Ads: (Please Click!)

Sunday, October 02, 2011

Green Lantern (2011) BRRip : Download Link


green lantern movie 2011 download free

Sinopsis

Green Lantern adalah sebuah kisah superhero yang memiliki kuasa keberanian untuk menentang musuh yang menggunakan kuasa ketakutan. Mereka telah dicipta oleh Pengawal dan terdapat 3600 orang superhero bagi menjaga setiap kawasan masing-masing. Setiap daripada mereka diberi sebentuk cincin dan mereka akan menggunakan daya imaginasi untuk mencipta senjata daripada cincin tersebut.

Pada suatu hari, mereka telah digemparkan dengan kematian 4 orang Green Lantern. Kemudian, superhero yang paling kuat antara mereka juga telah dibunuh. Tetapi, sebelum sempat dia mati, dia telah mendarat di Bumi dan mewariskan cincinnya kepada Hal. Cincin itu yang memilih Hal sebagai pengganti superhero tersebut.

Mayat superhero itu telah diambil oleh pihak kerajaan untuk dikaji. Mereka telah memanggil seorang doktor untuk melakukan ujuan tersebut. Malangnya, doktor tersebut telah dijangkiti oleh kuasa ketakutan yang masih berada di badan superhero itu. Jadi, dia boleh membaca fikiran orang dan juga memiliki superpower.

Dalam masa yang sama, Parallax telah membunuh lebih ramai lagi mangsa. Dia mengambil ketakutan mangsanya untuk meningkatkan lagi kuasa ketakutan yang dimilikinya. Dia juga dalam perjalanan untuk menuju ke Oa, tempat di mana Hal telah dibawa oleh cincin tersebut iaitu pusat Green Lantern Corps.

Di Oa, Hal telah diajar bagaimana cara untuk menggunakan kuasa imaginasi tersebut. Hal juga telah diperkenalkan kepada superhero yang lain dari seluruh galaksi yang ada. Dengan menjadi sebahagian daripada Green Lantern Corps, Hal kena lebih bertanggungjawab untuk menjaga keamanan bumi. Tetapi, Hal telah menolak tanggungjawab tersebut kerana dia rasa dia tidak layak untuk itu.

Walau bagaimanapun, Hal kembali menerima tugas tersebut apabila dia terpaksa menyelamatkan kawan perempuannya. Identitinya juga telah terdedah kerana kawan perempuannya boleh mengecam superhero itu adalah Hal. Dalam masa yang sama, doktor yang telah dijangkiti kuasa ketakutan itu juga semakin mengganas.

Pada mulanya, doktor tersebut telah membunuh ayahnya sendiri. Dia juga telah diarahkan oleh Parallax untuk membunuh Hal. Jadi, dia telah menculik kawan perempuan Hal untuk mengumpan Hal. Hal terpaksa datang untuk menyelamatkan kawan perempuannya itu. Sebagai pertukaran, Hal akan memberikan cincin Green Lantern itu kepada doktor tersebut.

Walau bagaimanapun, cincin tersebut hanya berfungsi kepada tuannya sahaja. Jadi, kuasa yang dikeluarkan daripada cincin tersebut telah terpantul balik ke arah doktor tersebut. Pada ketika itu juga Parallax telah tiba di bumi dan menyerang mereka. Parallax telah membunuh doktor tersebut kerana gagal menjalankan tugas. Kemudian, Parallax telah menyerang penduduk bumi dan membunuh mereka.

Hal terpaksa membawa Parallax keluar ke angkasa dan berlawan dengan Parallax di ruang angkasa. Malangnya, Parallax lebih kuat daripada Hal. Akhirnya, Hal terpaksa mengumpan Parallax ke matahari. Hal telah menggunakan seluruh tenaganya untuk menolak Parallax ke arah matahari. Akhirnya, Parallax berjaya dibunuh dengan menggunakan matahari. Pada saat itu, superhero yang lain sempat tiba ke sana untuk menyelamatkan Hal daripada disedut ke arah matahari juga. Sejak daripada peristiwa itu, Hal telah diterima sepenuhnya sebagai ahli Green Lantern Corps.

Trailer


Download Link : Green Lantern (2011) BRRip MKV (700 MB)

MediaFire
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

FileServe (Single Link)
DOWNLOAD


Download problem? Klik DI SINI (klik!)

Sudah selesai download, macam mana mahu tengok? (Untuk by part SAHAJA. Untuk single link, anda terus boleh menonton setelah selesai download) Anda perlu download semua part. Contohnya untuk format .avi; download hanya semua part .avi sahaja. Jika file extension mempunyai nombor (.001), anda perlu menggunakan software HJSplit untuk menonton. Anda boleh baca cara-cara dan download software tersebut DI SINI (klik!)

Selamat menonton!
PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
1 Comments


1 Orang Kentut Madu:

ciNdhaDahniEa said... [Reply]

abg aduka.. kenape xbole buka chatbox? huwaaaaaaaaaa~

~sori komen tak bekenaan dgn entri.. =.='

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger