Ads: (Please Click!)

Monday, June 01, 2009

Blind date


A blind date is a date where the people involved have not met each other previously. The match could have been arranged by mutual friends, relatives or by a dating system. Blind dates are becoming more commonplace following the rise of the Internet, when people who have met in chatrooms, Instant Messaging or forums finally agree to meet in person. Although this type of date may not be considered 'blind' by everyone, since the people have already communicated with each other..

Anda pernah mengalami 'blind date'? Pernah? Tak pernah? Ada aku peduli? Rugi.. Hahaha..

Ini kisah terjadi pada tahun 2002. Masa itu, aku bergelar penganggur. Selepas menamatkan peperiksaan SPM, aku 'mendaftarkan' diri selaku penganggur yang berjaya, cemerlang, gemilang, dan terbilang. Sememangnya aku sudah mind-set; selepas SPM, aku mahu enjoy sepuas-puasnya. Langsung satu tahun aku enjoy menghabiskan masa dengan lepak, dan membuang masa. Rakan-rakan yang lain sibuk mencari universiti, politeknik. Aku pula hanya tahu lepak, lepak dan terus lepak. Menghabiskan duit mak bapak. Benar.. hidup aku dahulu cukup teruk. *sila terima, ya?*

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

Tempat lepak aku dahulu adalah di cyber cafe milik abang aku. Di sana, aku berkumpul dan lepak bersama kawan-kawan 'seperjuangan' aku. Kadang-kadang aku curi-curi chatting. Zaman itu, mIRC cukup-cukup popular. Di situlah tempat berhibur, dan di situ jugalah tempat untuk mencari 'jodoh'.

Dipendekkan cerita, aku mengenali seorang gadis melalui chat. Namanya, Zura. Gadis tersebut tinggal satu daerah dengan aku. Setelah beberapa hari berkenalan melalui chat, aku mengajak untuk berjumpa dan berkenalan dengan lebih rapat. Pada mulanya aku takut-takut. Namun aku beranikan diri dan cuba 'ayat'. Dan akhirnya, sangkut. Tempat yang kami janjikan adalah di... Centre Point Kemaman!

**********

Aku menunggu di hadapan satu lot kedai bundle. Menanti jelma si gadis berbaju merah, bertudung pink, dan berseluar jeans. Mujurlah perjanjian di dalam chat, aku hanya berkata aku memakai cermin mata untuk dikenali. Entah kenapa, mungkin gadis itu cuai *atau bodoh* untuk tidak bertanya dengan lebih terperinci bagaimana untuk cam aku.

Aku berdiri agak jauh sebenarnya dari tempat yang dijanjikan. Aku memerhati dari jauh. Setelah hampir satu jam menunggu, nun jauh di sudut tiang besar kelihatan kelibat seorang wanita berbaju berwarna merah, bertudung pink, dan berjeans. Aku pandang dengan teliti. Ya.. memang betul seperti yang dikatakan si gadis chat. Cuma aku sedikit keliru. Di dalam ruang chatting, dia mengatakan bahawa dia berusia 18 tahun. Namun, kelibat wanita yang aku lihat jauh kelihatan lebih berusia. Mungkin dalam lingkungan 20-an. Walau bagaimanapun, inilah taste aku! aku suka wanita lebih mature, dan lebih bergaya dari aku. *itu taste lama aku.. sila terima, ya?*

"Oh, mungkin ini dia 'si gadis idaman'!", bisik aku sendirian.

Lantas aku cuba merapati wanita tersebut. Aku menyusun langkah perlahan. Gaya seorang lelaki maskulin. Aku memperbetulkan rambut aku yang panjang di depan. Makin mendekati, hati aku makin galak. Jantung aku makin berdegup kencang. Bukan kerana takut tetapi kerana terlalu teruja.

Apabila merapati, "Amboi.. boleh tahan. Cantik!", bisik hatiku. Lantas aku segera menegurnya.

"Zura ke?", tanya aku.

Diam. Wanita tersebut pandang aku atas, bawah, atas, bawah. Kemudian dia berpaling muka ke arah lain.

"Er.. awak Zura kan?", tanya aku lagi.

Wanita tu diam juga.

"Amboi.. sombongnya!", bisik hati aku. Aku mula serba salah. Rasa malu dan segan mula menerpa dalam jiwa. Aku cuba lagi dengan memperkenalkan diri aku. Manalah tahu kalau-kalau si dia tidak cam aku.

"Saya Latip! Yang dalam chat tu! Tak ingat?", aju aku kepada wanita tersebut. Wanita itu tiba-tiba berpaling dan menunjukkan muka 'singa'nya. Dan..

"Abang!!! Tengok ni ada orang nak ngorat sayang!", teriak wanita itu.

Aku terkebil-kebil.. 'Abang'??? Aku didatangi seorang lelaki bertubuh tinggi dan kurus. Takkan nak tunggu, betul tak? Aku terus menyusun langkah seribu.. lari!!!

Sampai tingkat bawah, aku mengurut-urut dada. Nafas laju. Hampir semput. Penat aku berlari. Shopping complex masa itu sesak dengan orang ramai. Entah berapa orang aku langgar tadi. Dengan makcik-makcik semua mencarut terjerit-jerit. Mujur pak guard tak kejar aku. Takut juga disangka aku ini pencuri.

Balik rumah, aku terus SMS Zura. Jawapannya lebih kurang macam ini; "Maaf lah Zura agak lewat sampai sana..cari u tapi x jumpa..so Zura balik je lah"

Baru aku sedar, wanita yang aku tegur itu bukanlah Zura. Cuma pemakaiannya saja yang sama. Mungkin kebetulan.

Sejak dari itu, aku sudah serik untuk 'blind date'. Takut aku tersilap 'blind date' dengan bini/makwe orang! Itulah yang pertama dan terakhir aku terlibat dalam kancah 'blind date'! serik!

** apa jadi pada Zura? hehe.. rahsia..


**********



PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
34 Comments


34 Orang Kentut Madu:

haruan tasek said... [Reply]

kesian ko ya. rupanya si zura yang tipu sama ko ha..ha..ha..

joegrimjow said... [Reply]

ko cite semua ni...

ade aku kisah??
hahaha

aduka said... [Reply]

haruan tasek: oh.. aku baru edit.. x abes citer lg dh publish plak.. haha..

=P

aduka said... [Reply]

joe: cisss joe ciss ciss! aku dh update!

lantak kau la.. hahahaha.. =P

faNna said... [Reply]

muahahaha. padan muka dikau .
laen kali blind la date tuh.
cian2~

PenuliS said... [Reply]

hahaha=P
lenkali,hati2..bru kenal,trs jumpa..

aduka said... [Reply]

fanna: uwaa... =((

aduka said... [Reply]

reen: time tu sronok2 je.. x sgka skali ngorat bini orang daaaaaa..

haha.. =P

Addeena Dzakwan said... [Reply]

*tengah gelak guling-guling hentak-hentak meja sambil gegar-gegar monitor komputer*

tak mampu nak tulis, gile lawak:D
kahkahkahkah:DDD

elle said... [Reply]

alahai incik aduka oii... lawak sungguh bc n3 nih... ehehehe...

pijah@hakuna said... [Reply]

gahgahgah..jgn2 zura tu ngah mengintai x..

aku hUnNy (^_~) said... [Reply]

hahaha..pnh blind date upenye inchik aduka nie..hee..

tym jdi pnggur..abz kn duet mak bapak..now..da kje..jgn abz kn duet sndri tw..cmpn2 tuk kawen..hee..:)

owh..inchik aduka skew wnita lbh mature..tp,e2 taste lme..taste bru lakk..?ngee..

nth2 zura 2 laki kowt..ngee..mne uhh tw kn..:p

SyafiQ said... [Reply]

tue r aq pown rsa dy yg spy kan ko...ha3
lawak3...kah3

KhairiL's said... [Reply]

oh zura kau telah mengecewakan aduka

haha

Monkey D Luffy said... [Reply]

ko kena tipu ni

si zura beralasan jer tu

muahahaha

aduka said... [Reply]

addeema: amboi gelak.. cover2.. heee..

** gelak kt sy yeeee... geget kang! =P

aduka said... [Reply]

elle: heee.. lawak ke? cam bese je rasanya... heee =P

aduka said... [Reply]

pijah: huishh..! x mungkin.. zura dh xde da.. hahaha.. =P

aduka said... [Reply]

hunny: amboi3.. tu suda mesti.. tgh kumpol duet la ni.. hee..

aduka said... [Reply]

syafiq: haha..

kriel: tu la psl! haha..

pakcik luffy: ntah arr.. aku igt die yg bodo.. aku lg bodo rupe2nye..! hahahaha..!!

ije said... [Reply]

ije tak penah alami blind date. tapi penah temankan kawan g blind date. alih2 boy tu berkenan kat ije (apa kes angkat bakul sendiri ni? haha)

pape pun, itu kisah 4 tahun lalu. n boy tu masih lagi bersama my fren. ije tak rampas k. =)

aduka said... [Reply]

ije: wahh.. ade ek leh jd couple.. bgusnyee.. x pnh dgr lg sape2 yg blind date dh jd couple.. huuu.. bestnye ek gitu.. =P

cikeYda said... [Reply]

hahahahahahahh!!@! dulu kamu main mirc gak ya?? hahahah nasib kita x jumpa d alam irc ya..

aduka said... [Reply]

cikeyda: ha'a..dlu hantu mirc la.. haha.. cikeyda pn sama ek? alahai.. nape la kite x ditakdirkan bersua..? haha.. =P

Ivy Metaga said... [Reply]

aduka nak blind date dgn sy tak lalalala...

aduka said... [Reply]

ivy: nak nak!! heee.. =P

Honeya Diaz said... [Reply]

muahahhaha..

tu lah, lenkali kalau betul nak berkawan, jumpa terus. kalo org tu bg sejuta alasan, maknanya tak ikhlas dan kuat penipu.

ada kwn saya pun dg kena byk kali mcm nie. tapi masih membiarkan diri kena mcm nie.. huish... :)

srry smpai tkpandai berpura untuk mengomen org.. :)

aduka said... [Reply]

honeya: hee.. bese la time tu muda lg.. centa maen2 jerk.. hee.. tp tu la kan.. kdg2 ada org suka camtu.. ape leh buat.. cam kwn cik ije, smpai skrg still berkawan.. kawan? couple? ntah la.. heee.. =P

the unknown said... [Reply]

ive tried goin on dates with ppl from irc.. but usually, i'd ask for their pics first lol.

that was like ages ago... the dark ages.. prehistoric.

it was rather disappointing. gals are as pretty as implied in their pics. however, they're are not as exciting as they had been in chatting.

then again, speech and writing, although related, are not completely interchangeable.

heh, my bad for expecting too much.

aduka said... [Reply]

the unknown: yeah i totally agree ur comment.. mostly ppl, especially gals lah ek (jgn marah aaa gals), dlm tenet laen, but outside hampeh..

but i do not expecting too much on em.. so i have had experiencing blind date only for fun.. hahaha

=P

Fah said... [Reply]

nanti kite blind date depan the store yg tempat ade pokok2 org lepak tunggu bas tu ek..hehehe

aduka said... [Reply]

fah: haha..! bole3! xde masalah.. bila? kul bape? ngeee.. =P

hasni said... [Reply]

haha
lucu la crita ni
suka2

aduka said... [Reply]

hasni: mekaceh.. =)

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger