Ads: (Please Click!)

Wednesday, November 10, 2010

Jesus, Berikanlah Cinta!



Subhanallah.

Cuma itu sahaja ungkapan yang mampu aku keluarkan dari bibirku. Sepanjang 26 tahun aku hidup di mukabumi Allah ini, inilah pertama kalinya aku mendengar pengakuan yang sebegini berani dan jahil itu.

Read more/less..

Memang tidak salah dugaku. Lihat perlakuan, sifat, tutur kata, gaya, dan raut wajahnya itu memang sah dia orang Melayu. Tidak syak wasangka lagi. Percakapannya fasih berbahasa Melayu. Raut wajahnya memang orang Melayu. Namun, pertemuan semuka dengannya membuatkan aku beristighfar panjang. Ya Allah. Rupa-rupanya bukan di majalah dan media massa sahaja yang meuar-uarkan penyakit masyarakat ini. Cerita bukan tipu. Berita bukan palsu. Khabaran itu bukanlah sengaja direka-reka. Kenyataannya, ia memang penyakit berjangkit yang sudah menular di dalam masyarakat Malaysia terutama manusia yang bergelar Melayu kini.

Budak belasan tahun itu hanya menundukkan mukanya. Dia terdiam bila bercerita kisah jahilnya itu. Mukanya menampakkan kemarahan dan kekecewaan. Nyata tiada langsung keinsafan terserlah dari wajahnya.

"Insaflah. Balik ke pangkal jalan. Sesat jalan boleh dipatah balik," nasihatku kepada budak belasan tahun itu.

Dia masih terdiam. Gelas yang terisi Nescafe ais di hadapannya ditinggalkan suku. Walaupun tergerak dihatiku ini untuk meninggalkan meja dan gerai itu namun melihat budak itu yang sugul, aku membatalkan niat. Jika tidak mengingatkan kewajipan berdakwah sesama Muslim, mahu saja aku meninggalkannya. Rasa bersalah pula.

Johan (bukan nama sebenar) mengenali gadis yang sebaya dengannya beberapa tahun yang lalu. Perkenalan dengan si gadis yang bernama Hani (bukan nama sebenar) adalah dari rakan senior kolejnya. Hani adalah sepupu kepada rakan seniornya itu. Pertemuan setentang mata itu telah melahirkan bibit-bibit cinta dihati Johan.

Kebetulan pula ditakdirkan Hani memasuki kolej yang sama dengannya. Melonjaklah hati Johan bila mengetahui perkhabaran baik itu. Waktu itu Johan baru memasuki semester ketiga, dan Hani pula semester satu. Johan langkah kanan bila cintanya mula berbalas. Hani menerima cinta Johan setelah sekian lama Johan meluahkan perasaan rindu dendam yang kesumat dihati.

Disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Hubungan cinta Johan dengan Hani terbantut ditengah jalan. Puncanya adalah kehadiran orang ketiga. Lelaki yang telah merampas buah hatinya adalah pelajar yang satu kelas dengannya. Lebih menyakitkan hati, lelaki tersebut adalah bangsa lain. Cina!

Oleh kerana dendam dan amarahnya semakin membuak-buak Johan nekad untuk bersetentang muka dengan lelaki Cina itu. Pertemuan mereka pada awalnya telah dihalang oleh Hani. Hani telah memaki hamun Johan dengan ayat-ayat yang memedihkan. Hani dan Johan bertekak. Masih terngiang-ngiang kata-kata pedih Hani dibenaknya.

"Kau pergi mampus! Selama aku couple dengan kau, sesen pun aku tak merasa! Pergi mampus kau lelaki jahanam!"

Tempelak Hani benar-benar mengguris hati Johan. Dia benar-benar kecewa dengan perubahan sikap Hani yang semakin dingin. Dia sesekali tidak menyangka Hani rupa-rupanya seorang perempuan yang gila duit. Mata duitan. Gila kemewahan. Ya, sememangnya Johan akui lelaki Cina yang menjadi kekasih Hani adalah anak orang kaya. Datang ke kolej pun berkereta BMW.

Oleh kerana terlalu teruk dikecewakan dalam percintaan, Johan mula berubah sikap. Pelajarannya ditolak ke tepi. Malah ibubapanya pun tidak dipedulikan. Duit elaun pelajaran bulanannya kerap kali habis dan selalunya tidak mencukupi. Ini adalah gara-gara dirinya yang suka bertandang ke disko dan kelab malam.

Bersekongkol di dalam dunia yang penuh kemaksiatan membawa Johan ke lembah kejahilan yang sebetul-betulnya jahil. Seperti tindakan luar sedar, akhirnya Johan mengambil keputusan drastik iaitu dengan menganuti agama Kristian. Walau masih dalam belasan tahun, dia seolah-olah sudah putus iman dan pedoman.

"Kenapa?" soalku lantas membantutkan cerita Johan yang berada di depan. Dia sedikit tersentak. Dengan nada yang berat dia membalas dengan jawapan yang agak mengecewakan aku.

"Dulu aku pernah berdoa kepada Allah. Banyak kali. Tapi Allah tak tolong aku. Jadi aku beralih arah. Aku harap aku masuk Kristian, Jesus plak akan tolong aku!"

Aku menggelengkan kepala beberapa kali seraya beristighfar. Alangkah terpesongnya akidah budak-budak zaman sekarang, bisikku. Tidak pernah diajarkah di sekolah tentang akidah sebagai seorang Islam? Yang penting, tidak pernah diajarkah macam mana mahu mengukuhkan akidah di dalam hati umat seseorang Islam? Nampak sangat pendidikan agama di sekolah longgar! Tapi bila difikirkan dari sudut yang lain, mungkin pelajar itu sendiri puncanya. Tidak berminat belajar! Segalanya mungkin.

"Sebab?" tanya aku lagi.

"Aku harap Jesus plak tolong aku cari awek baru," kata Johan selamba.

Ya Allah! Terkejut besar aku. Minuman Milo ais yang ku sedut tadi hampir-hampir mahu tersembur. Aku menahan dengan tapak tanganku.

"Kau ni gila ke?" soalku. Johan hanya merenung wajah aku. Mukanya tegas benar. Tidak menampakkan sedikit pun gurau.

Tepat pukul 2 pagi, kami berangkat pulang. Aku tiba di rumah dalam pukul 2 lebih. Selang beberapa jam sebelum terlena tidur, aku asyik memikirkan perihal budak belasan tahun tadi. Alangkah rapuhnya iman seseorang kerana cinta. Alangkah ruginya rasa setelah lebih sedekad beragama Islam tapi beralih arah ke agama lain. Sepatutnya kita berasa sungguh beruntung bila dilahirkan, secara automatik beragama Islam. Namun, kenapa perlu berubah iman dan pedoman semata-mata kerana cinta? Adakah tertulis di mana-mana bahawa jodoh kita hanya untuk perempuan yang kini kita cintai?

Selaku orang Islam, aku berdoa untuknya agar kembali ke pangkal jalan walaupun aku dan budak belasan tahun itu sebelum ini langsung tidak kenal antara satu sama lain.

Aduka: Jangan sangka air yang tenang tidak ada buaya..


PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
10 Comments


10 Orang Kentut Madu:

Mellyana Sara said... [Reply]

kerana cinta? hmmmm~

- said... [Reply]

gara gara cinta?
=.="

violetless said... [Reply]

masyaAllah budak2 lani..aku taktau nak cakap camna tapi napa sampai camni skali..hurm..teruk da budak2 Islam kat negara kita ni upanya.hurm..

oh latip.aku baru tau hang da 26..oooo

Nurul said... [Reply]

astarfirullahalazim... berdetak jantung aku baca crite nie.. smoga dia kembali ke pangkal jalan dan mendapat pengampunan dari Allah swt

ieda Qema said... [Reply]

semakin ramai orang yg macam nih.. pelik..

p i j a h said... [Reply]

die dah takkenal mana baik mana buruk.. ya allah..

Nur Yana said... [Reply]

lorh.. rupanya dia harap jesus tuh tolg dia cri awek baru.. ingtkan tolg jdk lagi baik ke jadik lg kaya ke.. haha.. mintak tolg aku jelah gitu.. aku tolg crikkan ko awek.. kah3.. mcm2la.. nauzubillah.. mintak jauh dr semua nieh.. jauh dr terpesongnya aqidah..

Aduka said... [Reply]

harap2 dia insaf..
haih..
ape nak jadi budak2 zaman skrg..
+____+

Liyana said... [Reply]

betul kan..cinta tu boleh buat orang jadik hilang kewarasan..

Nauzubillah mintak dijauhkan.

Aduka said... [Reply]

trima ksh sbb komen..
bringatlah..bialah kita bpijak pd bumi yg nyata..jgn tlalu taksub dgn sandiwara dunia..lbh baek jaga akidah kita..krn tnpa akidah yg kuat,masakan kita mampu mngukuhkan iman kita pd yg Esa..

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger