Ads: (Please Click!)

Tuesday, February 03, 2009

Kesetiaan?


aku mendapat satu persoalan yangg aku sendiri penah terfikir beberapa tahun dahulu.. masa itu aku masih dalam hangat bercinta.. dari mat rempit kepada mat jiwang.. seingat aku, pada tahun 2004..

"bodohkah kita kalau memberi kesetiaan yang penuh kepada seseorang?"

pada pendapat aku, kesetiaan mempunyai pro dan kontranya.. sepertimana juga cinta.. cinta x semestinya indah dan cinta juga tak semestinya bersulamkan duka.. cuma yang memupuk kepada manisnya cinta itu lahirnya dari hati yang berpegang teguh kepada ciri-ciri cinta yang luhur.. bagi aku 5K adalah penting iaitu; kesungguhan, kesetiaan, kasih sayang, kejujuran, dan keprihatinan.. tanpa kelima-lima faktor ni cinta tidak akan berlalu dengan indah.. tapi dapatkah kita memiliki 5K tersebut keseluruhannya..? tepuk dada tanyalah selera..

kesetiaan.. ia adalah salah satu di dalam 5K tersebut.. semua manusia yang berpasangan yakni bercinta mmg memerlukan kesetiaan.. tanpa kesetiaan, mana mungkin suatu perhubungan yang tercetus luhur dan ikhlas dari hati akan berpanjangan.. tanyalah kepada sesiapa sahaja hatta di dalam kekeluargaan atau ketenteraan sekalipun.. kesetiaan amatlah penting.. ia seolah-olah melambangkan keperibadian seseorang terhadap sesuatu dengan perasaan yang lahir tanpa rela dari hati.. kukuhnya suatu pertalian juga adalah berfaktor daripada sifat kesetiaan ini..

menyentuh kepada bodoh atau tidak untuk kita setia kepada seseorang dalam bercinta, ia bergantung kepada siapa kita nak memberi kesetiaan tersebut.. adakah dia memberikan sepenuh perhatian dan kesungguhan cintanya pada kita? adakah dia sememangnya layak untuk kita? adakah bodoh kita menggadaikan kesetiaan kepada sang gadis atau sang teruna yang betul-betul menyayangi pasangannya? sedangkan dia sungguh bersih dari segi keperibadiannya..? maka, sudah tentulah jawapannya bodoh..

itu baru langsung kita menyentuh dari sudut lahiriahnya.. bagaimana pula dari sudut zahiriahnya? apakah pengorbanan pasangan kita itu pada kita? ada juga sesetengah pasangan kekasih kini mempunyai trend, iaitu berkongsi pemilikan.. "telefon bimbitku adalah milikku dan milikmu jua.." maka berkongsilah mereka.. "keretaku adalah keretamu jua.." maka berkongsilah mereka.. tapi itu bukanlah faktor untuk menguatkan lagi pemberian kesetiaan kita pada pasangan kita.. janganlah menjadikan faktor itu sebagai tanda kasih dan sayang kita pada pasangan kita.. jangan hanya memandang kepada faktor yng 'nampak di mata' untuk kita memberi penuh kesetiaan dan perhatian kepadanya..

memang bukan mudah untuk mencari pasangan idaman kita.. satu dalam seribu payah nak berjumpa.. walaupun kita dijodohkan hingga berkahwin dan pasangan kita bergelar suami atau isteri sekalipun, mungkin 2 antara 10 ciri-ciri pasangan idaman kita itu tiada padanya.. maka di sini, penerimaan amatlah penting..

walaupun begitu, tidak perlulah kita mencurahkan 100% kesetiaan kepada pasangan kita jika belum diijab kabulkan dengan sah.. persoalan bodoh atau tidak wujudnya pada pemilihan kita dan kebijaksanaan kita sendiri.. kesimpulannya, bodohlah kita mencurahkan kesetiaan kepada pasangan kita yang tidak kukuh agamanya.. bodohlah kita jika mencurahkan sepenuh kesetiaan kepada pasangan yang tidak kukuh pendiriannya.. bodohlah kita memberikan sepenuh kesetiaan kepada pasangan kita sedangkan dia hanya tiada langsung membalas kesetiaannya kepada kita.. jadi, fikir-fikirkanlah sendiri..

berikanlah kesetiaan anda kepada yang berhak menerimanya.. wallahua'lam..

p/s: *thinking* masih mencari 5K di dalam kisah cintaku.. wahai jiwa yang memahami.. berikanlah 5K kepadaku.. sesungguhnya aku amatlah memerlukannya..........

apa pendapat anda pula? marilah kita berkongsi bersama.........

update: anda suka dengan penulisan saya ini? sila amik.. kalu x suka, sila komen..

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
3 Comments


3 Orang Kentut Madu:

Monkey D Luffy said... [Reply]

betul... berkahwin ler kalau nak serius bercinta ni

Ochie~(^_^)v~ said... [Reply]

Salamm.>>>
boleh tak ochie amik ayat ni.. heheh..
dengan izin tuan uma..

aDuKa said... [Reply]

kapten: totally agree..

ochie: wsalam.. sila la.. amik la.. =)

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger