Ads: (Please Click!)

Monday, May 11, 2009

Monolog Hari Ibu


hujan renyai-renyai sedari pagi tadi.. seorang pemuda mendongak kepalanya.. melihat titik-titik hujan yang jatuh dari langit.. walaupun langit redup membiru, hujan yang turun bagai tidak mempeduli keceriaan pada hari yang masih muda kesiangan.. pemuda itu berganjak sedikit dari tempat berdiri.. tempias hujan mengenai kaki seluarnya tanpa dia sedari.. pemuda itu mengibas-ngibas kaki seluar dengan tangannya..

"kan tadi mak dah cakap, petang hari akan hujan.. kau degil juga.."

pemuda itu berpaling ke belakang.. dia memandang wanita tua tercegat di muka pintu utama rumahnya.. dia hanya tersenyum.. lantas pandangannya beralih ke arah laman rumahnya pula..

"nanti, kejap lagi reduplah, mak..", jawab pemuda itu lembut.. "kalau tak redup juga, esok jugalah nampak gayanya saya bertolak!"

wanita tua tersebut hanya memandang pemuda itu dengan wajah yang suram.. bukan masa yang difikirkan di dalam benak wanita itu.. tetapi.. wanita itu hanya risaukan keselamatan pemuda tadi.. memandangkan cuaca yang tidak menentu kini.. wanita tua itu masuk ke dalam rumah.. menyambung kerja-kerjanya di dapur..

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

**********

5 petang..

"macam mana? dah decide? ... balik?", tanya pikulbeban..

"esoklah! kalau bertolak masa ni, confirm aku sampai sana lewat! tak mahulah!", jawab pemuda itu..

"lepak sini la, bro!"

pemuda itu menjawab tanda bersetuju.. dibenaknya, dia kira-kira jam tentang jam perjalanan untuk keesokkan harinya.. dengan berbekalkan motosikal buruknya, dia akan mengambil satu perjalanan jauh yang menyakitkan..

"esok pagi lepas subuh, kau bertolaklah.. takde la panas sangat..", kata pikulbeban..

"tengok la macam mana..", jawab pemuda itu ringkas..

dia memerhati gelagat orang yang lalu lalang di depan cafe.. di seberang jalan, dia lihat dan memerhatikan seorang wanita memimpin anaknya menyeberangi jalan.. sesekali wanita itu tersenyum dan menunduk seakan bercakap-cakap dengan anaknya.. anaknya ketawa girang.. jelas terbayang kegembiraan di wajah anak kecil itu.. pemuda itu galak melihat telatah anak kecil itu.. terlintas dibenaknya betapa manisnya dia di zaman kecil dahulu.. dia dipimpin dan dibawa berjalan-jalan mengelilingi bandar dengan ibu dan kakaknya.. dan hingga suatu ketika, pemuda kecil itu menangis selepas dimarahi ibunya kerana kenakalannya sendiri.. pemuda itu tersenyum sendirian.. memori itu masih jelas tergambar dibenak fikirannya..

"hari ini hari ibu.. aku langsung tidak memberi ibu apa-apa!", fikir pemuda itu.. walaupun begitu, dia teringatkan pesan ibunya..

"tak perlulah.. kalau kau sayangkan mak, kau buatlah apa yang mak suka dan apa yang mak suruh.. tak perlulah nak sambut itu ini.. itukan budaya orang putih! kalau nak sambut juga, biarlah hari-hari.."

terngiang-ngiang suara ibunya.. walaupun waktu itu dia masih kecil, tetapi peristiwa tersebut masih tidak lekang dari ingatannya..

pemuda itu mengeluh.. pemuda itu kembali melihat wanita yang memimpin tadi..

"selamat hari ibu!", bisik pemuda itu sendirian..
pemuda yang dimaksudkan adalah penulis sendiri..


PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
8 Comments


8 Orang Kentut Madu:

CaPiQa said... [Reply]

ya, selamat hari ibu utk ibu pemuda itu. dan selamat hari2 utk ibu kita semua.. ^_^

n a r d indie winkie said... [Reply]

setuju. bagi aku hari ibu celebrate ari2 lagi baik. sekurang2 nye kita hargai pengorbanan dia setiap masa dan ketika. ahaks

IxoR@ said... [Reply]

jika kita sayang ibu...jagalah perasaannya...hargai dirinya....

itu cukup bermakna dari hadiah yg mahal.

sayang ibu.

cikeYda said... [Reply]

nice monolog ya bro..

well ari2 is ari ibu..
yg penting kita kena jaga hati diaorg.. ikut cakap la..

love my mom.. send my regard 2 ur mom oso..

ReeN said... [Reply]

ibu tak pernah harapkn ape2 blsan dr anak2..

Monkey D Luffy said... [Reply]

hehe

kita sama

my name is Ain said... [Reply]

selagi mak ada, apa salahnya kita hargai..nanti bila dah takda baru nak tercari2 kan?

aduka said... [Reply]

capiqa: thanks.. =)

nard: btol3.. =)

ixora: syg ibu juga.. =)

cikeyda: insyaAllah.. thanks.. =)

reen: stuju!

uncle luppy: ape yg sama tu?

ain: absolutely! =)

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger