Ads: (Please Click!)

Sunday, September 26, 2010

Facebook Comment Box Setiap Page: Baru Aku Berpuas Hati!


Salam.

Alhamdulillah, berjaya! Dari semalam lagi aku bertungkus lumus menaik taraf aku punya blog agar sama dengan Facebook. Bukannya senang. Mahu pening kepala juga bermain dengan kod XFBML. Aku namakan blog aku ini sebagai Faceblog. Sesuai tak? Hehe.

Read more/less..

Sebenarnya masih banyak mahu ubahsuai. Link-link di atas (menubar) belum lagi dibuat. Pelan-pelan kayuh. Hehe. Hari ini, hampir 1 jam setengah aku menghabiskan masa di depan komputer untuk mengubahsuai blog aku ini. Rekod paling laju aku tukar layout. Sebenarnya, banyak aku ubah. API kod bagi Facebook akaun juga aku tersilap delete. Maka, kena buat dari awal. Banyak komen-komen lama turut terhapus! Maaf ya, komen korang mungkin termasuk sama. Huhu.

Kali ini aku mengubah layout Faceblog. Yang lama aku buang. Mungkin anda yang pernah jenguk di blog aku ini akan perasan aku menggunakan layout yang sama. Oh, tidak sebenarnya. Aku buang yang lama, ganti yang baru. Lagi, pada setiap artikel aku letak Facebook Comment Box. Kalau dulunya, aku gagal aplikasikan Facebook Comment Box yang berbeza pada setiap artikel. Sekarang setelah bertungkus lumus, akhirnya berjaya!


Klik untuk tumbesaran.

Gambar-gambar di atas ini menunjukkan beza Facebook Comment Box di antara artikel-artikel yang berlainan. Korang mungkin tidak perasan akan bezanya. Cuba komen.

Walaupun aku letak Facebook Comment Box pada setiap artikel, namun Blogger Comment Box masih aku kekalkan sebab aku tahu tidak semua blogger mempunyai akaun Facebook. Jadi aku kekalkan Blogger Comment Box yang biasa kita guna tu. Oh ya. Blogger Comment Box aku buat moderate sebab banyak sangat spammer entah dari mana duk komen-komen artikel aku. Huhu.

Facebook Share Button dan Like Button juga aku masih kekalkan.

Jika sebelum ini, aku pernah buat artikel tutorial bagaimana mahu memasang Facebook Comment Box di blog anda. Maaf. Itu cara lama. Ini cara baru. InsyaAllah, aku akan buat artikel baru dan terkini tentang bagaimana mahu memasang Facebook Comment Box cara yang lebih terkini dan sesuai untuk setiap artikel yang berlainan.

Tungguuuuuu..


PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
7 Comments


7 Orang Kentut Madu:

Mcjust said... [Reply]

macammana la kau buat layout fb ni ye?


btw, tahniah sbb dh berjaya wat comment box baru!

dayah said... [Reply]

test 123, cek2 ok ea :)

saya_arief said... [Reply]

smart.

Mr.J said... [Reply]

aku ingatkan salah masuk blog... haha.. mcm fb plak..

Regards,
Mr J
www.pengeRindu.com

hazman aka species1980 said... [Reply]

memang peminat FB yang tegar laaa....

kisahsensasi said... [Reply]

Faceblog nice..... mungkin boleh jadi ikutan suatu hari nanti...

Anonymous said... [Reply]

Your template could not be parsed as it is not well-formed. Please make sure all XML elements are closed properly.
XML error message: The value of attribute "css" associated with an element type "null" must not contain the '<' character.

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger