Ads: (Please Click!)

Tuesday, May 19, 2009

Ter'syasyul'..


*** entry kali ini mempunyai kaitan antara entry saya yang sudah-sudah.. maka dengan itu ia memerlukan tahap kerajinan anda untuk membaca.. jika tidak, anda tidak akan faham hujung pangkal cerita kali ini..

balik dari pejabat, aku hanya termenung di luar rumah.. cuaca hanya redup tapi tiada tanda-tanda mahu hujan.. keadaaan dalam rumah tetap panas seperti selalunya.. kesan dari pemanasan global.. buka baju hatta berbogel sekalipun, aku tidak akan tertahan duduk bersantai di ruang tamu rumah aku ini.. masyaAllah.. hanya tuhan yang tahu.. penyesalan terlintas di benak kerana pulang dari ofis terlalu awal.. satu jam awal dari masa pejabat yang sebenarnya.. kalau aku tahu, aku rela pulang lewat.. duduk di pejabat di bawah hebusan penghawa dingin lagi seronok!

sudah dua hari aku pergi ke pejabat, turn on PC, surf sana surf sini, chatting, blogging dan sewaktu dengannya.. goyang kaki dan bersembang.. mengumpat? oh, tidak.. kami bukan 'kaum mengumpat'.. kerja? tugasan? tiada.. semalam team leader demam, kami goyang kaki.. hari ini team leader ada, still goyang kaki juga.. disebabkan bosan, kami mengambil keputusan untuk pulang awal ke rumah walaupun waktu pejabat belum pun habis.. kami ucap 'selamat pulang' kepada team leader dan dengan selamba dia menjawab, "OK!".. dan kami pun melangkah pulang.. oh indahnya hidup jika bekerja sebegini rupa..

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

dalam duduk termenung di luar rumah, benakku sepintas lalu teringat tentang perihal tersasul.. banyak kenangan dan pengalaman pelik-pelik lagi lucu.. sehinggakan aku ditegur oleh rakan serumah, "kau gila? gelak sorang-sorang apehal?".. ya.. aku gelak sendirian.. tapi mujurlah bukannya jiran yang tegur..

dulu, aku bekerja di MZF Computer Centre sebagai Penolong Pengurus.. pengalaman bekerja selama setahun dipenuhi pelbagai kisah lucu, menarik, dan tak kurang juga yang menyakitkan kepala dan hati.. namun, satu kejadian MINAH POYO ini membuatkan aku tidak puas untuk bercerita dan tidak pernah untuk lupa.. daripada kisah itu juga, aku boleh ambil pengajaran, jangan terlalu mudah untuk lupa pada asal usul diri sendiri.. bak kata pepatah, jangan sampai kacang lupakan kulit.. dan aku cuba untuk membayangi diri sendiri bila duduk di tempat minah poyo itu.. oh, malunya!

selepas itu, terkenang pula cerita 'Gajuk, Supik dan Jabey'.. cerita ini pernah aku post di dalam blog aku.. sebelum post, aku langsung tidak teringat tentang kisah ini sebab peristiwa ni berlaku pada tahun 2001.. masa itu aku masih berada di alam persekolahan.. aku hanya boleh mengimbau kembali selepas membaca entry Cik Ixora yang bertajuk 'Pendol Culut'.. kejadian ni juga memberi pengajaran juga kepada aku.. jangan jadi seperti Din.. kasihan Din.. umpama rusa masuk bandar.. dan terdetik juga di hati untuk memohon kemaafan kepada Din kerana telah memalukan dia di khalayak ramai, termasuklah makcik gerai.. tapi.. dimanakah Din sekarang?

sedang asyik aku termenung dan terkenang kisah lama, tiba-tiba aku disapa dari belakang.. aku berasa tangan menepuk-nepuk bahu aku..

"kau ni cam pelik aku tengok.. dah la gelak sorang-sorang..", kata Wey.. aku hanya tersengeh..

"malam ni kita dinner kat bulatan Ladang nak?", ajak Wey..

"mana?", tanya aku lanjut..

"restoran ********!", kata Wey..

sebut saja restoran itu dan bulatan Ladang, terus saja kejadian itu terlintas di benak aku.. sebenarnya tiada peristiwa yang menarik cuma pada malam tersebut aku hanya terpandang kepada SIGNBOARD yang amat lucu.. sebenarnya, kami meraikan sambutan hari lahir Sham yang ke 30 (kalau tak silap aku).. dan pada malam itu juga, selepas celebrate dengan kek di rumah, kami seterusnya makan malam di restoran di bulatan Ladang.. nama restoran itu aku terpaksa rahsiakan..

"kenapa restoran tu? tak best lah!", bantah aku..

"habis? kat mana lagi?", tanya Wey sambil mengerutkan dahinya.. kelihatan kedutan di dahinya..

"apa kata...."

"apa?"

"kita masak kat rumah sajalah! lagipun aku tengah dalam situasi 'eco-no-money' ni!"

lantas Wey menepuk dahinya dan seraya berkata, "aduh.. nasi 'koboi' lagi!"

aku gelak..

"tadi kau gelak sorang-sorang tu apehal?", tanya Wey..

"ala.. aku teringat peristiwa lama di Jasper Kemaman dulu..", jawab aku..

"apanya?"

"begini ceritanya;

waktu itu, aku ada presentation untuk Java programming.. presentation tu plak antara individu, bukannya berkumpulan.. aku dah lupa aku present tajuk apa.. yang aku ingat; aku perlu berdiri di depan, tulis beberapa potong coding Java dan cuba terangkan kepada kawan-kawan sekelas aku.. sebelum aku buat presentation, ada beberapa orang rakan sekelas aku berbisik.. dia meminta aku untuk selitkan sedikit bahasa melayu.. sebabnya, dia tidak faham jika aku present dalam bahasa inggeris.. namun, aku sedikitpun tidak mengendahkan permintaannya.. lantas, aku pun terus saja menulis beberapa baris coding di white board, dan mula menerangkan coding tersebut dalam bahasa ibunda 'George W Bush'..

dari minit ke minit aku membuat presentation, lagak seperti pensyarah di University Oxford pula.. aku yakin dengan english aku sehinggakan instructor menepuk tangannya tanda sokongan.. dia mengangguk-angguk tanda faham.. sampai satu tahap, aku dikehendaki menyebut perkataan; 'metamorphism' dan 'deployment through client-side'.. dan sewaktu itulah bermula kisah hitam yang memalukan dalam hidup aku.. terjadilah kejadian tersasul dalam sejarah hidup aku..", cerita aku panjang lebar..

"kau cakap macam mana, latip?", tanya Wey..

"metamorphism aku sebut.. mefatofizem!"

Wey gelak besar.. "satu lagi?"

"deployment through client-side aku sebut.. diplomen tru klien-chait!"

kami gelak besar bersama-sama hingga terkeluar air mata.. senak perut aku.. pengajaran yang aku boleh ambil dari kejadian itu adalah.. jangan terlalu teruja sangat bila membuat presentation di depan khalayak ramai.. dan berhati-hati bila bercakap di dalam bahasa ibunda 'George W Bush'..! jangan sampai tersasul! er.. satu lagi.. jangan berlagak di depan kawan-kawan anda yang tidak tahu dan tidak faham dengan bahasa ibunda 'George W Bush'!






nota lutut: nasi koboi adalah nasi putih kosong bersama telur dadar dan kicap..! kami yang sungguh kasihan..

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
24 Comments


24 Orang Kentut Madu:

Nadd said... [Reply]

haha..
ape la aduka ni..
punye la syok present kan..
smpai tersyusal pon tak prasan.. ;D

CikYana(",) said... [Reply]

cikyana pun penah tersasul time present

mmg malu giler r
tp pndai2 cover la

:D

aimee said... [Reply]

tak pernah tsasul time presentatian.
tp pernah tersebut demam pilu kat member. patut demam kepialu. dah la muka kompiden jek.

Ivy Metaga said... [Reply]

hehehe...kalo sy ketawa terguling2 skrg bole tak aduka muahahahaha..

Syazni Rahim said... [Reply]

haha! kitorg dulu siap buat list kalu tersalah ckp antara geng2..

keh keh..

bese ar tu.. :P

Aduka said... [Reply]

nadd: perasan tp wat dunno je.. haha.. =)

Aduka said... [Reply]

cikyana: dah cover tp slepas je presentation tu, trus kwn td fire sy.. malu gak la.. =P

Aduka said... [Reply]

aimee: tu tersasul la tu cik aimee oi.. hahaha.. =))

Aduka said... [Reply]

ivy: haha.. sila3.. nak tutup mata jap.. =))

Aduka said... [Reply]

cik syazni: then diorg fire rmai2 ek? haha bgus gak idea tu =P

n a r d indie winkie said... [Reply]

tersasul tak sengaja nak wat camne. walaupon ianya sgt memalukan. haha.. tapi tersasul dpn bush dia tak marah kot.:-p

Aduka said... [Reply]

nard: bush pn tak faham sbenarnya.. haha =P

Unknown said... [Reply]

oh, mekacih atas nota lutut itu.. ^_^

emak said... [Reply]

klu tourist di sebut terrorst bley dok mase presnttn..hahaha

bro, ltak la name/url..br bez nk komen..ngiahaha

Aduka said... [Reply]

capiqa: sama2.. =)

Aduka said... [Reply]

azizan: link apanya? x phm aku..

emak said... [Reply]

link ut komen..kat setting komen kn ada..lg sng bro,,xyah kena sign in nk komen

Aduka said... [Reply]

azizan: link utk komen? ade contoh?

Anonymous said... [Reply]

aku pun selalu tersasul..malu tul tp wat bodoh jek.. =p

Aduka said... [Reply]

nemo: haha.. mmg pn.. xkan nk tunjuk kan? lg la malu.. =P

Kapten Luffy said... [Reply]

aku pun selalu tersasul

sampai hilang keyakinan :)

Aduka said... [Reply]

uncle luppy: sasul.. smua org hadapinya kan? =)

Unknown said... [Reply]

nasi koboi 2 cam sedap..walaupun simple..hehe

Aduka said... [Reply]

chipmore: bole laaa.. =)

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger