Ads: (Please Click!)

Tuesday, May 18, 2010

Malam Pertama


Laju je korang klik ek. Haha.
Jam tepat menunjukkan pukul 1 pagi.

Jantung Hanis berdebar-debar. Dia duduk di kerusi rotan dan matanya asyik memandang jam yang melekat di dinding ruang tamu. Dia bersendirian di situ. Dia rasakan seakan kedua-dua lututnya saling berlaga. Dia mengalih pandangan ke arah satu pintu bilik yang terkatup rapat. Dia ralit melihat langsir pintunya terbuai-buai ditampar angin kipas siling yang ligat berputar. Peluh memercik didahinya walaupun kipas siling yang dibukanya tadi ditetapkan ke paras lima. Dia menjadi tidak keruan apabila beberapa minit tadi lampu bilik yang dilihatnya itu tadi cerah, kemudian gelap. Dia dapat lihatnya dari celahan bawah pintu itu.

"Tak tidur lagi, Hanis?"

Teguran tadi membuatkan Hanis tersentak. Pinggulnya dirasakan seakan melayang. Betul-betul dia terperanjat. Dia memalingkan mukanya ke belakang.

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

"Eh, mak! Belum, mak. Sekejap lagilah. Ambil angin dulu," kata Hanis. Dia menyeringai menampakkan susunan giginya yang tidak rata. Ibu mertuanya, Mak Lijah ketawa melihat Hanis yang gugup.

"Nak ambil angin bukan di sini. Pergi di luar," balas Mak Lijah sambil ketawa lagi. Hanis tersipu-sipu malu.

"Pergilah tidur. Bini kamu tu dah lama masuk bilik. Mak sangka kamu dah masuk tidur bersamanya tadi. Lama-lama sangat kang.. tertunggak pula," gurau Mak Lijah. Seperti tadi, Hanis hanya tersengih menampakkan giginya yang tidak tersusun. Mak Lijah segera masuk ke bilik yang berhampiran dengan dapur. Agak berjarak dengan bilik yang dilihatnya tadi.

Hanis mengangkat punggungnya dan berdiri. Dia menutup suis kipas. Dia melangkah perlahan menuju ke bilik tadi. Sampai di muka pintu bilik, dia menguak perlahan-lahan. Terdengar bunyi keriuk pintu setelah dikuaknya separuh. Suasana dalam bilik itu suram. Hanya dibantu suluh oleh lampu meja yang terbiar menyala. Hanis lihat sesusuk tubuh terbaring di atas katil. Suasana sunyi. Hanya kedengaran kakinya menapak, cengkerik menjerit talu, dan kipas siling bilik itu yang ligat berputar.

"Assalamualaikum," tegur Hanis. Dia melakar senyum apabila sesusuk tubuh tadi membalas tegur salamnya dan bangkit.

"Belum tidur rupanya puteri abang ni," kata Hanis.

"Belum, bang. Intan tunggu abang."

Intan. Itulah nama isteri Hanis. Dia memperbetul-betulkan rambutnya yang mengerbang.

"Maaflah sebab lama menunggu," kata Hanis. Dia melabuhkan punggungnya di atas katil. Betul-betul bersebelahan dengan isterinya. Dia melakar senyum. Satu kucupan singgah di dahi isterinya, Intan. Intan membalas dengan senyum manja. Hanis juga tersenyum hatta jauh dilubuk hatinya gugup dan gentar. Namun, Hanis pandai sembunyikan perasaan gugupnya itu.

"Abang sayang Intan," ucap Hanis seraya tersenyum. Isterinya tersimpul senyum dan menunduk malu. Hanis memegang erat tangan isterinya. Mereka berdakapan dan...

Kelihatan sepasang mata tidak berkedip-kedip di celahan dinding kayu papan. Sekejap-sekejap dialih ke celahan kanan. Kemudian celahan kiri.

"Tak nampak! Tak nampak!" bisik seorang lelaki kurus.

"Diamlah! Nanti mereka perasan kita intip!" tegur lelaki tegap berkepala botak kepada lelaki kurus tadi dengan suara yang separa berbisik. Dia juga mengintip dari celahan kayu papan rumah tersebut.

"Syyyyhhhh..! Tengok ni! Tengok!" tegur lelaki kurus.

"Apa? Apa?"

"Tuuuu..! Bergegar kelambu!"

Mereka menutup mulut dan menahan ketawa. Si lelaki tegap berkepala botak itu ketawa dengan nada suara yang perlahan. Dia masih menekup mulut dengan tangannya namun kerana lucu, dia ketawa juga.

"Diamlah, woi!" tegur lelaki kurus. "Tengok ni, tengok!" bisik lelaki kurus itu lagi. Mereka berdua melekapkan muka mereka rapat-rapat dengan dinding kayu papan rumah tersebut. Mereka mengintip lagi. Kedengaran suara yang rancak di dalam rumah kayu tersebut.

"Haish.. Emm.. Eh! Eh! Tak kena! Tak kena! Hessss.."

Sesekali berselang ketawa manja dan tepuk bertampar. Lelaki kurus dan lelaki tegap kepala botak saling berpandangan. Mereka rasakan agak pelik adegan pada malam itu.

"Diorang buat projek ke apa tu? Pelik je," kata lelaki tegap berkepala botak. Lelaki kurus mengangkat bahu. Dia masih tidak lekang dari mengintip pasangan di dalam rumah kayu itu.

"Adegan tu lepas ni la kot! Perghh.. memang dahsyat si Hanis ni. Maunya jalan terkangkang bini dia esok!" kata lelaki kurus. Mereka tergelak perlahan, serentak.

Mereka nampak kelambu bergoyang-goyang. Katil bergerak-gerak. Mereka membesarkan mata pandangan. Cukup menarik adegan yang mereka saksikan pada malam itu. Mereka juga masih terdengar rengekan dan cakap-cakap manja perempuan. Tentulah Intan bini Hanis, fikir mereka. Suara lelaki pula tentulah Hanis, fikir mereka lagi. Kemudian mereka ternampak Hanis berkain pelekat dan berbaju putih keluar dari kelambu. Hanis memijak-mijak sesuatu.

"Dum! Dum! Dum!" bunyi pijakan kaki Hanis ke lantai. Lelaki kurus dan lelaki tegap berkepala botak tersentak. Mereka terduduk di tanah.

"Apahal tu?" tanya lelaki kurus.

"Entah!" jawab lelaki tegap kepala botak. Mereka bingkas bangun dan mengintip kembali. Mereka lihat Hanis bercakap-cakap sambil mencengkak pinggang. Mereka juga nampak Intan duduk dibirai katil sambil memeluk tubuh.

"Banyak betul lipas dalam bilik ni," mereka dengar Hanis berkata. Mereka saling berpandangan.

"Lipas?" bisik mereka serentak.

"Sudahlah, sayang. Abang dah bunuh lipas-lipas tu. Jom tidur sajalah," kata Hanis. Kemudian bilik itu gelap.

Sekian lama menunggu, tiada apa-apa yang berlaku dan tiada apa-apa suara yang mereka dengari lagi. Adegan tampar menampar tiba-tiba lerai. Adegan rengek merengek sudah tidak kedengaran. Lelaki tegap berkepala botak dan lelaki kurus saling berpandangan.

"Malam pertama apa ni?" tegur lelaki kurus. Lelaki berbadan tegap berkepala botak terdiam. Mereka tergaru-garu badan yang sedari tadi diserang nyamuk.

Yang ni jenis tak sabar-sabar ni. Jangan tiru, okey?


PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
28 Comments


28 Orang Kentut Madu:

- said... [Reply]

laaa itu ja?
mau lagi! haha :p

Anonymous said... [Reply]

ahahahaa
entri panas oh aduka =D

Aduka said... [Reply]

cikgadis:
xleh byk2..
sensitip!
ko pn blom cukup umo..
haha..
=P

Aduka said... [Reply]

si kenit:
hehe..
skali skala..
propaganda..
=P

harzharun said... [Reply]

eh eh...tjumpa blog nama aduka...rasa nak klik la....
ok..dah klik...
daa!!

syahira ariff said... [Reply]

jalan cerita menarik
tetapi ending tak best
miahahahahahaha
kontrobesiii aduka~!

SyuQ said... [Reply]

ha ha ha

lawak. ilang ngantuk sat

Emongg said... [Reply]

alah ! potong ah lipas tuh. ingt ape td !

GadisKasutConverse said... [Reply]

gatai~

ILA HonEyBuNNy said... [Reply]

sussspen jek..ehheh..meh emel nak add B..ahha

dayah said... [Reply]

hahhaa. latip latip. entri panas ke ni, begegar kelambu haha, sambung lg cite t :)

Aduka said... [Reply]

harzharun:
hehe..
mekaceh ye..
=)

Aduka said... [Reply]

syahira ariff:
sengaja buat..
xle detail2..
nnti ada org teransang..
hahaha..
=P

Aduka said... [Reply]

syuq:
hehe..
bgus la tu..
sila dtg lagi..
=)

Aduka said... [Reply]

nengg:
hahaha..
kene kene..
=P

Aduka said... [Reply]

cik reen:
mana ada gatal..
=(

Aduka said... [Reply]

honeybunny:
FB badge dah ada dlm blog..
=)

Aduka said... [Reply]

dayah:
xde smbung2..
nnti org ckp entry lucah plak..
=P

Farazila said... [Reply]

huhuh..kesian dua org tue..x dpt cuci mata...
apa le best nye intai org nieh.....
isk..iskk

hans said... [Reply]

bro
asal ada nama aku nih
ekekekekeke

lieya orange M.I. said... [Reply]

...entri nih habis ke belum..sambung ler lagi...

Amirah Rashid said... [Reply]

cisss. tertipu! haha ;D

Aduka said... [Reply]

farazila:
entahla..
best kot..
=P

Aduka said... [Reply]

hans:
eh?
huhuhu..
kebetulan je bro..
=P

miss lolly a.k.a luvfareda said... [Reply]

kalO l0lly.

l0lly racunkan si suami dgn racun lipas =P

Aduka said... [Reply]

cik lolly:
erk..
ape plak ni..
tetiba jerk..

Aduka said... [Reply]

lieya:
xde sambungan..
kang if sambung nnti rmai org gersang..
hahaha..
=P

Aduka said... [Reply]

amirah:
pdn muke!
=P

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger