Ads: (Please Click!)

Monday, February 02, 2009

Pengalaman jumpa pakcik pelik


meh sini aku nak citer satu kisah yg penah terjadi kat aku pd suatu ketika dahulu.. sampai skrg pn aku still terfikir lagi camne kejadian ni bleh berlaku.. kejadian ni berlaku xde la lama sangat.. dlm awal tahun lepas gitu la.. mmg bg aku rasa campelik la.. tak takut pun tapi dalam kepaleotak aku ni just wonder camne dlm sela masa kurang 10 saat org buleh lenyap?! jom ikuti cerita aku ni..

pada suatu malam, kebetulan malam khamis, member aku call aku ajak kuar pegi minum kat bandar (Chukai Kemaman).. malam maseh muda.. masa tu dalam kol 8 lebih.. so aku tetap la port berjumpa iaitu kat umah aku sendri.. kekeke.. lepas member aku call aku pun bersiap-siap la kan nak kuar.. tak sampai 15 minit, 2 biji motosikal (termasuk tuannya la.. bukan hantu ek..) tiba umah aku.. oleh kerana malam tu aku malas, aku bonceng aje ngan kawan aku.. so kami pun pusing2 bandar cari port yg sesuai.. sblom tu, dalam kepaleotak aku dah aim kedai mana.. tapi malangnya sampai aje kedai tu tutup la plaaaakkkk..!! so terpaksa la kami cari kedai makan yg laen..

ada la dalam dekat sejam kami pusing2 bandar.. xde langsung port yg best.. kami hairan gak nape la malam tu suey bebenor.. port2 biasa tempat kitorg lepak smuanya dah 'di-booking' oleh golongan2 veteran.. dammit! nak tak nak kami pegi jauh sket dari bandar..

at last.. dlm kul 10 lebih kami sampai salah satu kedai makan kampung.. jauh sikit je dari bandar.. depan saja kedai makan tu adalah jalanraya utama ke bandar.. quite bz gak la.. ahhh.. lantak la.. dah xde kedai lain.. then kami pun duk satu table.. siap2 kami order minum kami, kami sembang panjang.. macam2 topik yg kami timbul dan usulkan.. tiba-tiba..

datang seorg pakcik ni.. selekeh giler! dari jauh sbenarnya aku dah perasan yg pakcik ni perati je kat kitorg.. aku wat dunno je la kan.. ni bila dah tercegat depan kami, kami pn heran la kan.. pehal lak org tua ni.. last2 dia ckp something kat kitorg.. laju giler! "duit xde duit! kalu ade bg 2 ringgit!" chisss!! mintak sdekah lak malam2 buta camni.. aku wat dunno jer.. aku mmg xlayan org cengginih.. dlm ati aku berbisik, nak duit pegi la keje bai!

yg kawan aku sorg ni plak jenis 'mesra pelik'.. x kira jumpa sape2 pn mesti nak mesra.. hek ele.. sampaikan ngan org sewei (bg aku la) pn nak bermesra-mesra.. aku just perati je member aku ni borak ngan pakcik tu.. lantas member aku ni hulur RM 2 kat pakcik td..

"pak ni dr mana?", tnya member aku..

"jgn panggil 'pak' panggil 'saudara'.. aku x besarkan kamu, aku bukan bapak kamu!"

pergh..! selamba je pakcik tu sound member aku.. tercengang member aku kejap.. aku saling pandang memandang ngan member aku.. terkena sebijik atas idung.. pakcik tu dgn pantas 'menyambar' RM 2 yg dihulur.. pastu dia ckp..

"terima kasih, harap yg diberi dan menerima dianggap beri dan terima.. halal la deh..!"

aku tersentak kejap.. berkias betul kata2 pakcik tu.. nampak selekeh dan cam sewel tp otak cam bergeliga.. tiba2 dlm kotak fikiran aku terlintas.. maybe pakcik ni sewel sebab terlebih blaja ilmu kot! tengah je aku mengelamun tu aku terperasan pakcik kat sbelah kitorg td dah lenyap!

"eh? ke mana org tua td?!", tanya aku dgn nada yg kuat sbb terkejut.. riak muka member aku td dh jadi laen..

"eh? ha'a..! mana dia? eh! mana dia?"

kami cuba mencari2 ke mana pegi pakcik td.. heran.. dlm sekelip mata ilang camtu je? x sampai 10 saat pun! gile.. untuk menyedapkan ati kami, aku ckp kat kawan aku, kalu hantu mana ada nak menjelma depan org rmai.. lgpun td org table sbelah aku ada tengok gak pakcik tu.. dengar aje kata aku tu, member aku dah nampak ok sikit.. aku ckp, mana ada hantu zaman2 moden ni.. kami pn sambung balik borakan kami.. tapi x sehebat sebelumnya.. lantas kami mengambil keputusan utk pulang ke rumah..

so, tu je la citer dari aku.. seram? xde laa.. cuma hairan aje.. camne plak pakcik tu tiba2 leh lenyap.. pkai ilmu ghaib ke ape? nak kata hantu mmg x logik.. masa pakcik tu rapat ngan kitorg, bau tengik menusuk hidung.. kaki pn masih terpijak ke bumi.. lagipun aku perasan ade org pandang2 gak kat pakcik tu.. karut! sampai hari ni, aku maseh blom jumpa pakcik tu kat mana2..

siapa pakcik tu? siapa dia yg sbenarnya?

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
4 Comments


4 Orang Kentut Madu:

Babyjane[The Juliet] said... [Reply]

serammmmmmmmmmmm
:P

Monkey D Luffy said... [Reply]

ada ilmu batin kot... huhuhu

Mencari Erti Hidup said... [Reply]

kemungkinan besar pak cik tu pengsan n jth dlm longkang sbb dia xtahan bau bdn dia sndri..korg je yg xprsn dia jth..huhu..

aDuKa said... [Reply]

babyjane: xde la seram2..

kapten: bole jadi..

manjer: dah cari la cik manjer.. hatta dlm kedai kitorg cri.. pelik je..

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger