Ads: (Please Click!)

Wednesday, May 06, 2009

Kerana rempit, aku celaka


sekarang heboh di muka-muka akhbar dan di siaran berita serta radio fasal mat rempit.. mat rempit meragut.. mat rempit buat kecoh.. mat rempit belasah.. mat rempit bunuh.. mat rempit lumba haram.. macam-macam lagi.. semalam dan hari ini saja pun sudah lebih dari tiga berita mengenai kebiadapan mat rempit yang aku dengar dan baca.. aku agak sedih.. kenapa anak-anak muda kita semakin kurang ajar? mana silapnya? kepada siapa kita patut menunding jari? ibubapa? kerajaan? masyarakat?

aku tengok berita TV3 semalam.. pelbagai cadangan orang ramai untuk membasmi gejala rempit di kalangan remaja.. antaranya; hadkan kelajuan motosikal maksimum 20 km/j?! hahahaha.. bodoh! kalau 20 km/j bukan kenderaan bermotor namanya! aku terfikir, siapa agaknya bagi cadangan begitu? bodoh betul.. kalau ya hendak bagi cadangan, bagilah yang logik sikit.. aku menyokong agar diperketatkan lagi kawalan trafik di jalanraya dengan menubuhkan badan-badan tertentu.. tapi aku fikirkan, itu pun bukannya jalan penyelesaian.. aku fikir, alangkah baiknya kerajaan kembali naikkan had umur kelayakan memohon lesen motosikal dari 16 tahun kepada 25 tahun! walaupun tidak menghapuskan sepenuhnya gejala rempit, tapi sekurang-kurangnya kita dapat kurangkan gelaja rempit di kalangan remaja yang masih bersekolah! tapi, terserahlah.. siapa setuju, siapa tidak..

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

ops, maaf.. entry aku kali ini bukan hendak menceritakan fasal kebiadapan mat rempit atau tingkah laku bodoh mat rempit.. maaf.. terlanjur menaip.. apa yang aku hendak utarakan di dalam entry ini adalah tentang salah faham sesetengah pihak kepada penunggang motosikal muda.. aku ada kisah yang berkaitan dengan hal ini.. baca dan fahamilah..

**********

kejadian ini berlaku pada tahun 2006, sewaktu aku berada di semester terakhir di kolej.. waktu itu, aku habis kelas awal.. petang, aku bercadang dengan rakan aku untuk ke Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu Kelantan untuk membeli nasi kukus.. terdapat kedai nasi kukus di satu tempat di PCB waktu itu amat popular di kalangan kami sebelum hostel kami dipindahkan di Pengkalan Chepa.. aku dan kawan aku menaiki motosikal untuk ke PCB.. ia mengambil kira-kira lebih 30 minit perjalanan dengan motosikal.. setelah meminjam sebuah motosikal daripada seorang rakan, aku dan kawan aku bertolak dari hostel kami..

hendak dijadikan cerita, hampir beberapa puluh meter ke detinasi, motosikal yang aku tunggangi terbabas kerana ingin mengelak daripada terlanggar bontot kereta yang brek secara mengejut.. aku dan rakan aku rebah di atas jalan.. motosikal jatuh ke atas kaki aku.. panas enjin motosikal menghempap di atas petis aku.. panas.. rakan aku cuba mengangkat motosikal.. aku mengaduh kesakitan.. kereta yang aku hampir langgar tadi berhenti di tepi jalanraya.. beberapa langkah dari tempat aku jatuh.. aku cuba bangun dan berdiri tapi aku rasakan hujung kaki aku terasa pedih yang teramat sangat.. tiba-tiba seorang lelaki hampir separuh abad menegur kami berdua..

"adik! adik tak apa-apa ke? ada luka tak?"

"takde apa-apa.. tapi kawan saya..", kata kawan aku.. dia tidak menghabiskan kata-katanya.. dia melihat ke arah kaki aku.. waktu itu baru aku perasan darah mengalir keluar di hujung kaki aku..

"eh, latip! kaki kau!", tegur kawan aku..

aku lihat ibu jari kaki aku membengkak dengan besar.. darah keluar membuak-buak.. petis aku ada sedikit kemerahan.. aku rasa sakit di bahagian lutut kanan.. aku mengaduh kesakitan.. oleh kerana tidak tahan sakit, aku duduk di atas rumput..

"mari ikut pakcik.. di depan sana ada klinik desa! jom jom!", pelawa lelaki separuh abad tadi..

"latip.. kau duduk belakang.. biar aku bawak motor ni..", kata kawan aku.. aku hanya mengangguk.. aku mengerutkan muka, menahan kesakitan..

kami mengekori pakcik tadi.. setibanya kami di klinik desa tersebut, malang menimpa kami.. klinik desa tersebut tutup!

"er.. maaf la, nak.. macam ni la.. pakcik rasa baik kamu pergi hospital sebab rasanya tiada lagi klinik di kawasan sekitar sini..", kata pakcik itu..

aku duduk bersandar pada tiang klinik desa itu.. aku rasakan mata aku kelam.. hampir pitam.. aku lihat hujung jari kaki aku.. selepas berehat seketika, aku gagahkan diri untuk berdiri.. lantas aku mencari saliran paip air untuk membasuh luka di kaki.. kawan aku mengekori aku.. aku berjalan terhencut-hencut..

"ok ke, latip?", tanya kawan aku.. aku hanya mengangguk.. setelah jumpa saliran paip air, aku terus menjirus air ke atas luka kaki aku.. amat pedih! hanya Allah swt yang tahu.. ketika membasuh dengan air paip itu, aku perasan seperti ada sesuatu terkulai di hujung jari ibu kaki..

"eh, apa ni?", bisik hati aku.. aku sentuh dengan jari tangan.. lembik.. lantas aku tarik.. dan ia putus..

"ah! urat!!!".. aku agak terkejut.. macam mana urat jari ibu kaki boleh terkulai keluar???

"latip, jangan berlengah lagi.. jom kita ke hospital!"

aku mengangguk.. tiada langsung sepatah pun perkataan keluar dari mulut aku.. aku menahan sakit sebenarnya..

**********

aku tiba di hospital besar Kota Bharu sebaik saja azan maghrib berkumandang.. aku mendaftar nama aku di kaunter.. aku menunggu di ruang menunggu.. beberapa ketika kemudian, nama aku dipanggil..

aku duduk menghadap doktor.. doktor lelaki, berbadan gempal dan bercermin mata..

"ni kenapa ni?! jatuh motor?!", tanya doktor itu.. suaranya agak meninggi.. aku terkebil-kebil..

"ya, doktor.. saya.." belum sempat aku menghabiskan penerangan aku, doktor menyampuk..

"tu kenapa kaki tu?!"

"saya accident doktor.. saya.."

"bak sini kaki!", kata doktor itu.. doktor itu terus menarik kaki aku dengan agak kasar.. sewaktu itu, amarah aku menerpa dalam jiwa.. celaka kau, doktor! sakit! aku mengerut muka, menahan kesakitan..

"kenapa jadi macam ni?", tanya doktor lagi..

bila amarah aku datang, aku selalunya hilang hormat.. tidak kira orang muda atau orang tua..

"doktor.. saya ni accident bukan macam apa doktor fikir sekarang ni! saya anggap doktor fikir saya berlumba atau apa-apa sajalah! tapi saya bukan budak bodoh kat luar sana, tau! apa..? doktor ingat semua budak-budak bawa motor dan accident tu mat rempit ke?! habis.. kalu budak yang bukan rempit macam saya ni macam mana?! doktor kata saya rempit juga kah???!!!", tanya aku sambil membeliakkan mata.. aku betul-betul dah geram sangat.. doktor tadi memandang mata aku dengan seribu rasa bersalah.. lantas dia menunduk melihat kaki aku..

aku merendahkan suara aku dan berkata, "doktor.. saya ni pesakit doktor.. jadinya, doktor kena la layan saya.. saya sakit sangat ni.."

doktor terdiam..

"mari saya tengok kaki kamu..", kata doktor dengan suara yang agak lembut.. aku hanya diam.. setelah pemeriksaan, doktor mengatakan aku hanya luka dalaman dan bengkak bahagian sendi.. amarah tadi tiba-tiba bertukar tenang.. aku lega.. beberapa minit kemudian, nurse datang mendapatkan aku.. aku dibawa ke bilik sebelah.. kaki aku dirawat secara baik oleh beberapa orang nurse cantik.. ada seorang nurse dari kalangan mereka, amat peramah.. dia tanya macam-macam soalan kepada aku..

"macam mana boleh accident?"

"sakit tak?"

"mak ayah tahu ke tak?"

dan yang bestnya, bila dia bertanya, "dah kahwin ke belum?"

aku ketawa saja dan berkata, "saya still student la.. mana boleh kahwin.." nurse-nurse tadi ketawa manja..

**********

kejadian itu dan berita mengenai mat rempit betul-betul membuatkan aku rasa geram.. bukan geram kerana layanan doktor, tetapi imej buruk dan hodoh lagi bodoh yang ditunjukkan oleh mat-mat rempit di Malaysia ini membuatkan mata masyarakat membenci kepada penunggang motosikal.. tanpa peduli samada mereka benar-benar mat rempit atau tidak, masyarakat kini memandang serong kepada remaja bermotosikal..

contohnya, aku.. aku adalah mangsa keadaan.. ini semua gara-gara imej buruk mat rempit!
aku pernah dengar, mat rempit yang accident akan dilayan teruk di hospital.. tiada bius tiada ubat penahan sakit.. mereka akan dibedah secara kasar oleh doktor..!


PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
26 Comments


26 Orang Kentut Madu:

Nur Mariaminul Amalina said... [Reply]

hye..
thanx 4 visiting.

20km/j=beca.
hahahaa..

niway,nice blog!!
=)

Monkey D Luffy said... [Reply]

ko cerita pun aku dah geli

aku skang cam fobia sama luka2 walaupun luka kecil

arghhhhhhhh

faqhrule said... [Reply]

bro, apa yg ko tulis dalam entri ni memang aku setuju; ceritanya lah! persepsi terhadap penunggang motorsikal yang sering kali di cap mat rempit tu memang betul.

aku ada pakcik yang kerja di sebuah hospital kerajaan. dia beritahu yang pihak hospital memang tak berapa suka dengan mat rempit yang datang ke hospital akibat kemalangan. pihak hospital memang ada 'bancuhan khas' untuk cuci luka mat rempit yang kemalangan ni. tapi yang balanya bila bukan mat rempit (aku panggil riders) yang kemalangan pun jadi mangsa pukul rata (budak muda asal jatuh moto mesti merempit).

ha aku sangat sokong kau sembur doktor tu balik. kadang-kadang orang melayu yang tak tahu nak berbahasa ni kita kena bahasakan sikit...

OREOO said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
OREOO said... [Reply]

HAHAHA..
accdnt sbb bnyk doser kot..
adinda bderet!!HARHARHAR..


bro cter dah xlalu nk makan..
geli gler urat terkeluar..
adehh

khaLifah feDi said... [Reply]

emm well,ape kata kita semu naek beskal aje ..!!!

my name is Ain said... [Reply]

sepatutnya jgn judge org mcm tu..
sbgai doktor kena la profesional..
walaupun org tu jahat sekalipun, kan dia patient.. kalau dia tahu rawat luka dia sndiri, takdalah dia pergi hospital mntk doktor rawatkn..

kesian betul..
bak kata pepatah la..
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..

hehe

hasni said... [Reply]

siannya
hukhuk

Ivy Metaga said... [Reply]

uihhh..da imagine2 sy mcm mana kaki tu,,huhu..tak sanggup imagine..mmg sakit wo..
nasib ada suster suster yg comel2 yer hihi..

aduka said... [Reply]

Nur Mariaminul Amalina: sama2.. beca leh kayuh laju lg dr tu tau..

uncle luppy: huh? fobia?

faqhrule: menarik cerita anda.. sy sokong..

oreoo: tu bru sikit explain tu.. blom detail lg.. maunya termuntah.. haha..

kf: xmo.. penat.. haha..

ain: doktor kerajaan = sux! dortor swasta best!

hasni: huhu..

ivy: tu la psl.. ilang rasa saket.. =P

nurain said... [Reply]

betul2. aku pun ade dengar, mat rempit xkan dilayan dengan elok,

tapi kalo dah hospital kerajaan penah ke layan elok2?

hhii..

so kesudahan pada ibu jari tu cmne?

aduka said... [Reply]

td bru je tgk 360 kat tv3.. dedah pasal layanan hopital.. mmg rata2 ramai org mengeluh pasal hospital yg tidak mesra pengguna! dammit..

ibu jari skrg dh oke.. masa mula2 nak sembuh tu lgsung xle gerak.. igt dh patah.. tp doktor ckp urat yg tercabut tu yg buat xleh gerak.. huhuhuhu.. =P

lily aklili said... [Reply]

aku rasa nak hapuskan rempit ni dengan cara jgn explore cerita rempit or jgn buat movie sal rempit ni..jgn ada cerita rempit la..hapuskan semua..sebab kalo kita hurai sgt..perempit2 ni suka..mcm rempit ni d recognize...

aku semangat bagi pendapat..
hahahahhaha

aduka said... [Reply]

saya menyokong! ni salah satu kebodohan pengarah filem negara kita.. niat nak dedahkan kpd remaja utk kesedaran tp hakikatnya, mat rempit lg la berbangga bila cerita diorg adaptasi ke bentuk movie dan wayang! ya.. sangatlah bodoh..! mmg filem melayu xde kualiti! sekarang la.. dah xde modal or idea lain ke nak buat cerita?

♥S@R@♥ said... [Reply]

bagus N3 ni..
mat2 rempit ni telah membuatkan tido sy terganggu setiap malam sabtu n minggu..rasa nak je tabur kaca banyak2 kat jalan raya tu..hehe

aduka said... [Reply]

owh.. kesian..
em klu ikutkan rasa geram, ape2 rasa nk buat..
tp bila fikir balik, bkn bidang kuasa kite la plak nk hukum mereka2 tu..
*sigh*

ekha@bella said... [Reply]

hi aduka, bagus gak suggestion u. i stuju. sbb yg sll merempit ni bdk2 bwh umur. yg lps gian bwk motor.

sakit ati jugak ble 2 3 arini asyik dgr berita kes ragut. x psl2 melibatkan org x berdosa maut. wanita hamil plak tu. nauzubillah..

lizz said... [Reply]

kan aku sllu ckp, kdg2..bile dah mcm pandai sgt..diorg ni jd bahalol tingkat lapan! hahaha. org sakit2 tny mcm2 lak. aku hangin ni. *sile emo.hahaha

aduka said... [Reply]

ekha@bella: oh ya bru sy teringat kes tu.. ya.. mmg mereka krg ajar.. smlm sy balik dr kerja..sy terlihat ada mat rempit sedang 'willie' (ntah btol ke x sy eja) moto.. terperanjat gak sy, rupa2nya bdk yg bwk! ada la umo dlm lingkungan 9 - 12 thn! *sigh*

aduka said... [Reply]

lizz: uyoo.. sbr lizz syg.. sbr.. mmg sakit ati klu kena mcm tu.. seb baek aku x ngamuk je dlm bilik doktor tuh.. doktor mmg pndai nk berubat org.. tp x pandai dlm berbudi bahasa dgn org.. dammit..!

Cik AniS GalaxY said... [Reply]

gara2 mat rempit
kamoo yg kene teruk ek.
aduhhh.....
terasa sakitnya bile urat terkeluar.
adoiii...ngilu nya.

mat2 rempit sekalian
sila ambil iktibar.
(tiber2 iklan sekejap)
hahaha...

nice blog..
keep in touch k

Addeena Dzakwan said... [Reply]

betul, abg sedare deena doktor. diek ata, kalau peakit tu mat rempit, tak kiralah meraung macam mana pun die, doktor mesti buat tak tahu aje, diorang biarkan dulu.

tp itula, gara2 mat rempit, smeua org jadi susah. agak2 adex mat rempit sejati duk memblogging skarng ni? kalau die log, apa yang die cite? teknik merempit atau pun maki hamun doktor kat hospital sebab xnak layan die masa tgh sakit?

kejap, urat terkeluar, habis jari tu skarang boleh gerak lagi ke?

ReeN said... [Reply]

sib baik umo kanda panjang eh?ameen..

rempit vs impak maksima!!

aduka said... [Reply]

cik anis: haha.. terima kaseh cik anis.. =)

addeena: bkn nk salahkan doktor la.. tp kenyataannya mmg gitu.. bkn sy sorg yg ckp gitu, rmai lagi.. ntah la.. dlu my dad pnh msuk spital kerajaan kuantan.. tp too bad to my dad, servis x dpt dgn puas ati.. after that, my dad benci spital krajaan.. then my mom fall sick.. my dad sent my mom to private hospital.. my dad sggup perabis duit semata-mata mahu servis tip top! ya.. mmg tip top.. sy sendri berpuas ati dgn layanan dan servis yg diberikan.. kerajaan? u judge it..

kaki saya? 1st month lgsung xle gerak.. tp msih leh merasa.. then dlm 4 5 bln lepas tu dah oke.. skrg pn dh leh gerak.. alhmdulillah..

reen: alhamdulillah.. trima kaseh.. =)

Budak Malu818 said... [Reply]

org yang naik moto,xsalah..org yg terbang atas moto yg slah sbenarnyer..klau,wat roadblock tiap2 mase kurang sesuai la..tp.disyorkan kiter selam kepala mat rempit ney..kiter carik mane2 port dioerg,ambush..dh abes citer..cari akar umbi...baru dpat pkok..

aduka said... [Reply]

budak malu:
mungkin saranan kamu tu baik.. tp malaysia ni luas.. kalau setakat ambush, tp kesedaran n kerjasama xde susah gak..

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger