Ads: (Please Click!)

Thursday, February 12, 2009

Pembedahan mata secara laser


aku sbenarnya dah lama planning nak wat pembedahan mata aku yg rabun ni.. aku dah jemu pakai spek.. bukan tu saje.. mata aku ni rabun tahap gaban.. cam org tua pn ade.. cuma aku bukan la rabun dekat cam org tua.. rabun jauh.. tp kalu dah rabun tu, tak kira la rabun jauh ke rabun dekat ke mmg menjadi kesulitan pada deria penglihatan jika xde spek.. nak tgk pn susah.. nak2 power spek aku ni dah tahap kronik.. untuk pengetahuan korg, aku rabun sejak kecik.. kesnya aku demam panas masa umo aku dlm 4 or 5 tahun.. blom lg skolah masa tu.. then tu sebab ayah aku tak hantar aku ke pra-skolah.. aku rabun + masa tu fmily miskin..

dlu penah aku tgk wawancara dalam Nona kat TV3 pasal pembedahan laser ni.. aku jadi tertarik.. aku dah lupa tahun brapa.. seingat aku, lepas aku SPM masa tu.. aku jd excited bila dpt tau teknologi skrg dah bleh rawat mata tanpa pembedahan biasa..! pada tahun 2005, kawan aku penah menceritakan pengalaman uncle-nya membuat pembedahan laser ni.. alhamdulillah, katanya uncle dia dah bleh melihat seperti manusia normal! start pada hari tu, aku nekad nak kumpul duit then nak jalani pembedahan laser ni.. pembedahan ni namanya LASIK..

apa pendapat korg? patut ke aku buat surgery ni? kat bawah ni aku dapat info dalam salah satu web swasta yg provide pembedahan LASIK ni.. baca k.. SINI plak aku dpt info pasal kos rawatan tu.. swasta.. confirm mahal! tp kalu klinik kerajaan ade ke rawatan LASIK ni? korg ade tau tak pasal tu? drop your komen k..

**********

Apa itu LASIK?

LASIK (dikenali sebagai Laser Assisted In Situ Keratomileusis) ialah pembedahan pembetulan penglihatan untuk ralat pembiasan (rabun jauh dan dekat, dan astigmatisme) yang paling popular dan berjaya di seluruh dunia. Pembedahan LASIK buat kali pertama dijalankan lebih sepuluh tahun yang lalu, dan lebih 2 juta pembedahan LASIK sahaja telah dijalankan di Amerika Syarikat 2 tahun kebelakangan ini. Hari ini, prosedur ini banyak diamalkan di Eropah, Australia, Amerika Syarikat, Hong Kong, Jepun, Korea, Taiwan dan Singapura.

LASIK mengubah kelengkungan kornea. Prosedur 10 minit ini tanpa perlunya kemasukan ke hospital. Selepas memasukkan titisan mata anestetik untuk mengebaskan mata, doktor bedah mata yang terlatih akan membentuk satu lapisan nipis kornea (flap) dengan alat microkeratome (suatu alat pembedahan mikro yang amat jitu). Selepas flap ini dibentuk , ia diketepikan, dan permukaan kelengkungan kornea diubahbentuk dengan sinaran laser Excimer (lapisan tisu kornea yang diubahbentuk ini amat nipis sekali, ketebalannya dalam lingkungan mikrometer). Berlainan daripada sinaran laser biasa , laser Excimer membentuk semula permukaan tisu tanpa memberi kesan kerosakan haba atau keparutan kepada tisu-tisu sekeliling. Selepas sinaran laser ini, flap kornea yang masih terlekat dikembalikan ke kedudukan asal tanpa perlunya sebarang jahitan.

Sinaran laser mengubah bentuk kornea dan justeru kelengkungan kornea. Dalam kes rabun jauh (miopia) kelengkungan ini menjadi lebih rata; lebih curam dalam kes rabun dekat ( hiperopia ), atau lebih bulat dalam kes astigmatisme.

Wavefront LASIK (customised ablation) adalah cara pembetulan ralat refraktif yang terkini dan ia telah dibukti dapat memberikan mutu penglihatan yang lebih baik terutamanya dalam keadaan persekitaran yang malap seperti pada waktu malam. Prinsipnya adalah sama dengan LASIK biasa, tetapi dalam pembedahan cara ini aturcara komputer laser kornea mengambil kira ralat-ralat refraktif yang lebih kompleks yang sedia ada dan khusus dalam setiap individu (customised) supaya ralat-ralat ini juga dihapuskan.

Jangkahasil Wavefront Lasik (customised ablation) ialah ia dapat memberikan kualiti penglihatan yang lebih baik dan sungguh memuaskan.

Apakah Jangka Hasil LASIK?

Hasil keputusan dari suatu kajian klinikal di A.S :
  • 100% pesakit memperolehi kemajuan penglihatan tanpa penggunaan kaca mata.
  • 95% mencapai penglihatan 6/12 atau lebih baik tanpa penggunaan kaca mata.
  • 60-80% mencapai penglihatan 6/6 tanpa penggunaan kaca mata.
Matlamat pembedahan pembiasan adalah untuk mengurangkan kebergantungan pada kaca mata atau kanta lekap. Ia tidak boleh memperbaiki daya penglihatan.

Konsep ini adalah sangat mustahak supaya anda mempunyai jangkaan yang realistik. Walaupun ramai orang dapat mencapai penglihatan 6/6 tanpa kaca mata selepas pembedahan LASIK, sebilangan pesakit perlu memakai kaca mata untuk memandu pada waktu malam ataupun apabila membaca.

**********

korang leh baca secara lanjut lagi kat dalam internet.. tu pun kalu korg berminat pasal LASIK nih.. ntah la.. aku buntu pikir pasal mata aku ni.. kalu rabun maintain power tu xpe la gak.. ni makin meningkat tahun, makin meningkat aku nyer power spek.. tu yg merunsingkan aku.. aku penah baca artikel yg mengatakan jika rabun terlalu kronik, kemungkinan besar pesakit leh menjadi buta.. wallahu'alam.. klik SINI kalu nak head over trus ke google search pasal LASIK..

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
17 Comments


17 Orang Kentut Madu:

sEr0ja said... [Reply]

xtakot ke nk wat pembedahan laser tu...dgor debor dh ase..hehe...

Monkey D Luffy said... [Reply]

boleh yer... br aku tau...

tp... hensemkah aku tanpa spec? hehehe

armouris said... [Reply]

lagi info tentang lasik kat sini - Lasik - Teknik Pembedahan Laser Kornea

Anonymous said... [Reply]

kat uia 3 ribu

Anonymous said... [Reply]

kat uia 3 ribu je....tmpt laen ribu riban...

famanis~awar said... [Reply]

uia..katne wat kt uia tu e??sapa yg wat?

Anonymous said... [Reply]

kat hukm ade..tingkat 7..optimax

Anonymous said... [Reply]

kat mana buat operation laser nie? agak2 berapa kos dia untuk sepasang mata ek?

Anonymous said... [Reply]

please send a detail to my email...
thank you...
norwahyuniabdullah@gmail.com

saya nak tahu dimana lokasi membuat pembedahan ini?
saya berminat untuk menjalani pembedahan ini...

Anonymous said... [Reply]

cuba tengok paul mccartney..dah tua pun tak pakai cermin mata...dia amalkan eye therapy..

cucu tun teja said... [Reply]

bila baca artikel ni, teringat movie final destination 5 yg pompuan tu mati gara2 laser mata.....takut.....

aL said... [Reply]

OK jer laser... saya buat kat Optimax kat Taman Tun. Kawan2 saya ramai yg menakut2kan saya tentang laser ni. Setelah di kajiselidik. saya tidak berlengah2 terus diLASER..... so far alhamdulilahhh....hampir 10 tahun beb!!! tidak memrlukan cermin mata okey....:)

chewanconsultancy said... [Reply]

Sy dh menjalani pembedahan lasik ni di LEC Perak bln 2 hr tu. Kos dia dalam rm3300 sebelah mata. Sebelum buat lasik, pakar mata akan buat assessment tuk uji samada mata kita blh buat lasik atau tak. Assessment dibuat sekurang2nya 10 hari dari tarikh terakhir kita pakai kanta lekap. Sbb assesment tu nak uji kornea. Masa untuk laser dibuat keatas mata dalam lingkuangan 8 saat sahaja. Cuma proses penyediaan je dlm 10-20 minit tuk kedua2 mata. Penglihatan bertambah baik dlm 5 minit selepas pembedahan. Kesan sampingan - mata akan lebih kering - air mata palsu akan dibekalkan. Sy amat berpuAs hati dengan pembedahan ini. -ameir izuwan-

chewanconsultancy said... [Reply]

Kos dlm rm6600 untuk sepasang mata.

PelikBinAjaib.com said... [Reply]

Untuk kos, boleh rujuk post saya di ~> kos pembedahan lasik

Anonymous said... [Reply]

Hospial ampang buat!!!

UniMeOw said... [Reply]

aku pon tingin nak wat gak...tp nt la ble dh keja..huhu
mst zaman aku keja t dah makin mahal kan...sob3..

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger