Ads: (Please Click!)

Saturday, October 29, 2011

(Video) Menghina Solat, Menghina Ibadah Islam!


Salam.

Sekarang ini macam-macam isu yang kita lihat semakin tersebar dan kecoh di internet. Antaranya isu yang melibatkan agama seperti murtad, hina agama, provokasi agama, dan sebagainya. Timbul pula ada individu yang rata-rata 'spesis' yang keluar dari agama sebenar (murtad) lalu menghina dan mencaci pula agama lama yang mereka anuti sebelumnya. Sekarang ini, isu yang paling kritikal yang saya nampak di internet adalah isu menghina dan mencabuli kesucian Islam.


Isu yang paling kecoh se-Malaysia beberapa ketika dahulu antaranya adalah isu murtad Lina Joy. Dan yang paling terkini, isu Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang dikatakan begitu terbuka menghina agama Islam, sedangkan dia pada 'asal kelahirannya' adalah beragama Islam. Isu ini cukup kecoh dan mendapat tentangan oleh beberapa ahli NGO serta ahli politik khasnya dan juga majoriti masyarakat beragama Islam amnya,. Kes ini telah dibawa ke mahkamah akan tetapi malangnya tiada langsung penampakan tindakan yang sewajarnya diambil oleh badan atau pihak yang berkuasa. Samada mereka bertindak lepas tangan ataupun 'tiada kuasa upaya'.


Yang menghairankan saya, selepas redanya isu menghina Islam oleh Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara beberapa ketika, terdapat pula golongan-golongan yang 'begitu berani' ini tampil di internet meneruskan penghinaan, provokasi, dan cacian. Mereka seolah-olah langsung tidak takut dan gentar akan undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan negara. Malah mereka sanggup mencipta akaun terbaru (palsu) supaya identiti sebenar mereka tidak diketahui umum semata-mata mahu memaki, menghina, dan mencaci agama Islam.

Beberapa hari yang lepas, saya telah dipertontonkan oleh seorang sahabat di Facebook dengan satu video. Kemudian, saya lihat video itu walaupun pada awalnya saya tidak berminat. Alasan saya; isu ini kalau dibincangkan, tidak akan habis!

Selepas melihat video tersebut, saya begitu terperanjat. Sudahlah Rasulullah dihina, kini ibadah pula dipermain-mainkan! Sahabat saya mendakwa video itu adalah dari Iran. Dan golongan murtadin ini telah menyebarkan video ini di internet (YouTube dan Facebook) mungkin sebagai satu 'strategi' provokasi mereka.

Ayuh saksikan video tersebut.


Kenapa perlu agama Islam dihina dan diperlekehkan?

Walau apa pun golongan murtadin lakukan pada agama kita, pihak yang lebih berkuasa perlu menangani perkara ini dengan seadilnya. Bukan duduk diam tanpa berbuat apa-apa. Kita selaku umat Islam pula sekurang-kurangnya perlu melontarkan kebencian kepada golongan yang menghina Islam ini. Kerana bahawa sesungguhnya orang-orang ini telah keluar dari landasan agama Islam sebenar telah menyebabkan mereka KAFIR. Dan tiada lagi tempatnya di syurga melainkan tempatnya di neraka jahannam akhirat kelak.

Walaupun begitu, kita perlu mengukuhkan lagi aqidah kita. Terdapat banyak video di internet boleh kita pelajari. Antaranya adalah video kuliah agama oleh Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Internet Tersohor. Mudah-mudahan kita terpelihara daripada serangan psikologi anasir murtadin ini.



Aduka: Kuatkan aqidah Islam kita!
PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
9 Comments


9 Orang Kentut Madu:

Hanys Najib said... [Reply]

sedihlah..tak takut mati ke.. T__T
teringat entri ni: http://www.hanysnajib.com/2011/10/kenapa-kerana-kau-seorang-muslim.html

Unknown said... [Reply]

si mkcik atas tuh mmg kecoh. org sgapore kn tp entahh

Rara. said... [Reply]

aku suka ustaz azhar idrus nie :)

♥ Nana BamBam ♥ said... [Reply]

video yang first , x bleh bla..eh syiall lah, puih!

Anonymous said... [Reply]

ada 2 , "bunuh", menimbulkan keraguan dan prasangka pada pengikut. dan terjadilah sifat suka membunuh akan ciptaan Allah, dan Allah maha pengasih dan penyayang serta maha pencipta. natijahnya pengikut nampak alim tapi bersifat ganas bertentangan dgn sifat Allah sendiri yg maha penyantun, pemberi taubat dan kemaafan. sifat mengejek orang kafir ustaz ini tidak elok. seharusnya menganjurkan sifat kemaafan dan memohon pengikutnya, berdoa kepada Allah supaya membuka hati org2 kafir supaya beriman kepada Allah, itulah tanggungjawab umah.

||Cik Aida|| said... [Reply]

Susah la nak baca text kat blog awk ni dh.. Bila benda alah share to fb, google plus semua tu on the left tu asek bergerak bila di scroll..

Aduka said... [Reply]

@||Cik Aida||

bertindih dgn teks ke? mungkin view browser terlalu kecik.. sila perbesarkan.. maaf di atas kesulitan itu..

ekabukanmakcikkau. said... [Reply]

teruknya video tu . ni yang rasa nak nangis ni .

||Cik Aida|| said... [Reply]

Yes.. Bertindih dgn teks.. Sy view guna ipad..

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger