan oleh u? stakat ni sy blom jmpa lg, even appear ads mcm tu dlm blog sy.. so mcm mana u boleh ckp ads camni haram?

Anonymous said... [Reply]

No2 maksud aku nuffnang nie salah satu die pnye advertiser x silap aku heneiken atau carlsberg..... which one x ingt.. So that means's part of its revenue comes from this kind of company. So maknanya revenuenya dh bercampur halal haram right? Yup memanglah most orang Islam pnye site die xnak this kind of ad termasuklah site hang right? Tp tengok from a general general islamic perspectivelah. Try search kt Malaysian blog lain pasal bende nie....

IxoR@ said... [Reply]

Zaman sekarang tidak cukup dgn satu sumber pendapatan...

kena pandai cari alternatif lain...

aien~s corner said... [Reply]

hm aduka sme ng ain yg boros..
tp pe kte join bznes cm ain..skg ain bleh cri income len..lg2 ain tgh study lg..yok jengok blog ain..

aien~s corner said... [Reply]

hm aduka sme ng ain yg boros..
tp pe kte join bznes cm ain..skg ain bleh cri income len..lg2 ain tgh study lg..yok jengok blog ain..

aduka said... [Reply]

anonymous: thanks for ur response.. sy dh siasat bende ni beberapa lama dahulu.. ya mmg sy pn tau heineken pernah sponsor nuffnang.. utk pengetahuan u, heineken pernah sponsor event shj sewaktu ketika itu dan event tu plak hanya dijemput bg org bukan islam shj.. sy pernah tgk iklan mcm ni dan dulu sy pernah juga sekali dpt jemputan certain event.. tp event tu terbuka.. sy x pegi pun.. jika u kata heineken sponsor ads, sy rasa tu x munasabah.. awk masuk web ni n tgk rekod sponsor mereka dr awl kewujudan nuffnang.. ada ke heineken??

ni web dia..

http://www.nuffnang.com.my/featured-advertiser

[S]itie [B]Um [B]Um said... [Reply]

kena blaja jimat ni

babymiLosh said... [Reply]

marilah kita menjual cempedak goreng di tepi jalan! muahaahahah~~~

cik nana~ said... [Reply]

encik, thanks sbb share info cara nak dapat duit. sori la, tak tau ape cara lain.

errrr... lorong haji taib ye?? hahahah...

Nem0 o0h Nem0 said... [Reply]

hahaha hanmpehh!! tak nak try ke keje tu? =p

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger