Ads: (Please Click!)

Saturday, February 07, 2009

Ada apa dengan peribahasa


"Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak"

peribahasa ini cukup bermakna utk aku.. mmg ada benarnya peribahasa tersebut.. tidak logiklah jika masuk kandang kambing kita mengaum, atau masuk kandang lembu kita berkokok.. dengan peribahasa ni gak la aku selalu terfikir dan mengingatkan aku bila 'melangkah' ke mana-mana jua, tak kira di tempat sendiri atau tempat orang lain.. maknanya, aku beringat aku ni berasal dari mana..

tetapi kadang2 ada sesetengah kes, peribahasa ni akan menjadi lain.. lain yg mcm mana maksud aku? maksud aku jika di ambil dari skop yg luas, kita akan terikut2 dengan apa dan di mana kita melangkah.. sebagai contoh, jika aku bergaul dengan mat2 rempit, maka jadi mat rempit lah aku.. jika aku bergaul dengan org2 yg beriman, maka berimanlah aku..

apa aku nak tekankan kat sini adalah bila kita melangkah ke arah yg salah mengikut peribahsa tersebut.. sudah lumrah manusia, takkan dapat lari dengan kesilapan dan kebodohan sendiri.. ya, Allah menciptakan setiap manusia di muka bumi ini tiada yang sempurna.. tapi sekurang-kurangnya Allah menganugerahkan makhluk ciptaanNya ini otak untuk berfikir.. maka dapatlah kita mengetahui mana dan apa yg baik, dan mana dan apa yg tak baik..

sejak akhir-akhir ini aku mengimbau peristiwa silam yg pernah menjadi nota-nota diari hidup aku.. aku pernah menjadi mat rempit.. aku pernah menjadi samseng.. aku pernah membuat jenayah.. sebab apa? ya.. seperti peribahasa tersebut, salah 'memijakkan kaki' ke tempat dan persekitaran yg tidak sepatutnya buat aku.. Rasulullah pernah berkata, "jika kita berkawan dengan saudagar minyak wangi, maka kita akan berbau wangi.. jika kita berkawan dengan tukang besi, maka selalulah kita akan merasa percikan api tersebut".. tepat sekali.. apa yang aku kesalkan kat sini, tak semua org memilih utk memegang peribahasa ni sebagai peringatan dan prinsip dalam hidup mereka.. bagi mereka, pergilah ke mana saja yg kamu mahu pergi.. itulah pengalaman! ya.. mmg aku tak menafikan bahawa pengalaman mendewasakan kita.. tapi kenapa kita perlu perbodohkan diri untuk melangkah ke arah yang tidak sepatutnya? tengok dan baca sajalah artikel-artikel di dada akhbar.. tak habis-habis cerita tentang jenayah, maksiat dan perkara-perkara yg salah di sisi agama.. kenapa? kerana kita memilih utk ke arah itu..

rakan sebaya juga adalah faktor utama kepada perubahan corak hidup kita.. kenapa aku berkata demikian? menurut kajian pakar-pakar psikologi, 75% perubahan hidup manusia adalah disebabkan pergaulan hari-harian mereka bersama rakan taulan, rakan sekerja, rakan sekolej, dan rakan seagama berbanding keluarga sendiri! 75% bukannya nisbah yg rendah.. maka sebab itulah, org tua-tua kita pernah berpesan.. pilihlah kawan yg baik-baik sahaja.. tapi apalah sangat kita ini.. hidup di dunia ini pun masih kelam kelabu.. hingusan.. perkara bodoh di depan mata pun tidak sedar.. nak pula org sekarang ni di depan je nampak baik, tetapi tidak di belakang.. banyak yg mengaburi mata.. personaliti hipokrit..

maka dengan ini, aku beringat utk diri aku.. aku akan memegang peribahasa ini dalam hidup aku.. tp bukan ambilnya dan telan bulat-bulat.. tp aku pandang dari konteks yang lain yg boleh menjadi sokongan prinsip hidup aku.. bila aku tersedar saja aku tersilap langkah ke mana-mana tempat yg tidak sepatutnya, aku akan melangkah pergi dengan seberapa segera.. jika aku melangkah ke tempat yg baik pula, aku akan melangkah terus tanpa memperdulikan apa org fikir dan apa org kata selari dengan prinsip-prinsip hidup yg lain..

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
0 Comments


0 Orang Kentut Madu:

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger