Ads: (Please Click!)

Wednesday, September 29, 2010

Nuffnang Click Fraud: Amaran Dari Robb Chew

Salam.Semua orang mesti pernah kena. Terutama kepada sesiapa saja yang memasang Chatbox di blog mereka. Ayat-ayat seperti;"Klik nuff kamu.. jangan lupa klik nuff saya juga ya..!""Jalan-jalan di sini mencari nuff!""Click nuff!"Read more/less.... dan macam-macam lagi. Tapi hanya satu tujuan, iaitu 'amalan klik mengklik iklan Nuffnang sendiri atau dengan kata lain yang lebih tepat lagi, mengharap ehsan orang lain untuk klik iklan yang diletak di blog sendiri.Korang tahu atau tidak yang perbuatan sedemikian rupa adalah salah di sisi undang-undang Nuffnang?Bila...

Sunday, September 26, 2010

Facebook Comment Box Setiap Page: Baru Aku Berpuas Hati!

Salam.Alhamdulillah, berjaya! Dari semalam lagi aku bertungkus lumus menaik taraf aku punya blog agar sama dengan Facebook. Bukannya senang. Mahu pening kepala juga bermain dengan kod XFBML. Aku namakan blog aku ini sebagai Faceblog. Sesuai tak? Hehe.Read more/less..Sebenarnya masih banyak mahu ubahsuai. Link-link di atas (menubar) belum lagi dibuat. Pelan-pelan kayuh. Hehe. Hari ini, hampir 1 jam setengah aku menghabiskan masa di depan komputer untuk mengubahsuai blog aku ini. Rekod paling laju aku tukar layout. Sebenarnya, banyak aku ubah. API...

Friday, September 24, 2010

Pengguna Internet Gila Seks!

Astaghfirullah.. Apa mahu jadi ni? (Klik untuk tumbesaran)Read more/less..Selepas dikira-kira, dihisab-hisab melalui jumlah statistik yang disediakan oleh Blogger Stat, inilah hasilnya: lebih kurang 67% (hampir kepada 70%) daripada jumlah pelawat blog aku adalah berdasarkan carian (keyword) yang berbaur lucah. Kebetulan pula dalam senarai yang di atas mencatatkan 7 carian yang berbaur lucah tersebut. Tengoklah seperti mana imej di atas.Apa mahu jadi ni?Mungkin peratusan yang aku buat tidak tepat dan sering naik turun. Tapi tidakkah kita dapat menangkap...

Wednesday, September 22, 2010

Putus Cinta

Di dalam sepanjang tempoh kehidupan seseorang manusia, putus cinta adalah sesuatu perkara atau ukiran sejarah yang membawa maksud yang amat kompleks untuk difahami.Read more/less..Dalam perihal putus cinta ini, amat jarang kita dengar seseorang yang putus cinta akan berakhir dalam keadaan yang aman. Kebiasaannya pasti sedih dan bisa membuat seseorang itu menangis, kecewa, tertekan, dan yang paling teruk impaknya apabila mengubah personaliti, kehidupan, dan mentaliti kewarasan seseorang. Begitu hebat dan bahayanya penangan cinta ini. Dan lebih teruk...

Tuesday, September 21, 2010

Kantoi Dalam Peperiksaan?

Salam semua.Amboi. Sejak memutuskan mahu jadikan blog aku ini selaku 'Facebook No 2' semalam, rasa macam rajin pula mahu update blog. Yalah. Mahu mengadap PC jangan haraplah. PC tiada. Ini pun mujurlah boleh akses melalui telefon bimbit. Alang-alang dapat servis internet percuma dari Maxis. Haha. Jangan tanya bagaimana mahu buat percuma, okey? :-PRead more/less..Hari ini, baru sebentar tadi aku baru sudah menduduki peperiksaan bagi Dye Penetration Inspection. Aku sedikit kelewatan memasuki bilik peperiksaan pada sebelah paginya. Sengaja aku berbuat begitu. Dan soalan teori tadi amatlah payah....

Monday, September 20, 2010

Si Kotak Penipu

Salam semua.Agak lama bercuti dari berblogging. Idea mahu menulis banyak. Tapi entah kenapa begitu culas jari jemari ini berentak menari di atas mata-mata papan kekunci komputer. Mungkin hangat hari raya masih terasa. Bahang cuti masih berbisa. Lihat jumlah follower ada keluar masuk. Jumlah Facebook Fan Page kian menyusut. Malah trafik blog pun turut sama turunnya. Entah kenapa perasaan culas dan malas sudah berapi di dalam jiwa.Read more/less..Beberapa hari ini hanya duduk di rumah mengadap si kotak penipu besar; televisyen. Dan beberapa kali...

Thursday, September 09, 2010

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Assalamu'alaikum kepada semua umat Islam dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam.Di kesempatan ini, ingin aku membuat satu ucapan ringkas sempena Aidilfitri yang bakal menjelma esok (Jumaat). Kepada semua follower, silent reader, pengunjung baru dan lama blog aku terutama yang beragama Islam, aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari kalian jika ada sebarang kesalahan, kesilapan, kekhilafan, mana-mana yang menyinggung hati dan perasaan serta terkasar bahasa yang mampu melukakan sesiapa samada di blog, di Facebook, di laman ping...

Tuesday, September 07, 2010

Tutorial: Cara Mudah Elak Gambar Anda Dicuri

Salam sejahtera.Kali ini aku buat tutorial macam mana mahu elakkan gambar daripada blog anda dicuri oleh newbie atau boleh dikatakan hacker junior hingusan; contohnya blogger-blogger yang baru hendak belajar berblogging ni. Plagiat biasanya menjadi ikutan puak-puak ini. Curi gambar pun menjadi salah satu aktiviti wajib mereka. Tentunya anda marah tahap cipan jika gambar-gambar peribadi anda dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, bukan?Read more/less..Tutorial ini bukan tutorial tahap advance. Asas sahaja. Kalau pencuri tahap professional,...

Sunday, September 05, 2010

Penawar Duka

Salam sejahtera semua. Haip, haip! Penawar duka ya. Bukan penawar aduka! Haha.Sejak akhir bulan Ogos sampai sekarang aku dihimpit beberapa tekanan dan dugaan yang sedikit sebanyak mencuit emosi aku. Dugaan bulan mulia bulan Ramadhan. Diharap ada hikmah disebalik dugaan-dugaan ini. Oleh yang demikian, aku seperti sedikit kehilangan idea dan mood untuk update blog. Gaya penulisan sebelum ini pun macam tidak berapa betul. Mujurlah pada malam ini, aku sedikit ceria dan gembira. Seterusnya membangkitkan sedikit semangat mahu berblogging. Alhamdulillah.Klik...

Thursday, September 02, 2010

Blogger Stats

Salam sejahtera.Hari ini baru aku perasan. Ada kelainan pada Blogger Dashboard. Padahal malam semalam aku online dan masuk ke Blogger Dashboard tiada pun menda alah ni. Tidak perasan, dan memang aku yakin butang baru ini tiada pun! Sungguh! Hari ini agak tertarik dengan fungsi baru di Dashboard, maka aku buat satu artikel review untuk fungsi baru ini. Ia dinamakan Blogger Stats.Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..Jika anda perasan, fungsi Blogger Stats ini berada pada hujung Dashboard anda. Lihat pada gambar di atas.Di luar sana, maksud aku,...
 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger