Ads: (Please Click!)

Friday, May 01, 2009

Aku yang hampir muflis..


assalamualaikum.. selamat hari buruh kepada semua..

sudah lama aku tidak post entry fasal life aku.. asyik post cerita merepek-merepek yang terkeluar dari otak aku ini saja.. sebenarnya aku ketandusan idea.. hendak diceritakan fasal kehidupan aku pun, tiada apa yang menarik.. hari-hari perkara yang sama saja aku lalui..

aku kini berada di rumah ibubapa aku di Kemaman, Terengganu.. kampung kelahiran aku.. awalnya, aku merancang untuk tidak balik ke kampung.. oleh kerana ada orang menjemput aku ke majlis perkahwinan, dan urusan road-tax, aku terpaksa juga pulang.. hm.. bulan mengawan? mungkin benar kata prebetsabu dalam blog masviona.com itu..

jumaat, 24 April 2009..

aku ke masjid Durian Burung, Kuala Terengganu untuk menunaikan solat jumaat.. seperti biasa, aku menunggang motosikal burukku dan menuju ke masjid seorang diri.. kawan-kawan serumah, ada yang pulang ke kampung, dan ada pula yang tidak.. yang tidak pulang ke kampung awal-awal lagi sudah pergi ke masjid..

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

sampai aku di masjid, aku melakukan solat sunat.. sewaktu itu imam baru saja hendak bermula membaca khutbah.. aku meletakkan kunci motosikal di tengah-tengah antara tempat sujud dan lutut aku.. maklumlah, aku berkain pelikat sahaja.. tiada poket.. kebetulan, selesai sahaja aku menunaikan solat sunat, imam membaca khutbah..

beberapa minit kemudian, aku berdiri dan memasuki saf dalam keadaan bersesak, setelah bilal menyudahkan laungan iqamah.. jemaah memulakan solat jumaat.. imam mengangkat takbir.. aku memperbetulkan kedudukan diri aku.. aku meletakkan kunci motosikal di tengah-tengah antara tempat sujud dan lutut.. aku letak molek-molek.. jika silap, mahunya terpijak atau tersujud di atas kunci pula.. ketika di rukuk dalam rakaat pertama, aku terlihat sesuatu pada road-tax yang terikat pada kunci motosikal aku.. "23 April 2009"..

"alamak! road-tax aku dah mati!", bisik aku dalam hati..

"alamak! kurang pahala solat aku!"

**********

"esok encik ambil road-tax ya.. road-tax encik dah siap.." kedengaran suara wanita di dalam panggilan telefon.. baguslah.. melayang lagi duit aku nampaknya.. ah, sudah kering gaji bulan lepas aku.. cermin mata, sekian hal.. ini pula hal road-tax.. aduh, boleh muflis aku bulan ini..

"mak, adik mana?", tanya aku..

"dia kerja kat Kota Bharu.. kerja sementara.. dia kan nak sambung degree.. alang-alang menunggu panggilan, dia bekerja dulu..", jawab mak aku..

"kenapa?", tanya mak aku..

"saje je tanya..", balas aku.. aku tercegat di muka pintu bilik aku.. mata aku memandang ke arah celcom broadband yang melekat tersambung pada USB komputer adik aku..

"adik ni entah bayar entah tidak bil celcom untuk bulan ni..?", bisik aku dalam hati.. lantas aku membuat panggilan kepada adik aku dan terus bertanya fasal celcom broadband..

"ala abang.. abang bayar la.. abang kan dah keje..", jawab adik aku..

"amboi.. banyak la kau.. aku tinggalkan broadband ni kat kau, kau yang guna, kau plak suruh aku bayar? baaaanyakkk cantikkk..!"

adik aku hanya ketawa.. lantas dia berkata, "nanti adik dapat kerja, adik bayar la.. adik 'kering' la bulan ni.. abang bayar, okay?", jawab adik aku sambil ketawa berdekah-dekah..

nasib baik aku sayang adik aku.. kalau tidak, biarkan saja celcom sekat penggunaan internet.. baru padan dengan muka adik aku.. dan juga aku.. aku? yelah.. nama disenarai hitamkan..

sebelum ini, aku tinggalkan celcom broadband aku kepada adik aku.. memandangkan rumah sewa aku sudah ada sambungan internet streamyx, maka tidak baloi aku terus membayar bil celcom sedangkan aku langsung tidak menggunakannya.. lantas, aku memberikan kepada adik aku.. adik aku berjanji mahu membayar bil bulanan.. janji? mungkin dibibir saja.. mahu tidak mahu, aku terpaksa bayar juga.. bertambah lagi beban.. bertambah pokai..

kalau terus menerus macam ini, jangan katakan kereta, kahwin pun belum tentu dapat.. nasib oh nasib..

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
16 Comments


16 Orang Kentut Madu:

milimilo said... [Reply]

haha..tgh smayang bole nmpk road tax moto dah mati..xkhusyuk..heeee :)

I n n z said... [Reply]

sOlat ta khusyukk
kantOi sudaaa..

celcOm mmg L kan ?
btter ag mxis
n sgt bgs gune streamyx
hehe
:)

hasni said... [Reply]

nak jdik adik aduka jgakla
nt bole tlg byrkn broadband
hehe:-p

aDuKa イスラム教 said... [Reply]

milimilo & innz: khusyuk dlm solat hanya sunat ya.. bkn wajib.. =P

hasni: register dlu.. haha.. =P

OREOO said... [Reply]

aikk..
adinda kanda sudah bderet..
xkahwin ag ropenyer..hahaha..
chayok bro..
pileh cpat..
jgn lper ajak mjlis nnti ;)

dude said... [Reply]

salam..
relax broo..
ada rezeki ko nanti..;)

aDuKa イスラム教 said... [Reply]

oreoo: haha.. dinda kanda mmg la rmai.. tp kanda je jual mhl.. lalal~~ =P

aDuKa イスラム教 said... [Reply]

dude: mekacih.. x rsau pn psl kawen.. yg rsau ni psl duiiittt.. arrrgghh..! =(

haN@ said... [Reply]

kantoi solat tak khusyuk
ahaks
ala...masok la rezeki dlm poket t k..
ahaks

reen said... [Reply]

kanda hampir muflis.cian2..he3.dinda pun kesian sbb kanda lambt lg masuk meminang kan?ha3=P

Monkey D Luffy said... [Reply]

jd org tua memang senang pokai

kakaak

pijah@hakuna said... [Reply]

haha. nasib si abang

suezensuzanna said... [Reply]

owhhhh mmg abg yg mithali ok...uhuuuu

Tirana said... [Reply]

Hehehe..Aduka, kak tirana suka pada ayat "kalau terus menerus macam ini, jangan katakan kereta, kahwin pun belum tentu dapat.. nasib oh nasib..". Aduka jangan risau...ada rezeki..ada jodoh, akan kawin jugak nanti..entah2 dapat jodoh wanita kaya..dia hadiahkan kereta sebijik..

♥ sOFIa ♥ said... [Reply]

baiknya kau sebagai abang

haha
kagum*

aDuKa イスラム教 said... [Reply]

han@: insyaAllah.. =)

reen: jgn rsau dinda.. kanda aku berusaha bersungguh-sungguh lepas ni.. ada rezki, kite kawen ek.. hahaha.. =P

uncle luppy: oit oit... aku muda lg la.. hahaha.. =P

pijah: abg mithali mmg gini.. =P

suezen: bese2 aje.. sayang punya pasal.. haha..

tirana: insyaAllah.. amin.. doa tuh.. =)

sofia: kagum ke? pokai ni.. hahaha.. =P

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger