Di kesempatan ini, ingin aku membuat satu ucapan ringkas sempena Aidilfitri yang bakal menjelma esok (Jumaat). Kepada semua follower, silent reader, pengunjung baru dan lama blog aku terutama yang beragama Islam, aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari kalian jika ada sebarang kesalahan, kesilapan, kekhilafan, mana-mana yang menyinggung hati dan perasaan serta terkasar bahasa yang mampu melukakan sesiapa samada di blog, di Facebook, di laman ping blog seperti Innit Nuffnang, serta di ruang sembang. Sesungguhnya segala kebaikan datangnya dari Allah s.w.t. dan segala keburukan datangnya dari diri aku sendiri. Ingin juga aku ucapkan ribuan terima kasih yang tidak ternilai kepada kawan-kawan yang menyokong aku ketika aku dalam kesedihan dan susah hati baru-baru ini. Terima kasih semua.
Walaupun dalam kemeriahan menyambut lebaran nanti, sama-samalah kita berdoa supaya kita sentiasa dilindungi oleh Allah dari segala mara-bahaya, kecelakaan atau apa jua musibah.
Kepada semua rakan-rakan, tidak kiralah blogger mahupun bukan blogger yang mengenali diri ini, jemputlah datang ke rumah samada pada hari raya pertama atau kedua. Pada hari seterusnya kebiasaan aku tiada di rumah. Pada tahun ini, rancangan pada hari raya ketiga aku akan beraya ke rumah kawan-kawan lama di Kuala Terengganu. Oleh itu, kepada blogger-blogger yang berada di KT, jom jumpa. Sila tinggalkan nombor telefon di inbox Facebook. Itu pun kalau korang mahu jumpa aku lah..
Akhir kata, semoga anda semua bergembira di hari raya yang mulia ini. Aku dan blog ini akan bercuti buat beberapa hari. Aku hanya akan aktif di Facebook. Jika ada apa-apa, cari aku di Facebook, okey?
Sekian.
Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin.