Ads: (Please Click!)

Sunday, February 15, 2009

Hormatilah OKU


tengahari tadi, tepat saja pukul 1, aku keluar dari office untuk makan tengahari bertemankan rakan-rakan sekerja.. office aku di tingkat 5.. kedai makan plak bawah aje dari bangunan office aku iaitu di tingkat bawah.. walaupun begitu, sepanjang perjalanan kaki turun ke tingkat bawah, kami tak putus2 berbincang perihal kerja dan tugas masing2.. hatta di kedai makan sekalipun, kami asyik saja bercakap mengenainya..

dipendekkan cerita, sedang saja aku menikmati hidangan, aku perasan ada seorang budak sekolah di meja sebelah.. dan ada lelaki bercakap-cakap dengan budak tersebut.. lelaki itu hanya berdiri sedangkan budak tersebut duduk saja di kerusi.. sebenarnya lelaki tu sedang beratur utk mengambil hidangan lauk.. lelaki itu bertanya beberapa soalan kpd budak tu..

Klik sini untuk baca seterusnya...

"dah makan blom? amik la nasik! duk situ buat ape?"

pada mulanya, aku tak amik port.. tp soalan tu berulang-ulang ditanya oleh lelaki tadi membuatkan aku menoleh kembali melihat telatah budak sekolah tu tadi.. masa tu baru aku perasan yg budak tu 'tak senormal' budak sekolah biasa.. maksud aku, budak tu separa OKU.. *separa OKU? ada ke?* ntah la.. aku nak cakap pun x reti.. spastik kot.. maaf la aku tak reti nak spesifik cane.. tp yg aku nampak budak tu pelik sket.. masa tu gak aku perasan muka budak tu ngan lelaki tadi lebih kurang sama.. ada match sket2.. hmm.. adik beradik kot, fikir aku.. lelaki tadi duk tanya lagi soalan yg sama berulang-ulang.. padahal aku tengok budak tadi dah mengangguk-anggukkan kepala.. budak tu dah faham, buat apa tanya acap2 kali, fikir aku.. aku tengok riak muka lelaki tadi macam tak puas hati je.. aku tengok lelaki tu memakai uniform kemas dikelilingi rakan2 dia.. sebab apa aku leh kata rakan2 dia? sebabnya, aku tgk lelaki tu memakai tag kerja company yg sama ngan uniform rakan2 dia.. maybe lelaki tu supervisor dan rakan2 die tu org bawahan dia..

"kalu takmo makan, pegi order minum sana.. minta kat abg pakai baju biru sana tu..!", arah lelaki tersebut pada budak sekolah tu..

budak tu hanya menuruti kata-kata 'abangnya' tadi.. yang lucunya, budak tu terus je ke pintu dapur kedai makan tu dengan menjerit, "akak! air @&%$ satu!" dan terus duduk.. brader yg pkai baju biru tu duk perati je gelagat pelik budak sekolah tu.. budak tu buat cam die tu tunggul kayu.. yg akak kat dalam dapur plak terpinga-pinga..

selepas saja aku perati gelagat budak tu, aku menoleh balik kat lelaki tadi.. aku nampak lelaki tadi tak duduk semeja ngan budak tadi.. mukanya serious saja.. budak tadi cuba duduk disebelah lelaki tadi tapi dihalang.. eh, takkan malu ngan adik sendri kot? huh.. aku wat dunno.. aku ratap nasi aku.. selang beberapa minit, budak sekolah tadi menegur seorg wanita yang sedang mengambil lauk di situ.. wanita tu bekerja di shopping complex berdekatan berdasarkan uniform yg dipakainya.. aku tengok seorg dr wanita2 tersebut menjuihkan bibir.. pastu aku tgk muka cik kak tadi macam tak berapa selesa ngan kehadiran budak tu.. dalam hati aku berbisik, "isk.. hina sangat ke budak ni sampai nak tunjuk muka kebencian dan meluat??" tp apekan daya aku.. aku hanya boleh memerhati..

selang dalam masa 10-20 minit, lelaki tadi memanggil budak sekolah tu pulang.. hm.. mmg sah adik beradik..! tp.. dalam kepalaotak aku berfikir.. camni ke layanan abang kepada adiknya yg.......... x normal???? dammit!

melihat dari kejadian tu, aku ajukan soalan kepada kawan2 aku, "korg tak tengok ke budak tu tadi?"

"pedulikan lah..", jawab kawan aku.. jawapan kawan aku tu membuatkan aku terkelu.. aku diam je lah..

oleh kerana jam hampir2 pukul 2 petang, maka aku dan beberapa org rakan sekerja aku terpaksa gerak balik ke office.. dalam perjalanan balik, kepalaotak aku asyik berfikir pasal kejadian sebentar tadi.. hina sangatkan OKU (Orang Kurang Upaya)? dia juga manusia seperti kita.. ada hati dan perasaan.. kenapa perlu sisih? ini adik sendiri.. hilang peri kemanusiaan ke? cuba bayangkan kita berada di tempat budak tu.. bagaimana perasaan kita bila mendapat layanan camtu? juihan bibir orang? kata2 buruk org? terguris hati kan?

sejenak masa, aku teringat adik2 aku di kampung.. rindunya aku pada adik2 aku.. anak2 saudara aku lagi lahhh..

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
7 Comments


7 Orang Kentut Madu:

aimee said... [Reply]

ala.. kadang2 dorang nak bagi budak tu berdikari jek.
kena la kasar sket.

Monkey D Luffy said... [Reply]

itu bukan bg berdikrari... abang dia malu dengan adik dia... abang dia x boleh protect adik dia sendiri

Aideal Fitri said... [Reply]

Bayangkan jika kita yang sempurna ditarik salah satu nikmat,apa perasaan kita,saya selalu fikir camtu,sbb tu saya tak suka orng buat lawak tntng Oku.Orng OKU sbnrnya boleh lbih berjaya dari orang normal

Murni said... [Reply]

Aik camtu plak? Nk bg berdikari kena berkasar plak? Nak bg berdikari kena ajar elok2 sampai budak tu paham. Abng dia tu mmg teruk tul sama gak macam org2 lain yg pndg sinis pd kanak-kanak khas/OKU ni. Klu terkena btg hidung sendiri br tau langit tu tinggi ke rendah. Emo plak sbb sensitif sket bab2 ni.

aDuKa イスラム教 said... [Reply]

aimee: eh? ade plak cmtu.. hmmm.. :-?

kapten: ye.. aku pn berfikir camtu.. nak malu ape ngn adik sendri kan? bodo namanya..

aideal: btol kata aideal tu..totally agree.. org yg sempurna x smestinya hidupnya sempurna.. btol x?

murni: btol kata murni.. sy pn berpendapat sedemikian.. org OKU spatutnya perlu berlembut agar mudah dia faham ttg kehidupan.. biarlah dia tidak sesempurna insan biasa ttp kita yg sempurna ni perlulah beri tnjuk ajar dan sokongan yg terbaik utk mereka.. at least mereka rasa dihargai..

syaza said... [Reply]

abg,
sy setuju,
kita kene hormati org OKU,
diorg jugak hamba ALLAH...
abg dtg ke blog sy,
sy akn citer kn ttg penyakit diorg ni...
kt skola sy, ada empat org yg berpenyakit camni...
:)

syaza said... [Reply]

err...
nnt sy gtau bila sy nk post n3 tuh...=.="""

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger