lelaki itu termenung di beranda rumahnya.. pagi itu terasa amat sunyi baginya.. malam semalam, tidur malamnya asyik terganggu.. dan terus dia tidak dapat melelapkan matanya.. benaknya berputar-putar.. seketika, dia terbayang wajah ibu bapanya di kampung.. seketika kemudian, benaknya mengenang zaman kecilnya.. dan seketika dia terkenang akan zaman persekolahan dan alam percintaannya.. sehingga pagi, dia tidak dapat melayar bahtera lenanya.. sudah puas mengiring ke kiri dan kanan.. namun matanya langsung tidak mahu tertutup rapat..
kini, dia rasakan cukup-cukup letih.. ingin melelapkan mata sebagai ganti untuk malamnya namun bahang di dalam rumah melenyapkan segala.. dia termenung jauh.. sejauh-jauh dari mindanya..
dia rasakan cukup sunyi.. dia memandang telefon bimbit yang terletak di kiri lengannya.. telefon bimbit itu dia letak di atas lantai beranda rumah.. dia tenung skrin telefon bimbit itu.. lantas benaknya berputar..
Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

dulu, telefon inilah tidak puas-puas 'menjerit'.. dia terima panggilan.. dia terima pesanan ringkas.. setiap masa, di mana saja.. telefon bimbit inilah nyawa baginya.. tidak lekang telefon bimbit itu dari tangannya.. namun kini, tidak lagi.. seminggu atau sebulan dua, boleh dikira berapa kali panggilan atau pesanan ringkas yang diterimanya.. kalau tidak keluarganya, mungkin dari kawannya.. kalau tidak kawannya, mungkin dari pembekal perkhidmatan, iaitu Maxis..
dia terkenang akan kisah cintanya.. salah satunya yang berlangsung selama 24 jam.. telefon inilah yang selalu dihujani pesanan ringkas Kak Ngah.. telefon ini jugalah dia mendengar suara pujuk rayu seorang gadis lemah yang dahagakan kasih sayang.. dan di telefon bimbit ini jugalah dia memutuskan untuk menolak cinta gadis itu.. namun dia pasrah.. cinta bukan boleh dipaksa-paksa..
walaupun begitu, telefon bimbit ini juga pernah membahagiakan lelaki itu.. bila perkenalannya bertemu dengan gadis kampung yang girang.. dulu, walaupun belajar di bawah satu bumbung, namun sekalipun tidak pernah bertegur sapa.. sehinggalah rakan lelaki itu memperkenalkan dia dengan si gadis girang.. bermula di internet dan seterusnya ke telefon bimbit.. tidak putus-putus menerima pesanan ringkas dari gadis riang.. hidup lelaki itu ibarat dipenuhi warna-warni kebahagiaan dan kegirangan.. lelaki itu seronok berkenalan dengan gadis girang itu.. lantas lelaki itu mencari peluang untuk bersua muka dengannya di tempat belajar.. akhirnya lelaki itu rapat dan berbaik dengan si gadis riang.. namun, persahabatannya tidak kekal lama.. lelaki itu ditakdirkan berpisah kerana si gadis girang ditawarkan bekerja di negeri orang.. namun lelaki itu tetap bersyukur.. itu rezeki gadis girang.. dia pasrah..
beberapa ketika kemudian, lelaki itu tersenyum.. dia terkenang waktu dia bekerja di Kuala Lumpur beberapa ketika dahulu.. telefon bimbit inilah salah satu yang menjadi 'saksi' akan adu domba si gadis-gadis yang bermental terbuka.. pada waktu itu, dia tidak menyangka sama sekali menerima pesanan ringkas yang bertalu-talu.. lebih dari 5 orang yang mengadu 'sakit bermusim'.. namun, lelaki itu tetap menerima dan melayan adu si gadis-gadis dengan jiwa yang tenang dan terbuka..
tiba-tiba lamunan lelaki itu terhenti.. kedengaran laungan azan sayup-sayup.. lelaki itu hanya mampu tersenyum.. dia menunduk mukanya sambil memejamkan matanya..
"walau apapun yang berlaku, itulah qada dan qadar dariNya.. aku hanya mampu bahagia bersama jalan lurusMu..", bisik lelaki itu.. lelaki itu mencapai telefon bimbitnya di atas lantai beranda rumahnya.. lalu dia masuk dan menutup pintu..
*** 'lelaki' yang dimaksudkan adalah penulis sendiri.. sekian..

Comments
28 Responses to “Monolog telefon bimbit”
Post Comments (Atom)
Post a Comment |
wowwwww... telefon saya pun jarang bunyi suda.. uhuhuhu
May 22, 2009 10:14 AMah, ye.. lelaki juga kuat mengadu. ahakz!
May 22, 2009 10:32 AMyg sejam skali telefon pun ade. apakah?
oh, zaman kegemilangan bersama hp sudah berlalu~~~
Bila phone asik berbunyi,crdt pun makin kurang..x relpy,nnti yg di sana menunggu..bila phone senyap..tiadakah yg mencarik??
May 22, 2009 11:43 AMbetul tu..kita harus belajar menerima ketentuanNya dengan sebaiknya kerna Dia sentiasa merancang yang terbaik buat hamba-hambaNya :)
May 22, 2009 1:54 PMhmm..nisah pon xde orng nk msg or call..kawan2 jew la..tu pon hal penting...kdg2 jeles org duk asyik msg n calling2 24/7..kite,bisu jew...nisah pun da jadi immune..tp..hmm..xper lah..x mati pon
May 22, 2009 3:22 PMcikeyda: kite serupe.. =)
May 22, 2009 4:40 PMcapiqa: yupp.. =)
May 22, 2009 4:40 PMreen: entahlah..
May 22, 2009 4:41 PMshikin: totally agree.. =)
May 22, 2009 4:41 PMniesah: =)
May 22, 2009 4:41 PMwaduh... menyusuk jantung betul n3 nih... lebih kurg sm dgn dr sy skrg... zmn ada pkwe dlu msj n call sll... hp pn xleh lekang kt tgn nih... uhuhu.. skrg dh xde... letak hp pn merata2 je... pkwe pn cumalah PakCik Celcom yg setia menghntr msj iklan... wahaha...
May 22, 2009 4:42 PMelle: xle nk kata apa.. baca komen cik elle pn sama je.. we are the same.. maybe.. =)
May 22, 2009 4:45 PMowh....
May 22, 2009 5:54 PMiznie pun dah jarang maen phone..
sebab sume org sdg focuss utk exam nnti...hehe
iznie: selamat menghadapi peperiksaan ya.. =)
May 22, 2009 6:40 PMsamalah kita
May 22, 2009 9:32 PMhandphone yg sunyi :)
uncle luffy: yahuuu..! sama ngan uncle ek? =P
May 22, 2009 9:44 PMsama dgn aku jugak.sunyi siak T_T
May 23, 2009 10:02 AMkalo cam tu bagi no, tepon aduka, nt sy kasi bising hari2 24 jam mau hihi....lalalalala...
May 23, 2009 12:14 PMtak pe kalo sunyi, yg baik nya, crdt tak cepat abis, bil hp pun tak mahal tul tak aduka lalalalalaa
nazra: hukhuk.. =(
May 23, 2009 12:39 PMivy: bak! =P
May 23, 2009 12:40 PMha'a..btol gak kan? klu cmni slmt sket duet.. hehehe..
ai aduka..
May 23, 2009 1:22 PMcite psl phone bunyi eh..
manjer nyer phone bunyi klau syg manjer je yg kol..kwn2 slalunye msj je..klau family plak slalu kol phone umah..tpi sonok kn ble de yg tersyg..cm manjer tiap2 pgi dia kejutkn bgn tido..so,pgi2 lgi phone dh bunyi..stiap kli wk2 mkn..wkt2 solt..wk2 nk pegi mne2..sblm tido..tgh tido pun slalu bunyi gak..sbb 2 line phone kitorg slalu kne block..lebih limit..hehe..
manjer: bahagianya.. huhu.. =)
May 23, 2009 2:26 PMhp sunyi tu best.. x yah ssh2 mau reply msg yg x pntg pon..tp kdg2 aq rndu jg dgn zmn hp bbunyi terus..
May 23, 2009 4:11 PMone_are: itu yg en3 ini mksudkan sbenarnya.. =P
May 23, 2009 4:26 PMsalam..dolu2 mase mula2 berkwn kerap sgt berbunayi sms masyuk...lately nie..cam susah jer nk dpt sms...
May 23, 2009 9:47 PMcediy ar...aku tlh mula dilupakaN...
aduss sush tul nk terima alaSan sibUk...
elok gak berdiam diri ehehehhe
enasan: hehehe.. kite serupe.. =)
May 23, 2009 10:21 PMurmmm..
May 24, 2009 7:36 AMtepon ika lagi laa..
senyap trs..
xbnyi lnsg..
lagii cian..
xpe..
da tibe masanye nati..
akn ada pnggnti..
dan tepon tu akn trs bbnyi kmbali.
pcyala..
=))
Post a Comment