Ads: (Please Click!)

Friday, May 15, 2009

Melayan kegersangan (Part 2)


9 Mei 2009.. 2.25 pagi..

tidur malamku terganggu.. entah kenapa hati aku merundum resah.. gelisah.. risau.. rimas.. tidak keruan.. gersang.. dan.. ah, kamu mungkin tidak akan faham! lebih-lebih lagi jika kamu wanita.. wanita tidak akan faham.. hati lelaki, naluri lelaki bukan mudah untuk difahami oleh kaum hawa.. namun, aku perlu mencari sesuatu untuk mengubati hati aku yang dirundum 'cuaca mendung' ini.. otak aku berserabut memikir dan melayan nafsu gelodak dijiwa.. namun apakan daya.. aku hanyalah manusia yang berjiwa 'lembut'.. berhati 'hina'.. apa lagi perlu aku lakukan selain melempias segala yang terbuku ini?

aku telah mengambil keputusan.. aku terlampau terdesak.. aku menghidupkan enjin motosikal burukku dan terus ke bandar.. sela masa beberapa minit, kini aku di hadapan satu tempat.. aku menggelarkan tempat itu 'Port Merah'.. kedudukan bangunan merah ini yang agak sunyi dan tersembunyi membuatkan tempat ini satu 'port' yang paling strategik.. di sinilah semua lelaki-lelaki sepertiku melempiaskan semua nafsu yang terbuku di hati.. oh, tidak.. tidak! tidak! aku minta maaf.. jika dulu, bolehlah aku berkata sedemikian.. kini, tidak lagi.. tidak adil jika aku berkata tempat ini hanya untuk lelaki.. kini, bukan hanya lelaki.. malah wanita dan kaum lembut (pondan) pun turut ke sini!

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

kaki aku menggeletar dan darah menyirap ke kepala tatkala melihat susuk-susuk iklan yang diperaga di hadapan mataku.. cukup menggiurkan.. bentuk betis dan pinggang yang agak ramping dan seksi, menambat hati aku untuk terus menatap lama.. agak lama.. satu lagi susuk memperagakan leher yang cukup seronok mata memandang! aku menatap lama.. agak lama juga.. seorang dua pejalan kaki yang lalu di sebelah hanya memandang perilaku pelikku.. ah, lantaklah! aku tidak peduli.. tujuan aku satu; 'bil yang tertunggak' harus dibayar! mesti! wajib!

lantas aku melangkah masuk.. setapak demi setapak aku melangkah.. jantung berdebar-debar melihat beberapa orang gadis cantik dan manis di depan mataku.. entah kenapa.. mungkin ini rezeki aku.. tiada sesiapa di sekeliling kecuali aku dan beberapa orang gadis cantik di sini.. seorang gadis melirik senyum kepada aku.. aku membalas.. seorang lagi menegur, aku mengangguk.. dan ada dua orang tersenyum menampakkan gigi yang agak putih.. juga, aku membalas senyuman itu dengan sepuas hati.. rata-rata, semua mereka berkulit putih dan gebu.. celaka! jantung tidak semena-mena berdegup kencang..

aku menyatakan 'hajat' kepada salah seorang daripada gadis tersebut.. gadis tersebut langsung saja mengangguk dan memimpin aku memasuki Port Merah.. dan.....!!

**********

di hadapanku diperagakan susuk-susuk yang amat menggiurkan.. si gadis berbadan agak besar meminta aku untuk memilih.. ah, sudah.. habislah.. aku ini jika bab memilih, agak lemah! sebab... semua yang diperaga adalah yang terbaik bagi aku.. jika disuruh untuk memilih 1 antara 10, maka kesemua 10 aku pilih! namun, apakan daya.. zaman sekarang, hendak ke tandas pun perlu berwang! jika tidak kerana kesempitan wang, mahu saja aku kebas kesemuanya! alang-alang mendaki gunung, biar sampai ke puncak! alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke lengan! alang-alang melabuh nafsu, biar sampai puas!

lantas, aku 'dihidang' oleh si gadis berbadan besar.. dengan nafsu yang bergelora, aku lampiaskan kesemuanya.. geram.. teruja.. gelojoh.. pelbagai gaya aku lakukan.. dari gaya kucupan manja, hinggalah bermain-main lidah.. jari jemari aku menjelajah segenap pelusuk.. aku bermula di leher.. seterusnya, dada.. kemudian, peha.. dan kemudian.....!!!

**********

kakiku melangkah keluar dari Port Merah.. aku menghembus nafas lega.. puas.. seronok.. semua anasir-anasir yang menggelegak dijiwa, kini semakin lega.. aku tersenyum lebar.. alangkah bagusnya jika aku berwang.. alangkah bagusnya tiap-tiap malam aku 'dihidangkan' dengan susuk-susuk itu! jangan katakan aku, tok imam di masjid pun boleh 'layu'!

sedang aku berangan-angan, tiba-tiba aku disapa oleh suara yang agak garau.. aku agak tersentak..

"oi, latip! apa kau buat di sini?!"

"alamak! kantoi!", bisik hati aku..

"errr.. aku.. akuuu..", jawab aku tergagap-gagap..

"apsal dengan kau ni? sampai tergagap-gagap..", tanya lelaki itu.. aku hanya tersengih..

"ohooo.. kau masuk dalam ya..?", tanya lelaki itu sambil jarinya menunjuk ke arah Port Merah.. aku hanya menunduk dan tersengeh..

"hampeh kau, latip! makan KFC tak ajak aku! jom masuk balik.. aku tak kira, kau kena treat aku kali ni!"

aku terpinga-pinga.. benak aku terbayang bahawa duit tadi hanya berbaki... RM 3.50!

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
17 Comments


17 Orang Kentut Madu:

Ivy Metaga said... [Reply]

hahahahahhaha...

wahhhhhh....nasib otak ku blom tukar warna kuning...

mana ayam kepsi sy, mane2..=p

NieSah said... [Reply]

aduka...
ayam ade pinggang ke?
haha..
terok la aduka nih...

blue hoodie baby said... [Reply]

hahaha..
best..
1st time baca blog ni..

ReeN said... [Reply]

mkn KFC je?ha3:P

aduka said... [Reply]

ivy: haha.. seb baek blom lg.. nak ke? jooommmmm ngedate =P

niesah: haha.. pinggang tu model laen.. =P

aduka said... [Reply]

blue hoody baby: selamat datang dan terima kaseh.. =)

reen: nafsu nak makan sebenarnya.. =P

n a r d indie winkie said... [Reply]

haha..patut la namanya port merah. hampeh betul. nasib baik bukan cite lucah. :-p

lizz said... [Reply]

disebabkan prnh terkena part 1, makanya untuk part 2..aku tak terpedaya langsung! wakikiki

aduka said... [Reply]

nard: hahaha.. terkena.. =P

aduka said... [Reply]

lizz: cis cis cisss..!

CikYana(",) said... [Reply]

baca dr awal bagai nk rak
alih2 g mkn kfc rpnye
ahaks :P

aduka said... [Reply]

cikyana: haha.. sorg lg terkena.. =P

CaPiQa said... [Reply]

rm3.50 tidak cukup utk variety bucket beta! =.=''

aduka said... [Reply]

capiqa: haha.. tu la psl.. tggu gaji masuk dulu la.. lalalala~~ =P

Monkey D Luffy said... [Reply]

nama dia port merah ker? ;p

aduka said... [Reply]

uncle luppy: haha.. xdelah.. saje panggil camtu.. =P

hanc said... [Reply]

best2... tumpang lalu...

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger