Ads: (Please Click!)

Sunday, October 02, 2011

James D Sifut Vavi : Aku Si Lembab


Hola!

Nama aku James. Aku ni seekor siput babi. Aku antara spesis binatang yang paling banyak gigi. Dan akulah spesis binatang yang paling lembab bergerak. Memang tu sifat aku beb. Nak speeding pun tak dapat. Kalau ada 'siput trafik' pun takkan saman aku punya lah. Haa.. Yang membonjol tu kat atas aku tu plak adalah cengkerang atau kulit aku la. Cengkerang aku ni tak lah macam cengkerang binatang lain yang keras lagi tahan lasak. Aku tidak. Sekali pijak.. prappp! I'm the dead one.

Ini kisah aku.

Pada suatu hari minggu yang ceria, aku berjalan-jalan nyot nyot nyottt kese'ekor'an tanpa ditemani sesiput yang lain. Ia memang rutin aku selalu keluar berjalan-jalan kese'ekor'an di hari minggu.


Sedang syok-syok berjalan tu, tiba-tiba melintas satu makhluk. Ia lebih laju dari aku jalannya. Aku sungguh terkejut.

Oh! Sang semut rupa-rupanya. Semut itu sempat menoleh ke arah James sambil tersengih-sengih. Reaksi semut itu telah menyebabkan James berasa seperti dipersenda. Dia bengang. Mentang-mentang la aku ni lembab, bisik James.


Terbantut dengan semut yang melintas tadi, James menyambung semula perjalanannya tadi kese'ekor'an diri.


Dengan pemandangan yang biasa-biasa saja, dia berjalan perlahan. Nyot nyottt nyyooottt.. Tiba-tiba dia terpandang satu makhluk yang terbang senang lenang di atasnya, di ruang angkasa. Wah! Sang rerama!


Sang rerama yang terbang bebas itu sempat menoleh ke arah James sambil tersengih. Tapi sang rerama lebih teruk dari sang semut. Sudahlah tersengih, diperlinya lagi James.

"Nak tumpang?" pelawa sang rerama lalu terbang pergi. James menjadi bertambah bengang dan marah.

"Siot betul diorang ni," kata James. "Mentang-mentang la aku ni lembab, boleh plak diorang perli aku? Tak boleh jadi ni.."

Sedang dia marah dan bengang itu, tiba-tiba otaknya terdetik lalu keluarlah satu idea yang sangat bernas.Tanpa membuang masa, James bertindak!


Wah! Sekarang James bergerak begitu laju! Kalau begini, semua binatang pasti tak boleh menandingi James. Tetapi.. eh.. macam mana James boleh berjalan laju? Bukan ke James ni seekor siput babi? Dia pakai kasut roda ke? Eh.. mustahil la! Nak sarung kasut tu celah mana?




















Oh.. patut la pun..


PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
10 Comments


10 Orang Kentut Madu:

Rara. said... [Reply]

haha.lembab tapi cerdik. kira bole blah jugaklah siput nie.

#nak bela sekoq laa.

ciNdhaDahniEa said... [Reply]

bhahhahahaahaa bijak bijak.. suke!

bella luna said... [Reply]

haha,aduka ke siput nie yang bijak? ce teka? nice story;)

Aduka said... [Reply]

@Rara.

boleh je.
cari la kat celah2 paya.
sure ada.
=P

Aduka said... [Reply]

@ciNdhaDahniEa

hehehehe.
trimas.
=D

Aduka said... [Reply]

@bella luna

2-2 yg bijak.
hahahahaha.
=P

neesa_jun said... [Reply]

siput educated nih!haha...creative aduka!

Aduka said... [Reply]

@neesa_jun

well educated.
=P

♥ Nana BamBam ♥ said... [Reply]

eleh..naik atas keta boleh la pecut..hahaha..

Aduka said... [Reply]

@~Nana 귀여운~

at least die laju kan?
hahahahaha
=P

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger